Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

17 Februari 2013

Tak Pernah Cukup- 5F

Selamat berhujung minggu.
Cepat sungguh masa berlalu.
Esok ibu dah mula kembali ke sekolah setelah bercuti selama 9 hari.....

Pagi-pagi macam biasa ibu mengadap lappy sambil menyediakan sarapan pagi.
Sambil itu ibu belek balik album no9 dalam FB family " Keluarga Farah n Farouk".
Suka tengok gambar-gambar yang ada di situ.
Bila ibu belek satu persatu album bertajuk "percutian + seminar"
 rasa kelakar pulak tengok gaya 5F ni.
Setiap kali posing mesti atas katil atau dipenjuru bilik......

Masa ikut ayah berseminar je mereka sempat posing dalam bilik hotel
sebab banyak masa kami habiskan di bilik. 
Tapi kalau pergi bercuti dalam erti kata benar-benar bercuti memang tak adalah nak posing
kat hotel kerana bilik cuma jadi tempat tidur dan tukar baju aje....
Tak sempat nak posing bagai......hehehe.

Sebenarnya ibu pun confius bila tengok mereka posing kat hotel
sebab tak pernah cukup 5 orang.
Ada beberapa keping gambar yang ibu sempat selamatkan.
Ada lagi gambar-gambar kenangan lain tetapi entah  dalam lappy mana ibu pun tak pasti...

Jom layan sebahagian pic yang ada dalam simpanan ibu......
Lokasi : Hotel Paragon Johor Bharu.
Yang ada Along, Angah, Beby dan Farouk (4F)
Naurah tiada dalam gambar tu.
Masa snap pic ni Naurah dah berlari-lari ke toilet.......hehehe....

 Lokasi : Hotel Grand Season Kuala Lumpur
Dalam gambar ni pun ada 4F.
Along yang tak ada.....
Rasanya masa ni along sedang bercuti panjang
kat rumah atok mama/ayah di Kelantan setelah tamat SPM.....

 Lokasi : Hotel Topical Inn Johor Bharu
Dalam gambar ini pun Along tak ada.
Ibu pun tak pasti Along kemana.
Mungkin masa ni along dah buka tudung kot...

 Lokasi : Hotel Royale Bintang Resort N Spa Negeri Sembilan.
 Along tak ada kerana along sibuk dengan kelas tuisyen.
Ibu terpaksa tinggalkan Along di atas kerelaan dia.....

Lokasi : Hotel AmanSari City Centre
Gambar terkini.
Cuma ada 3F.
Beby ditinggalkan kerana ada tuisyen.
Along berada di Matrik.

Dan suatu hari nanti mungkin ibu berkeseorangan di bilik hotel
bila ayah terpaksa hadiri seminar.
Agak-agak siapa yang nak jadi model bilik hotel pulak ye...
Hu.hu.hu............

16 Februari 2013

DIA Istimewa...

Petang ni tiba-tiba ibu terpanggil untuk buat n3 tentang
seorang murid yang istimewa dimata ibu.
Murid Tahun 1 bernama Zul.
Masih tak kena huruf..masih tak kenal nombor sedangkan
dah 2 tahun bersekolah tadika.....
Sekejap ibu ajar dia ingat, bila kita tanya balik dia dah lupa....
Masih pelat tapi amat becok bercerita.
Terkadang ibu rasa seronok juga melayan dia bercerita yang ibu pun tak faham....
Zul: Tekgu...tekgu kita ada Baby yebi...baby yebi...
Ibu : Baby Rabbit.....????
Zul : Butan......baby yebi.....baby yebbi....
Ibu : Anak orang ke anak haiwan ????
Zul : Butan....baby yebi....
Ibu : Aduyai....blur?????...

Perkataan yang sama diulang-ulang setiap hari....
Ibu pun tak pasti, apa yang ingin disampaikan...
Terkadang rasa naik mereng kepala ibu melayan cerita si Z nie...
Adakalanya Z mampu buat ibu tersenyum dan tertawa dan ada kalanya dia mampu
buat ibu berubah menjadi ibu tiri yang garang.......hahaha....

Cikgu gebuzzzzz bersama Z.....Aduyai, bolatnya muka cikgu nie...

Dah jadi anak angkat ibu lagaknya.
Z tidak boleh dibiarkan bersama kawan-kawan tanpa pemantauan.
Nanti entah apa la dia lakukan diluar kawalan.....
Kesiankan!!!!!!!
Ibu amat-amat berharap agar Z ditempatkan di sekolah pendidikan khas yang berhampiran.
Sekurang-kurangnya dia dapat pendidikan yang sesuai dengan perkembangan mentalnya
serta belajar mengurus diri sendiri....
Apapun Z tetap istimewa dimata ibu.........

15 Februari 2013

Cuti2 Msia + Seminar @ AmanSari City Centre

Cuti Tahun Baru Cina yang panjang ibu dan anak habiskan masa bersama.
2-3 hari kami habiskan cuti di AmanSari City Centre Johor Bharu.
Ayah berseminar, ibu dan anak-anak lepak-lepas di bilik hotel......
Begitulah ayah habiskan masa dengan kami di dalam kesibukan dia bekerja....

 Gambar kidnap dari en google .
Hotel ni terletak di Jalan Wong Ah Fook, Johor Bharu.

 Pintu masukkkk...

Kami dapat bilik di aras 9....

Bilik yang sederhana aje.......

Ni je ibu sempat snap dalam tandas sebelum diselerakkan oleh ibu, ayah dan kanak-kanak ribena.

 Tak sempat nak snap, Farouk dan Ayah dah sepahkan bilik..........

 Sempat kakak menyelit....geng kuning.

 Aktiviti yang biasa dibuat bila bercuti di bilik hotel.....
Layan lappy....

Layan samsung tab.....

 Menu wajib di hotel....makan maggie.
Bila dok kat hotel perut asyik lapar je.
Maklumlah tak ada aktiviti nak buat selain lepak-lepak dan tonton TV....
Maggie penyelamatnya....

 Pemandangan di waktu malam....
Kami dok kat tingkat 9.

Lena beradu.........................zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

 Breakfast di Cafe AmanSari Hotel.
Kami sekadar makan yang ringan-ringan je untuk alas perut..

 Posing dulu selepas bersarapan.....

Cuma ada 3F aje.
Nak buat macam mana keadaan tidak mengizinkan untuk 5F bersama.

Masa check out ayah dah tanya nak ke mana lagi.
Farouk seorang yang nak ke LegoLand tapi Naurah dan Angah tak berminat..
Sepanjang perjalanan hujan turun dengan lebatnya.
Jawabnya keinginan Farouk terpaksa ditunda........

About me