16 Ogos 2011

Kerja Tetap Diteruskan-Puasa ke 16

Alahai mata, kenapa dan mengapa?????
Teruklah kalau setiap hati macam ini.
Tetapi tugasan mesti diteruskan macam biasa.
Jangan bagi alasan kerana puasa kerja-kerja tertangguh.

Hari ini ibu menghabiskan masa dengan buat 
proses pelupusan@hapus kira buku PSS.
Banyak buku-buku yang dah lembik dikerjakan anak-anak murid ibu.
Tak pelah, itu tandanya mereka rajin pinjam buku, rajin baca buku,
tak pun mereka sepah-sepahkan buku-buku itu.
Asalkan mereka pegang buku pun dah ok.
Nak terapkan budaya sukakan buku bukan senang.

Dan hari ini ibu mampu lupuskan lebih kurang 150 buah buku.
Dah tak daya nak teruskan kerja-kerja itu.
Agaknya cikgu ni kalau bagi kerja-kerja macam ni memang tak tahan lama.
Maklumlah, kerjanya bercakap...bercakap dan bercakap....
Kalau sekadar duduk diam-diam dan mengadap kerja-kerja
tanpa bercakap mata mula layu dan kuyu....

.Berserabut dok tengok buku-buku yang dah lunyai + lembek nie.....
Akhirnya dapat siapkan 1 kotak buku untuk proses perlupusan tu..

 Rehatkan diri seketika. 
Nilah kerja ibu kalau dah bosan...
Melukis atau mewarna.....he..
Terapi minda juga ni....

22 ulasan:

  1. Banyak pahala tu NzA,kerja pun ibadah jugak. Lukisan tu cantik,pandai rupanya melukis

    BalasPadam
  2. to ummiross
    2lh ummi....kerja2 tu semua ibadah....

    xdelh ummi...sikit boleh la....

    BalasPadam
  3. hehe..

    banyak gak buku yg nak dilupuskan tu..

    BalasPadam
  4. assalam :)
    rajin cikgu.. then buku2 tu dilupuskan mcm mana? akan dikitar semula atau bgimana?

    BalasPadam
  5. Cantik lah lukisan tu. nampak mendamaikan. Pn NZA ni cikgu PSV ye. Tentu kreatif tentang seni2 kan. Saya ni langsung tak ada bakat melukis. setakat lukis orang lidi tu boleh le juga.

    BalasPadam
  6. selamat melupuskan buku tetapi mempertahankan puasa ..

    BalasPadam
  7. pandai akk melukis..oh yer org kidal kan.hehe.mmg kreatif!

    BalasPadam
  8. Banyak jugak buku yg dilupuskan tu naa. Dah lembek, takkan nak simpan lagi kan.

    BalasPadam
  9. wow! pandai lukis,pandai warna ye ibu ne.

    :) nice


    S a l a m r a m a d h a n~
    Jum hayati di sini (^o^)
    balik KAMPUNG!!

    BalasPadam
  10. to ena
    2 baru sebahagia je ena, sbnarnya byk lagi tu....

    BalasPadam
  11. to lily
    main hentam je lily..nk hilangkan bosan....

    BalasPadam
  12. to amna
    dh kerja amna so kenalah buat..
    buku2 tu ada proses..lepas senaraikan utk pelupusan kena hntar surat prmohonan ke Jabatan..bila disahkan barulah boleh dibakar atau dijual..tu pn hasil jualan kena catatkan...rumit juga prosesnya.....

    BalasPadam
  13. to anggun
    sejak posting mmg sy jadi pengerusi panitia PSV..nk kata pndai xlah ttp mmg minat melukis sejak kecil....

    BalasPadam
  14. to PK
    saja je PK utk layan mata yg mengantuk ni......

    BalasPadam
  15. to dinas
    skali buat mmg menimbun la dinas..budak2 tgk pn dh xselera...

    BalasPadam
  16. to zaty
    xdelh pndai zaty ttp sekadar mengisi masa.....

    BalasPadam
  17. wahhhh akak pun lebih kurang cam en. abah gak, kalo tension balik keje, sebelah mlm, mesti dia kusyuk melukis n mewarna, betul tu akak, terapi minda

    BalasPadam
  18. to mamasyaza
    2lh,lain org lain cara hilangkan stresskan...akak mmg minat melukis n mewarna su......bila dh mula mcm dok dlm dunia trsendiri....

    BalasPadam
  19. sabor je le kan kak ... haih~

    kitar semula kot buku2 tu ?

    BalasPadam
  20. to hanie
    sabo jelah....

    nk kitar semula kena tunggu kelulusan JPNJ dulu hanie....

    BalasPadam

Setiap kunjungan didahului ucapan terima kasih...InsyaAllah akan dibalas kunjungan anda.