18 Januari 2012

Kakak Aiskrim.....

Hari ini lambat bersiaran.
Kesibukkan yang ditahap maksimum.
Pagi tadi terima lagi call dari PKG.
"Cikgu, Hari Jumaat ada interview calon NILAM..."
"Nanti cikgu bawakan murid bersama profail murid, rekod catatan, bla..bla..bla...."
Fuh!!!!..sabar jelah....

Hari ini nak cerita tentang Along yang sedang "Tanam Anggur"
kat rumah.
Lepas SPM Along duduk rumah + belajar kereta......

Kerja baru Along sekarang ni jadi "Kakak Aiskrim".
Kelakarkan bunyinya.
Sejak semalam Along gigih buat aiskrim.
Ibu ingatkan nak bagi adik-adik makan rupanya nak jual.
Bila ibu tanya, Along kata nak tambah pendapatan sementara tak buat apa-apa.
Tukang promosi aiskrim ialah Farouk dan Naurah.
Mereka akan dapat upah aiskrim jika ada kawan-kawan mereka beli.
Macam kejam je bunyinya...

Hari ni adalah kawan-kawan farouk datang beli aiskrim.
Kebetulan budak-budak tu mengaji al-quran di surau depan rumah ibu....
Aduhai kelakar lak tengok Along berlari keluar masuk melayan pelanggan kecil tu...

 Entah perisa apa warna hijau kuning.
Ibu pun belum rasa.
Kalau nak rasa kena beli.
1 batang 20sen..
He.he.he...Sabar jelah.,....

Sambil tu Along ambil upah photostat dan binding buku catatan PPIM ni.
Sebelum ni ibu hantar kedai je tetapi sementara ada si "pengangur" 
kat rumah ni ibu suruh Along uruskan.
Dari hantar kedai, proses menyusun dan binding semua Along buat.
Bila dikira semua kerja-kerja tu dapatlah upah dalam RM96.
Kerja tu selesai dalam setengah hari je......
Boleh la buat duit poket tu.
Biar dia belajar bukan senang nak dapat duit.....

33 ulasan:

  1. pandai anak akak cari duit..
    bagusla, biar dia tau macammana nk cari duit. =D

    BalasPadam
  2. to manis
    2lh, biar dia belajr brdikari....

    BalasPadam
  3. Pandai Along cari duit. Ada bakat jadi usahawan tu..

    BalasPadam
  4. terliur lak tgk aiskrim tu kak hehehehe....kalo aiskrim bubur kacang hijau lgi sedap ;)

    BalasPadam
  5. ....GOOD DEED along....
    nanti boleh jadi usahawanita....

    betulah...
    terliur tgk aiskrim along tu....

    BalasPadam
  6. suka aiskrim asam masin..hehe
    seronok la ank ibu dpt upah kan..hihi

    BalasPadam
  7. hebatlah along... jadi kakak aiskrim sudah... seronok layan kerenah adik2 kecik tu ye.

    yelah kak...bukan senang nak dapat duit kan...bagus along tau semua tu...

    BalasPadam
  8. bagus2. semangat begini yang kita mahu.
    kat umah ni, dia orang suka main2 buat aiskrim guna susu segar dgn coffe mate tu. :)
    tapi untuk makan sendiri ajelah.
    belum sempat beku, habis dihirupnya begitu sahaja

    BalasPadam
  9. Ada bakat jadi usahawan Along ni NzA, dah terserlah, bukan semua orang boleh buat macam ni kalau tak betul2 minat dan berbakat! Bagus cara Along mengisi masa terluang..

    BalasPadam
  10. Bagus la... At least along dapat belajar hargai duit dan masa

    BalasPadam
  11. Pandai Along cari duit. Bagus Along!

    BalasPadam
  12. to k.mie
    belajar cari duit poket sndiri tu...he...

    BalasPadam
  13. to suhaina
    sedapnya..tiba2 tringin nk makan....

    BalasPadam
  14. to mamaijat
    xsia2 ibunya suruh ambil paper tmbahan akaun...he.he.he...

    nmpk meriahkan....

    BalasPadam
  15. to JS
    sedapnya..lama dh xmkn.

    mmg seronok sakan la dia cz dpt upah lumayan....he...

    BalasPadam
  16. to izan
    2lh, bkn main seronok dia dpt jual aiskrim tu....

    sekurg2nya dia praktik apa yg telah dia belajar.....

    BalasPadam
  17. to AHP
    thanks AHP..sblm ni kt rumah ni pn mcm tu ttp sejak along buat bz ni msg2 dh xberani nk mkn sebarangan...hi....

    BalasPadam
  18. to ummiross
    mana la tau suatu masa nnti along jejak langkah ummi brgelar usahwaan brjaya..InsyaAllah.
    Biar dia belajar dr bawah......

    BalasPadam
  19. to mama adam
    InsyaAllah..moga dia dpt belajar dr pngalaman tu...

    BalasPadam
  20. to dinas
    Alhamdulillah dia cuba praktik apa yg dia belajar.....

    BalasPadam
  21. dah dpt title kak aiskrim pulak dah... ;)

    saya tak rajin nak buat aiskrim.. nanti anak2 dok adap non-stop.. jenuh la dok berhingus pulak..

    BalasPadam
  22. Bagus Along..sambil2 duduk rumah..dapat juga pendapatan sampingan...pandai Along cari duit..

    BalasPadam
  23. along mmg pandai cari duit..bagus mengisi masa lapang.at least ada duit poket sendiri..

    BalasPadam
  24. to kak yong
    2lh pasal..buat bz aiskrim..

    sama jugak kt rumah ni k.yong w.pn dh besar ttp sejak along jual aiskrim ni adik2 xberani nk ambil sebrgan.....

    BalasPadam
  25. to lily
    2lh, sekurg2nya boleh tmbah duit poket....

    BalasPadam
  26. to PK
    betul tu..sekurg2nya masa trisi n duit pn masyukkkkkk!!!!

    BalasPadam
  27. pandai anak akak berusaha cari duit poket sndiri kan..idea buat aiskrim tu mmg best..hehhehehe

    BalasPadam
  28. Best tu...nanti nak ice cream tu cakap dengan along ye kak ibu...

    BalasPadam
  29. to lily azliyana
    2lh, akak pn xsangka dia buat aiskrim tu.....

    BalasPadam
  30. to mamaQS
    2lh, kalau ibu nk makan pn kena beli......hi.hi.hi...

    BalasPadam
  31. to zefa
    org nk cari duit poket...he.he.he...

    BalasPadam
  32. rajinnn kakak .. kakak aiskrim pun ok ape .. masyuk gak :p

    wahh sonok ibu ade pembantu smntara ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.