12 Oktober 2011

8 Tahun Sudah...

8 Tahun sudah umur si bujang ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.
Rasanya baru semalam peristiwa itu terjadi.
Terlalu banyak ujian dan dugaan yang ibu serta ayah lalui
dalam membesarkan farouk.

Tragedi yang kami lalui:
-Sedari kecil Farouk pengidap Asthma yang agak kronik.
Setiap minggu perlu berjumpa doktor untuk dapatkan nebulizer.
-Alami paru-paru berair diusia 8 bulan..
-Pernah muntah darah membuak-buak kerana tertelan 
serpihan kulit telur,
-tercabut gigi hadapan diusia 2 tahun akibat jatuh motosikal
semasa bersama ayah dan alami pendarahan yang teruk.
-Alami pendarahan semasa di Petro Sains akibat dilanggar tanpa sengaja
oleh seorang kanak-kanak.
Nasib baik staff disana bertindak cepat dengan membawa Farouk
ke klinik peribadi Tun Mahadhir Mohamad.
-Dan peristiwa yang tidak dapat ibu lupakan
bila farouk jadi mangsa langgar lari..
Dan banyak lagi ujian dan dugaan yang kami
lalui dalam tempoh membesarkan farouk.....

Ibu sentiasa mendoakan agar Farouk sentiasa
dilindungi Allah SWT.
ibu dan keluarga juga berdoa
agar Farouk menjadi anak yang baik, pintar, bijak, berakhlak
dan cemerlang dunia dan akhirat....
Amin....

diusia 3 tahun....

gambar terkini yang ibu ambil pada 5.10.2011

p/s:
Sebenarnya setiap kali kedatangan hari lahir Farouk
ibu rasa amat terkilan kerana berlaku kesilapan dari
pejabat pendaftaran berkaitan tarikh lahir dan waktu kelahiran
yang amat berbeza dengan yang sebenarnya.
Tarikh lahir sebenar :12.10.2003- 7.15 malam
Disijil kelahiran tercatat : 13.10.2003- 8.30 malam.
Bila ibu suarakan pada Ayah,
Ayah cadangkan agar ibu ikut sijil kelahiran kerana itu
sudah termaktub.
Tapi ibu akan meraikan kedua-dua hari tersebut.
Dan yang pasti ibu rasa amat-amat terkilan....

12.10.2011 - disaat ibu melahirkan Farouk merupakan tarikh
bersejarah bila Hospital Besar Muar diwartakan sebagai
Hospital Pakar Sultanan Fatimah dan di rasmikan oleh
Sultanah sendiri......

35 ulasan:

  1. moga farouk menjadi anak soleh yang menjadi penyejuk mata kedua ibu bapa dan pemimpin kepada org2 yg bertaqwa, ameen..

    BalasPadam
  2. Selamat hari lahir buat anakanda Farouk.. Moga jadi anak yg soleh, berjaya didunia dan akhirat.. amin.

    BalasPadam
  3. Happy birthday Farouk, semoga sihat selalu, semoga dilindungi Allah setiap waktu,semoga menjadi anak soleh..Amin.

    BalasPadam
  4. Selamat hari lahir buat Farouk.
    In positive side..Farouk bertuah..boleh sambut ulangtahun kelahiran pada kedua2 tarikh tu..:)
    apa2pun mudah2an Farouk menjadi anak yg soleh, kebanggaan ibu dan ayah..amin.

    BalasPadam
  5. to AHP
    InsyaAllah..insyaAllah..InsyaAllah...amin...amin..amin..itulh hrpan kami semua..terima kasih AHP

    BalasPadam
  6. to zefa
    Terima kasih...InsyaAllah....amin.

    BalasPadam
  7. to ummiross
    itulh yg kami hrpkan ..agar xada lg tragedi yg menimpa......amin....

    BalasPadam
  8. to siti murin
    InsyaAllah...amin..Itulah, disebalik kekurgan ada kelebihan....

    BalasPadam
  9. to imanshah
    InsyaAllah..amin....Thanks dik.

    BalasPadam
  10. Banyaknya dugaan, kak Nza..Happy birthday Farouk, semoga menjadi anak yg soleh. Dengar cakap ibu & ayah naa :)

    BalasPadam
  11. to dinas
    mmg selalu diuji n semoga ujian itu merupakan sesuatu yg manis pd masa akn dtg......amin....

    BalasPadam
  12. semoga menjadi pembeza hak dan batil seperti namanya

    BalasPadam
  13. kenangan memlahirkan farouk merupakan yg terindah yer..ada sejarah disitu

    nak membesarkan farouk juga begitu bernilai ujianNYA..

    btw farouk umo 3tahun tu tak berubah langsung dengan sekarang,comel..:)

    BalasPadam
  14. tahniah Farouk... hepi besday, moga Farouk menjadi anak yang soleh dan berjaya dalam hidup

    BalasPadam
  15. to cikli
    InsyaAllah...mudah2an gitulah.

    BalasPadam
  16. to PK
    byk yg indah n byk yg menyedihkan.....semoga ada yg manis menanti dihadapan.....

    BalasPadam
  17. to ibuintan
    InsyaAllah...moga2 gitulah hendaknya.....

    BalasPadam
  18. eheh...boleh pulak jd camtu eh..kalau eina as ibunye pun, sure terkilan akan kekal selamanya...dan mesti nak celebrate di hari yang sebetulnya..hu~

    apapun selamat hari lahir farouk..hope besar jd anak yng berguna..Amin..

    BalasPadam
  19. selamat ari lahir farouk ...sabar sungguh akak mendidik n merawat farouk..kasih ibu membawa ke syurga...tahniah=)

    BalasPadam
  20. to mamalieyna
    2lh kecuaian pihak yg trbabit mempengaruhi kita seumur hidup....sedih n trkilan

    thanks eina...amin...

    BalasPadam
  21. to n.hezrina
    itulah kasih ibu..biarpun sering diuji ttp kasih ibu dpt atasi segalanya....

    BalasPadam
  22. happy birthday farouk!! smg membesar sbgai anak yg soleh..

    BalasPadam
  23. to intanberlian
    thanks intan.....amin.

    BalasPadam
  24. Happy birthday, Farouk. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya. Amin... :)

    BalasPadam
  25. happy birthday farouk.
    camne tu kak boleh salah tarikh lahir n masa
    apapun semoga farouk membesar menjadi anak yang soleh dan bijak...amin

    BalasPadam
  26. to yati
    Thanks yati.......InsyaAllah...amin..amin...amin....

    BalasPadam
  27. to mamasyaza
    thanks su..
    2lh, trkilan sgt bila dpt sijil kelahiran farouk tu ttp dh xboleh nk buat apa.........trkilan sgt.

    BalasPadam
  28. oh 8 tahun dah ingat 7 tahun farouk ni .. patut ler nampak bijak dan berdikari sikit

    BalasPadam
  29. to Bee
    dh lapan tau daaa aunty......he

    trkdg manja lebih2 gak dia nie Bee..ngada2.

    BalasPadam
  30. hepi belated besday Faroouk... owh, rupanya ade ksilapan di sijil lahir lahir... kalo saya pun hangin jugak, camno depa cuai sangat..

    BalasPadam
  31. to kakyong
    thanks k.yong...2lh kesilapan yg besar bagi akak..mempengaruhi fakta sejarah hidup seseorg.....

    BalasPadam
  32. moga farouk terus membesar menjadi anak yg soleh ye kak...comel je gmbar dia masa umur 3 thn tu....

    BalasPadam
  33. to izan
    InsyaAllah....amin...amin..amin....

    budak2 kecik semuanya comel2kan...

    BalasPadam
  34. kejaap je dah besar kan farouk .. sebaya ank sulung hanie ...

    semoga farouk mmbesar mnjadi ank yg soleh ! comel nyer gambor bby ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.