Hari Jumaat Sekolah ibu ada Majlis Tautan Kasih.
Majlis sempena perpisahan dengan 2 orang rakan guru yang bertukar
dan menyambut 2 orang rakan guru yang baru.
Musim pertukaran guru-guru yang dah lama
berhijrah ke sekolah baru.....
Musim pertukaran guru-guru yang dah lama
berhijrah ke sekolah baru.....
Memang meriah majlis tu.
Lagi meriah dengan sumbangan berbakul-bakul
buah durian, rambutan dan manggis.
Sampai tidak habis makan......
Inilah orangnya yang diraikan, Cikgu Osman (baju hijau)
Abang senior ibu.
20 tahun berkhidmat di SKPK.
Semasa ibu masih bergelar student,
dia sudah posting ke Sarawak.
10 tahun ibu mengenali dia di SKPK.
10 tahun ibu mengenali dia di SKPK.
Dialah:
Kawan bertekak ibu.
Kawan tempat ibu mengadu.
Kawan tempat ibu bergosip.
Kawan tempat ibu bergaduh.
Kawan tempat ibu mengusik.
Kawan tempat ibu melepaskan perasaan.
Kawan tempat ibu melepaskan perasaan.
Kawan yang amat sporting.
Kawan yang selalu jadi pembangkang dalam setiap kali mesyuarat.
Memang kami rasa kehilangannya.
Dan sudah tidak lagi kedengaran sapaan "Hai, ZEK..."
bila dia bertembung atau mencari ibu.....
Majlis hari tu penuh dengan sesi airmata.
Cikgu Osman ni nampak aje agak ganas tetapi
hatinya lembut umpama ais.
Sewaktu tiba di sekolah dia mula nangis,
masa makan nangis,
masa berucap lagilah nangis..
masa sesi bersalaman terus nangis...
Lambaian terakhir terus menangis...menangis dan menangis.....
Menu yang ditempah..Nasi minyak.....
Memang sedap. Lupa ibu nak snap pencuci mulut
dadih jagung yang sedap dan bubur durian....
Buah durian yang disponser oleh Cik Zana.
Masih ada lagi 1 bakul kat sekolah..
Konon-kononnya KIV untuk dimakan pada program Hari Ahad nanti.
Entah-entah dah jadi tempoyak.....
Sibuk snap gambar, nak makan pun tak sempat......
Cikgu Osman ,ex-GPK-Hem kami yang bertukar, Ustazah Zainura tidak dapat hadir.
GKP Hem baru kami, Cikgu Ramasiah (berbaju unggu-paling kiri) dan seorang lagi Ustazah yang diraikan Ustz Azalina meminta diri awal kerana ada urusan yang belum selesai di sekolah lama.
Salaman terakhir Farouk dengan "Sir"nya....
Doa kami agar Cikgu Osman terus suksess dlm kerjayanya...
Juga terima kasih kerana mendidik anak-anak ibu.
Terutama 3 Farah yang berjaya meraih A dalam B.Inggeris dan
sehingga sekarang 3 Farah terus cemerlang dalam subjek
Bahasa Inggeris
berkat bimbingan Cikgu Osman sedari mereka di Tahun 1..
Thanks a lot SIR!!!!!..
p/s:
Sat lagi nak ke sekolah kerana ada
Program Bersama Pensyarah dan pelajar dr
Matrikulasi Cawangan Johor.
Program Sekolah Angkat Matrik.
kita pun tak tahu bilakah akan kena tukar
BalasPadamsedihnye..Jarang tgk lelaki menangis..
BalasPadammkanan semuanya nmpk menyelerakan tu..durian pun X ketinggalan ye.. ;)
wow akak banyaknye menu, mesti sedap2 belaka
BalasPadamNangis-nangis juga. makan makan juga. gitulah nasib guru. asyik kena tukar je. paling tak bila naik pangkat.
BalasPadamIM kena tukar department je... dah 3 kali selama bekerja ni.
20 tahun berkhidmat, mestilah menangis!!!
BalasPadamMakanan sedap2 and durian tu pun nampak sedap
Orang yg baik mmg akan terasa kehilangannya. Panjang umur boleh berjumpa lagi.
BalasPadamwah seronok makan2.tetiba tringat masa zmn skolah dlu kalo ada cikgu kne tukar skolah, mesti sedih huhu~
BalasPadam2 dekad tu, sama macam ckLah. Memang beat tapi kena akur.
BalasPadamKawan-kawan dan murid-murid ckLah memang menangis saat berpisah....tapi di depan mereka ckLah senyum saja. Sampai rumah baru nangis dan ngadu di blog...hehe
ni cikgu osman ayah kepada syarul n aida ke cikgu? semoga kekal sukses, amin..
BalasPadamp/s:akan berpindah ke sekolah mana?
setiap yang bertemu pasti akan berpisahkan kak...sedih sebab dah lama akak kenal dia kan....
BalasPadambaca entri pun dah sedih..belum kenalan dgn cikgu lg..huhu
BalasPadamto imanshah
BalasPadamakak dh 4 x brtukar ttp krn ikut suami...hi.hi.hi..
gitulh kita, redha jelh....
to lily
BalasPadamcikgu ni mmg bintang airmata...senang menangis...hi...
mmg meriah dgn mknan...
to mamasyaza
BalasPadam2lh yg tmpah bbrapa jenis je ttp yg sponser byk sgt...
to IM
BalasPadammmg dh trmaktub camtu IM...cuma kita kena sntiasa brsedia bila diarahkan...
to hami
BalasPadamsapa xsedih meninggalkn tmpt yg byk kenangan......
to anggun
BalasPadamwalau camne pn, bila brgelar kwn, mrk ttp dihati..susah senang brsama....
to sizuka
BalasPadamgitulh putaran alam, ada yg lama n ada yg baru....
to CKlah
BalasPadamsapa yg xsedih nk meninggalkan tmpt yg dh serasi n sebati dgn kita trutama kwn2...ttp apa nk buat, dh diarah camtukan..nk xnk kita trpaksa redha....moga CKlah bahagia ditmpt baru dgn suasana baru....InsyaAllah.....
to amna
BalasPadamye amna..ayah sharul n aida...cikgu osman dipindahkan ke SK Sagil Kg..dekat je ttp 2lh, dia dh lama di SKPK.....
to mamaQS
BalasPadamitulh realiti hidup...setiap prtemuan ada prpisahan.....mmg sedih krn dia umpama abg.
to PK
BalasPadamakak dh kenal dia 20thn..mmg sedih ttp apa nk buatkan...
tuai padi antara masak...
BalasPadamesok jangan layu-layuan
Intai cikgu Osman antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan..
to ummiross
BalasPadamkalau la cikgu osman trbaca rangkap puisi ni, confirm brjurailh airmatanya tu.......