Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

23 Disember 2013

Macau Part 1- Kami Datang

Salam bersua kembali.
Minggu ni ibu akan buat n3 tentang siri jelajah ke beberapa tempat di China...
Sila jangan muntah ye...he3x....
Mungkin perkongsian ni memberi sedikit tips buat rakan2
yang ingin pergi bercuti ke China....

Hari Isnin 16.12.2013 bermula percuti ke destinasi pertama kami ke Macau, China.
Kali ini ibu terbang bersama Farouk, Naurah dan adik sekeluarga.
Ahli rombongan kami seramai 31 orang.

Bertolak seawal jam 8 pagi dari rumah dan tiba di LCCT lebih kurang 2 jam kemudian.
Dalam  masa yang sama Ayah perlu hadir seminar selama 1 minggu.
Kami berpisah dengan Ayah di LCCT dengan membawa haluan masing-masing...huhuhu
Along dan Angah masih di universiti.
Terpaksalah kami redha dan terima hakikat yang percutian
sekarang tidak lagi seperti dulu.
Sedih dan sayu hati tapi apa nak buatkan.

Pernerbangan memakan masa 4 jam lebih.
Amat-amat membosankan.
Ibu sempat dibuai mimpi entah berapa episod.....muahaha....

 Pihak travel dah order nasi beriani, nasi lemak dan nasi ayam untuk mengisi perut di dalam
kapal terbang....
Nasi lemak yang terbaik kalau menaiki air asia...

Kanak-kanak ribena dah bosan....Farouk sibuk tanya bila nak sampai......
Macam-macam aktiviti dah dilakukan...he3x....

Kami tiba di Lapangan Terbang Macau dalam pukul 5 petang akibat 
penerbangan tertangguh selama 2 jam.
Rupanya pukul 5 petang dah macam 7 malam di Malaysia.
Waktu antara Malaysia dan Macau adalah sama cuma di sana musim sejuk.
Malam lebih panjang dari siang.....
Mengiggil kami kesejukkan dengan perubahan suhu dari 29 darjah celcius di Malaysia
ke 8 darjah celcius di Macau.

Ibu tukar duit dollar HK tak banyak atas nasihat adik
sebab kat sini barang-barang sangat mahal walaupun pertukaran wang kita
lebih besar.........
RM500 = HK1000

Posing dulu kat airport Macau.

Naurah dan Farouk bersama cousin, Balqis dan Iman....jugak Sutie (adik ibu).

Menunggu giliran untuk check in.....

Bosan menunggu di imegresen.
Kawalan amat-amat ketat di sini.
Stafnya semua bermuka masam dan garang.
Aduyai kalau kat Malaysia confirm dah kena pecat.....
Pasport di check amat-amat detail.
Muka Farouk berkali-kali ditillik.
Mungkin nampak agak lain sebab Farouk bertopi.......
Sebelum ibu terlupa, jangan lupa bawa botol kosong di dalam handbag
kemana-mana kita pergi.
Maklumlah dalam tanda memang tak ada air paip.....huhuhu....

Kami disambut oleh pemandu pelancong bernama Lin.

Kami di bawa ke sebuah outlet barangan branded.
Ibu pun tak pasti nama apa tempat ni.
Sekadar cuci-cuci mata sebab harga barangan terlalu mahal.
Bangunan di sini sangat-sangat cantik dan klasik tapi sayangnya
masa kami tiba lebih kurang 6 petang, persekitaran dah gelap macam waktu Isyak....
Posing sekejap.

Mengigil kesejukan ditambah dengan angin dan gerimis......

Ibu dan Naurah bersama family adik dan BIL ibu merangkap 'bos' rombongan kami....

Berlatar belakang sebuah kasino terbesar di Asia.
Macau ni ala-ala Genting.
Pusat perjudian yang jadi tumpuan pelancong asing....

Naurah dan Farouk yang dah membeku...hehehe...

Deretan bangunan yang sangat-sangat cantik reka bentuknya....

 Deretan outlet.

Bangunan yang amat cantik seni binanya.

Di outlet ni terselit sebuah restaurant halal iaitu Indian  Food Restaurant.
Kami dinner di sini.

Pelbagai jenis makanan dihidangkan secara buffed tapi ibu tak begitu dapat menelan
sebab tidak serasi dengan tekak.
Makan sekadar untuk alas perut sebab tiada pilihan...
Ibu sekadar ambil kambing panggang bersos, brokoli dan ayam.
Ibu pun tak pasti rempah ratus apa yang digunakan......
pelik semacam je rasa.

Pemandangan depan restaurant.

Ada beberapa keping gambar je di sini sebab gerimis.
Selesai urusan makan-makan dan snap beberapa keping gambar kami
dibawa ke suatu tempat..
 Tungguuuuuuuu.....



22 Disember 2013

Kami Dah Kembali.

Salam rindu semua.
Alhamdulillah kami selamat kembali 
ke Malaysia setelah 1 minggu
Siri jelajah ke beberapa Daerah Negara China.
Rindu Malaysia, rindu makanan Malaysia dan rindu segala2nya disini...
Airport Antarabangsa Quangzhou.


16 Disember 2013

Macau---Hongkong---Shenzhen---Guanzhou...Doakan Kami

Salam Isnin.
Semasa n3 ini keluar kami mungkin telah sampai ke destinasi.
Kami bercuti seketika bagi merihatkan minda dan mengembalikan keceriaan
bagi menyambut 2014.

Percutian ini sebenarnya dah lama dirancang.
Memenuhi impian anak-anak yang teringin nak ke disneyland.
dan si ibu ambil kesempatan untuk bershopping di Macau, Shenzhen dan Guanzhou.
Tidak mampu terbang ke Disneyland Paris, sekadar mampu untuk ke Disneyland Hong Kong....he3x...

Semoga 2014 menjanjikan yang lebih baik buat kami sekeluarga.
Doakan percutiaan kami dipermudahkan.
Doakan juga agar kami selamat pergi dan balik.
InsyaAllah, kita akan bersua lagi.......
InsyaAllah.....


About me