Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Julai 2014

3 Farahs.

Along, Angah dan Beby lahir selang setahun seorang.
1994. 1995 dan 1996.
Sejak kecil mereka digelar kembar 3 dan membesar bersama.
Ikatan mereka sangat erat.
Sejak kecil mereka jarang sangat bergaduh.


Sekarang 3 Farahs telah meningkat remaja.
Bermula dengan Along, diikuti Angah dan sekarang Beby pula
melangkah ke menara gading.
Alhamdulillah, rezeki yang Allah kurniakan buat mereka.
Walaupun memerlukan perbelanjaan yang agak tinggi kerana
ketiga-tiga serentak menyambung pelajaran namun
rezeki Allah tidak pernah putus buat kami sekeluarga.
Syukur Alhamdulillah....

Jika kecil dulu ibu dan ayah terpaksa membeli 3 toys yang sama cuma
berbeza warna, kini Ayah terpaksa melabur kepada sesuatu yang lebih besar
demi kegunaan dan keselesaan mereka.

Sekarang saban tahun Ayah terpaksa memperuntukkan
sejumlah wang yang agak besar untuk bayaran yuran setiap semester
dan membeli laptop serta  printer buat mereka.
2012 budget laptop dan printer untuk Along dan 2013 untuk Angah.

2014-Laptop dan printer baru untuk Beby pulak.

 deretan printer kepunyaan Along dan Angah yang
dibeli sewaktu mereka mendaftar di IPTA tahun 2012 dan 2013.

Yang paling tidak menahan, Ayah pastikan beli jenama printer yang sama, 
dengan harga yang sama serta kualiti yang sama demi keselesaan anak-anak.
Begitu juga laptop, walaupun jenama tidak sama tapi Ayah pastikan nilai harga yang sama.
3 tahun berturut-turut Ayah  peruntukkan 3K untuk membeli laptop dan printer
untuk puteri-puteri kesayangannya.
Mungkin kalau  usia mereka berbeza 3-4 tahun
dapatlah peralatan ini diperturunkan pada adik-adik tetapi
disebabkan mereka hampir sebaya dan serentak ke IPTA maka terpaksalah
disediakan setiap orang.

Bila ibu komplain kenapa beli laptop yang agak mahal,
Ayah hanya diam membisu kerana hanya dia yang tahu kenapa dan mengapa.

Semoga 3Farahs terus cemerlang dan tahu kami
sanggup berkorban apa saja demi kejayaan mereka dimasa depan.
Rezeki anak-anak sentiasa ada...
Itulah kebesaran Allah.....Alhamdulilllah.

15 Julai 2014

Naurah dan Hari Terbuka

Lama dah tak cerita tentang puteri ke 4 ibu, Farah Naurah.
Sejak dia melangkah ke sekolah menengah ibu dah tak begitu
kerap mengikuti aktiviti dia.

Minggu lepas sekolah Naurah mengadakan Hari Terbuka.
Yang sadisnya ibu tidak hadir kerana ada urusan.
Naurah pun dengan redha menerima keadaan itu.

Syukur Alhamdulillah Naurah masih mampu mengekalkan kecemerlangannya.
Walaupun dia menolak tawaran ke sekolah berasrama penuh (SBP) dulu
 namun dia kotakan janjinya untuk terus cemerlang.
Sekarang Naurah dah berada di tingkatan 2 Ibnu Sina-RKA ( Kelas Rancangan Khas Agama).
Kelas yang pernah diduduki oleh Along, Angah dan Beby dulu.
Walaupun kecewa kerana tidak dapat kekalkan top 2/260+ sewaktu
peperiksaan akhir tahun dulu namun dia
sekarang berada diranking ke 4 keseluruhan tingkatan.
Yang penting bebunga "A" maintain pada markah, terutama subjek teras.
Bersama guru kelas.

Good luck kakak.
Ibu doakan semoga kakak terus kekalkan kecemerlangan dari segi akademik dan akhlak....
InsyaAllah.


12 Julai 2014

Bantulah Mereka

Sedih dengan perkembangan sekarang.
Begitu kejamnya kaum  zionis.
Makhluk Allah seperti kita tetapi tidak ada langsung sifat perikemanusiaan.

Dari kejauhan ibu mengikuti perkembangan ini.
Terasa hati ini dirobek-robek.
Sedih, sayu, pilu, sebak, geram,sakit hati dan macam-macam perasaan yang melanda.
Lebih menyedihkan bila melihat anak-anak kecil
dijadikan mangsa tanpa belas ihsan.
Tersentuh naluri keibuan...
Ya Allah, tidak dapat ibu bayangkan jika ibu ditempat mereka.
Anak-anak disiksa di depan mata sedangkan anak-anak
kita demam pun hati dah gundah gulana...

Sebagai insan lemah dan tidak berdaya,
 ibu hanya mampu menadah tangan berdoa, berdoa dan terus berdoa.
Tidak putus-putus memohon dariNya.
Semoga di bulan mulia ini Allah makbulkan doa-doa kita...
Sesungguhnya ALLAH Maha mengetahuai setiap apa yang berlaku.

Dan sama-samalah kita memberi sumbangan sekadar termampu
bagi meringankan beban saudara Islam di sana.
InsyaAllah dengan sedikit sumbangan dari kita memberi
seribu rahmat buat mereka.

 Allah......sedihnya tidak mampu terluah.

Selingan :
Sedikit selingan daripada rakan FB ibu.
Semoga sedikit sumbangan kita menjadi saham untuk akhirat kita kelak...InsyaAllah.

About me