27 Februari 2012

Akhirnya Keperingkat Negeri ?????

Perkhabar yang ibu terima beberapa hari lepas:
Tahniah Cikgu, Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu FARAH NAURAH
berjaya merangkul JOHAN Peringkat Daerah.
Tersentap ibu untuk kali ke 2 bila dimaklumkan oleh Pegawai Teknologi Maklumat (PTP)..
Kebetulan PTP hadir ke sekolah kerana hadiri program sekolah.

Dalam hati berbunga riang dan bangga namun dalam masa yang sama
hati ibu berbelah bagi.
Bukan ibu tidak bangga dengan pencapaian Naurah.
Ibu bangga sangat-sangat.
Naurah telah merangkul Johan Zon setelah berentap dan bersaing
dipusingan pertama
pemilihan dan melangkah ke peringkat Daerah.
Malah cikgu-cikgunya begitu berbangga kerana Naurah mengharumkan
nama sekolah dan Zon untuk ke peringkat yang lebih jauh iaitu 
peringkat Negeri Johor.
Kiranya Naurah bakal mewakili Daerah Muar/
Ledang bagi kategori sekolah luar bandar ke Peringkat Negeri Johor.

Ibu mula berfikir, perlukah ibu meneruskan langkah seterusnya
atau mengambil keputusan untuk menarik diri.
Banyak faktor yang perlu ibu fikirkan....
Banyak persiapan yang perlu dilakukan, banyak tenaga yang perlu digunakan.
Sedangkan saat ini ibu dilanda kesibukkan yang teramat.
Ibu rasa ibu tidak mampu untuk meneruskan semua ini.
BUNTU!!!!!

Farah Naurah...ibu bangga dengan pencapaian kakak 
tapi mungkin ibu terpaksa mengambil keputusan
menarik diri kerana beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.......
Ibu harap Naurah faham dan mengerti..

Kisah perjuangan Farah Naurah untuk bergelar TOKOH NILAM.
Klik sinisini,  sini,  dan sini

Juga terima kasih untuk Along kerana bersusah payah
melatih Naurah berforum (BM/BI), berpidato,
bercerita , latihan temuduga dan sebagainya untuk persiapan ke pertandingan
TOKOH NILAM peringkat Daerah hari tu..
Berbaloi2 usaha Along dan Naurah.
Tahniah anak-anak ibu.
Ibu bangga dengan kalian.....

34 ulasan:

  1. tahniah utk farah
    apepun..kalau diberitahu elok2 mungkin farah kan mengerti =)

    BalasPadam
  2. tahniah tahniah...bertuah akak ade anak yg bijak ...

    jgn le tarik diri kak..insyaallah, naurah pasti boleh....sokongan akak amat2 diperlukan skrang kan...biarkan die melangkah seterusnyer kak....

    BalasPadam
  3. sayang juga kalau bakatnya tak digilap. tapi kalau dah tak berkesempatan pun ssh kan? tersepit dibuatnya...

    BalasPadam
  4. Tahniah buat kak nza dan anak2.. sy tumpang bangga!! Semoga berjaya naurah!!

    BalasPadam
  5. .....Tahniah buat ibu & anak......
    mamaijat tumpang bangga dengan kejayaan Naurah...


    .....Confirm ke nak tarik diri?
    alahai ...cubalah dulu...
    kan ada kak long...masih boleh membantu......

    BalasPadam
  6. to cheqna
    thanks..insyaAllah, akan disampaikan secara baik..moga F.naurah memahami....

    BalasPadam
  7. to lieya
    entahlah lieya....serba salah juga sebenarnya...ttp nk prepare tu yg byk hal........lepas tu kena brkampung lak 1 minggu disana...hu.hu.hu....

    BalasPadam
  8. to anisalya
    mmg rasa trsepit juga..kebetulan anak sndiri...ttp tgklah camne....

    BalasPadam
  9. to zefa
    thanks zefa....xtau lagi nk teruskan ke tidak.....

    BalasPadam
  10. to mamaijat
    thanks mamaijat..

    rasanya 60% kearah menarik diri mamaijat...byk yg kena dibuat. kalau setakat latihan xkisah sgt krn along boleh bantu ttp bahan2 smpingan tu yg xtrdaya nk disediakan....hu.hu.hu...

    BalasPadam
  11. Tahniah Naurah...
    Insyaallah akak pasti membuat keputusan terbaik...

    BalasPadam
  12. to nae
    thanks nae.....keadaan memaksa n trpaksa buat keputusan w.pn dgn hati yg berat....

    BalasPadam
  13. Tahniah Naurah, ibu & seluruh family..
    Akak tumpang gembira..
    Dah muktamad ke keputusan tarik diri tu Yah? Sayangnya..
    Apa2 pun akak yakin tentu Yah dah buat keputusan yg terbaik buat semua..

    BalasPadam
  14. to k.mie
    Thanks my dear k.mie...
    Yah rasa mungkin itu yg trbaik k.mie dr yah diserang stress yg xpasal2..nk melangkah ke peringkat yg lbh tinggi brtmbah beban kerja...xtrbuat rasanya.....utk ke daerah hr tu pn rasanya dh xdaya...moga keputusan yah diterima oleh pihak atasan....

    BalasPadam
  15. tahniah naurah , kalau anak sy memang diteruskan memandangkan sy pun tk de kerja hehe ..terpulang lah kat ibu , mesti ibu lebih berpengalaman dr saya ni ..

    BalasPadam
  16. saya fhm kesibukan dan stres NzA tetapi fikirkan juga kpd perjuangan dan pengalaman yg bakal diperolehi Naurah.

    patutnya cikgu2 lain tolonglah bantu. kalau harapkan NzA serba serbi, memang terpelecok dibuatnya.

    apa2pun tahniah kepada Naurah

    BalasPadam
  17. tahniah untuk Naurah & ibu Naurah....:)

    tumpang happy dan turut berbangga atas kejayaan Naurah...mudah2an dapat diteruskan perjuangan tu..

    BalasPadam
  18. to Bee
    kalau diikutkan hati mmg nk teruskn krn peluang bkn slalu dpt ttp memandangkn keadaan skrg rasa mcm xtrdaya lak Bee....Apapu thanks Bee...

    BalasPadam
  19. Tahniah .... Tapi sayang pulak kalau tarik diri sebab dah usaha dengan gigihkan.... :(

    BalasPadam
  20. to AHP
    Thanks krn memahami...ttp itulh, skrg ni cikgu2 dibebankan dgn mcm2 kerja yg trkdg xmasuk dek akal..msg2 tgh stress...xsmpai hati nk menambahkan beban kerja mrk.....

    BalasPadam
  21. to siti murni
    thank siti...akak pn sbnarnya dlm dilema..ttp rasanya trpaksa menarik diri juga kot....

    BalasPadam
  22. to MamaQS
    thanks, ttp 2lh kalau difikirkan kesian jugak kt naurah ttp takut akak yg xtrmampu......

    BalasPadam
  23. tahniah naurah!! satu pencapaian yg sgt cemerlang nih.semoga naurah faham ngan keadaan kak nza yek..

    BalasPadam
  24. to lily @mamaZZ
    Thanks lily...akak pn xsangka Naurah brjaya...moga dia memahami....

    BalasPadam
  25. tahniah kak=)n tahniah naurah=)pikir yang mana terbaik kay=)

    BalasPadam
  26. to nurul
    Thanks nurul..InsyaAllah, moga temui jln yg trbaik....

    BalasPadam
  27. Tahniah Farah, tahniah NzA.
    Apa pun keputusan NzA, moga itulah yang terbaik.

    BalasPadam
  28. to ummiross
    thanks ummi...rasanya smpai ke peringkat ini jelh kot ummi...xlarat dh rasanya.....

    BalasPadam
  29. tahniah buat naurah..alang2 menyeluk perkasam biar smp kepangkal lengan kak..terskan tau..sy sokong! gud luck!

    BalasPadam
  30. to PK
    thanks PK...mayb mmg xditeruskan memandangkan byk bnde yg nk kena siapkan..lagipn kena brkampung kt JB 1 minggu...hu.hu.hu.....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.