Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

4 Januari 2013

Gigih Belajar Sofeware Photobook.

Gigih la sangat.
Bukan ibu sambung belajar ye tapi sekarang sedang berminat 
nak belajar menghasilkan photobook sendiri.

Sempatlah ibu study sikit-sikit dengan menggunakan CD yang dibekalkan bersama software tu.
Ibu nie sejak sekolah agak alergik kalau bab-bab study melalui buku.
Tapi apakan daya, zaman ibu bersekolah mana ada lagi nak study guna lappy dan internet..

Ibu dapat sofware ni semasa "terbeli" kamera digital.

 Inilah sofeware yang ibu dapat.
Ibu juga akan dapat sebuah photobook secara percuma.
Sebab tu sekarang tengah gigih belajar menghasilan perisiannya.

Berangan je ibu nie.
Sekarang musim sibuk melanda.
Maklumlah di awal persekolahan.
Macam-macam kerja yang perlu dibuat.

Tarikh luput akhir bulan 3 nanti.
Harap-harap semangat berkobar-kobar tidak mati separuh jalan.

Sempat buat 2 m/s je..
Terus KIV.
Banyak sangat urusan sekolah yang perlu didahulukan........
Lagi pun folder gambar banyak di dalam lappy ibu yang 1 lagi.
Lappy ni ibu gunakan untuk bahan kerja je...
Malas nak pindah-pindah folder tu semua.

p/s:
Hari Isnin ni pula Pusat Kegiatan Guru dah call nak pantau PSS.
Aduyai, baru nak tegangkan urat saraf, terpaksa kejang semula..
Minat betul la PKG ni nak pantau PSS Sk ibu.....huhuhu...

3 Januari 2013

Mereka Berbeza...

Hari ni ibu suruh Angah belajar masak.....
Yang lebih kelakar bila ibu menakutkan angah dengan kisah" Setia Hujung Nyawa"
yang ditayangkan setiap petang bermula pukul 7...
Kisah seorang isteri muda yang tak pandai masak.......hehehe...

Angah amat berbeza dengan Beby.
Angah lebih suka menolong ibu melakukan  kerja-kerja  sekolah 
sedangkan Beby lebih minat ke dapur dari menolong kerja-kerja sekolah ibu.

Angah tolong ibu photostat, susun dan binding buku2 log PPIM ni sebanyak 30 buah.
Sekejap je Angah buat semua nie....

 So sebelum pergi sekolah ibu dah pesan supaya hari ni angah masak resepi " Raja Berangkat".
Ala-ala kari..Resepi dari mama ibu....
Masakan yang simple.
Masa ibu sedang menikmati hidangan di kantin, ibu terima panggilan dari Angah.
Bertanya tentang resepi.
Entah berapa kali  ibu terima sms, terima call dan sms dari angah.
Aduyai kelakar betul....Kecoh...kecoh....

Di pintu rumah ibu dah terbau masakan angah.
Not bad.....baunya mengancam.
Terus ibu meluru ke dapur.
Menjengah ke dalam periuk.
mana la tau,kot-kot lain yang ibu suruh lain pula yang jadi.
Ibu merasa sedikit kuahnya.
Wah, pandailah angah masak....puji ibu spontan.
Angah tersenggih-senggih malu...
Alah ibu ni.......tak sesedap ibu masak la.......
Oklah tu..percubaan pertama yang berjaya.
Esok Angah masak lagi ye........

Berlainan dengan Beby yang amat minat memasak.
Sepanjang cuti ada saja desert dan cookies yang Beby masak.
Pelbagai resepi yang dia dipraktiknya di rumah.....
Ni ibu tepek cookies yang Beby masak di ambang tahun baru....
Pagi-pagi tahun baru terhidang 1 balang biskut di atas kabinet dapur......
Macam manalah si ibu tak mengembang......huhuhu...................

Back To School 2013.....5F...4F....3F..

Back To  School.....
Kenangan yang ibu abadikan di blog setiap awal tahun
sebelum anak melangkah keluar untuk hari pertama sesi persekolah.
5F
Farah Nabilah-Along
Farah Nadiah-Angah
Farah Najdah-Beby @Kak Nana
Farah Naurah
Muhammad Farouk

2011-5F bersedia ke sekolah...Along, Angah, Beby, Naurah dan Farouk..
 Saat indah sewaktu ibu menjadi makcik supir menghantar dan menjemput mereka dari sekolah.....
Betapa meriahnya saat ini.
Penuh 1 MPV ibu dengan gelagat anak-anak.....

2012-Tinggal 4F bersekolah.
2012, Along dah tamat SPM.....
Yang tinggal cuma Angah, Beby, Naurah dan Farouk......
 Tinggal berempat.
Saat ini Along dah bergelar "maid" di rumah.
Along banyak membantu ibu menguruskan kerja-kerja rumah dan memantau homework Farouk....
Alhamdulillah akhirnya Along menerima tawaran melanjutkan pelajaran.....
Klik sini....
Maka ibu kehilangan "maid" di rumah......
Miss Along so much.....

2013-Bilangan mereka dah jadi 3F.
2013 Angah dah tamat SPM
Along dah melangkah ke Matrikulasi.
Yang tinggal sekarang Beby, Naurah dan Farouk.....
 Tahun ini cuma tinggal Farouk seorang bersekolah rendah.
Dialah jadi peneman ibu OTW pergi/balik sekolah.....
Kalau dulu penuh 1 kereta dengan penumpang.....
Bermacam-macam cerita yang kami kongsi bersama.

Naurah dah melangkah ke tingkatan 1 dan Beby antara calon SPM 2013...
Good luck anak-anak ibu.
Moga terus cemerlang dalam pelajaran.....
Good luck juga untuk Angah.
Moga Angah juga mampu meraih result yang cemerlang dalam SPM.

Dan si ibu awal-awal pagi dah terpacak kat depan pintu pagar sekolah.
menyambut anak-anak didik dengan penuh kasih sayang (?)......Boleh caya ke.
Mestilah sayang, mereka la klien ibu,
kerana tanpa mereka siapalah ibu..........

p/s:
Betul lah bak kata ayah, biarlah anak-anak berada di sisi kita semasa mereka masih bersekolah kerana suatu hari nanti mereka akan meninggalkan kita satu persatu..
Alasan yang sering ayah gunakan setiap kali anak-anak kami menerima tawaran ke SBP dan Sekolah Terpilih.......

About me