Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Disember 2015

Pulau Langkawi Kami Datang

Salam kerinduan semua.
Ibu muncul kembali di awal bulan Disember.
Fuh...entah kenapa semakin hari jari jemari ibu semakin kaku nak menaip di blog ni.

Kisah basi berlaku di bulan November.
Ibu dan ayah menghadiri seminar di Pulau Langkawi.
Ayah sebagai pengerusi dan perasmi seminar manakala ibu sebagai peserta.
Ibu hadir pun untuk menambah ilmu di dada.
Ibu guru Matematik dan tak salah rasanya
menambah ilmu dalam Bahasa Melayu.

Kami di sana sepatutnya 3 hari 2 malam tapi terpaksa dilanjutkan kerana tugas Ayah belum selesai.
So jadinya kami di sana selama 4hari 3malam.
Kami menginap di hotel Langkasuka.
Rasanya ni kali ke 3 kami menginap di sini..

Mercu tanda PL.
Tak sah kalau datang PL tak bergambar di sini.

Redha jelah bergambar di bawah cahaya matahari yang panas terik.

Sepanjang 3 hari jadual ibu dan ayah sangat padat.
Dari pagi sampai malam.
Ada jugak Ayah dan ibu mengajak 3f pergi naik cable car dan muzium art tapi 3f ni jenis tak suka berjalan. 
Mereka lebih rela berkurung dalam bilik.

Ayah sebagai Pengerusi dan Perasmi majlis seminar.
So Ayah bersama VVIP dan ibu pandai2lah bawa diri sebagai peserta seminar.

Terkadang bila ada rakan Ayah terperasan melihat ibu depa menyapa..
"Pn isteri Tuan M kan..."he3x..
Ibu sebenarnya tak selesa bila orang kenal siapa status ibu.
Ibu seorang yang low profil.
Ibu lebih suka membawa diri dan kenal rakan2 baru...Ibu selesa begitu
Dinner malam pertama.
Menu:bbq.

                      
Dinner malam ke 2.
Menu : masakan cina.

Sepanjang  berseminar kami diraikan dalam 2 kali majlis dinner sempena majlis persaraan 2 orang NGO rakan seperjuangan ayah dalam Cuepecs.
Malam pertama menu utama BBQ dan malam ke 2 pulak masakan cina.
Menu kat hotel ni boleh tahan sedap.
Puas makan sampai tak habis.


Tak sah kalau pergi PL tak bershopping.
Kebetulan Hotel Langsuka yang kami menginap tu betul-betul diampit pusat membeli belah.
Kedai coklat pun ada kat situ.
Maka ulang alik la anak beranak ni bershopping kat situ.
Ibu jugak sempat singgah kat Ismail Group di Jeti untuk beli peralatan dapur.
Sebenarnya ibu tak begitu minat dengan peralatan pinggan mangkuk dan periuk belangga.
Kalau nak tahu semua peralatan dapur kat rumah Ayah yang belikan sebab Ayah lebih arif dan minat..ha3x....terbalik pulak kan.
Ada diantaranya ibu masih belum guna dan tersimpan rapi dalam kabinet....



25 November 2015

Kisah Kucing Bernama Oyen

Salam rindu semua.
Lama sangat ibu tak jengah rumah ni.
Penuh dengan sawang dan habuk...adeh
Banyak sebenarnya kisah yang ibu ingin kongsikan.
Kisah2 percutian pun ada dalam draf namun rasa buntu nak update.
Ni pun malam tadi ibu baru balik dari bercuti.
Tengoklah kalau ada kekuatan dan kerajinan nak update.

Kali ni ibu nak berkongsi kisah si kucing yang bernama Oyen.
Lebih 3 bulan yang lalu rumah ibu
dikunjungi seekor kucing berwarna oren.
Kurus...kotor...suka mengiau...
suka gesel-gesel badannya hinggakan buat
ibu rimas dan geram.
Selalu jugak Si Oyen kena sekeh dengan ibu..he3x

Namun setiap hari ibu beri makan 
sebab rasa kesian dan simpati.
Seekor makhluk yang pernah jadi kesayangan 
Rasulullah....

Lama kelamaan timbul rasa sayang pada si kucing ni dan ibu namakan Oyen.

Tidak banyak yang Oyen mintak,
cukuplah sesuap nasi.
Berkongsi sedikit rezeki yang Allah berikan buat kami.
Kalau berkesempatan ibu rebus ikan
selayang. 
Makanan kegemaran Oyen, nasi digaul bersama ikan rebus.
Kadang kala ibu bagi Oyen makan whiskes , ayam dan ikan bilis...
Oyen tidak pernah memilih....

Sejak Oyen jadi sebahagian ahli keluarga kami,
2x Oyen ditinggalkan bersama jiran semasa kami pergi bercuti.

Kisah yang sangat tragis semasa ibu bercuti di Pulau Langkawi selama 4hr 3 malam.
Hari ke 2 di sana jiran ibu call.
Katanya dia terdengar Oyen mengiau2 dalam rumah.
Ya Allah..rasa nak gugur jantung ibu.
Farouk menangis sepanjang malam.
Sangat bimbang dengan keadaan Oyen.
Macam mana Oyen nak hidup tanpa makan...minum...
Rasa nak je ibu balik masa tu..
Ibu mohon jasa baik jiran untuk keluarkan Oyen melalui sebuah lubang angin yang kecil .
Dan hari ke 3 jiran ibu sms yang menyatakan Oyen selamat dikeluarkan.
Ya Allah...tak dapat nak ibu bayangkan rasa syukur.
Ibu jugak tak dapat bayangkan macam mana Oyen cuba keluar sedangkan lubang itu sangat tinggi dan kecil...

Oyen memang seekor kucing yang sangat bijak.
2 hari di dalam rumah langsung Oyen tak usik apa-apa.
Cuma dalam singki ibu dapati Oyen memakan sisa-sisa makanan yang ada di dalam bekas buangan.
Oyen juga meneruskan kehidupan dengan memakan telur mentah.
Oyen buang najis di atas alas kaki....
Kesian Oyen....ikhtiar untuk terus hidup.

Pantang nampak handphone.
Mula lah Oyen buat muka comel.

Sangat manja dengan farouk.




Tidur macam baby kecik. 
Suka sangat dikelilingi macam2 mainan

Pot kegemaran Oyen di sofa berwarna merah.

Wajah terkini setelah hampir 5 hari kami tinggalkan Oyen.
Mungkin Oyen sangat-sangat merindui kami juga.

Terima kasih tidak terhingga kepada jiran ibu yang banyak bersusah payah kerana Oyen.
Jasamu tetap dikenang.
Hanya Allah saja yang dapat membalasnya.

22 Oktober 2015

Resepi Botok-botok yang Simple

Bersua kembali.
Fuh......lama jugak ibu menyepi dan hari ni ibu nak berkongsi resepi.
Ni bukan 'botok' untuk kecantikkan ye tapi sejenis makanan tradisional.
Ibu pun tak pasti ni makanan tradisi orang Jawa ke negeri  Johor....
Yang pasti sedap.

Meh kita intai resepi ibu.
Biasanya resepi ibu ni bukan 100% resepi asal.
Ibu lebih suka menggunakan bahan-bahan yang ada dipersekitaran je.
Kalau tak ada ibu abaikan.
Ulam-ulaman tu pun dari kebun mini belakang rumah ibu.....he3x


Bahan-bahan:
5 ekor ikan kembung ( dibuang kepalanya)
Daun pisang ( dilayur atas api untuk lembutkan)

Bahan A :(kisar hingga lumat)
Minyak masak
1 inci halia
3 hirisan lengkuas
2 batang serai
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15 tangkai cili kering
3 sudu besar serbuk kari

Bahan B :
2 sudu kerisik
Santan kelapa
gula dan garam
asam keping/jawa

*semua dikisar dan tumis sampai naik minyak (Bahan A) dan masukkan bahan B.
Masak sampai kering.

Ulam-ulaman:
Apa2 saja yang sesuai mengikut citarasa.
Ibu guna pucuk ubi, pucuk betik, daun kunyit, daun cekur, pucuk cili
dan beberapa pucuk ulam.

Cara-cara :
Lapik daun pisang....
Masukkan lapisan ulam-ulaman.
Susun ikan.
Masukkan bahan tumis di atas.
Tutup daun pisang dengan kemas.
Kukus selama 30-40 minit.

Sedap dimakan dengan nasi panas.

About me