2 Januari 2012

Setelah 11 Hari Berlalu.....

11 hari berlalu result PMR diumumkan.
Ibu belum berkesempatan untuk buat n3 untuk Beby a.k.a Farah Najdah.
Semasa result PMR diumunkan pada 22.12.2011 kami masih bercuti.
Memandangkan tiket flight untuk 22.12.2011 hingga 24.12.2011 habis
so kami terpaksa menempah tiket penerbangan pada 25.12.2011.

Walau bagaimana pun, kami dapat result PMR melalui sms.
Itupun tak sepenuhnya.
Dan pada 28.12.2011 baru Beby ke sekolah untuk ambil result dia.
Alahai anak sorang ni memang jenis tak kisah.....hu.hu.hu..
Angah yang gementar, Beby releks aje.

Masa hari result keluar pun dia masih berselera bersarapan.
Masih mampu ketawa, masih mampu tengok cerita kartun.
Ibu n family, atok mama, atok ayah dan su tie dah tak tentu arah...
(masa tu kami masih di Kelantan)


Apapun ibu ucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan Beby.
Ibu tahu dan akui Beby anak yang pintar cuma kemalasan yang merisaukan ibu 
sepanjang Beby menduduki Tingkatan 3.
Puas ibu membebel, puas ibu suruh baca buku tetapi Beby dengan selamber menjawab : 
"Beby dah baca buku la ibu..".
Aduh......bertapa risaunya hati seorang ibu.....

Dan di atas permintaan Beby,
ibu tidak akan menyatakan result sepenuhnya di sini.
Beby kurang 1 mata dari result Angah.
Kalau nak tahu klik sini.....

Walau apa pun ibu tetap berdoa agar Beby berubah menjadi
anak yang lebih tekun belajar....
Semua orang disekeliling akui Beby seorang yang punya kelebihan dan pintar.
Dalam "Kemalasan" dan penuh dengan "Penyakit M",
Beby masih mampu meraih kecemerlangan....
Jangan sia2kan anugerah Allah yang sangat berharga pada Beby..
Selamat melangkah ke 4 Sains 1 dan semoga Beby terus cemerlang
dan dapat membanggakan keluarga....

Kami tetap bangga dengan kejayaan Beby.....
TAHNIAH ANAKKU......

p/s:
Hari ni ke sekolah kerana ada meeting lagi.......

28 ulasan:

  1. .....tahniah buat anakanda....
    semuga akan lebih cemerlang di SPM...

    aiikk....
    kan cuti ari ni...
    tapi mamaijat faham..
    sebab...
    kita same ajer..
    he he he..

    BalasPadam
  2. tahniah beby..semoga terus cemerlang!

    BalasPadam
  3. tahniah beby dan tahniah ibu...semoga kejayaan tercipta utk peringkat yg seterusnya..ameen

    BalasPadam
  4. Tahniah beby..
    semoga beby terus cemerlang & menjadi kebanggaan keluarga..^^

    BalasPadam
  5. Tahniah Beby, semoga terus cemerlang.
    NzA, anak2 NzA semua pandai2..

    BalasPadam
  6. Sekalung tahniah buat anakanda Farah Najdah.. tahniah juga buat kak Nza. :D

    BalasPadam
  7. TO MAMAIJAT
    thanks kakaknda..InsyaAllah..semoga Allah kabulkan doa2 kita...amin...

    BalasPadam
  8. to PK
    thanks..moga2 gitulah...

    BalasPadam
  9. to JS
    thanks....InsyaAllah....amin.

    BalasPadam
  10. to lily
    thanks lily...mudahan gitulh hendaknya.....

    BalasPadam
  11. to ummiross
    thanks ummi.....sama jga dgn anak2 ummi n kwn2 yg lain....

    BalasPadam
  12. wah..tahniah tu beby....cemerlang sgt2 resultnyer....

    BalasPadam
  13. tahniah beby. semoga beby terus cemerlang. sama jugak dengan ami byk sgt penyakit M dalam diri

    BalasPadam
  14. to mamasyaza
    Thanks Su....itulh anak2, mcm2 perangai yg boleh memeningkan kita.....

    BalasPadam
  15. Tahniah Beby!! Tahniah juga buat ibu dan ayahnya..

    BalasPadam
  16. tahniah beby! tahniah juga buat akak yang tak putus2 mendoakan kejayaan anak2 tiap kali mereka menduduki peperiksaan besar...

    BalasPadam
  17. to k.salmi
    thanks k.mie..anak2 k.mie pn semuanya bijak2kan.....

    BalasPadam
  18. to izan
    thanks izan..hanya itu yg mampu si ibu lakukan utk anak2....

    BalasPadam
  19. tahniah beby! budak bijak mmg begitu. dia studi smart sampai tak sape sedar bila masa dia studi. :)

    BalasPadam
  20. to GB
    thanks..ttp sikap dia merisaukan ibunya nie.....

    BalasPadam
  21. tahniah beby , walaupun M kan .. nampak mcm cemerlang tu ..

    BalasPadam
  22. to Bee
    budak sorg ni penuh dgn vitamin M....hu.hu.hu....

    BalasPadam
  23. tahniah again beby...itu yg dikatakan cerdik ... xpayah blaja teruk2 tp result gempakz ... ;)

    BalasPadam
  24. to ummihanie
    thanks hanie..entah bila la dia nk jadi rajin nie....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.