9 Januari 2012

Master Chef Naurah vs Master Chef Najdah.

Petang semalam tak ada aktiviti ke mana-mana.
Awal persekolahan sibuk yang teramat.
Masak pun cincai-cincai je....

Chef Najdah (15 thn 2 bulan) dan Chef Naurah ( 11 thn 10 bln)

Bila petang-petang perut mula rasa lapar. 
Ibu sekarang sibuk dengan kerja-kerja sekolah.
Bukan anak-anak je ada HW ye , cikgu-cikgu pun sama.
Nasib baik la semalam kat rumah ibu ada 2 orang 
Master Chef volunteer nak masak untuk minum petang.
Bestkan kalau setiap hari ada orang tolong masakkan......

Potato Wedgess Master Chef Naurah
Master Chef Naurah  masak potato wedgess....

Resepi:
6-7 biji kentang di kopek + dipotong + rebus + garam
Toskan.
Gaul dengan serbuk lada hitam.
Kemudian masukkan kentang ke dalam tepung gandum
(jangan bancuh air ye aunty...guna tepung kering).
Goreng dalam minyak panas......

Orang pertama rasa mestilah ibu Naurah.
Ibu kata sedap.
Seronok sangat Naurah rasa....

Potato Stew Master Chef Farah Najdah
Sediakan dulu bahan ye aunty2....

Proses memasak bermula....

Tara....dah siap. Bila dah siap orang yang pertama rasa resepi ini semestinya beby sendiri.
Sebabnya Beby risau nanti ibu komen macam-macam.
Bila rasanya dah ok, baru Beby bagi ibu makan.

Resepi Potato Stew :
5 Biji ubi kentang
Sebatang lobak merah
2 batang saderi
2 bawang besar
2 bawang putih
Halia
Dada ayam
Serbuk cili / cili paste
Garam
Lada hitam
Serbuk perasa

Cara :
1. Potong ubi kentang, lobak merah, saderi, dada ayam dan bawang besar dalam potongan dadu. Jangan terlalu kecil.
2. Cincang bwang putih dan halia.
3. Tumis bawang putih dengan halia.
4. Masukkan ubi kentang dan lobak merah. Biarkan selama 5 minit dan kacau. Biarkan ubi kentang dan  lobak merah empuk.
5. Seterusnya masukkan  saderi dan bawang besar dan biarkan selama 5 minit lagi.
6. Masukkan dada ayam dan kacau.
7. Masukkan serbuk cili atau cili paste empat senduk kecil. Kacau sehingga sebati.
8. Masukkan air sebanyak 300ml dan biarkan mendidih.
9. Masukkan garam,serbuk perasa dan lada hitam secukup rasa.
10. Biarkan mendidih sehingga 10 minit dan sentiasa kacau.
11. SIAP ! ngehehe~

p/s : jangan letak terlalu banyak air.Resepi ni ditulis sendiri oleh Master Chef Farah Najdah.

Amboi-amboi bukan main lagi 2 beradik ni menceroboh blog ibu ye.
Gitulah bila datang kerajinan melampau anak-anak nie.
kalau la setiap hari tolong ibu masak macam ni kan bagus.
Tapi syarat kena bangun pagi-pagi buta.......

24 ulasan:

  1. Wah! rajinnyiiiiaaaa anak2 dara akak

    lama saya tak jengah sini...
    Selamat Bertugas!

    BalasPadam
  2. anak dara akak nie nnt masukkan mastercef musim kedua=)nurulpun suka buatkan merah kentang goreng mcm naurah buat.potato wadges=)

    BalasPadam
  3. syoknya kak bila ada anak2 yg rajin masak dan volunteer nak jadi masterchef gantikan ibu...

    nampak sedap plak potato stew masterchef farah najdah...

    BalasPadam
  4. Bestnya kak, ada masterchef tolong masakkan.
    Yati hari-hari masak sampai boring rasa air tangan sendiri. Teringin nak rasa lauk kedai. Hehhe..

    BalasPadam
  5. NzA,bertuahnya ada anak perempuan, rajin pulak tu menolong ibu, ummi tunggu menantu masaklah nampaknya..hihi

    BalasPadam
  6. to nae
    bab2 makan rajinlah anak2 tu cz ibunya dh trlebih bz..xsmpt nk layan mrk....hi....

    BalasPadam
  7. to nurul
    he.he.he...best jugak tu..boleh la ibu goyang kaki....

    BalasPadam
  8. to alimaz
    trpaksa rajin cz ibunya tramat bz....

    BalasPadam
  9. to izan
    sskali weekend dpt la depa tu kecahkan dapur ibu....hi....
    boleh thn gak rasanya....

    BalasPadam
  10. to yatii
    sskali je depa dpt tlg..sekurg2nya xleh depa kelaparan...hi...

    BalasPadam
  11. to ummiross
    masa hr xsk jelh depa boleh tlh..tu pn ikut mknan kegemaran depa....hi.hi.hi...
    Xlama lg brmenantulh ummi.....

    BalasPadam
  12. .....WAH!!!!!ibu dah boleh berehat sikit...
    dah ada yang boleh membantu...
    Alhamdulillah....

    BalasPadam
  13. to mamaijat
    membantu masa weekend je mamaijat.....hr sk ibu jugak la masak....

    BalasPadam
  14. wah...uolls...hebat memasak ye..tahniah!!

    meh auntie nak rasa sikit potato wedges tu...tak tahan air liur auntie tgk...

    BalasPadam
  15. to wahida
    2lh, abis dikerjakan dapur n blog ibunya nie.....

    he.he.he..meh sini....boleh thn gak rasanya.

    BalasPadam
  16. Wah, rajin anak2 dara Yah! Macam ibunya jugak..

    BalasPadam
  17. to k.mie
    budak2 tu kalau dtg angin rajin camtulh k.mie....kalau dh dtg M nya ok la ngadap TV.....he...

    BalasPadam
  18. Sekali lagi ibu maryam berangan2.. maryam masak kat dapur tu besar nanti. Oh bahagianya.. :D

    BalasPadam
  19. rajin anak dara akk memasak..sy dulu waktu sebaya dieorang nak kedapur pun malas.haha..

    BalasPadam
  20. to zefa
    InsyaAllah, moga maryam minat memasak...hi....

    BalasPadam
  21. to PK
    akak pn sebenarnya xminat memasak trutama masa zaman sk dulu...entah la depa ikut sapa?????

    BalasPadam
  22. untung sgt akk ada ank2 dara buleh diharap utk memasak ... tabik ahh ;)

    BalasPadam
  23. to ummihanie
    he.he.he.......depa tu ikut mood hanie....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.