26 November 2011

Pasar Lambak.

Semalam ibu sempat singgah ke pasar minggu/lambak di Bukit Gambir.
Lama dah ibu tak ke pasar minggu ni walaupun jarak tak sampai 0.5 km je dari rumah.
Tahun ini cuma 2 kali aje berpeluang ke sana.
Maklumlah pasar ni diadakan pada pagi hari bekerja...
Hari Jumaat dan berakhir sebelum pukul 12 tengahari.....
Memang tak berkesempatanlah.....
Sekali pergi macam-macam nak dibeli.
Segan juga bila asyik ditegur "Hai cikgu banyak belanja"...
hu.hu.hu....itu yang paling ibu tak suka....

 ini yang pertama menawan hati ibu.
Kalau dulu ibu tak pandang pun sata ikan ni.
Tetapi tiba-tiba tergerak hati nak beli.
Tak sia-sia ibu beli sebab rasanya memang sedap.....

 dan otak-otak ikan.
Beby memang suka sangat otak-otak.
Ibu cuma beli 12 batang.
Maklumlah anak ramai, so seorang dapatlah 2 batang.

dan tapai pulut kegemaran Naurah.
Pun sedap juga rasanya.

Yang geramnya, Farouk seorang je tak layan semua makanan tu.
Ibu belikan keropok lekor dan apam rangup untuk dia.
Akhirnya singgah juga tempat feveret dia di MBrown.
Ibu cuma tapau 1 kotak chicken mushroom dan bubur ayam untuk dibawa ke sekolah.
Manalah tau nanti dia kelaparan semasa menunggu ibu siapkan
kerja-kerja kat sekolah...
Balik rumah dah hampir pukul 3.00 petang....

p/s:
Hari ni kena hadiri beberapa jemputan....

25 ulasan:

  1. ...adohaiii......
    lapau sesangat bila tgk n3 segini pepagi ni...
    menggoda sungguh kerana semuanya juga adalah favourite mamaijat...
    hu hu hu..
    sape nak tolong ni!!!!!

    BalasPadam
  2. to mamaijat
    hu.hu.hu....kesian mamaijat...kalau dekat2 ibu dh hantar dh.....

    BalasPadam
  3. sedap otak2..peberet tu!
    sini ssh nak jumpak benda tu..:)

    BalasPadam
  4. sedap otak2..peberet tu!
    sini ssh nak jumpak benda tu..:)

    BalasPadam
  5. Wow, merah warna otak2 ikan tu..memang gitu ka warnanya? Saya belum pernah makan..

    BalasPadam
  6. Byk nya shopping makan.hehe

    BalasPadam
  7. masa belum ada diabetes dulu saya suka makan tapai dengan ais krim vanilla...

    sedap!
    tapi bayangkanlah kandungan glukos yang masuk badan.

    sekarang saya lebih peka dan mengenali apa yang saya makan.

    BalasPadam
  8. to PK
    slama ni akak xkisah sgt ttp bila cuba sedap pulak....

    kt sini ada kt mana....

    BalasPadam
  9. to dinas
    agaknya la kot warna camtu...akak pn sblm ni xlayan ttp bila cuba masa g muar hari tu terus jatuh chenta...hi.hi.hi....

    BalasPadam
  10. to jemarisuri
    edisi mengembangkan badan....hi...

    BalasPadam
  11. to amna
    sedap...manis secukup rasa....

    BalasPadam
  12. to AHP
    trkdg gitulah, kita masa mkn xingat ttp lepas mkn baru rasa trkilan....mmg kena kawal makan..mencegah lebih baik dr merawat...

    xpernah cuba mkn dgn aiskrim vanila...mesti sedapkan....

    BalasPadam
  13. tetiba plak teringin nak makan otak2 ikan..lama dah x makan..

    BalasPadam
  14. to lily
    sedapkan lily......pedas2 + lemak2....

    BalasPadam
  15. betul kata AHP...tapai tu makan dengan eskrim vanilla memang sedap

    BalasPadam
  16. alahai kak, saya pun dah lama tak makan sata, sedap tu

    BalasPadam
  17. rindunya nak makan sata.. pernah beli sata di apsar mlm ipoh.. kureng sedap... mahal pulak tu... last makan sata di kemaman... kepok kat sana pun sedap...

    BalasPadam
  18. to ibuintan
    mesti sedap tu...xpernah rasa lak saya....

    BalasPadam
  19. to mamasyaza
    sesekali trjumpa su.....hilang kempunan....

    BalasPadam
  20. to kak yong
    kalau kena yg sedap mmg brbaloilah kak yong....

    BalasPadam
  21. NzA sedapnya..semua tu favourite ummi, dah lama tak makan.

    BalasPadam
  22. to ummiross
    ni semua mknan tradisional kan ummi...mmg sedap ....

    BalasPadam
  23. to zefa
    alah apam yg nipis tu...entah org panggil apa...hi.hi.hi...

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.