Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

9 Julai 2015

Terima Kasih Atas Kejujuran

Bersua kembali setelah ibu menyepi beberapa hari....
Hari ni dah 22 Ramadhan.
Cepat sungguh masa berlalu.
Seingat ibu, n3 terakhir ibu pada 7 Ramadhan.
Nampak tak bertapa blog ibu semakin hari semakin suram.
Terima kasih kepada rakan-rakan yang masih sudi menjengah ke sini.

Banyak kisah yang terjadi setiap hari.
Banyak kenangan berkubur begitu saja tanpa catatan.
Emmmmm...entahlah...

Kisah semalam  menarik ibu untuk membuat catatan di sini.
Petang semalam entah kenapa ibu teringin sangat nak beli ayam percik
di bazar ramadan (PARAM). 
Ini adalah kali ke 2 ibu ke sana.
Ibu jarang sangat beli lauk kerana ayah dan anak-anak lebih suka ibu yang masak. 
Kebetulan ayah berbuka di KPM nun di KL........dan Naurah pun berbuka di restaurant
bersama rakan-rakan dan guru yang akan bertukar sekolah.

Pukul 5.30 ibu keluar rumah dan Alonglah jadi driver.
Masa keluar rumah ibu terperasan dompet along ada kat bumbung kereta.
Entah macam mana tiba-tiba je ibu dan along masuk dalam kereta dan lupa
terus tentang dompet tu.

TIba di bazar Along tanya ibu....
"Ibu ada nampak tak dompet Along...."
Barulah ibu teringat yang dompet Along tadi ada atas bumbung kereta....
Ya Allah..terkedu ibu seketika.......Ibu suruh Along berpatah balik dan tinggalkan ibu kat PARAM.
Lama jugak Along baru muncul........dengan wajah sedih along kata tak jumpa
w.pun berkali-kali dia cari disepanjang jalan.......

Ibu : Tak pelah Along...dah bukan rezeki kita....
Along : Tapi ibu dalam tu ada duit RM200 dan banyak dokuman penting ALong.
Kat matrik U pun dalam tu...(sedih je suara Along tapi ibu respek sangat
dengan Along ni....bila dia ada masalah dia tetap tenang dan cool w.pun
dalam hati dia siapa yang tahu)
Ibu : Xpelah..kalau itu rezeki Along..Allah akan pulangkan dengan pelbagai cara...Kalau itu rezeki orang lain Along redha dan halalkan...Tunggu sampai hari Ahad nanti Along pergi buat laporan kat balai dan uruskan ic dan lesen tu.......
Balik nanti buat solat hajat...mintak petunjuk dari Allah. Istifar banyak2...
Bacalah Al-fatihah banyak-banyak dan sedekahkan pada sesiapa yang jumpa.
InsyaAllah lembut hatinya......

Lepas berbuka Along terus masuk bilik buat solat hajat.
Masa bersolat...dalam sujud ibu mohon petunjuk Allah.
Allah bagi ibu petunjuk dan bayangan dompet ibu berada di tepi jambatan biru...
Hati ibu tenang...begitu juga Along.....tidak ada rasa keluh kesah.....

Selesai solat along lepak-lepak dalam bilik ibu.
Bersembang macam-macam perkara......
Itulah rutin kami setiap hari di sepanjang Ramadhan.....

Pukul 8.00 ibu terima panggilan dari penyewa rumah ibu...
DIa menyatakan ada seorang remaja hantar dompet Along ke sana.
Mungkin pemuda ibu melihat alamat di ic Along.
Alhamdulillah........syukur sangat-sangat...
Allah terlalu penyayang pada hambaNya......

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pemuda misteri itu.
Ibu tidak berkesempatan bersua dengannya.....jauh disudut hati ibu dah niatkan
utk beri saguhati padanya namun tak kesampaian.....
Semoga Allah memberi rahmat dan kasih sayangNya pada pemuda yang budiman itu.
Semoga Allah permudahkan urusan pemuda itu...

Alhamdulillah.......

Inilah dompet kesayangan Along.
Dompet ini Along miliki sejak berumur 11 tahun dan sampai masuk U
ianya tetap setia disisi Along........

p/s: Tahniah kepada Along di atas result sem 4 yang sangat membanggakan ibu.
Syabas......

24 Jun 2015

Selamat Hari Tua-Ramadhan ke 7

Pejam celik pejam celik makin meningkat usia ibu.
Bagi ibu kedatang tarikh keramat ini bermakna makin bertambah tua usia ibu.....
Semakin selangkah kaki ibu melangkah ke alam sana....

Seawal selepas solat maghrib semalam ibu dah terima ucapan
daripada family dan rakan.
Terima kasih semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan ibu
diusia begini...
Alhamdulillah....ibu sangat bahagia dan gembira dengan kehidupan ibu kini.
Nikmat yang Allah berikan buat ibu sekeluarga.
Dikelilingi insan-insan yang baik dan penyayang.....
Banyak impian ibu Allah makbulkan dan menjadi kenyataan.........Syukur sangat2

kejutan daripada insan2 tersayang.
Seawal solat maghrib ibu dikejutan dengan kehadiran sebiji kek di bilik tidur.
Terima kasih diatas ingatan kalian pada ibu......sangat2 terharu.

Dan seorang insan yang terlalu perihatin pada kami sekeluarga.
Bagi sesiapa yang sering mengikuti blog ibu sudah pasti dapat meneka
siapakan gerangan yang baik dan berhati mulia ini.
Terima kasih bergudang lemon Sir Lee.
Tak terucap dengan kata-kata kebaikan Sir pada kami.
Hanya iringi doa buat Sir sekeluarga agar sentiasa murah rezeki dan bahagia.

Terima kasih semua.....

22 Jun 2015

Kisah Masa Cuti-Zoo Melaka

Selamat Berpuasa.
Hari ni dah masuk hari ke 5 kita berpuasa.
Cepat sungguh masa berlalu...

Kisah basi dan berlapuk jugak nie.
Awal cuti ibu ada program di Perak dan Cameron Highland.
Manakala ayah terbang jauh ke New Zealand.
Minggu ke 2 rumah kami meriah dengan kehadiran adik beradik ibu.
4 orang adik beserta 11 orang anak buah ibu.
Meriah sangat-sangat.

Inilah kaum kerabat ibu.
Program pertama kami pergi serang Zoo Melaka setelah undian dibuat.
Konon-konon nak pergi berkelah di Gunung Ledang tapi undian lebih berpihak
pada kanak-kanak rebina.
Maka kaum ibu dan bapa redha jelah.....
Terperanjat juga ibu bila tengok tiket masuk dah melambung naik.
Dewasa RM17.80 dan kanak-kanak lebih kurang RM6.80....
Nak naik tram kena bayar lagi.....
Nak parking kereta kena beli kad kupon Negeri Melaka punya.
Kalau orang luar Melaka terpaksa la kena beli 1 buku kupon=RM6 (ada 10 keping).
Maklumlah sejak Farouk dan Naurah dah besar kami jarang dah ke tempat macam ni.
So banyak perubahan ibu tertinggal walaupun selalu ke sini sebab U
Along terletak bersebelahan Zoo je...
Kalau dulu boleh dikatakan setiap bulan Zoo jadi tempat wajib kami jejaki.

Tapi berbaloilah sebab Zoo Melaka ni bagus dari segi pelenggaraan.
Bersih dan tersusun kedudukannya.

Bukan main kusyuk lagi kanak-kanak rebina ni.

Entah apalah yang Farouk tunjuk tu.

Setiba kat sana kebetulan ada pertunjukkan burung.
Ada juga sesi bergambar dengan binatang.
Bergambar guna hp sendiri dengan bayaran RM5.
Beby dan farouk memang anak yang berani.
Ibu dah lari jauh-jauh.

Selepas habis pertunjukkan kanak-kanak rebina request tak nak naik tram.
Adeh sabar jelah kaki ibu melayan mereka.
Maka bertabahlah kaum ibu ni.

Berhenti kat persinggahan dalam mini safari.
Betul jugak cadangan kanak-kanak tu.
Kalau naik tram memang tak dapatlah masuk ke sini.

Keluar daripada mini safari kaki kaum ibu dah naik lenguh.
Akhirnya mengalah jugak.
Tiket tram pun dah naik harga.
Dewasa RM5 dan kanak-kanak 3.
Penuh 1 gerabak dengan family ibu.
Riuh rendah.......

Lebih kurang 3 jam jugak melayan kanak-kanak rebina kat dalam Zoo.
Yang penting mereka seronok.......

Balik saja ke rumah kami adakan pula bbq.
7 ekor ayam + sosej + ikan.
Memang puaslah kami makan sampai tak berhabisan.......

Seronok sangat dengan kehadiran si kecil memeriahkan rumah
ibu yang dah lama sepi........


About me