6 Januari 2012

Terperangkap Dalam Asap....Tolong!!!Tolong!!!

Bukan rumah ibu terbakar ye..selisih.
Tetapi ibu terperangkap dalam asap semburan nyamuk aedes.
Baru 2 minggu lepas kawasan taman perumahan ibu 
disembur dengan asap nyamuk aedes ni
hingga ibu melarikan diri sampai ke sawah.
Petang semalam kena sembur lagi.
Sapa la agaknya suka menternak nyamuk aedes ni????/

Kali ini nasib ibu agak malang.
Ibu agak lambat bertindak gara-gara menunggu Naurah balik
dari SKAgama dan Farouk yang entah di mana.
Along dan Beby dah berlari ke kereta.

Bila Naurah dan Farouk dah ada kat belakang rumah
ibu bergegas untuk keluar ke hadapan.
Malang sekali asap semburan tu dah dipancut di kawasan rumah ibu malah
penyembur itu siap masuk ke kawasan beranda rumah ibu.
Alamak!!!!!!!
Ibu dah terperangkap dalam rumah.
Tolong...tolong....
Rasa nak je jerit macam tu tetapi nanti tukang sembur tu
kata apa pula.....he.he.he...
Tau pun segan....
 Asap dengan cepatnya merebak.
ibu terpaksa bergegas masuk semula ke dalam rumah.
Buka semua kipas dalam rumah.
Mencari topeng mulut untuk ibu ,Farouk dan Naurah.
Nasib baik bekalan di rumah masih ada.
Angah dah berlari ke loteng atas.....

Along dan beby dah selamat meronda dengan kereta ibu.
Amboi..amboi..sejak pandai pusing stereng ni bukan main anak dara ibu sorang ni.

Nasib baik ibu dan Farouk tak kena asthma attack.
Mungkin topeng mulut jadi penyelamat.
Cuma hidung Farouk dan Beby dah mula berair......
Moga tak melarat......

p/s:
Maaf ye kalau seminggu dua ni ibu tak boleh BW macam biasa.
Semalam diserang Nazir, minggu depan orang-orang PKG nak datang 
serang PSS ibu.
meeting tak habis-habis.
Macam-macam program nak dibuat...
Rumah dah tunggang langgang......
Ibu SIBUKKK sangat-sangat-sangat....
Sapa nak tolong ibu????hu.hu.hu......

27 ulasan:

  1. kerap jugak ekkk depa sembur asap tu kat kawasan umah akak. macam kat tempat saya, bila ada seseorg terkena demam denggi, baru le ada yg dtg menyembur. kalo tidak tak dela pulak

    BalasPadam
  2. salam kenal...

    x suka bau asap semburan aedes ni..bila masuk umah..pinggan mangkin berminyak je..tp ya lah utk mencegah denggi kena la buat kan..

    BalasPadam
  3. bagus gak selalu sembur gini...terhindar dari nyamuk aedes....kawasan umah lieyapun selalu gak dieorg sembur sbb byk kes denggi....tapi lieya tak bukak tingkap n pintu pun heheehe..tak tahan le kak bau asap ngan kesan minyak tu...jenuh nak cuci....

    BalasPadam
  4. kat arau ni pun selalu gak dorang buat semburan... ni... jenuh lari....

    BalasPadam
  5. banyak kes denngi ke kat situ NzA,bagus jugak kan semburan kerap agar denggi tak merebak.
    Nasib baik NzA dan anak2 tak apa2. Sibuk2 pun jaga diri ye.

    BalasPadam
  6. byk kes denggi kot skang ni.smlm pun ada org dtg mnyembur dekat sini.huhu~

    BalasPadam
  7. hehe sy selalu kena sembur macam nie..buat derk jer bukak kipas kuat2 dlm umah.haha..

    BalasPadam
  8. kat kawasan rumah kami ni dah lama jugak tak kena sembur..

    kalo xde kes mesti depa tak sembur kan..

    BalasPadam
  9. Banyak kes denggi ke kat situ Yah? Kena hati-hati Yah.. kata orang beringat sebelum kena..

    BalasPadam
  10. Asap tu bila masuk rumah, habis tinggal bau, kan kak. Kat sini dah lama depa tak sembur.

    BalasPadam
  11. mesti area kawasan perumahan tu dah demam dengki..200meter sekitar rumah syarat fogging.hehe

    BalasPadam
  12. to mamasyaza
    ye su, area sini dh black list krn denggi.....

    BalasPadam
  13. to ibu mifzal
    thanks sudi singgah n salam kenal jugak..

    Samalh, baunya melekat kt mana2 n brminyak....

    BalasPadam
  14. to lieya
    mmg bagus ttp yg xtahan tu efek pd kami pengidap asma nie......

    BalasPadam
  15. to alimaz
    mmg trpaksa melarikan diri..xthn bau asapnya...sesak nafas.....

    BalasPadam
  16. to ummiross
    yelh ummi, setiap kali ada kes mmg depa dtg utk buat semburan tu....

    2lh, Alhamdulillah xapa2....

    BalasPadam
  17. to sizuka
    yelh, kalau ada kes baru depa sembur...

    BalasPadam
  18. to PK
    akak xthn PK..lemas n sesak nafas....

    BalasPadam
  19. to k.yong
    betul tu k.yong..bila ada kes je depa dtg.

    BalasPadam
  20. to k.mie
    mmg slalu ada kes k.mie..2 yg risau sgt...

    BalasPadam
  21. to yati
    mmg xtahan dgn bau tu yati..melekat kt mana2....

    BalasPadam
  22. to azhan
    yelh dik, sb ada kes la nie kot...

    BalasPadam
  23. bayak kes ye kat tempat akak tu. mujurlah akak n anak2 ok je.

    izan pun tak tahan kalau ada fogging ni. bawak lari anak2 ke taman permainan kejap.

    BalasPadam
  24. to izan
    slalu ada kes la izan..risau rasanya...

    2lh, biasanya kalau kami melarikan diri kami pergi shoppping or makan2....

    BalasPadam
  25. Anak2 dara sekelian sila tolong ibu anda ye.. hi hi..

    semoga urusan akak berjalan lancar..

    ps: sy rasa dah lama sgt kawasan rumah sy ni tak disembur..

    BalasPadam
  26. to zefa
    ha.ha.ha......pengumuman tu wahai anak2......

    InsyaAllah...amin....
    Kalau lma xsembur brmakna xde kes demam denggi la tu zefa....

    BalasPadam
  27. adeii..asap fogging tu ye kak..mmg seksa ... ape nk buat...demi kesihatan kan... ;)

    sian akk very the busy yer...xpe,akk can do it ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.