Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

31 Disember 2014

Selamat Berjuang Along dan Angah

Penghujung 2014 bermula kemuncak perjuangan Along, Angah
dan kebanyakan pelajar-pelajar
IPTA di seluruh negara....
31.12.2014 juga hari terakhir adik ibu diluarnegara menduduki peperiksaan
perubatan  dan insyaallah bakal bergelar doktor muda tahun 2015.

Ibu yang lebih  berdebar berbanding anak-anak.......Along dan Angah

Minggu terakhir Along tidak ada istilah "study week".
Kesibukan Along makin ketara dengan  presentation disaat-saat
menjelang peperiksaan.....
Gambar yang Along w.apps.
Bersama lecture kejuruteraan dan rakan-rakan group Along.
Menurut Along gambar ni diambil setelah selesai sesi presentation...
Alhamdulillah ianya berjalan dengan jayanya.

Angah sempat habiskan "study week" dirumah selama 1 minggu.
Alhamdulillah....ibu rasa begitu kagum melihat kegigihan Angah
mengulang kaji.

Dalam kepayahan negara sedang dilanda bencana alam.
Ramai pelajar yang terperangkap semasa balik bercuti "studyweek".
Salah seorangnya anak saudara ibu K merangkap sepupu 5F yang belajar
satu universiti dengan Angah.
K juga mengambil course yang sama dengan Angah tapi
sekarang berada ditahun akhir pengajian degreenya.....
Bersabarlah....bertabahlah dengan ujian hebat ini...
Semoga Allah permudahkan urusan kalian.

Ya Allah,
Permudahkan Farah Nabilah, Farah Nadiah dan rakan-rakan mereka
menjawab soalan peperiksaan yang sedang dan akan mereka duduki.
Kuatkanlah ingatan mereka,
Cerdaskanlah minda mereka...
Tajamkanlah pemikiran mereka.
Permudahakan segala urusan mereka...
Berikanlah mereka ketenangan, ketabahan, kelapangan dan kesihatan yang baik....
Lindungilah mereka semua dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu...
Semoga mereka mampu cemerlang dunia dan akhirat....
Amin...amin...YaRabb....

Goodluck Along, Angah dan rakan-rakan seperjuangan.....
Ibu sering mendoakan kecemerlangan kalian......Amiin.

Selingan dari Insta ibu:


SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU. 
Ibu tak pernah ada azam khusus untuk tahun baru tapi azam ibu
dibuat setiap hari......
Setiap hari ibu berazam menjadi yang lebih baik dari hari-hari semalam....

p/s:
Teruskan berdoa untuk mangsa banjir....

30 Disember 2014

Andainya Ibu Mampu

Jika saat ini ibu diterangi cahaya lampu..ditemani TV, laptop, tab dan handphone disisi...
Namun nun jauh di kampung sana mama,abah,adik2 dan anak-anak saudara
diterangi dengan cahaya malap "pelita alternatif dari tisu dan minyak masak".
Lebih 5 hari inilah sumber cahaya yang menerangi mereka dimalam hari....
Sumber cahaya inilah saja yang mampu memujuk si kecil Aqis dan Iman dari bergelap
dimalam hari........

Pelita minyak masak yang adik ibu hasilkan...
sebagai alternatif setelah talian letrik putus  lebih kurang seminggu dan lilin
kehabisan stok.
Menurut adik dia menggunakan  tisu sebagai sumbu.
1/3 bahagian tisu diletakkan pemberat disekelilingnnya (mungkin dawai/duit syilling-ibu tak pasti)
dan 2/3 terendam dalam minyak masak.

Jika di sini ibu membuka air paip sehabis deras......
Membersih badan sehingga wangi semerbak....
Buih sabun membuak2.....
Namun nun jauh di kampung sana mama, abah, adik2 dan anak2 saudara menjirus
badan dengan air dari perigi semata-mata....
Mandi sebagai syarat untuk menyegarkan badan.

Jika di sini ibu makan dengan pelbagai menu yang enak.....
Sehingga tidak mampu menghabiskan hidangan...
Namun nun jauh di kampung sana apakah lauk santapan mereka saat ini.......
Laparkah mereka.....makankah mereka..
Bagaimana dengan mama yang sakit dan perlu makan makanan tertentu sahaja.....
Bagaimana si kecil Aqis dan Iman yang masih kecil....
Apakah menu mereka hari ini....

Hati siapa yang tak sayu....
Hati mana yang tak sedih....
Ibu merantau beratus batu....tak daya berada disisi mereka
disaat-saat kepayahan dan kesukaran...
Terkadang terasa tidak bergunanya diri ini..
seorang anak...seorang kakak.....seorang ibu saudara.....seorang rakan....
Hanya mampu bertanya khabar berita di angin lalu....

Ibu sangat kagum dengan ketabahan mereka.
Langsung tidak menunjukkan kepayahan dan kesukaran.
Walaupun terkadang 3-4 hari kami terputus hubungan...
Sanggup ke pusat bandar untuk mencari sumber kuasa elektrik bagi memastikan hp berfungsi.
Untuk memaklumkan keadaan mereka di sana....
Katanya cuma sedikit teruji berbanding insan lain yang lebih hebat diuji.

Dari kejauhan ibu hanya mampu menadah tangan.
berdoa untuk kesejahteraan keluarga...kesejahteraan rakan2...kesejahteraan mangsa-mangsa
banjir tanpa mengira siapa mereka.
Mereka semua makhluk Allah.
Yang pasti mereka hamba Allah yang sedang diuji.....
Mereka memerlukan bantuan kita....
Sesungguhnya mereka semua adalah INSAN TERPILIH berbanding kita.....

TIADA KATA TERUCAP HANYA AIRMATA YANG MAMPU BERBICARA....

26 Disember 2014

Menangis Dari Kejauhan

Hati mana tak risau dan sedih bila menyaksikan bencana alam
yang melanda negara kita sekarang terutama di negeri kelahiran
ibu,... Kelantan dalam keadaan semakin kritikal..
Lebih sedih bila ibu hanya mampu memandang dari kejauhan...
menyaksikan satu persatu rumah keluarga dan rakan-rakan ditenggelami air.
Menyaksikan penderitaan mangsa banjir yang terpaksa menderita..

Dan saat ini ibu telah terputus hubungan dengan mama, abah
serta adik-adik....juga dengan rakan-rakan rapat yang sering
update tentang keadaan mereka di sana....
Terputus akibat talian internet sudah tidak berfungsi...sudah masuk 3 hari
bekalan elektrik terputus....mungkin handphone dah kehabisan bateri.

Hati bertambah risau dengan keadaan mama
yang tidak sihat....kaki mama tidak mampu
melangkah seperti orang lain dalam kata lain lumpuh....penglihatan
mama kabur kerana penyakit kronik...
Makcik @mummy yang juga tidak berdaya melangkah kerana tidak sihat.
Rumah mereka juga mula dinaiki air.
Seorang makcik bersama keluarganya terperangkap di KL yang baru tiba dari Mekah.
Rumahnya telah ditenggelami air separas dada.

Rumah sepupu ibu dan rumah yang ibu bina disana juga mula dinaiki air.
Semua penduduk di situ diarah berpindah.

Ya Allah...hati bertambah risau
bila mendapat berita hampir 1000 orang
penduduk kampung ibu terpaksa berpindah
kerana air naik mendadak.
Sebelum ini kampung ibu tidak pernah banjir.

Bagaimanakah keadaan mereka di sana.
Ibu hanya mampu berserah pada Allah...
Hanya mampu menadah tangan memohon doa agar keluarga ibu
terutama abah dan mama serta adik2..rakan-rakan...dan mangsa banjir
lain sentiasa di bawah lindungan dan kasih sayang Allah....amiin.

Gambar terakhir adik w.apps petang kelmarin...
"Kak, jangan risau...kami masih dalam keadaan selamat.....
Rumah abah/mama masih tidak ada tanda-tanda di landa banjir....
Tapi mereka terperangkap kerana jalan disekeliling telah dilimpahi air.

Sekitar Banjir di Pasir Mas 2014-Bandar tempat ibu dilahirkan
24.12.2014-Air sungai mula melimpah di bandar.....

Gambar pada 24.12.2014-Benteng di Dataran Air Muleh hampir pecah....

Seluruh bandar Pasir Mas telah dinaiki air....






26.12.2014-Air semakin deras melimpah melepasi benteng.....

 Sesungguhnya keadaan ini amat sukar bagi ibu namun ibu perlu kuat lalui semua ini...Hendak pulang tidak mungkin sama sekali.
Lapangan terbang jugak dinaiki air apatah lagi
jalan darat...
Ya Allah.....

Sama-samalah kita membantu setakat yang termampu....
Semoga ianya meringankan beban mangsa dan juga akan menjadi saham akhirat kita nanti...
InsyaAllah.


About me