Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

13 Februari 2021

Si Adik Tuah

 

Adik Tuah dilahirkan pada 23 Disember 2020. 
Adik lahir bersama 4 kembar tetapi 3 ekor kembar Adik telah dibunuh oleh momi Grey. 
Tinggallah Adik sekor. Itu pun beberapa kali momi Grey cuba bunuh Adik. 
Alhamdulillah nyawa Adik masih panjang. 
 
Tinggallah Adik sekor je

Raut wajah Adik sedih je kan

Sendirian

Namun Adik disayangi kakaks dan abangs.
Kakak Tamtam yang sangat manjakan Adik.
Sentiasa menjaga dan memantau Adik.

Adik banyak habiskan masa bersama Kak Tamtam

Ni Adik bersama momi dan abang Corona.
Abang Corona pun sayang sangat kat Adik.

Tapi usia adik tidak panjang.
Akhirnya Adik pergi jua digilis kereta diusia Adik masuk 5 minggu.
Kesian Kak Tamtam. Seminggu mencari Adik sana-sini. Tak selera makan. 
Rindu Adik sangat-sangat tu.
Tenanglah Adik.


25 Januari 2021

Perginya Si Comel Dedek

Si Dedek ni lahir pada 18.12.2019.
Dedek mempunyai kembar seramai 4 ekor tapi 
hanya tinggal Dedek seekor je yang hidup.

Dedek seekor kucing yang ceria...
lincah dan sangat manja.
Dedek menjadi kesayangan kami semua.

Ni gambar Dedek semasa usia 4 bulan

Petang-petang Dedek suka bermain di belakang rumah. 

16 November 2020

Petua Hindari Kucing Buang Najis Merata

Petuanya : Renjiskan minyak bekas goreng ikan di sekitar kawasan yang kucing selalu berak. Insyaallah kucing tidak lagi berak merata-rata. Selamat mencuba.

Kat rumah ibu ni memang banyak kucing jalanan datang dan menetap di sini. Bila dah menetap maka beranak pinaklah mereka dengan jayanya.
Buntu juga memikirkan bila kucing-kucing ni berak bersepah.
Bau najisnya amat tidak menyenangkan.
Macam-macam petua ibu cuba tapi tidak berkesan.
Akhirnya ibu cuba cara yang kat atas tu.
Alhamdulillah...setakat ni berjaya.
Logiknya kucing tidak akan buang najis ditempat makanan mereka kan.
So bila ia hidu mesti kucing akan cari tempat lain untuk buang najis.

Lepak-lepak belakang rumah.

Sarapan pagi dengan ikan rebus.

Sekarang ni ada lebih kurang 7 ekor kucing kat rumah ibu.
Grey bersama anak-anak kandungnya Tamtam, Gemuz, Kuruz dan 3 ekor anak tirinya Zombie, Covid dan Corona. 
Zombie, Covid dan Corona tu dah kebilangan ibunya tu semasa sarat bunting. 
Greylah menjaga dan menyusukan semua tu.
Kucing-kucing ni bebas disekeliling rumah. Maklumlah kucing kampungkan.


 

About me