Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Disember 2014

Projek Cuci-cuci

Ni bukan projek cuci kain baju ye...tapi projek cuci gambar.
Kalau kain baju setiap hari memang kena basuh....

Rasanya dah agak lama ibu tak cuci gambar.
Makin hari gambar-gambar tu bersepah-sepah dalam drop-box, folder, lappy,
dalam tab, handphone...bla..bla..bla...
Lama-lama hilang begitu saja kenangan-kenangan yang dirakam setiap waktu....

Kebetulan dapatlah sikit  rezeki daripada"nuffnang" hari tu.
Ciput je tapi cukup-cukup makan la untuk projek juta-juta ibu nie.
Dah lama jugak duit tu ibu perap dalam akaun bank.
Baru terdetik hati nak cash out.
Duit itulah ibu guna untuk cuci gambar-gambar ni.
Ada jugak niat nak buat photo-book macam yang ibu dah buat tapi
rasa macam tak puas pulak sebab terkadag  bila datang kerajinan,
 gambar-gambar tu ibu masuk dalam frame.....

Minggu lepas ibu cuci dalam 100+ keping.
Dalam RM62 je pun.....
Kiranya masih murahlah kos mencuci gambar ni cuma
terkadang tak sempat je.
Moga-moga lepas ni ibu rajinlah nak cuci gambar-gambar tu.
Emmmmm...boleh caya ke ni....
Penyakit  hangat-hangat tahi ayam.
Dan sekarang ibu makin rajin intai2 duit tabungan kat "nuffnang" tu.

p/s:
Takde mood pulak nak packing untuk sesi cuti2 versi ke 2...
Versi pertama di SINI dan SINI

4 Disember 2014

Petua Pisang Tahan Lama

Hari ini ibu nak kongsi sedikit petua dapatan dari internet jugak.
Kat rumah ibu ni cuma Ayah seorang peminat pisang.
Anak-anak semua ikut ibu...tak begitu gemar tapi bukan langsung tak makan.
Kalau ikutkan kajian  pisang ni bagus untuk otak dan minda....
Dah tak minat nak buat macam manakan..
Nak  paksa anak makan tapi ibunya pun tak suka macam mana.
Kalau goreng pisang masing-masing bukan main laju..
Ibu dan 5F suka sangat....
Lagi-lagi cicah sambal kicap....
Tapi bukan semua jenis pisang boleh goreng....

Ibu nak kongsi sedikit petua.
Kalau nak hayat pisang tu bertahan, pastikan hujung bahagian
atas sikat pisang yang dipotong tu dibalut dengan plastic wrap/plastik polietilena.
Ibu cuba bereksperimen dan ianya nampak berjaya.
Bolehlah pisang tu bertahan lebih lama untuk stok Ayah......

Satu lagi cara,kita simpan dalam petiais bahagian sejuk beku.
Yang difrozen tu boleh buat smoothies....
Baik untuk kesihatan....
Itu saja kisah hari ni........


3 Disember 2014

MAHA 2014

Tajuk yang sangat skema....
Dah agak lama jugak ayah rancang nak ke MAHA ni.
Kalau boleh ayah nak angkut semua 5F.
Tapi keadaan sekarang agak kritikal buat Along dan Angah.
Saat-saat  menjelang exam sem mereka berdua sibuk dengan presentation
dan persediaan exam.
Beby pulak sibuk dengan kerja dia.

Makanya sewaktu bercuti  ke Penang , ayah ubah rancangan.
Percutian yang sepatutnya 4hari 3malam dipendekkan sehari
sebab ayah nak jugak singgah ke MAHA ni.

 Bermulalah ke destinasi seterusnya....

Kami singgah makan di RnR Ulu Bernam.
Boleh tahan juga asam pedas claypot ni.
Pekat + pedas......nyum...
Sebelum tu kami singgah RnR Sg Perak.
Kalau ke Utara ibu suka singgah sini sebab banyak jual buah-buahan.

Perjalanan memakan masa lebih kurang  5jam dari Penang ke Kuala Lumpur.
Ditambah dengan hujan dan jalan yang sangat sesak.

MasyaAllah...masa kami tiba memang ramai sangat pengunjung.
Kebetulan hari terakhir dan hujung minggu pulak.
Redha jelah  parking kereta jauh dan mendaki ke atas.
Kat pintu masuk pun dah sesak.
Ibu memang tak suka sangat tempat-tempat macam nie.
Lain la kalau pergi bershopping...ibu sanggup memeriahkan lagi edisi shopping-shopping.......
Ayah tak lepas tangan bujang terhangatnya tapi ayah sanggup biarkan
ibu jalan dengan Naurah kat belakang dia.....huhuhuhu.....

Tempat pertama Farouk tarik tangan Ayah.
Teringin nak masuk dalam bola besar.
Tapi hajat tak kesampaian sebab orang ramai sedang beratur.

Kawasannya memang luas.
Memang tak larat la ibu nak menapak ke setiap station tu.
Ditambah dengan hujan gerimis.
Entah apa yang Ayah minat sangat kat area sini....
Nak kata minat jadi petani..pegang cangkul pun tak pernah.....
Patutnya ayah kena pergi bahagian yang jual mikrofon tu....baru sesuaiiii....

Kes kena paksa bergambar la nie....muka seposen.
Ayah yang banyak snap pic dan w.aaps kat ibu.
Muka macam orang tak redha.
Kak Naurah awal-awal warning jangan tangkap gambar dia.....

Kawasan yang paling menyakitkan deria bau ibu.
Tapi kagum melihat lembu-lembu yang bersaiz besar dan gagah perkasa....

Sekeping ni je  gambar ibu.
Itu pun ayah paksa ibu pergi posing dengan "emak lembu" yang sangat comel....
Farouk malu-malu bila "emak lembu" peluk bahu dia....
"Emak lembu" tu tak nak pulak peluk bahu ibu......ha3x....

Lepas keluar dari kawasan ni ibu dan Naurah sesat.
Tiba-tiba Ayah dan Farouk hilang dari pandangan.
Rasa nak nangis je time tu.
Dah la ibu tak tahu arah tujuan....
Rasa nak je pergi kat petugas tu suruh buat pengumuman :
"PERHATIAN!!!!!!...seorang isteri berjubah hitam bersama
seorang anak perempuan telah kehilangan suami....
En Suami sila datang ke urus setia SEKARANG!!!!!....."
Ooooooo...tak sanggup ibu dimalukan.
Macam mana kalau ada rakan-rakan ibu kat situ.
Memang ada pun rakan lama ibu dari Terengganu di situ
sebab kami masing-masing update status kat FB.....
Cuma tak bersua sebab keadaan sesak dan kawasan sangat luas.
Kalau anak2 kecil takpelah....ni mak budak hilang suami......
Maka dengan gigihnya ibu dan Naurah menjejaki  tempat parking kereta.
Berkali-kali Ayah call tanya ibu kat mana...tapi ibu blurrr..
Tak tahu nak cakap kat mana......
Agak lama jugak  ibu sesat....oooooo...baru tahu bagaimana perasaan
anak-anak kecil sesat dan kehilangan ibu bapa ditempat awam.....

Masa ibu dan Naurah sesat sempat pulak Ayah dan Farouk bergembira di sini....

 di sini......
Kat sini Farouk naik kuda letrik....
Ayah ada w.apps videonya.....
Ni sedang menunggu giliran la kot.

dan disini......

Walaupun Farouk nampak manja tapi dia berani.
Dia pernah pegang ular yang saiznya 2x ganda lebih besar.
(*masa bercuti di Taman Reptilia Perlis 2011 Klik di SINI.)
Kalau ibu memang terjerit-jerit lupa dirilah jawabnya.
Ayah pun sebenarnya penakut....
Nampak tak Farouk berselfie masa ni.
Ibu tahu ayah berada jauh beberapa meter dari Farouk dan suruh
Farouk snap gambar sendiri....silalah percaya.

Akhirnya ibu dan Naurah jumpa juga jalan keluar.
Maka kami terus ke kereta.
Ayah call lagi dan lagi....
Risau agaknya ibu hilang.....
Sayang jugak kat isterinya nie.....ha3x.

Dalam  lebih 30 minit barulah Ayah dan Farouk muncul.
Adeh......rasa dah tak nak lagi pergi tempat macam nie.....

About me