Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Ogos 2015

Riang Ria Raya di Johor

Salam kerinduan.
N3 ke 2 ibu dibulan Syawal...huhuhu....
Syawal pun dah nak sampai ke penghujung namun sambutan kat Johor masih meriah.
Banyak undangan open house namun tak semua undangan ibu mampu pergi
kerana kengkangan masa......

1 Syawal hingga 5 Syawal kami sekeluarga menyambut di kampung ibu.
Raya ke 6 dah naik sekolah.
Maka tamatlah edisi raya di Kelate dan bermula riang ria raya di Johor pulak.
Kat Johor ni rayanya meriah selama sebulan.
Anak-anak didik ibu datang seawal pukul 9 pagi.

Ex-student ibu yang dah remaja......

Weekend pertama raya di Johor ibu dah menerima tetamu.
Penat belum hilang lagi tapi tak kisahlah sebab tetamu ni pembawa rezeki....
Kumpulan tetamu pertama datang beraya seawal 9 pagi..
Dari pagi sampai petang rumah dikunjungi tetamu...
Alhamdulillah ex-student ibu yang dah remaja dan belajar ke U pun masih tidak lupa datang beraya.
Ada diantara mereka ibu dah tak cam.
Maklumlah masing2 dah banyak berubah.
Kebanyakkannya rakan sekelas Along dan Angah semasa sekolah rendah lagi.

Esoknya kami dikunjungi oleh cousin ibu dari Kelantan dan Melaka.
Meriah bila 3 family adik sepupu ibu berkumpul.
Sempatlah ibu masak untuk lunch.
Menunya simple je tapi habis licin bila makan ramai-ramai.....seronok sangat.

Malam raya yang ke 11 rumah ibu dikunjungi kumpulan marhaban lelaki.
Makan gigilah ibu dan dibantu 3Farah bersilat kat dapur.
Ibu masak laksa Kelantan dan en Ayah menempah putu mayam....
Adalah 60 orang tetamu datang.
Licin 6 kg laksa yang dihidangkan.

Menu laksa Kelantan ibu.....
Alhamdulillah tetamu suka dan makan dengan begitu berselera.

Weekend hari tu ibu terpaksa ke pasar
gara-gara ayah ada meeting kat KL.
Kalau Ayah ada..dialah 'superman' ibu.
Sebelum pergi KL ayah dah siap beli bahan-bahan untuk ibu memasak
bagi marhaban@open house murid-murid dan rakan-rakan ibu pula.
Ayah dah sedia maklum si puan ibu ni memang sangat jaranggggggg jejak kaki ke pasar.
CUma ibu terpaksa menambah bahan masakan sebab tetamu yang ibu anggarkan
60 orang bertambah 2x ganda...adalah dalam 100+orang.
Maka terpaksalah puan ibu ke pasar mencari bahan2 tambahan.
Mulalah blurrr si puan ibu nak cari daun kesomnya...bunga kantan....kelapa parut.
Itulah bahananya bila 2x setahun je jejak kaki ke pasar....Adeh....sabar jelah...

Alhamdulillah...majlis marhaban a.k.a open house berjalan lancar.
Sebenarnya seawal pagi (7.30 pagi) ibu dah keluar rumah untuk bersama
rakan-rakan guru bermarhaban dengan penduduk kampung.
Nasib baiklah ada Along, Angah dan Naurah yang banyak membantu menyiapkan
hidangan hari tu.
Menu utama nasi kerabu dan laksa Kelantan.

Inilah nasi kerabu versi ibu dan 3Farahs.
Alhamdulillah semua tetamu memuji keenakan nasi kerabu dan laksa hasil
usha gigih kami berempat.....he3x...

Weekend ni kami akan menerima tetamu dari kalangan rakan-rakan ayah pulak.
Adalah dalam area 100 orang kot.
Rakan-rakan ayah pun nak merasai menu versi Kelate jugak...he3x..
Maka weekend ni ibu dan 3 farahs akan bersilat lagi kat dapur.
Selagi bulan Syawal masih bertamu makan kemeriahan raya kat Johor tak akan reda.......




29 Julai 2015

Kisah Raya di Kelantan

Bersua lagi dengan n3 tercunggap...
Tapi dalam draf dah ada gambar cuma tuan rumah tak sempat nak berceloteh...

Alhamdulillah seperti tahun-tahun sebelumnya kami sekeluarga menyambut 
raya di Kelantan (kg ibu dahulu selama 1 minggu) di atas kehendak ayah.
Kemudian baru beraya di Johor.
Terima kasih Ayah kerana ayah yang paling best in the world.
Kami tak ada sistem giliran...tak ada sesi gaduh2 atau bermasam muka.
Ayah dah faham 5F lebih selesa beraya di kg ibu dahulu.
Terima kasih juga buat MIL yang begitu memahami menantunya yang gediz nie...he3x...
Sayang mak.

Kami bertolak dari Muar---Kuantan----Terengganu-----KelantaN.
Perjalanan memakan masa 13 jam amat meletihkan.
Tqsm Along kerana bergilir dengan Ayah memandu.
Keletihan hilang begitu saja bila mendengar lagu-lagu raya.....

Menjelang senja kami tiba...bertolak seawal pukul 3.30 pagi dan tiba hampir
waktu berbuka.......

Raya Pertama
Macam biasa sesi bergambar selepas balik solat raya.
Kat rumah mama ibu tak perlu berpeluh2 sising lengan sebab untuk 3 hari
menu raya ditempah khas.
Raya 1- Satey + ketupat + kuah kacang + roti jala + kari ayam.
Raya ke 2- Spaggethi + nasi + gulai angsa + .....
Malam raya ke 3 kami berBBQ- ayam + kambing + ikan + sosej (lupa nak snap gambar)

Muka-muka penat balik beraya...Posing rumah adik ibu yang berbaju hijau...
Raya pertama ibu pergi beraya rumah makcik/pakcik sedara yang terapat dulu.

Raya ke 2
Dah mula open house....kalau tak silap ibu 7 buah rumah.
Ibu sempat pergi 3 buah rumah je.........penat + kenyanggggg sangatttttttt.

Raya ke 3
Dah tak sempat nak kemana-mana sebab tetamu tak putus-putus berkunjung.
Petang kawan2 zaman2 sekolah lama datang kidnap ibu dan bawa beraya.
Ya Allah...punyalah seronok dan huru hara......seronok sangat.
Terima kasih semua kerana pernah hadir dalam hidup ibu....

Malamnya kami berBBQ.
8 ekor ayam, kambing, ikan dan sosej.
Tak sempat nak snap gambar sebab
dalam masa yang sama Along n adik
ibu dikejarkan ke unit kecemasan.
Along kena asthma attack n adik ibu
diserang cirit birit yang teruk.
Dugaan betul.
Along kena serangan asthma.
Alahai kesian anak ibu.

Ratu hati ibu...mama.......

Kami kembali ke Johor pada hari raya ke 5.
Tak puas rasanya beraya....
Maka bermulalah pula raya-raya
di Johor.

22 Julai 2015

Kenangan 1 Syawal 2009-2015

Salam kerinduan semua dan Selamat Hari Raya.
N3 yang saban tahun ibu update sebagai kenangan.

Hari ni nak tepek gambar kenangan 1 Syawal 2009-2015
Melihat perkembangan anak-anak membesar di depan mata.
Terlalu cepat masa berlalu.......

Tema : Versi Rojak...he3x

2009
Masa ni Along (Ting 3), 
Angah (Ting 2),
Beby (Ting 1).
Naurah(Drjh 3)
Farouk ( 6 Tahun )

2010
Along (Ting 4), 
Angah (Ting 3),
Beby (Ting 2).
Naurah(Drjh 4)
Farouk ( Drjh 1 )

2011
Along (Ting 5), 
Angah (Ting 4),
Beby (Ting 3).
Naurah(Drjh 5)
Farouk ( Drjh 2)

2012
Along (Matrikulasi), 
Angah (Ting 5),
Beby (Ting 4).
Naurah(Drjh 6)
Farouk ( Drjh 3 )

2013
Along (Degree Tahun 1 di UTeM), 
Angah (Asasi Law di UiTM), 
Beby (Ting 5).
Naurah(Ting 1)
Farouk ( Drjh 4 )

2014
Along (Degree Tahun 2 di UTeM)
Angah (Degree Tahun 1 di UiTM)
Beby (Dip Tahun 1 di KPM)
Naurah (Ting 2)
Farouk (Darjah 5)

2015
Along (Tahun 3 degree di UTeM)
Angah ( Tahun 2 degree di UiTM)
Beby ( Tahun 2 dip di KPM)
Naurah ( Tingkatan 3)
Farouk ( Tahun 6 )

Cepat sungguh masa berlalu........
Mungkinkah 2016 ibu masih mampu
meraikan Aidil-Fitri bersama-sama keluarga????
Semua itu rahsia Allah...
InsyaAllah.....

13 Julai 2015

Angah dan JPA

Bersua kembali n3 ke 3 sepanjang Ramadan......emmmmm...
Makin hari makin kaku jari jemari ibu nak menaip n3....

Hari ni nak cerita n3 basi jugak.
Kisah Angah.
Alhamdulillah permohonan Angah untuk dapatkan biasiswa JPA berjaya.
Bermula semester depan Angah dibawah tajaan JPA.
Dan Angah perlu pastikan result maintain 3.8 keatas seperti yang sebelumnya.....

3Farahs melangkah ke menara gading tanpa pinjaman PTPTN.
Semuanya dibawah tanggungan sendiri.
Syukur Alhamdulillah Beby bawah ditaja MARA, rezeki Angah ditaja JPA dan cuma Along
tidak memohon mana2 biasiswa.
Katanya biar along ditaja sepenuhnya oleh PAMA...alahai anak.
Ibu dan ayah rasa tak berbaloi untuk meminjam disebabkan slip gaji
kami berdua maka anak-anak hanya dapat jumlah yang ciput.
Keutamaan diberikan kepada yang berpendapatan yang lebih rendah.
Kami redha...walaupun jumlah pendapatan yang tertera dislip gaji
tak semewah realiti.....
Itulah nasib golongan pertengahan seperti kami.....
Tak kaya dan tak miskin....
Tapi tak mengapalah....adalah rezeki untuk anak-anak.
Lagipun 3Farahs dah terdidik sejak kecil lagi untuk menabung dan berjimat cermat.
Mereka pandai mengurus kewangan dan tidak pernah ibu dengar rungutan mereka
tidak cukup duit malah sentiasa berbaki dihujung bulan walaupun belanja
yang ibu dan ayah salurkan tidak seberapa RM....Alhamdulillah.
Maklumlah kami punya 3 orang anak belajar di IPTA dan 2 masih bersekolah.
Sara hidup untuk mereka agak tinggi dikehidupan sekarang.....

Syabas Angah..kekalkan kecemerlangan Angah hingga ke tahun akhir degree.....

9 Julai 2015

Terima Kasih Atas Kejujuran

Bersua kembali setelah ibu menyepi beberapa hari....
Hari ni dah 22 Ramadhan.
Cepat sungguh masa berlalu.
Seingat ibu, n3 terakhir ibu pada 7 Ramadhan.
Nampak tak bertapa blog ibu semakin hari semakin suram.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menjengah ke sini.

Banyak kisah yang terjadi setiap hari.
Banyak kenangan berkubur begitu saja tanpa catatan.
Emmmmm...entahlah...

Kisah semalam  menarik ibu untuk membuat catatan di sini.
Petang semalam entah kenapa ibu teringin sangat nak beli ayam percik
di bazar ramadan (PARAM). 
Ini adalah kali ke 2 ibu ke sana.
Ibu jarang sangat beli lauk kerana ayah dan anak-anak lebih suka ibu yang masak. 
Kebetulan ayah berbuka di KPM nun di KL........dan Naurah pun berbuka di restaurant
bersama rakan-rakan dan guru yang akan bertukar sekolah.

Pukul 5.30 ibu keluar rumah dan Alonglah jadi driver.
Masa keluar rumah ibu terperasan dompet along ada kat bumbung kereta.
Entah macam mana tiba-tiba je ibu dan along masuk dalam kereta dan lupa
terus tentang dompet tu.

TIba di bazar Along tanya ibu....
"Ibu ada nampak tak dompet Along...."
Barulah ibu teringat yang dompet Along tadi ada atas bumbung kereta....
Ya Allah..terkedu ibu seketika.......Ibu suruh Along berpatah balik dan tinggalkan ibu kat PARAM.
Lama jugak Along baru muncul........dengan wajah sedih along kata tak jumpa
w.pun berkali-kali dia cari disepanjang jalan.......

Ibu : Tak pelah Along...dah bukan rezeki kita....
Along : Tapi ibu dalam tu ada duit RM200 dan banyak dokuman penting ALong.
Kat matrik U pun dalam tu...(sedih je suara Along tapi ibu respek sangat
dengan Along ni....bila dia ada masalah dia tetap tenang dan cool w.pun
dalam hati dia siapa yang tahu)
Ibu : Xpelah..kalau itu rezeki Along..Allah akan pulangkan dengan pelbagai cara...Kalau itu rezeki orang lain Along redha dan halalkan...Tunggu sampai hari Ahad nanti Along pergi buat laporan kat balai dan uruskan ic dan lesen tu.......
Balik nanti buat solat hajat...mintak petunjuk dari Allah. Istifar banyak2...
Bacalah Al-fatihah banyak-banyak dan sedekahkan pada sesiapa yang jumpa.
InsyaAllah lembut hatinya......

Lepas berbuka Along terus masuk bilik buat solat hajat.
Masa bersolat...dalam sujud ibu mohon petunjuk Allah.
Allah bagi ibu petunjuk dan bayangan dompet ibu berada di tepi jambatan biru...
Hati ibu tenang...begitu juga Along.....tidak ada rasa keluh kesah.....

Selesai solat along lepak-lepak dalam bilik ibu.
Bersembang macam-macam perkara......
Itulah rutin kami setiap hari di sepanjang Ramadhan.....

Pukul 8.00 ibu terima panggilan dari penyewa rumah ibu...
DIa menyatakan ada seorang remaja hantar dompet Along ke sana.
Mungkin pemuda ibu melihat alamat di ic Along.
Alhamdulillah........syukur sangat-sangat...
Allah terlalu penyayang pada hambaNya......

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemuda misteri itu.
Ibu tidak berkesempatan bersua dengannya.....jauh disudut hati ibu dah niatkan
utk beri saguhati padanya namun tak kesampaian.....
Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada pemuda yang budiman itu.
Semoga Allah permudahkan urusan pemuda itu...

Alhamdulillah.......

Inilah dompet kesayangan Along.
Dompet ini Along miliki sejak berumur 11 tahun dan sampai masuk U
ianya tetap setia disisi Along........

p/s: Tahniah kepada Along di atas result sem 4 yang sangat membanggakan ibu.
Syabas......

24 Jun 2015

Selamat Hari Tua-Ramadhan ke 7

Pejam celik pejam celik makin meningkat usia ibu.
Bagi ibu kedatang tarikh keramat ini bermakna makin bertambah tua usia ibu.....
Semakin selangkah kaki ibu melangkah ke alam sana....

Seawal selepas solat maghrib semalam ibu dah terima ucapan
daripada family dan rakan.
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu
diusia begini...
Alhamdulillah....ibu sangat bahagia dan gembira dengan kehidupan ibu kini.
Nikmat yang Allah berikan buat ibu sekeluarga.
Dikelilingi insan-insan yang baik dan penyayang.....
Banyak impian ibu Allah makbulkan dan menjadi kenyataan.........Syukur sangat2

kejutan daripada insan2 tersayang.
Seawal solat maghrib ibu dikejutan dengan kehadiran sebiji kek di bilik tidur.
Terima kasih diatas ingatan kalian pada ibu......sangat2 terharu.

Dan seorang insan yang terlalu perihatin pada kami sekeluarga.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti blog ibu sudah pasti dapat meneka
siapakan gerangan yang baik dan berhati mulia ini.
Terima kasih bergudang lemon Sir Lee.
Tak terucap dengan kata-kata kebaikan Sir pada kami.
Hanya iringi doa buat Sir sekeluarga agar sentiasa murah rezeki dan bahagia.

Terima kasih semua.....

22 Jun 2015

Kisah Masa Cuti-Zoo Melaka

Selamat Berpuasa.
Hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu...

Kisah basi dan berlapuk jugak nie.
Awal cuti ibu ada program di Perak dan Cameron Highland.
Manakala ayah terbang jauh ke New Zealand.
Minggu ke 2 rumah kami meriah dengan kehadiran adik beradik ibu.
4 orang adik beserta 11 orang anak buah ibu.
Meriah sangat-sangat.

Inilah kaum kerabat ibu.
Program pertama kami pergi serang Zoo Melaka setelah undian dibuat.
Konon-konon nak pergi berkelah di Gunung Ledang tapi undian lebih berpihak
pada kanak-kanak rebina.
Maka kaum ibu dan bapa redha jelah.....
Terperanjat juga ibu bila tengok tiket masuk dah melambung naik.
Dewasa RM17.80 dan kanak-kanak lebih kurang RM6.80....
Nak naik tram kena bayar lagi.....
Nak parking kereta kena beli kad kupon Negeri Melaka punya.
Kalau orang luar Melaka terpaksa la kena beli 1 buku kupon=RM6 (ada 10 keping).
Maklumlah sejak Farouk dan Naurah dah besar kami jarang dah ke tempat macam ni.
So banyak perubahan ibu tertinggal walaupun selalu ke sini sebab U
Along terletak bersebelahan Zoo je...
Kalau dulu boleh dikatakan setiap bulan Zoo jadi tempat wajib kami jejaki.

Tapi berbaloilah sebab Zoo Melaka ni bagus dari segi pelenggaraan.
Bersih dan tersusun kedudukannya.

Bukan main kusyuk lagi kanak-kanak rebina ni.

Entah apalah yang Farouk tunjuk tu.

Setiba kat sana kebetulan ada pertunjukkan burung.
Ada juga sesi bergambar dengan binatang.
Bergambar guna hp sendiri dengan bayaran RM5.
Beby dan farouk memang anak yang berani.
Ibu dah lari jauh-jauh.

Selepas habis pertunjukkan kanak-kanak rebina request tak nak naik tram.
Adeh sabar jelah kaki ibu melayan mereka.
Maka bertabahlah kaum ibu ni.

Berhenti kat persinggahan dalam mini safari.
Betul jugak cadangan kanak-kanak tu.
Kalau naik tram memang tak dapatlah masuk ke sini.

Keluar daripada mini safari kaki kaum ibu dah naik lenguh.
Akhirnya mengalah jugak.
Tiket tram pun dah naik harga.
Dewasa RM5 dan kanak-kanak 3.
Penuh 1 gerabak dengan family ibu.
Riuh rendah.......

Lebih kurang 3 jam jugak melayan kanak-kanak rebina kat dalam Zoo.
Yang penting mereka seronok.......

Balik saja ke rumah kami adakan pula bbq.
7 ekor ayam + sosej + ikan.
Memang puaslah kami makan sampai tak berhabisan.......

Seronok sangat dengan kehadiran si kecil memeriahkan rumah
ibu yang dah lama sepi........


18 Jun 2015

New Zealand

Kisah semasa cuti jugak nie.
Semasa cuti ibu sibuk dengan program lawatan sambil belajar ke Perak dan Cameron Highland.
Manakala ayah pula terpaksa terbang mewakili Malaysia ke conference pendidikan 
ke New Zealand selama 1 minggu.
Alhamdulillah anak-anak faham tuntutan kerja dan kesibukan kami.
Paling ibu kesian....terpaksa meninggalkan Beby dan Angah yang baru jejak
kaki ke rumah untuk bercuti..Ibu dah ayah terpaksa juga melangkah....adeh......

Banyak sebenarnya gambar dan video yang ayah send kat group.
Tepek 2-3 keping sekadar untuk kenangan.
Ayah terbang ke sana pada 1-8 Jun 2015.
Tarikh ayah terbang ibu sedang berada di CH.


Alhamdulillah ayah selamat tiba ke rumah lewat sehari kerana flight asyik kena delay.
Ibu juga sempat menghabiskan cuti bersama kaum keluarga......Alhamdulillah.

SELAMAT MENYAMBUT PUASA RAMADHAN KEPADA SEMUA RAKAN_RAKAN BLOG.

16 Jun 2015

Cuti-cuti Malaysia- Lata Iskandar

Destinasi terakhir rombongan Cik Kiah setelah melawat kawasan ala-ala YB di
ZOO TAIPING dan CAMERON HIGHLAND.....he3x.
Kami singgah ke Lata Iskandar.

Cantik jugak tempat ni...
Bersih dan nyaman cuma agak bahaya jalannya..
Sempit dan ada selekoh......

Tiba kat sini dalam area 12 tengahari....
Masa tu cuaca panas so bukan main seronok la kanak-kanak rebina mandi manda.

Bukan main seronok lagi Farouk dan rakan-rakan dapat berendam kat air yang sejuk dan nyaman ni.
Tak lama sangat kat sini.
Lepas layan anak-anak berendam kami meneruskan perjalanan.
Tiba di sekolah dah pukul 11.30 malam.
Alhamdulillah....Allah permudahkan perjalanan kami....


15 Jun 2015

Cuti-cuti Malaysia-Cameron Highland

Bersua kembali setelah ibu menyepi lagi dan lagi.
Nama je cuti-cuti Malaysia tapi kesibukkan ibu tetap berterusan.
Bila cuti kesibukkan ibu bersama family pulak.

Sambung kisah awal cuti.
Rombongan Cik Kiah ke Cameron pulak setelah seharian di Zoo Taiping.
Macam di Zoo Taiping...di Cameron pun Farouk membawa diri bersama rakan-rakan.
Gambar-gambar ni pun ibu ambil dari tab farouk.

Dah pandai wefie dah "baby boy" ibu ni...

Kalau pergi Cameron macam biasalah kita pergi lawat kawasan.....tak perlulah
ibu tepek gambar banyak2 dan ulas banyak2 ye sebab CH dah semua orang jejakkan...he3x......
Mardi

Kilang BOH

Ladang strawberry.
Lupa dah pulak namanya.....neutron dah putus2.
Ladang ni sebelah homestay penginapan kami.

Inilah geng rombongan Cik Kiah...
2 buah bas.
Adik-adik ibu kagum bila lihat gambar ni.
Katanya "macam manalah akak boleh kawal murid seramai 2 buah bas ni...
Kami nak kawal anak2 2-3 orang dah naik pening.."
Itulah kelebihan yang Allah kurniakan pada kaum guru....Kelebihan yang sukar dimata orang lain
tapi Allah permudahkan urusan kami...Alhamdulillah.

7 Jun 2015

Cuti-cuti Malaysia-Zoo Taiping

Bersua kembali di bulan Jun.
Alahai makin hari jari ibu makin kaku nak berblog........
Walaupun cuti sekolah bermula tapi ibu masih sibuk dengan tugasan.
Ayah terbang ke New Zealand dan ibu pula ke Utara.
Masing-masing pergi atas tuntutan kerja....Redha dan pasrah.....
Alhamdulillah anak-anak memahami kesibukan ibu dan ayah.

29.6.2015 ibu bertolak ke Perak bersama 2 buah bas membawa
anak-anak didik dalam program wajib "Lawatan Sambil Belajar.
3 destinasi......Zoo Taiping, Cameron Highland dan Lata Iskandar.
Program 3 hari 3 malam yang memenatkan tapi seronok.

Bertolak darisekolah pukul 11.00 malam dan tiba di Taiping pun 11.00 pagi.
Bas meragam beberapa kali sepanjang perjalanan.
Alhamdulillah kami selamat tiba walaupun dah terlajak dari jadual.......

Meh la kita berbicara melalui gambar.

Alhamdulillah Farouk makin berdikari.
Dia menaiki bas lain bersama rakan-rakan lelaki.
Membawa diri bersama rakan-rakan walaupun sesekali ibu cuba memantau dia dari jauh
Ayah bekalkan duit, tab dan handphone untuk dia......

Ibu dan Naurah menaiki bas murid perempuan.

Lama juga kami di sini.
Kanak-kanak riang ria memang seronok walaupun cikgu-cikgu kepenatan....
Makan tengahari ditaja oleh seorang YB di sini.
Menjelang petang kami bergerak ke destinasi ke 2........Tungguuuuuuuuu

27 Mei 2015

Hutan Bandar Bistro Telok Cempedak

Kisah weekend yang lepas.
Ibu anak beranak ke Kuantan untuk jemput Beby.
Selesai urusan di kolej Beby kami singgah ke Telok Cempedak.
Tujuan utama nak pergi makan chicken chop yang femes emos di Hutan Bandar Bistro

Restaurant di buka area 5 petang.
Kami sampai lebih kurang pukul 5.20 petang.
Dah panjang beratur rupanya.......

Kami order chicken chop 5 set dan 1 set fish n chip dan air cola-float.
Murah sangat-sangat.
Sepinggan cuma RM5 tanpa gst.
Kos makan untuk 6 hidangan beserta air cuma RM40+.
Murahkan.

Cuba lihat dalam pinggan.
Ada 3 ketul dada ayam + fun fries + choslow + sos black pepper beserta mayonis.
Rasa boleh tahan sedap dan kalau makan memang kenyang la.
Kami semua tak dapat habiskan sebab kuantiti makanannya banyak.

Sementara menunggu ibu beratur, 2 orang kanak-kanak rebina ni pergi posing tepi pantai.
Dapat pegang pasir pantai pun jadilah.
Ombak memang kuat masa tu.
Kami tidak lama kat sini sebab kena terus balik ke Muar.
InsyaAllah, kalau berkesempatan kami akan singgah lagi ke sini......

About me