Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Julai 2013

Pereka Maskot Serigala

Lama dah tak bercerita tentang puteri ke 3 ibu nie.
Farah Najdah a.k.a Beby dan ibu sama-sama anak ke 3.
Agak banyak persamaan antara kami.
Kami sama-sama meminati kraftangan, 
agak alergik membaca buku dalam erti kata tidak begitu suka membaca,
cepat faham sesuatu yang dipelajari jika berminat,
kalau buat sesuatu yang diminati mesti leka dan nak cepat siap
(sanggup tak makan, tak minum dan terkadang tak mandi.....syhhhhh!!!),
sama-sama  kidal,
sensitif dan mudah tersentuh,
penyayang,
pemurah,
cepat kasihan dan simpati pada orang sekeliling,
agak keras hati@degil.......

Inilah satu-satunya anak ibu yang boleh diajak berbahas
kerana kami sering tidak sependapat.
Bak kata orang.....macam magnet, kalau kutub yang sama saling menolak....he3X....

Minggu lepas bukan main kalut si Beby nie menyepahkan rumah.
Ibu dah agak...mesti ada projek sekolah yang dia bawa balik rumah.
Tak kira siang malam dok mengerjakan sesuatu.
Habis halmet ayah, 2 helai tuala , kain entah berapa meter( katanya cikgu yang sponser) 
dan entah apa-apa lagi bahan yang diangkut balik.
MasyaAllah, sabar jelah ibu.
Malas nak gaduh-gaduh.....

Rupanya Beby sedang ber'eksperiment' 
mencipta maskot serigala untuk pasukan rumah sukan.
Ibu jadi bahan rujukan dan pengkritik.
Biasanya macam tulah.
Dia akan tanya setiap inci pendapat daripada ibu.
Beby : Ibu, cuba teka maskot apa nie.
Ibu : Gajah!!!! (saja nak cari pasal )
Beby : Alah ibu nie....serigala la....
Ibu : ye ke???? tapi ibu tetap kata GAJAH!!!!
Beby : Ibu memangggggg......jeles la tu..
Masa tulah kami berbahas macam-macam.....
Terkadang ketawa, terkadang kutuk mengutuk, terkadang merajuk....alahai, itulah kami.
Saat ini buku dah entah kemana...
Risau si ibu kerana SPM dah semakin hampir.
Tapi sebagai ibu, terpaksa menelan semua itu.
Pujuk hati agar tidak gundah gulana......


Hari Kejohanan OlahRaga berlangsung dengan jayanya.
Dan salah seorang rakan pasukan 'dipaksa' menjadi maskot.
Ibu dah pesan awal-awal, jangan sampai anak orang tu pengsan akibat
kepanasan dan kelemasan memakai maskot ciptaan Beby......
Beby ni lain sikit.
Setiap arahannya tak siapa berani bantah....
Ala-ala diktetor gayanya.
Alahai anak ibuuuuuuuuuuuuuuu.....


Dan kegigihan Beby berhasil bila pasukan rumah Beby dinobatkan JOHAN dalam perbarisan.
Selaku Naib Pengerusi yang 'gila kuasa' menerima hadiah berupa hamper.....khi3X...
Jangan mare ye Beby........
*hawat naik pentas sandang beg??????????????? Hish3X...budak ni memang pelik!!!!

Senggih sampai ke telinga.
Puas dan bangga dengan hasil yang diusahakan.....
Kulit rentung macam jiran belakang rumah.....ngeh..ngeh..ngeh...

Bergambar kenang-kenangan bersama pasukannya.
Mereka berjersi JDT...
Sila jangan percaya kat Beby tu sebab dia budak mix= Klate + Johor.
Mana-mana je dia belasah.......

Balik rumah becok bercerita dengan bangga tentang kemenangan yang diraih.
2 hari 2 malam ceritanya belum selesai.
Naik bengkak telinga penghuni kat rumah nie.
Tiba-tiba terpacul dari mulut ibu :
Budak yang jadi maskot tu ok tak Beby????
Tak pengsan ke dia??
Beby : Alah ibu nie..dia oklah ibu..Masih hidup dengan sihat.....
Aduyai...Beby..beby.

Yang pasti, anak-anak ibu 'kaki bangku'.
Tapi masing-masing memegang jawatan tertinggi dalam pasukan sekolah..
Begitu jugak dalam unit beruniform.
TAHNIAH untuk Beby.
Ibu bangga dengan anak-anak ibu walaupun ibu selalu kutuk2 Beby.

Lepas ni dah tak ada lagi aktiviti sampingan.
Janji dengan ibu kena ditepati ye...
Study 4 SPM pulak..........

6 Julai 2013

Lawatan 2 Orang Budak Biru

Gambar-gambar ini pun ibu kidnap dalam FB sekolah Beby yang mana
Beby seorang editor sekolah.

Banyak juga tempat yang mereka pergi.
Maklumlah 2 hari 1 malam.
Ibu pun tak sempat nak interview mereka berdua
sebab mereka  tiba dah malam dann paginya ibu ada program di sekolah.
Makanya kisah lawatan berkubur begitu saja.....

Jom layan gambar jelah ye sebab ibu nak ulas pun
tak tahu kisah disebaliknya.......

Seri Perdana.


Beby (tengah) dan rakan-rakan...

 Naurah (kanan belakang) dan rakan-rakan.

 Jeling kat sapa tu kakak??????Muka Naurah yang serius.........he3X...

Naurah bersama best friend sejak sekolah rendah.
Walaupun tidak sekelas tapi mereka tetap berkawan baik.


Mereka juga pergi ke UPM.
Dan Floria.

 Singgah di floria.

 Aktiviti bebas...shopping di Alamanda.....

Hari terakhir mereka singgah di i-City.
Tak banyak pun gambar Naurah dan beby sebab Beby merangkap juru kamera.
Lagipun mereka 2 beradik naik bas yang berasingan.

p/s:
3 hari ayah OT......

5 Julai 2013

Seharian Bersama Si Kecil.

Semalam ibu ke sebuah sekolah berhampiran sempena Karnival Pra Sekolah Daerah.
Dilantik sebagai "hakim yang arif lagi bijak sana".....yelah tu....ekekeke.....
3 orang hakim dilantik dari sekolah berlainan.

 Banner yang sempat ibu snap di dewan besar SKS5D.


 Masing-masing tekun menyiapkan tugasan.

 Kelakar ibu dok perhatikan budak lelaki tu.
Sampai naik juling matanya dok mengunting kertas....


 Anak-anak comel sedang menyiapkan tugasan yang diberikan.
Tekun je budak-budak  comel ni.
Masing-masing menyiapkan tugasan tanpa bersuara.....
Kagum pulak ibu tengok mereka.
Tapi kisah selepasnya tak payah ceritalah..
Aduyai.........melenting sana-sini...
Kagum melihat cikgu-cikgu pra-sk yang
sabar tahap maksimum melayan kerenah anak-anak kecil ini.

 Sempat tengok kamera masa ibu memantau mereka membuat tugasan.

 Tekun....


Hasil kerja yang dalam proses untuk disiapkan.

Pening juga ibu dan 2 orang rakan untuk memilih pemenang.
Penyertaan sebanyak 21 buah sekolah dan hanya 3 pemenang yang perlu dipilih.
Lagipun peruntukan masa untuk hakim sangat terhad.
Tak sempat kami nak semak semula buku skrap yang benar-benar berkualiti.
Tapi semuanya memang terbaiklah.

Hadiah disampaikan oleh Pegawai dari PPD.
Ibu dan 2 orang rakan juga menerima cenderahati berupa beg sandang...
(belum sampai rumah beg itu dah dibooking oleh Farouk..)
Selesai majlis penyampaian hadiah, ada jamuan untuk tetamu jemputan dan VIP.
Masa tu ibu pun dah kelaparan maklumlah masa sarapan
sempat makan 2 ketul cucur udang je kat sekolah.....hehehe....
Majlis berakhir lebih kurang pukul 1 petang....
Minggu ni amat sibuk dengan pelbagai program........

About me