21 Februari 2012

Mereka Banyak Persamaan

Farah Nadiah a.k.a Angah dan Farah Naurah 
Terlalu banyak persamaan antara mereka :
Farah Naurah dan Farah Nadiah

*Mereka sama-sama di lahirkan di Bandar Mersing.
*Mereka disambut oleh bidan yang sama semasa ibu bersalin di Hospital Besar Mersing.
*Waktu kelahiran mereka hampir sama.
*Perwatakan mereka hampir sama. Nampak lembut tetapi tegas.
*Mereka sama-sama meminati dunia lukisan.
Mereka sering menang dalam setiap pertandingan lukisan yang disertai hingga ke 
peringkat Kebangsaan.
*Mereka punya watak yang sama:
-tekun belajar
-rajin berusaha
-melakukan sesuatu tugasan dengan segera tanpa bertangguh.
*Mereka sama-sama akan menduduki peperiksaan tahun ini.
Angah-SPM dan Naurah UPSR
*Mereka sering belajar bersama.
*Mereka sama-sama menjadi harapan sekolah.
*Mereka sering dijadikan contoh oleh guru-guru.
*Ayat yang hampir sama bila ibu berjumpa guru-guru mereka berdua:
"Cikgu jangan risau, anak cikgu seorang pelajar cemerlang."
"Dia tidak pernah mendatangkan apa-apa masalah, 
malah kami amat bangga dengan sikapnya..TAHNIAH!!!!"
*Sejak di tadika mereka telah menunjukkan potensi yang cemerlang hingga ke peringkat daerah..
*Mereka memilih untuk berkongsi bilik yang sama walaupun adik beradik yang lain punya bilik sendiri.
*Mereka amat peramah tetapi orang-orang sekeliling mengangap mereka seorang yang pendiam.
*Mereka mempunyai cita-cita yang sama.
*Dan mereka kedua-duanya penakutttttttt!!!!!!!

Dan banyak lagi persamaan yang mereka miliki yang tidak mampu ibu huraikan di sini....
Rupanya terlalu banyak persamaan yang ada antara mereka yang ibu tidak sedar.....

21 ulasan:

  1. kembar lain tahun ni kak heheeheheh...serba serbi kebetulannye sama kan kak...lagi2 tang bidan yg sambut tu...unik sungguh....

    BalasPadam
  2. seronoknya kak bila ada anak2 yg punya banyak persamaan. yg penting mereka berdua sama2 cemerlang... tumpang happy tgk anak2 kak nza berjaya.

    BalasPadam
  3. Mmg banyak persamaan dua beradik ni..
    Tahniah buat mereka..moga terus cemerlang dunia & akhirat..

    BalasPadam
  4. persamaan menybbkan byk keserasian kan...

    BalasPadam
  5. waa banyak sungguh persamaan mereka, macam kembar pulak kan NzA. Tahniah kepada mereka berdua kerana kecemerlangan, semoga terus menjadi anak solehah permata hati ayah bonda

    BalasPadam
  6. to lieya
    2lh, bila diamati byk pulak prsamaan mrk brdua nie......

    BalasPadam
  7. to izan
    mrk brdua seolah2 kembar izan...bila akak tgk cara mrk mmg amat byk prsamaan....

    BalasPadam
  8. to lily
    InsyaAllah lily..itulh doa kami utk anak2......

    BalasPadam
  9. to JS
    betul tu..sbb tu mrk brdua mmg serasi brsama......

    BalasPadam
  10. to ummiross
    mmg mrk brdua byk prsamaan ummi dr byk segi.....syukur. moga mrk terus cemerlang dunia n akhirat.....

    BalasPadam
  11. .....Tahniah buat adinda.....
    nampaknya banyak juga persamaan dua beradik ni dengan ibu mereka.......
    (dari pengamatan mata kasar mamaijat lah...)
    ha ha ha..kuah dah tumpah ke nasi...

    semuga semua anak2 kita akan terus cemerlang dan berjaya dunia akhirat...
    Insyaallah..amin.

    BalasPadam
  12. hehehe comel je dua dua farah ni.semoga sukses selalu :D

    suka tgok orang pandai lukis :D

    BalasPadam
  13. Moga terus cemerlang..... Tahniah untuk kak ibu juga

    BalasPadam
  14. 2 beradik yg tersangat banyak persamaan, pasti sangat rapat :)

    BalasPadam
  15. to mamaijat
    thanks kekandaku....ada prsamaan dgn ibu juga ke??????he.he.he....

    semoga doa2 kita menjadi realiti..dan moga anak2 kita menjadi anak2 soleh/solehah...mampu menghadiahkan sesuatu yg indah di "sana" nnti...InsyaAllah.....

    BalasPadam
  16. to sizuka
    he.he.he...agak2 ibunya comel gak ke?????

    mrk brdua tu lbh brbakat dr ibu.....

    BalasPadam
  17. to dinas
    mmg rapat sgt2....serasi brsama.

    BalasPadam
  18. Byk persamaan Naurah & Nadiah.. Mcm kembar la pulak..
    Moga kedua2nya terus cemerlang dunia & akhirat.

    BalasPadam
  19. to k.mie
    mrk brdua ni lahir kt mersing k.mie...n mmg byk prsamaan mrk..sbb tu mrk serasi n jrg sgt brselisihan faham......
    Thanks di atas doa2 k.mie.....amin.

    BalasPadam
  20. alhamdulillah persamaan mereka semuanya membawa kebaikan..wajah mereka juga hampir sama..:)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.