1 Februari 2012

Kemenangan Mengundang Masalah.

2 hari lepas ibu terima panggilan telefon dari Pegawai PKG.
PTP: "Pertamanya saya ingin ucapkan Tahniah pada Cikgu
dan pihal sekolah, 
Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu terpilih untuk 
mewakili Zon ke peringkat Daerah..."

Tiba-tiba timbul satu perasaan yang bercelaru.
Nak kata bangga , bangga la jugak..nak kata sedih memang sedih....

Bukan tidak bangga dengan pencapaian Calon Tokoh NILAM
yang mampu mengalahkan calon-calon sekolah lain 
semasa sesi pemilihan dan interview diadakan tempohari.
Dan yang
terpilih pula adalah anak sendiri Farah Naurah...
Dan secara automatik Naurah sekarang adalah
TOKOH NILAM peringkat Sekolah dan Zon..
Kena bersaing untuk ke peringkat Daerah.

Tapi yang ibu tidak gemar, banyak kerja menanti di depan.
Perlu menyiapkan berbagai-bagai dokuman.
Setiap dokuman itu perlu dihantar dengan berbagai deko yang menarik.
Dan Calon perlu diberi persediaan dalam berbagai pengetahuan
terutama dalam bidang PSS.

Dan yang paling sedih dan terkilan 
cikgu NILAMnya Cikgu Anis  tidak sempat menyaksi dan mengiringinya untuk
keperingkat yang lebih tinggi kerana telah bertukar ke sekolah lain...........


Apa pun Tahniah Naurah.
Ibu bangga dengan pencapaian kakak.
Juga tahniah kerana meraih 7A 1B dalam
peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tempohari.


22 ulasan:

  1. Tahniah buat Naurah, ibu, ayah & cikgu2nya. Teruskan perjuangan..

    BalasPadam
  2. to k.mie
    Thanks k.mie....ttp yg letihnya kita la nk sediakan semua tu dlm masa yg singkat....

    BalasPadam
  3. Tahniah buat Naurah n juga ibunya Kak Nza!

    BalasPadam
  4. tahniah ut naurah.ibu kena terus berjuang.utk anak sendiri jugak kan?hehe..

    BalasPadam
  5. to PK
    thanks......hu.hu.hu.....ibu trlebih bz srg....

    BalasPadam
  6. bukan sennag..saya tau sebab saya tengok macam2 kawan saya buat untuk jadikan budak dia tokoh nilam negeri

    BalasPadam
  7. tahniah utk adik naurah...js tumpang berbangga..moga lbh berjaya lg di masa akan dtg...insyaallah..

    BalasPadam
  8. tahniah... go go naurah...takpe bagi ibu banyak kerja sikit...heee...jgn marah ye kak...

    BalasPadam
  9. to imanshah
    betul tu dik..kalau setakat prsediaan calon aje xkisah ttp yg problumnya bahan2 tu mesti canggih manggih...itu yg xgemar....

    BalasPadam
  10. Tahniah kak ibu, juga tahniah sekolah kak ibu, Naurah aunty Mama QS tumpang berbangga....

    *lama tak jenguk ke blog kak ibu ni disebabkan kesuntukan masa

    BalasPadam
  11. to joanna
    thanks mamaQS......

    2lh, msg2 sibuk....

    BalasPadam
  12. Tahniah pada Naurah! Hebat, mesti banyak buku yang dibaca.
    Takpe kak kalau banyak kerja, buat satu persatu dan dengan tenang. :)

    BalasPadam
  13. to yati
    thanks yati...2lh, trkdg rasa trtekan dgn kerja2 smpingan yg melambak2.....

    BalasPadam
  14. tahniah ibu n naurah ... nmpk gaya naurah ni mcm akan ikut jejak ibunye yg berkarisma ni ;)

    BalasPadam
  15. Tahniah buat ibu dan anak, dan guru2nya sekali

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.