11 Ogos 2011

Menu + Resepi Kuih Chara dan Singgang-Puasa ke 9 dan 10

Alhamdulillah hari ini masuk 11 hari kita berpuasa.
Ibu kadang-kadang buntu memikirkan resepi untuk dimasak untuk berbuka.
Masak simple tidak kisah asalkan anak2 dan ayah suka makan.

Puasa ke 9
 Along volunteer nak masak roti jala.
Syukurlah ada orang nak tolong buatkan
kerana nak buat roti jala ni memakan masa juga.
Sambil itu ibu masak kari ayam, sayur bendi dan tauhu telur.

Puasa ke 10
Tiba-tiba teringin nak makan kuih chara berlauk.
Dan sekali lagi Along volunteer nak bantu ibu buatkan kuih chara.
Intinya ibu yang masakkan.
Disamping itu ibu masak singgang daging + goreng udang + ikan kering.

Resepi kuih Chara Versi ibu:
1/2 kg Tepung gandum
2 sudu besar susu tepung/ susu cair/ santan
1 biji telur
garam secukup rasa.
1 sudu gula
serbuk kunyit untuk warna.

Cara-caranya:
Bancuhkan kesemua bahan dan kisar.
Biarkan adunan itu cair seperti memasak lempeng.
*Adunan kuih chara lebih kurang sama untuk membuat roti jala.

Inti :
Isi ayam (bahagian dada)-cincang
1 biji kentang-cincang
2 sudu rempah kari daging
1 biji bawang besar-cincang
2 las bawang  putih-ketuk
minyak untuk menumis
garam + gula secukup rasa.

Tumiskan minyak dan masukkan bawang besar, bawang putih.
Tumis hingga garing.
Kemudian masukkan rempah kari.
Setelah pecah minyak masukkan isi ayam dan kentang.
Masukkan perasa di atas..

Cara memasak kuih chara:
1. Guna acuan kuih chara.
2. Guna api yang perlahan
3. masukkan sedikit minyak ke dalam setiap acuan.
4. Curahakn adunan dan kemudian letakkan  inti diatas adunan.
5. Tutup dengan penutup.
6. Setelah masak ulang proses yang sama.

Singgang Daging
Bahan-bahan:
1 kg daging lembu
3 hirisan lengkuas-kisar
1 inci halia-kisar
4 ulas bawang merah-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
2 sudu ketumbar-kisar halus
asam keping atau asam jawa.
garam dan serbuk perasa secukup rasa.

Cara-cara:
Masukkkan semua bahan ke dalam periuk.
Jangan lupa masukkan air....
Masak sampai empuk.
Siap untuk dihidangkan.
Kalau hendak pedas, ketuk cili padi dan masukkan
ke dalam singgang...

*Petang ni tak tahu nak masak apa lagi.......

29 ulasan:

  1. Ibu....sedapnya ....rajin anak-anak ibukan...boleh buat menantu

    BalasPadam
  2. anak dan ibu sama2 rajin.. menarik sungguh menunya..

    BalasPadam
  3. sy suka cara manis,singgang sedap!selalu ikan jer,daging sedap ekk kak?

    BalasPadam
  4. semua tu ena suka..

    ena pun masak2 yg simple2 je kak.. lgpun yg makan pun tak ramai.. kami ber4 je.. blh dikatakan ibarat makan berdua jugak.. sbb anak2 makan bukan makanm banyak sangat.. :D

    BalasPadam
  5. NzA, sedapnya singgang dading dan kuih cara tu,nyum-nyum!

    BalasPadam
  6. to mamaQS
    masa bln puasa je mrk smpt tlg di dapur.....
    hi.hi.hi....

    BalasPadam
  7. to hanis
    xdelh rajin hanis ttp dh nk mkn kenalah masak sndiri....he...

    BalasPadam
  8. to imanshah
    mkn sorg lbh jimat beli je dik...

    BalasPadam
  9. kak....semuanyer sedap2 belaka...selamat berbuka kak

    BalasPadam
  10. to PK
    singgang daging lain sikit caranya...rasanya daging lbh sedap la...

    BalasPadam
  11. to ena
    akak masak yg plg simple je ena...yelh anak2 yg kecik bkn mkn sgt pn..mcm farouk tu pn jrg mkn nasi masa brbuka.....

    BalasPadam
  12. to ummiross
    mmg licin dimakan anak2 kuih chara tu ummi...hi...

    BalasPadam
  13. to iela
    thanks..slamat brbuka juga utk ilah....

    BalasPadam
  14. bulan puasa ni kaum ibu semakin pening nak memasak dan mengatur menu kan..sama jugak mak kat rumah...:)

    BalasPadam
  15. to siti murni
    2lh, demi memuaskan selera anak2...

    BalasPadam
  16. Cara berlauk pun sedap, cara manis pun sedap, ohhhh!

    BalasPadam
  17. IM hampir setiap hari berbuka dengan moi...

    BalasPadam
  18. bee pun baru je buat kuih chara gula kelmarin una pagil kuih gula2 haha

    BalasPadam
  19. seronoknya kalau ada yg menolong di dapur....

    p/s..menu2 tu semua mmng mngncam...

    BalasPadam
  20. to dinas
    dua2 sedap ttp akak lbh suka yg brlauk...

    BalasPadam
  21. to IM
    moi tu apa IM??xpernah dngar...

    BalasPadam
  22. to Bee
    anak2 akak pn suka chara gula nie....

    BalasPadam
  23. to MP
    sskali je MP budak2 tu smpt tlg....

    BalasPadam
  24. seronok ada anak2 yg rajin kan kak... singgang daging pun anak2 izan suka sgt sbb mok (MIL) selalu buat~

    BalasPadam
  25. to izan
    budak2 mmg suka cz kuahnya cair mcm sup.....

    BalasPadam
  26. macam2resipi tu.hehe.sedap2 belaka ni kak =)

    BalasPadam
  27. to azhan
    resepi yg simple kegemaran kami sekeluarga....

    BalasPadam
  28. byknyee menu akk .. best betol .. ank lak rajin mmbantu ... double best ! ;)

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.