15 Februari 2012

Bila Hati dilanda Kesedihan.

Bila kesedihan melanda , ubat yang paling mujarab bagi ibu ialah melukis.
Terapi minda yang amat-amat berkesan pada ibu.
Hari ini ibu menyendiri.
Membawa diri yang gundah gulana disuatu sudut yang terpencil di blok B.
Suatu tempat yang mampu membuat hati  ibu tenang.

 Sendirian melayan kesedihan diri dengan aktiviti menconteng dinding....

 Berbekalkan warna dan berus....
Memerah otak untuk merealisasi sebuah karya yang tidak seberapa.
Melahirkan seorang watak Iman Amsyar, abang kepada Baby Qaisara Balqis.
Seorang abang yang tidak sabar-sabar ingin melihat adiknya membesar dengan sihat....

Disamping itu ibu menzahirkan seorang gadis kecil yang ibu namakan Qaisara Balqis.
Seorang bayi kecil yang akan membesar dengan sihat seperti
yang ibu coretkan di dinding ini.....

Inilah doa ibu,
inilah harapan ibu....
Wahai Qaisara Balqis....

Dan hari ini, ibu sampai terlupa makan dan minum.
Waktu rehat berlalu tanpa ibu sedar.
Leka......di suatu sudut ini....
Kalau berterusan, merupakan petanda yang baik untuk ibu jadi langsing....
Demi mencari ketenangan jiwa yang dalam kerisauan...
Merawat hati yang tidak keruan.......


Rakan-rakan tercari-cari kemanakah hilangnya ibu hari ini.
Cikgu H merindui teman bergaduhnya...
Anak-anak murid sibuk  datang ingin membantu........
Semua itu tidak melemahkan semangat ibu untuk terus melukis....


Dan esoknya ibu akan ke sini lagi membawa diri .
Untuk seketika waktu ibu jauh dari gelak ketawa rakan-rakan.
Semoga ibu mampu merawat kedukaan dan kesedihan ini..

p/s:
Qaisara Balqis, kau sering dalam ingatan ibu.
Namamu  sering di dalam doa2 ibu.
Teruskan berjuang untuk melawan kesakitan itu.......

37 ulasan:

  1. ibu cantinya lukisan patung ibu tu berbakat betul lah

    BalasPadam
  2. to Bee
    thanks Bee..inilh kerja ibu bila stress....hu.hu.hu....

    BalasPadam
  3. Kak Nza, suka sangat tengok budak lelaki & perempuan yg kak Nza lukis tu, comel sungguh!

    Qaisara Balqis, semoga kesihatanmu akan bertambah baik lagi, sayang.

    BalasPadam
  4. cantiknyaaa =)

    betul, melukis boleh jadi satu terapi stres jugak. pernah jugak lukis2 kat dinding bilik =)

    BalasPadam
  5. pandai toll akak lukis..nurul doakan qaisarah cepat2 sembuh

    BalasPadam
  6. TO DINAS
    thanks my dear......salah satu utk hilangkan kerungsinan melanda jiwa..
    TQSM krn xputus2 brdoa utk Qaisara....

    BalasPadam
  7. to munna
    thanks..
    betul tu munna..sekurg2nya dpt lupakan seketika kesedihan hati....

    BalasPadam
  8. to nurul
    thanks nurul...
    TQSm diatas doa2 nurul utk qaisara.....amin...

    BalasPadam
  9. pandainya akak lukis.....sy riso kalo akif nt suh sy lukis ape2 sb xpandai huhuhu

    BalasPadam
  10. Sedih Mama QS .... Qaisara segera sembuh ye....

    BalasPadam
  11. lukisan yang membawa maksud yang pelbagai.. haptik dalam diri :)

    BalasPadam
  12. to suhaina
    akak minat melukis sejak kecil ttp xdelh pndai sgt...setakat gmbar kartun bolehlh.....

    BalasPadam
  13. to MamaQS
    thanks mamaQS krn memahami kesedihan diri akak...hu.hu.hu....

    BalasPadam
  14. to amna
    org seni tahu menghayati dr pelbagai sudut....

    BalasPadam
  15. cantiknye akak lukis n kaler. sronok sy tengok. jgn bersedih ok akak. senyum ok

    BalasPadam
  16. to mamasyaza
    thanks su.....cara utk hilangkn stress....

    BalasPadam
  17. akak lukis semua ni? cayalah..cantiknya....

    semoga adik balqis kuat...

    BalasPadam
  18. TO WAHIDA
    lukis2 smbil melayan perasaan yg sedih........thanks wahida...

    BalasPadam
  19. cantik sangat lukisan akak! kita sama2 doakan bby qaisara cepat2 sembuh ye kak...

    BalasPadam
  20. .....adikku NzA......
    lukislah..luahkan..keluarkan apa yang terpendam...jika ianya dapat mengurangkan...meringankan apa yang adikku tanggung...
    .....pesanan mamaijat....jangan sampai lupa makan minum...itu x baik ye!!!!berpada padalah....
    .....Doa mamaijat terus bersamamu untuk baby Q.....
    Insyaallah,semuanya akan kembali seperti biasa....
    amin.

    BalasPadam
  21. salam perkenalan..izin memberi komen...saya suka hasil seni anda..pandai melukis ya?
    Moga Allah mempermudahkan setiap urusan NzA...amin

    BalasPadam
  22. to izan
    thanks izan..cuma cara ini mampu membuatkan akak tenang...juga terima kasih krn xjemu2 brdoa utk Qaisara balqis.....

    BalasPadam
  23. to mamaijat
    menitis airmata ini mendengar kata2 semangat dr seorg kakak...xtrucap dgn kata2...xtrbalas segala budi....terima kasih wahai kekandaku..krn amat2 memahami kesedihan hati adikmu....InsyaAllah semoga Allah prkenankan doa2 kita...amin....

    BalasPadam
  24. to saniah
    terima kasih saniah..salam kenal juga..juga terima kasih di atas doa2....

    BalasPadam
  25. comelnye kak...lukisan yg ada makna disebaliknya.. kreatif akak~

    BalasPadam
  26. Yah yang akak kenal sejak dulu.. masih dgn minat yg sama.. Sambil berbual tangan tetap menzahirkan kreativiti..
    Moga Qaisara cepat sembuh & menceriakan keluarganya semula

    BalasPadam
  27. Akakkk.. cantiknya. Berbakat sungguh kak Nza ni.. suka3x..

    Semoga qaisara cepat2 sembuh. Semoga mamanya tabah, kak Nza juga..

    BalasPadam
  28. baru tau kak nza ada bakat melukis jugak..comellll sgt kak nza zahirkan watak iman amsyar dan qaisara balqis tuh...apepon, terus brdoa semoga baby qaisara sembuh dari penyakitnya..insyaAllah..

    BalasPadam
  29. Cantik lukisan akak..berbakat & berseni.. ^^

    moga baby Qaisara cepat sembuh kak..

    BalasPadam
  30. to mamalieyna
    semua tu trhasil semata2 utk 2 buah hati ibu yg sdg dirindui....

    BalasPadam
  31. to k.mie
    minat kita sama k.mie..kalau lepak2 dikantin, itulah kerja kita..melukis dan melukis..siap buat koleksi lagi kan....he..he.he..

    thanks k.mie krn xputus2 brdoa utk qaisara...

    BalasPadam
  32. to zefa
    thanks zefa..setakat lukis gmbar kartun bolehlh....akak brkongsi minat yg sama dgn kak salmi....

    thanks zefa krn sentiasa mendoakan qaisara....

    BalasPadam
  33. to lily azliana
    xdelh pndai sgt lily..sekadar gmbar simple....luahan hati dlm bentuk karya utk 2 org buah hati yg akak syg.....
    thanks lily krn xputus2 brdoa utk qaisara..

    BalasPadam
  34. to lily
    thanks lily...lukisan yg simple je tu...

    thanks juga krn xputus2 mendoakan qaisara...

    BalasPadam
  35. salam kak Nza
    lukisan bagai terapi yag baik kan kak
    terapi minda yg bisa membuang jauh gundah di hati

    BalasPadam
  36. to intan
    setuju dgn intan..salah 1 cara nk release tension....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.