Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

16 Januari 2015

Berakhir Cuti Sem Beby

Semalam ibu terpaksa mengambil CRK (cuti rehat khas) diawal minggu pertama persekolahan.
Kalau ikutkan memang agak sukar nak dapatkan cuti diawal tahun.
Alhamdulillah bos ibu begitu perihatin terutama yang melibatkan family...
TQSM Big Bos.

Hanya ibu, Along dan Beby saja ke Kuantan.
Ibu bagi pilihan pada Beby untuk memilih seorang saja antara ibu dan Ayah
untuk hantar Beby sebab tidak ada orang nak
menguruskan Naurah dan Farouk.
Lagipun Ayah memang tak boleh ambil cuti.
So yang pastinya Beby akan pilih ibu........muhahaha....
Nasib baik ada Along yang menjadi driver kami.....

Kami bergerak selepas solat subuh dan tiba di Indera Mahkota Pahang
dalam pukul 9.30 pagi.
Perjalanan memakan masa lebih kurang 3 jam.
Alhamdulillah pendaftaran Sem 2 Beby berjalan lancar......

Sebelum ke sini naik pening kepala ibu lihat barang Beby...
Lupa nak snap gambar khazanah yang diangkut.
Beg besarrrrrr 3 buah + 3 buah beg sedang + pelbagai barangan sampingan.
MPV ibu sarat dengan barangan beby....
Bila ibu tanya berapa pasang baju kurung Beby bawak...
Beby : "Beby bawak 50 pasang je......kasut 8 pasang....tudung???he3x..rahsia...
Ibu : Haaaaaaa.........patutlah beg Beby menggunung.....
Beby : He3x......tu ada lagi 1 beg baju kurung yang Beby tinggal sebab tak larat nak bawak....
Ibu : Ni nak pergi buka butik ke apa....?????
Beby : Bebykan anak ibu....ikut perangai ibu la......ha3x......
Terdiam ibu.....speachless

 Bersama BFF Beby, Bell, jugak anak seorang guru dari Kelantan.
Pelajar kat sini kebanyakan anak-anak cikgu.....
Beby berbaju sama semasa daftar Sem 1dulu....
Katanya sehingga Sem 6 dia akan pakai baju yang sama.....
Emmmm.......itulah Beby....pelik tapi benar...
Kalau ibu pasti nak pakai baju yang terkini untuk dapatkan mood baru tapi
budak sorang ni agak berbeza.....
 Akta paksaan ber"welfie"....Sabar jelah.

Selesai urusan di sana lebih kurang pukul 12.30 tengahari kami 
bergerak ke kolej kediaman.
Beby dapat tingkat 3 (aras 2).
Haaa...jenuh punggah barang-barang...
Itu pun  roomate Beby yang banyak membantu....
1 bilik 4 orang...Alhamdulillah luas dan sangat selesa.
Dari bilik Beby dapat lihat pemandangan padang golf yang terbentang indah.

Setelah selesai edisi peluk memeluk maka ibu dan Along bergerak pulang.
Kami singgah solat jamak dan makan di Muaazam Shah.
Along suggest nak makan nasi kat rumah.
5F ni agak cerewet bila dibawa makan kat restaurant...
Ada je dia compare makanan yang dimakan dengan masakan ibu.
Macam la ibu ni teror sangat masak.....adeh.
So kami singgah pekena pizza-hut jelah.
Kebetulan belum lagi rasa pakej Rm5 tu.
Kami order 3 bijik.
 3 bijik pizza-hut berlainan resepi.
Kat sini pizza-hut boleh tahan sedap sebab rotinya rangup2 gitu.
Tinggal slice terakhir masing-masing dah kenyang.....

Ni tapau untuk Naurah dan Farouk...


Tiba di rumah dah lewat petang.....

Saat ini ibu mulai rindukan Beby........

15 Januari 2015

Tamat Sem 3

Terima kasih semua di atas doa2 untuk Farouk.
Alhamdulillah keadaan Farouk dah bertambah ok cuma masih lemah.
Ayah tidak jemu-jemu mencari penawar buat buah hatinya tu.

Kali ni nak cerita n3 yang tertangguh.
Pejam celik..pejam celik dah hampir 2 tahun Along berjuang
sebagai seorang siswazah di IPTA.
Penuh dengan suka duka.
Syukur Alhamdulillah Allah permudahkan urusan Along di sana.
Masuk tahun 2 Along dah pandai bawa diri.
Tiada runggutan yang ibu dengar dari Along.
Semuanya dalam keadaan ok.

10.1.2015- hari terakhir Along duduki exam akhir Sem 3.
Syukurlah segalanya berjalan dengan lancar.

Kejayaan seorang pelajar memerlukan pengorbanan, semangat juang
yang tinggi...sabar...tekun..kuat semangat.....

Wajah ceria Along dan rakan-rakan seperjuangan setelah berhempas pulas
 memerah otak , masa dan tenaga.
Perkara biasa bagi seorang pelajar kurang tidur..makan tak menentu dan stress.....

Alhamdulilah hari ini Along dah berada disisi ibu untuk tempoh masa
yang agak panjang......
Result pun dah mula keluar secara berperingkat-peringkat...
Syukur Alhamdulillah kedua2nya Along dapat A+ dan A.
Subjek-subjek lain sedang menyusul keluar satu persatu....
Ibu doakan agar kali ini Along terus kekalkan kecemerlangan...InsyaAllah.
Pertengahan bulan 2 nanti Along akan melangkah ke Sem 4....
Cepat sungguh masa berlalu.

p/s:
Hari ni ibu bergerak ke Kuantan untuk hantar Beby ke Sem 2.

14 Januari 2015

Farouk Demam

Kisah bujang terhanggat ibu lagi.
Awal tahun Farouk tiba-tiba diserang demam panas.
Seingat ibu dah lama sangat Farouk tak demam.
Rasanya dah lebih5 bulan kot.

2 hari sebelum sekolah dibuka badan Farouk panas tiba2...asyik nak pitam katanya.
Pernah dia terbaring depan toilet..Katanya dekat mata nampak cahaya dan gelap.
Malam tadi balik surau airmatanya bergenang.....katanya tengah solat dia tumbang.
Risau jugak ibu rasa sebab sebelum ni Farouk tak pernah alami sintom-sintom begitu.

Hari ketiga Farouk demam adalah hari pertama persekolahan sesi 2015.
Nak tak nak ibu bawa juga dia ke sekolah dengan keadaan yang lemah dan lesu.
Makan ubat pun tak berkesan.
Badan Farouk tetap panas..mata merah dan berair.

Balik sekolah ibu bawa lagi ke klinik..
Doktor suggest  nak buat ujian darah.
Bila dengar je doktor nak check darah belum apa-apa Farouk dah pegang tangan ibu...
Farouk : Ibu...farouk tak nak...farouk tak nak....nanti sakit....farouk takut.....
Alahai merayu-rayu...Doktor yang cantik manis senyum-senyum memujuk Farouk......

Yang ibu tak tahan nak gelak bila pembantu perubatan nak ambil darah....
Berjurai-jurai airmata Farouk tanpa suara......belum apa-apa Farouk dah over....
Adeh.......punya la penakut..macam en ayah pulak ibu tengok....

Hasil ujian darah setakat hari tu ok.
Tak ada masalah...

Beginilah keadaan Farouk.....

 Balik sekolah hari pertama selepas ke klinik.

Bila tak tahan panas Kak Nana tolong sapukan gel alovera kat kepala adiknya.
Terkadang ibu letak towel basah......

Situasi pagi ni badan Farouk masih lemah cuma demamnya dah kebah.
Get well soon Farouk...
Risau sangat ibu dan ayah tengok keadaan Farouk macam ni...

12 Januari 2015

Farouk 2015

Selamat Kembali Ke Sekolah.
Ibu dah 2 hari bertugas...

Lama jugak tak buat n3 tentang farouk ni.
N3 pertama 2015 untuk farouk.

Alhamdulillah semakin menganjak usia
ibu nampak farouk semakin matang
walaupun sikap manjanya masih menebal.
Agaknya anak lelaki lambat matang berbanding anak perempuan.
Sampai saat ini tak sah kalau dia tak
peluk dan cium pipi ibu lebih 10x sehari...
Manja mengalahkan kakaks.

Pencapaian dalam akademik juga semakin membanggakan ibu
walaupun prestasi Farouk tidak secemerlang 4Farahs.
Alhamdulillah.....banyak perkembangan positif yang ibu lihat.
Harap-harap tahun 2015 ni Farouk berubahlah sikapnya
terutama dalam kelas....

Sejak tahun lepas Farouk diberi tugas melaungkan Azan Maghrib
secara bergilir-gilir di surau taman perumahan di sini..
Bila dengar suara Farouk melaungkan azan..hati ibu jadi sebak....
Tak sangka babyboy ibu dah mampu melakukan suatu amal jariah diusia semuda ini.

Sekarang Farouk suka sangat pakai serban bila nak ke surau...
Katanya kain tu hadiah seorang pakcik surau...
Yang kelakarnya ibu yang tukang belit serban ni....adeh..kelakar.
Main belasah je.....ha3x...

Farouk : Ibu, nanti besar farouk nak jadi ulamak la....Nak jadi macam tok ayah....
Ibu : Ye ke???? Alhamdulillah tapi orang nak jadi ulamak kena jadi anak yang baik.
Ya Allah, terkedu ibu....perbagai rasa dalam hati...syukur, bangga, sayu.....
dalam hati ibu berdoa agar cita-cita dan impian Farouk tercapai....InsyaAllah.
Moga Farouk mampu menempatkan ibu dan ayah ke syurga.......

Farouk lebih selesa berjubah dan berkopiah....

Kat rumah pun dia lebih suka berjubah dan berbaju Melayu....

8.1.2015- Sekolah ibu mengagihkan bantuan awal tahun.
Bila cikgu kelas hulur duit tu Farouk termenung sendirian.
Tak habis-habis ditiliknya duit tu.....
Pic ni pun cikgu kelas Farouk yang send pada ibu...

OTW balik Farouk cakap : Ibu...baju sekolah ayah dah beli...yuran dah bayar...buku /alat tulis
semua dah ada...Boleh tak duit ni Farouk nak derma kat kawan2 di Kelantan. 
Kesian kawan2 Farouk kat sana...macam mana la mereka nak belajar......
Ya Allah....rasa terhenti seketika degupan jantung ibu...
Ibu tak sangka sejauh itu niat suci Farouk .
Sanggup korbankan nilai duit itu pada orang yang lebih memerlukan.....
Dalam hati rasa sebak..sedih..sayu...bangga...kagum..
Tanpa berlengah ibu singgah Econsave..kat situ ada 2 tabung derma..
1 untuk mangsa banjir dan 1 untuk Gaza....
Ibu hulurkan duit pada Farouk....kat situlah Farouk menderma....

Tak sia2 selama ini ibu mendidik dia lakukan kebajikan.
Rutin yang ibu latih pada 5F sejak kecil, setiap kami singgah ke masjid..surau...
atau mana2 saja pasti ibu agihkan duit-duit kecil pada mereka untuk dimasukkan dalam tabung...
Ibu pesan pada 5F, kita derma mesti ikhlas...jangan berkira...tak kira berapa
sen/RM yang kita miliki tu kena kongsi dengan orang lain...
Itu bukan hak kita seorang.....
dan setiap kali mereka memasukkan duit ibu pesan agar mereka baca Al-Fatihah sambil
berdoa dan mohon pada Allah agar jadi anak soleh/solehah..anak cemerlang dunia akhirat....
Eee..eh....bertazkirah pulak ibu...he3x..sedikit perkongsian
Sharing is caring....

10 Januari 2015

Apam Balik Homemade.

Alamak dah 2 hari berturut-turut buat n3 tentang makanan.
Maaf ye sebab tuan rumah dah jadi pelaparrrrr......
Nak buat macam mana ,sejak 2 menjak ni perut asyik lapar je.
Lagipun rasa sangat seronok jadi suri rumah sepenuh masa...
Esok dah mula kembali bekerja.
Walaupun cuti, cikgu-cikgu tetap ke sekolah untuk siapkan tugasan tahun ni...

Sekarang ni pun cuaca tak menentu...kejap hujan..panas...sejuk...
Mungkin faktor cuaca kot perut asyik minta diisi.....
Semalam ibu dengan gigihnya bersilat kat dapur.
Nak cuba resepi yang ibu jumpa kat fb.

Meh kita intai2 resepi yang ibu tulis kat insta ibu.


 Tang gula tu ibu dah typo pulak.
Gula tu cukuplah 1/2 cawan je ye..nanti terlebih manis  pulak.....

 Kalau ikutkan resepi tu sepatutnya adunan tu kena perap selama1 jam...tapi ibu ni bukanlah
jenis seorang yang penyabar....
Belum sampai setengah jamdah gigih masak.....adeh....

 Tapi Alhamdulillah...rasanya sama macam kat gerai tu....nyummm...
Dan pembantu setia ibu, kakak Naurah tu sesuka hati ceduk jagung banyak2.......

 Adunan tu dapatlah dalam 5 keping bersaiz sederhana...Cukuplah sekeping sorang untuk kami.

Selamat mencuba.....

p/s:
Hari last jadi suri rumah sepenuh masa...
Esok back to school....

9 Januari 2015

Lokching Homemade

Kebelakangan ni ibu begitu gigih membuat lokching a.k.a satey ikan sendiri.
Makanan feveret ibu dan setiap kali balik kampung pasti ibu akan cari....
Rindu kampung punya pasal...ibu rajinkan diri.

Nilah benda alah yang menjadi kegilaan ibu...Lokching a.k.a satey ikan.

Maka dengan gigihnya ibu cuba buat sendiri.
Bukan susah sangat cuma kemalasan ditahap tertinggi buatkan
projek ibu terbengkalai.....
Dan sudah pastinya ayah jadi orang yang sedia berbakti mencari
bahan-bahan yang si isteri inginkan.......

 Bahan-bahan :
1/2kg tepung ubi/kanji
1 kg ikan selayang di buang tulang dan kisar(nak tumbuk pun boleh)
1 biji bawang besar di kisar
1 sudu besar soda bikarbonat
sedikit garam dan serbuk perasa.

Semua bahan digaul sebati serta diuli membentuk doh.
Bentukan bulat-bulat kecil.
Goreng sekejap dan kemudian di cucuk pada lidi satey.
Bakar sekejap....(sila rujuk gambar di atas)
dan celup dalam sos manis/sos pedas.

 Ini versi orang malas seperti ibu.
Goreng sampai tak hinggat dan campak dalam pinggan...
Menimbun.....
Lagipun stok lidi tak ada....
Tak sampai hati nak suruh ayah keluar lagi semata-mata  beli lidi satey....
Baikkan ibu...ha3x....

Anak-anak pun confius bila ibu kata tu lockhing...
Masing-masing diam...no komen.
Ibu tahu dalam hati masing-masing komen ibu......

Ni sosnya.
Cara-cara :
Tumis 3 ulas bawang putih yang telah diketuk.
Masukkan air, 2 sudu besar tepung ubi/kanji, pewarna merah dan gula.
Kalau nak pedas masukkan serbuk cili.
Masak hingga agak pekat.......

Dah penat gentel bulat-bulat.....tiba masanya ibu gentel panjang2.....
Ha2x......maka terhasilnya keropok lekor yang sangat sedap.
Bahan pun sama jekan....

Ok selamat mencuba....Cuma jangan jadi resepi "derhaka"
macam ibu ye......he3x....

p/s:
Semalaman ibu xdapat lena risaukan  penerbangan ayah kerana
cuaca semalam tidak begitu baik....Syukur Alhamdulillah ayah selamat tiba.

7 Januari 2015

Along dan Wayar Berselirat

Ini bukan kisah kat ICU tapi kisah Along.
N3 yang dah agak lama ibu tulis tapi
tak sempat nak publish akibat
terlepas pandang.

Along pelajar Tahun 2 di IPTA yang dimonopoli oleh kaum adam.
Belajar dalam bidang yang banyak diceburi lelaki.
Kisah kena buli dan membuli....kih.kih.kih....

Inilah kehidupan harian Along di sana.
Setiap hari hidup Along dikelilingi dengan wayar....pc...komputer..gajet2....coding
memerah otak untuk program networking dan sewaktu dengannya...bla...bla..bla..
Syarat ke kuliah kena berpakaian t-shirt/blouse + seluar untuk memudahkan pergerakan.
Sangat berbeza dengan Angah yang perlu sentiasa berpakaian koprat dan Beby yang
sentiasa ayu berbaju kurung bila ke kuliah......

Lab kot Along...Ibu selalu usik macam minah kilang....muhahaha....

Bila balik bercuti Along sangat teruja bila terpandang wayar2 dan gajet2....
Habis dikerjakan semua benda alah tu....
Bila hp atau laptop ayah atau ibu ada masalah sekarang alonglah
jadi bahan rujukan kami......he3x......
Sedikit masa lagi kami dah tak perlu susah payah angkut lappy ke kedai
jika ada masalah.....Mudah-mudahan.....
Berangan je ibu....entah kemana la Along tercampak bila
bekerja nanti.....

Yang lebih sadis, sejak tahun lepas Along dah mula pandai jadi haker...
Hish...bahaya tu.
Patulah ibu lihat sejak kebelakangan ni FB along dan rakan-rakan
lain macam je....rupanya masing-masing memahirkan diri untuk pembelajaran mereka.

Ibu dah pesan..jangan salah guna kemahiran yang kita ada untuk lakukan
sesuatu yang salah...
Lakukan sesuatu untuk kebaikan orang-orang sekeliling.....

Tak sabar tunggu Along habis exam
Sem 3 next week.......

6 Januari 2015

Melaka di Awal 2015

Hari Ahad ibu luangkan sedikit sisa-sisa cuti bersama 4F.
Dah rindu sangat dengan Along.
Rasa dah lebih 2 bulan kami tak jumpa disebabkan kesibukan Along 
dengan presetation dan exam sem 3.

Maka bergeraklah kami ke Melaka untuk menjengah Along.
Jemput Along di kolej dan bergerak ke JJ.

 Feveret 4Farah dan tempat yang paling Farouk tak suka...ha3x...
Tak sah kalau pergi shopping tak merembat......adehhh...

 Farouk jadi model blender....
Kebetulan weekend tidak disediakan   plastik maka dengan redhanya Farouk tolong bawa
hasil pancingan ibu.....

Macam biasa bila kaki-kaki dah naik lengoh dan peluh dah menitik-nitik
walaupun dalam aircond.....acara seterusnya JJCM.
Malas dah nak menapak so kami singgah di Station Kopitiam Jusco Aeon.
Ni rasanya kali ke3 kami makan kat situ.
Oklah  makanannya, banyak pilihan dan harga pun berpatutan......

 Muka-muka kelaparan.....

3Farah....sedihnya Angah tak dapat bersama sebab Angah pun sedang sibuk dengan 
final exam sem 1.

Farouk order nasi goreng bungkus...at last katanya tak suka pulak..
Pada ibu nasi goreng tu boleh tahan sedap.....
Alahai.....budak sorang ni memang cerewet....

Antara menu yang kami pilih......
 Nasi daging tomyamm....

 Nasi goreng bungkus...dah selamat dikais2 si farouk.....
Katanya bukan bungkus tapi selimut.....apa-apa jelah Farouk.

 Nasi daging masak black pepper...

 Ibu pun tak pasti apa nama menu ni...
Boleh tahan sedap...isi sotong pun banyak dan mee nya rangup....

Selesai makan hari pun dah beransur gelap.
Pulangkan semula Along ke kolej kediamannya....
Walaupun seketika cukuplah untuk ibu merawat rindu ini......
Menghitung hari anak-anak cuti sem.......


5 Januari 2015

Mini Reunion SIS (Kisah Kebelakang)

Kisah basi yang terperam dalam draf.
Masa dan keadaan membuatkan banyak cerita jadi berlapuk dan berkulat.

Kisah balik kampung penghujung tahun 2014.
Ha, kan dah hampir setahun tu.
Tapi sebenarnya kisah ni pada pertengahan bulan 12 sebelum banjir besar melanda Kelantan.

Semasa balik bercuti ibu sempat
ber-mini reunion dengan kawan2 lama.
Projek spontan berjaya menyatukan kami.
Bayangkan dah 2 dekad kami
terpisah dalam mengejar impian dan setelah bekerja masing-masing
sibuk dengan keluarga.

Hari pertama kami berkumpul dirumah
N di KB.
Ya Allah, riuh rendah masing2 bila bersua.
Ada diantaranya ibu dah ingat2 lupa.
Memori dah kong dalam kepala.

Menu memang gempak habis.
Kami buat ala-ala pot luck....
makan-makan...gosip2...gelak2.....recall balik nostalgia
masa zaman remaja.
Tak sedar masa berlalu begitu pantas.....

Hari ke 2 kami berkumpul pula
di rumah H di Kg Pendek.
(Kawasan yang agak teruk dilanda banjir..)

Hari ke 3 dan terakhir kami berkumpul di
rumah Z di PM.

Seronok sangat rasa bila kami dapat luangkan masa bersama.
Berkongsi kisah sedih dan gembira.
Bahagia melihat anak-anak makin membesar
dan sedang menyambung deligasi kami dulu.

Entah bila lagi akan diberi kesempatan sebegini.......Terlalu indah untuk dikenang.

4 Januari 2015

Melangkah ke Tahun 2015

Salam Maulidur-rasul buat semua.
Sudah masuk hari ke 4 kita melangkah ke tahun 2015.
Banyak kenangan indah dan pahit yang telah ibu tinggalkan.
Tiada azam baru dan tidak pernah membuat azam cuma ibu ada harapan :

Family :
2014-
Syukur Alhamdulillah kerana 5F mampu membahagiakan ibu dan ayah.
Along, Angah dan Beby meneruskan perjuangan di menara gading.
Sekarang Along dan Angah sedang berjuang untuk periksaan akhir sem 3 dan sem 1.
Beby pula menghadiahkan kecemerlangan dalam result akhir sem 1 dan
Beby mendapat pointer tertinggi di kuliahnya....Tahniah Beby!!!Ibu sangat2 bangga.
Naurah masih maintain dengan result cemerlang di Tingkatan 2
Farouk juga mula menunjukkan prestasi yang membanggakan ibu...
Syukur Alhamdulillah......
Terima kasih Ya Allah kerana terlalu banyak hadiah Kau berikan
buat anak-anak ibu....

Tahun paling sedih bila ibu kehilangan Kak Long dan Abang Long tersayang.
Mereka pergi tanpa pesan setelah terlibat dalam kemalangan.
Ibu juga kehilangan seorang pakcik yang paling rapat dalam hidup ibu.
Terlalu sedih untuk di kenang....
Al-Fatihah....

Tahun 2014 juga 3 kali kereta ibu terlibat dalam kemalangan.
Ayah juga pernah terlibat dalam kemalangan tahun lalu.
Alhamdulillah sedikit ujian buat kami.
Syukurlah tiada antara kami alami apa-apa kecederaan.
Kereta je yang sakit dan perlu masuk bengkel...

Rumah:
Banjir besar melanda  negeri Kelantan.
Rumah pertama ibu tidak terkecuali dilandabanjir.
Hati risau mengenangkan keadaan rumah ibu nun jauh di Kelantan.
Cousin ibu a.k.a jiran telah
w.apps keadaan banjir di kawasan rumah kami.

Beginilah keadaannya...Rumah ibu di Kelantan, nampak sipi2 je kerana diampit oleh
rumah cousin dan rumah banglo seorang cikgu jugak.....

Inilah keadaan air banjir di kawasan rumah kami
Ni rumah cousin ibu dan rumah kami  guna pattern yang lebih kurang sama je...he3x....
Syukur Alhamdulillah air banjir tak sempat jejak masuk ke dalam
rumah walaupun nyaris-nyaris masuk..
Menurut cousin ibu dalam 2 inci lagi air nak masuk....

Emmmm...rumah ke 3 kami in progress.
InsyaAllah moga dipermudahakan urusan.
Janji dengan kontraktor siap sebelum raya kot.

Gambar ni   ibu snap sebulan yang lepas.

Banyak kenangan pahit dalam pembinaan rumah ke 3 kami ni.
Projek ni terbengkalai lebih 2tahun kerana ditipu kontraktor.
Bukan orang lain pun kontraktor tu tapi saudara rapat ayah sendiri.
Akhirnya ayah mengupah kontraktor lain untuk meneruskan projek itu.
Biarlah Allah yang membalas perbuatan jahat dia tu......
Ibu doakan agar 2015 ni  rumah kami siap tanpa halangan lagi.....InsyaAllah...Amin.

Tentang diri ibu....
Tak banyak sangat kisah yang menarik.
Cuma ibu amat-amat bersyukur dikurniakan kesihatan yang baik.
Itu anugerah yang paling berharga.
Semoga di tahun 2015 ibu dikurniakan kesihatan yang baik untuk
terus berbakti kepada keluarga dan kerjaya ibu.
TIada apa lagi yang ibu kejarkan dalam kerjaya kerana bagi ibu
rezeki yang Allah bagi buat ibu sudah melimpah ruah....
Memiliki keluarga yang sempurna, memiliki rakan-rakan yang
baik-baik....persekitaran kerja yang enjoy....Alhamdulillah....

Percutian :
Tahun 2014 ibu cuma sempat habiskan cuti obesi di tempat yang dekat
saja iaitu USS Singapore  dan negara jiran terdekat..
Ibu berpunca cuti 3F dah tak sama dengan cuti ibu.
Banyak rancangan cuti obesi terbengkalai....
Kami banyak habiskan cuti di Msia yang tercinta saja.....
Tak se"ekstrem" 2013, yang mana kami sempat melancong kebeberapa buah
negara di obesi.

Dalam perancangan tahun ni ada beberapa tempat nak pergi tapi
entahlah sebab Naurah dan Farouk akan duduki peperiksaan PT3 dan UPSR
tahun ni...Pastinya cuti mereka akan penuh dengan tuisyen yang sekolah
mereka anjurkan......

Harapan ibu 2015 menjanjikan yang lebih baik buat kami sekeluarga....
InsyaAllah.

2 Januari 2015

Panorama Selepas Bencana Banjir 2014

Hari mana yang tak sedih...
Hati mana yang tak menangis...
Hati mana yang sanggup melihat saja....
Hati mana yang tidak sayu.....

Ya Allah....terlalu hebat ujianMu pada mereka.
Hanya mampu melihat dari kejauhan...
Hanya mampu membantu dari kejauhan...
Hanya mampu berdoa dari kejauhan....
Agar dipermudahkan segala-galanya....

Berat mata memandang...lagi berat bahu yang memikul.....
Fasa ke 2 selepas banjir.......
Ada hikmah disebalik kejadian ini....
Semoga mereka semua tabah.....

Biarlah gambar berbicara....
 SMK Manik Urai













p/s:
Teruskan berdoa dan membantu setakat termampu..
Biarpun mereka bukan sesiapa pada kita tapi mereka adalah insan terpilih untuk
lalui semua ini......
Mereka adalah saudara seagama kita....

Ya Allah....
Lindungilah mereka dengan rahmat dan kasih sayangMu 

*Banyak lagu gambar-gambar kemusnahan banjir di SINI

About me