6 Disember 2011

Farouk + Ketam....

Semalam ibu ke sekolah menyiapkan beberapa tugasan sebelum bercuti.
Dan si Farouk yang dah agak ok pun sibuk nak ikut ibu......

 Muka budak yang tak begitu sihat.
Melepak kat tepi padang sekolah menyaksikan latihan bola jaring.

Malamnya Ayah bergegas balik dan kami bawa farouk  ke klinik....
Punyalah ramai orang kat klinik.
Rasanya kami ni antara peserta terakhir.
Pukul 10.30 malam baru terima rawatan...hu.hu.hu...
Malam tadi badannya masih panas walaupun doktor bekalkan antibiotik..

 ni gambar hari ini, Farouk dah nampak lebih sihat.
Masih jadi bodyguard ibu ke sekolah.
Siap jadi pemantau abang-abang tuisyen yang sedang buat latihan Matematik.....

 Ibu risau juga sebab badan Farouk panas sangat.
Risau kalau kena demam denggi je..Minta selisih..Nauzubillah......
Hari ini ibu masakan sup ketam.
Kata orang, sup ketam ni bagus bagi demam denggi....
Punyalah tak senonoh ibu ni.
Balik rumah terus bersihkan ketam2 tu dan main humban je dalam periuk.
Malas dah nak buang kaki2nya tu....he.he.he....

Dan ibu layan makan roti bakar dengan aiskrim vanila.
Aiskrim tu ayah belikan untuk farouk.
Biasanya kalau demam  tonsil farouk bengkak dan aiskrim vanila inilah penawarnya......

18 ulasan:

  1. farouk masih blm sihat ke kak? alahaiii....sian plak tgk dia, muka tak bermaya je...

    dah lama tak layan eskrem ngan roti kak...

    BalasPadam
  2. siratu dah lega demam, sekrg ni dok batuk n sesema le pulak

    BalasPadam
  3. to izan
    dh ok sikit hr ni izan...mmg lesu je dia...asyik baring jerrr...

    BalasPadam
  4. to mamasyaza
    musim hujan mmg senang kena batuk n selsema su..get well soon..take care.....

    BalasPadam
  5. .....cepat pulih 100% Farouk..
    nanti kan nak JJCM.....
    mamaijat doakan semuga semuanya under control...
    InsyaAllah...

    BalasPadam
  6. to mamaijat
    InsyaAllah, moga cptlah pulih...risau.
    Thanks mamaijat....

    BalasPadam
  7. ibu tahu apa yang terbaik utk anak. semoga sihat farouk.

    BalasPadam
  8. Sian Farouk..nmpk muka dia tak sihat tu..moga cepat sembuh ye..
    sedap tu sup ketam kak..

    BalasPadam
  9. Farouk nampak macam tak sihat lagi. Get well soon ye Farouk..
    Bestnya sup ketam, orang sihat pun teringin nak makan ni...

    BalasPadam
  10. keiannya farouk.Aiman pun demam gak nie..

    BalasPadam
  11. Muka dia nampak letih sangat, kesian Farouk. Na'uzubillah, janganla kena demam deng** tu :(

    BalasPadam
  12. siannya demam pulak...

    kaki ketam tu lah yg sedap kak... ;)

    BalasPadam
  13. nmpk cengkung tak bermaya pulak muke farouk..takpe, makan ubat rajin2 tau farouq biar cepat sembuh..

    dilla dgr jugak org kate bagus sup ketam tuk org kena denggi..takpe la cube jek kak, mane tau berkesan..tpi mintak dijauhkan la farouq kena denggi..

    BalasPadam
  14. mcm mana farouk kak?dah sihat?sup ketam mmg sedap n bagus tuk demam denggi..tapi harap2 jauhlah dr demam denggikan...

    BalasPadam
  15. Musim orang demam sekarang ni, kak. Oh, sedapnya tengok roti bakar dan aiskrim vanilla! ^_^

    BalasPadam
  16. sebelum melrat baik cegah dulu,dengar juga klu dmm denggi sup ketam ubatnya

    BalasPadam
  17. Saya pun selalu kena bengkak tonsil bila demam. Makan antibiotik pun kekadang tak lega. Ada kawan saya sampai kena buat minor operation untuk buang tonsil. Skrang dah ok nampaknya.
    Moga farouk dah pun sembuh ye nanti nak balik kg.

    BalasPadam
  18. alahai sian farouk ...

    betul kak,sup ketam ubat utk denggi..insyaAllah ...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.