5 November 2011

Raya Haji Yang Sedih!!!!

Selamat Hri Raya Aidil-Adha ibu ucapkan kepada semua.


Bila tengok tajuk n3 mesti kawan-kawan tertanya kenapa ibu sedihkan.
Macam mana tak sedih kerana dah beberapa tahun
ibu terpaksa menyambut Hari Raya Aidil-Adha di sini.
Dan yang paling ibu sedih kerana tiada sambutan
diadakan di sini berbanding ditempat kelahiran ibu
Kelantan.

Kalau di sana hari Raya Haji sama meriah dengan Hari Raya Puasa.
Buat kuih, tempah baju raya, prepare rumah untuk raya.
Ada open house sampai raya ke 3......
Boleh dikatakan setiap rumah adakah majlis korban.

Rasanya ibu tak ada masak yang special
untuk hari raya.
Tengoklah kalau rajin, ibu cuma nak masak nasik minyak je dan
tunggu lodeh dan ketupat dari MIL......

SELAMAT HARI RAYA AIDI ADHA.....


P/S:
Mood sedih masa taip n3...hu.hu.hu..


30 ulasan:

  1. selamat hari raya kembali.

    memanglah, di sebelah pantai timur terutamanya kelantan raya haji lebih disambut meriah.
    memangpun sepatutnya begitu.
    sebab tu takbir boleh sehingga 3 hari.

    kat tempat lain, raya puasa yg lebih.
    agaknya sebab puasa sebulan.
    perut asyik lapar, berangan makan macam2.
    patutnya sebulan terdidik mengawal puasa, raya cukuplah tanda kesyukuran dapat berpuasa sebulan.
    sebaliknya kita sibuk beraya, bergolok gadai sampai tak cukup syawal masih nak buat open house.

    eh, apa yg saya bebel ni. hehehe...

    saya tak suka ambil mudah ibadah qurban.

    jgn sedih2.
    kampung asal saya tak jauh daripada sempadan kelantan, raya ni baliklah 1 hari sebab mak ajak buat qurban di sana.
    cuti pendek sangat.
    patutnya cuti deepavali dulu yg pendek...tapi dia org sambung2 cuti sampai dekat seminggu.
    raya haji ni sehari je. camna nak drive pergi balik, raya nak sembelih qurban, melapah, potong daging dan sebagainya. selepas tu terus nak drive balik semula? tak balik kang, sibuk nak kerja semula, anak2 nak skolah dsbnya. bukannya dekat.

    eh, terbebel lagi. hehehe

    BalasPadam
  2. kata ibu_suri semalam, Raya kita di sini. IM ikut aje walaupun hati ini terasa sedih.

    walaupun, dimana-mana berhariraya, ianya sama namun bila teringatkan eamk IM, sebenarnya ia tidak sama!

    BalasPadam
  3. salam aidiladha kak..

    samalah dengan lily ni..takde persiapan apa2..hubby pun kena kerja juga..sedih..

    BalasPadam
  4. To AHP
    Saya pun sebenarnya trkilan kerana Raya haji dipandang sepi sedangkan raya haji patut disambut secara besar-besaran oleh umat Islam...ttp nk buat mcm mana...redha jelah..

    Saya ucapkan selamat menyambut Hari raya Qurban dan selamat kembali ke kg halaman..berhati-hati di jalan raya....

    BalasPadam
  5. to IM
    mmg tak sama IM beraya dgn ibu bapa dan family..ttp apa nak buat terpaksa jugalah....

    BalasPadam
  6. to lily
    sedihkan tapi apa nak buat...redha jelah....

    BalasPadam
  7. akak...jgn sedih2 tau! izan pun balik raya umah mak izan kat selangor yg suasana rayanya biasa2 aje. cuti ni hubby amik lama sikit sbb last raya puasa dpt balik sekejap aje.

    BalasPadam
  8. k.nza..
    saya pun sedih.. huhu~
    start malam ni kena tinggal 2 minggu :(

    BalasPadam
  9. to izan
    xpelh izan sekurg2nya dpt brkumpul dgn family....

    BalasPadam
  10. to h4ni3
    hu.hu.hu....kesiannya dan akak alami nasib yg sama rabu ni..kena tinggal 1 minggu.....

    BalasPadam
  11. salam ibu , sama lah kita ni , sy tk balik kampung so mcm tak de hari raya je , tp tahun ni dah niat nak bawak anak2 pergi tengok org sembelih lembu tahun2 lepas tk pergi sebab anak kecik2 sgt lagi ..

    selamat hari raya ibu ~ huhu gaks

    BalasPadam
  12. kak,

    xde korban ke yg dibuat kat surau depan rumah kak tu..??

    saya pun selalunya tak masak apa2 pun di hari raya (even raya puasa) sbb selalu nya dok pusing rumah sedara mara & berkg di rumah mertua.. ;)

    kalo masak pun mungkin lepas hari raya ke 3..

    Selamat hari raya Aidil Adha kak.. semoga ade kesempatan utk balik kg di tahun mendatang..

    BalasPadam
  13. sob..sob..tumpang sedih juga..

    sy lagi sedih,hari raya pun kena berkorban utk negara.hehe..

    slmt hari raya utk akk sekeluarga..:)

    BalasPadam
  14. NzA, ummi singgah nak ucapkan selamat hari raya aidiladha buat NzA sekeluarga, semoga diberkati Allah, jangan sedih2 ye..

    BalasPadam
  15. jgn sedih2 kak...ana pun kali ni raya haji di nilai,umah mentua. kita yg kena buat happy agar kemeriahan tu dtg...selamat hari raya buat akak sekeluarga

    BalasPadam
  16. Janganlah sedih kak Nza. Ada suami & anak2, juga keluarga MIL, tetap beraya jugak kan :)

    BalasPadam
  17. to Bee
    nk buat mcm manakan...kt taman ni majlis korban kt surau dpn rumah jerrr.....

    BalasPadam
  18. to kakyong
    ada k.yong n byk juga lembu yg dikorbankan ttp suasana di sini xsama mcm di kg...lepas majlis korban dh xde apa2 lagi smbutan....

    Kiranya best juga la cz ada ziarah menziarahi...

    BalasPadam
  19. to sizuka
    Selamat Hari raya dik...

    BalasPadam
  20. to ummiross
    slamat hari raya ummi.....
    Sayu xdpt peluk n cium tngan abah dan mama serta family....

    BalasPadam
  21. to PK
    Sama2 sedih...ttp apa nk buatkan..selamat bertugas....

    BalasPadam
  22. to suhana
    sekurg2nya ana blk kg juga..Apa pun selamat hari raya....

    BalasPadam
  23. to azhan
    Selamat Hari raya....

    BalasPadam
  24. to dinas
    2lh, mrk ttp disisi ttp kt sini xde sambutan raya kecuali solat raya n korban je...hu.hu.hu...

    BalasPadam
  25. aah...belah pantai timur je meriah sambutan aidiladha ... kami lagi le mcm biase...tgh brpantang lak tu..beraya umah mak je...mak lak xberapa sihat... tp dia masak2 gak sikit..

    BalasPadam
  26. to ummihanie
    kat sana mmg meriah hanie..mak hanie sakit apa????

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.