Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

5 Oktober 2013

Sweet Seventeen.

Semalam genaplah usia Beby a.k.a Farah Najdah 17 tahun.
Pagi ni baru sempat buat n3 sebab semalam seharian ibu di Kuantan...
Maaf ye Beby.....huhuhu...

Cepat sungguh masa berlalu.
Dah besar puteri ke 3 ibu.
Seorang anak yang berdikari,
agak degil tetapi sensitif,
suka berdebat terutama dengan ibu,
penyayang dan mengambil berat,
manja,
minat memasak,
TETAPI
agak malas belajar.....huk.huk.huk...(anak sapalah tu...)
 tapi syukur  alhamdulillah kerana dikurniakan otak yang bijak....

Cepat sungguh masa berlalu...Beby ibu dah makin dewasa,..
Namun gelaran Baby @ Beby masih melekat dibibr ahli keluarga kami semua....
Beby tetap baby girl ibu....

Ada kenangan pahit sewaktu ibu sarat mengandungkan Beby.
Kereta yang ibu pandu dirempuh dari belakang sehingga perut ibu terhentak
pada stering kereta....
Kereta Cina yang merempuh rosak teruk tapi alhamdulillah
kereta ibu mengalami kerosakan yang minimum.
Cuma doktor bimbang keadaan ibu dan bayi dalam kanungan.
Ibu diberi cuti selama 1 bulan.
Ibu redha dan pasrah...terima segala kemungkin yang akan tiba.
Hampir 45 hari ibu lumpuh sebelah badan sewaktu dalam pantang.
Tidak mampu mengangkat tangan dan tidak mampu menyusukan Beby....
Ayah pula kemalangan sewaktu OTW pulang ke kg sewaktu hari Beby dilahirkan.
(Masa tu ibu dah dihantar pulang ke kampung selepas terlibat dalam kemalangan)
Habis kereta ayah (depan /belakang) rosak teruk akibat dirempuh bertunda-tunda..
Semua itu ujian buat kami sekeluarga.......
Syukur Alhamdulillah, ayah masih mampu tersenyum di depan ibu...
dan ibu masih mampu
sabar dalam menempuhi ujian itu........
Oklah kita lupakan kisah sedih.
Semua itu tinggal kenangan pahit buat kami sekeluarga......

Petang Khamis kami ke Melaka untuk jemput Along di UTeM.
Terus singgah ke Mydin MITC untuk celebrate birthday Beby.
Cuma ada 4F. Angah masih kat UiTM Kuantan.
Tak lengkap rasanya tanpa Angah.....

Birthday girl nak makan western food.

Beby nak makan mee sizzling.
Rasanya kurang sedap bagi tekak ibu....

Yang lain order chicken chop.....
Naurah dan Farouk order menu yang sama.
Chicken chop + cheese + sos mushroom....

Yang lain order menu chicken chop + sos black pepper...
Nak tunggu lamb chop lambat so tibai jelah chicken chop....
Dari segi rasa...emmmm, cukuplah sekali ni je makan kat situ.

Doa ibu buat Farah Najdah a.k.a Beby:
Ya Allah,
Kurniakan Farah Najdah kesihatan yang baik, minda yang cerdas, bijak, ingatan yang kuat,
hati yang terang.....
dapat memahami apa yang dipelajari, yang dibaca dan didengar...
Berikanlah kejayaan yang cemerlang dalam SPM yang bakal dilaluinya nanti,
Dan jadikan Farah Najdah seorang anak yang kuat, tabah, sabar,
berakhlak mulia, mendengar kata dan cemerlang di dunia dan akhirat.
Amin...amin...amin......

Beby merupakan salah satu anugerah yang amat bernilai buat ibu dan ayah....




3 Oktober 2013

Sejarah dan Beby

Sebut subjek Sejarah, muka 3FARAH tiba-tiba blurrrr.....
Along, Angah dan Beby adalah cucu dan anak kepada seorang pakar Sejarah dan 
anak saudara kepada cikgu Sejarah yang cemerlang tapi tidak meminati subjek Sejarah.
Menurut mereka subjek Sejarah lebih susah berbanding Add-Maths, Fizik, Biologi,
dan subjek-subjek sains lain...
Alasan orang yang tak minat nak baca buku Sejarahkan......
Memang confirm anak ibu tu sebab ibu pun sama jugak....
Walah....anak-anak ibu nie.....

Tapi yang peliknya dalam SPM Along dan Angah mampu mendapat
A+ dalam subjek Sejarah......
Dan sekarang Angah dah mula berjinak dengan Sejarah malah
terpaksa menyintai subjek itu
sejak bergelar pelajar Asasi Law.....Apa nak buatkan Angah...kan..kan...
Jangan sesekali nak berdebat tentang Sejarah dengan
Angah saat ini sebab semuanya  dah berada dihujung bibir....

2 minggu lepas Beby membuat kejutan bila namanya diumumkan
sebagai Johan dalam pertanding kuiz Sejarah.
Boleh caya ke??????
Balik sekolah terjerit-jerit memanggil ibu.
Melompat-lompat lupa diri yang dia tu dah anak dara.
Aduyai..terkejut ibu...ingatkan apa la yang dia kecohkan tu....
Masa tu ibu baru lepas solat...berkejar keluar dengan muka pucat lesi...

Bersungguh-sungguh menunjukkan piala pada ibu.
Bersama piala yang dimenanginya.
Tak habis-habis kata dia amat tidak sangka bergelar juara......
Bangga sangatlah tu....

Suruh ibu snap lagi dan lagi.....

Zoom sikit untuk dijadikan kenangan.....
Gitulah berlaku "kejakunan" bila sesuatu subjek yang tidak pernah
ada kat minda tetiba mampu merealisasikan serta membuahkan hasil..
Eh, faham tak ayat ibu tu????
Ibu pun tak faham....he3x....

Mudah-mudahan Beby pun mampu buat kejutan masa SPM nanti
terutama dalam subjek Sejarah seperti yang telah Along dan Angah buktikan....
BOleh kan Beby??????

1 Oktober 2013

Resepi Aiskrim Goreng dan Naurah

Lamanya tak bercerita tentang Farah Naurah
Puteri ke 4 ibu.
Dulu bila bersekolah di sekolah yang sama dapatlah ibu ikuti
setiap perkembangan Naurah.

Dah besar Najwa Latif...oppssss!!!!!!baby girl ibu nie...
Cepat sungguh masa berlalu...

Hari nak cerita projek Naurah buat aiskrim goreng.
Minggu lepas senyap-senyap je dia buat aiskrim goreng.
Alih-alih dah masak.
Bila ibu rasa memang sedap.
Ibu kan suka kecoh...
Tak putus-putus dok puji anak dara sorang tu......
Kes bodek sebenarnya.....he3x...

Petang semalam belum pun sempat Naurah nak parking montot
 ibu dah sibuk suruh dia buatkan aiskrim goreng...
Alahai kesian Naurah, baru balik dari sekolah dah jadi mangsa buli ibu.

Ok ibu tepek dulu resepi kat sini ye:
Ibu ajar cara untuk sediakan sekeping aiskrim goreng.
So nak buat berapa banyak terpulanglah:
Bahan berserta cara-cara: 
*Lembapkan dulu 2 keping roti dengan air(nak spray pun boleh)
*letakkan 2 sudu besar aiskrim di atas roti
*tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
*Tekan dengan menggunakan cawan atau gelas
(pastikan kedua2 roti itu bercantum)
*Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam dalam frezeer selama 2-3 jam.
*Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
*Pastikan minyak betul-betul panas.

Maka terpaksalah kami makan dulu "sisa2" roti lebihan projek mega tu.
Kesiankan......rasa insaf tiba-tiba bila cicah sisa roti dan menyuap ke mulut.......
Huwaaaaa...sayu hati...

Tak sampai 1 jam ibu dah kecoh suruh Naurah goreng aiskrim nie.....

Kesan gigitan ibu yang tak sabar....Emmmm memang nyummy..sedap sangat.
Ranggup diluar.....sejuk di dalam......

Satu-satunya model yang ada sebab model lain tidak menutup aurat....he3x......
Tak putus-putus KAGUM dengan kepandaian kakak kesayangannya membuat roti goreng.....
Ibu dah agak ni mesti kes membodek nak lebih tu......

About me