Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Januari 2013

Melaka Lagi...

Back To School.
Sudah semestinya ibu sibuk + kalut sangat-sangat hari ini.
So n3 hari ni ibu buat auto publish je..........

Cerita hari Ahad.....
Setiap hujung bulan, inilah rutin kami.
Jumaat dan Ahad perlu ke Melaka untuk menjemput/hantar Along ke Matrik.
Anak manja ayah macam tulah.
Perlu dijemput dan dihantar di atas kehendak ayah....

Hari Ahad ayah perlu hadiri meeting Cuepecs dan
 ibu terpaksa mengambil alih menghantar Along dengan bantuan GPS.
Nasib baiklah Along volunteer nak drive OTW ke Melaka.....
Along dan Angah meriah berborak di depan dan si ibu lena beradu
di sit belakang.......zzzzzzzzzzzzzzzz...
Rasa macam puan besar pulak...Memang dah besar pun..................

Masa sampai Melaka ibu masih lena beradu.....Aduyai...

Along dan Angah dah pakat-pakat nak singgah pot yang mereka suka.
Dataran Pahlawan @ Mahkota Parade.
See....mereka dah mewarisi perangai ibu yang giler bershopping......huhuhu......

Si ibu yang suka snap pic tapi malu-malu kucing cuma sempat curi2 snap pic di pintu masuk 
Mahkota Parade. Tema Krismas...
Dan Along rupanya nak beli kasut kuliah dan beg untuk kesekian kalinya.
Nak marah tak sampai hati sebab begitulah perangai si ibu sejak
 anak dara sampai sekarang.
Along suka suki pilih kasut dan beg berjenama tanpa mengira harga..
Bila ibu tegur dengan slamber dia jawab : Ayah suruh beli dulu nanti claim la....
Alahai anak...anak.......
Kasut ibu pun ibu beli masa sale gila2 kat JB.
Kalau tak, memang tak merasa la ibu nak pakai kasut berjenama
ratusan ringgit semata-mata nak letak kat kaki......

Dan si ibu pun sama.
Tanpa sengaja lalu depan kedai kamera.
Singgah semata-mata nak cuci mata.
Pelayan kat kedai tu pulak bukan main ensom.
Suka ibu tengok muka adik ensom tu sampai tanpa sengaja ibu "terbeli" kamera tu.
Suka suki beli kamera sedangkan kat rumah dah ada DSLR, 2 bji kamera digital dan 1 biji kamera manual...
Alasan, belum pernah guna jenama NIKON....
Masa beli kamera ibu dapat perisian percuma untuk membuat photobook...
Sedang gigih study la nie.....
Dan ayah macam biasa......"Jangan kata apa2"....
Redha dengan perangai si isteri sebab ayah pun lebih kurang sama jugak..........

*Maaf ye kandaku Mamaijat sebab dinda ni seorang yang lemah imam bila bershopping...
hukhukhuk.......



1 Januari 2013

Back To School-Anak Nak Sekolah, Ibu Yang "terover"

Hari-hari terakhir bergelar suri rumah.
Segala persediaan untuk hari esok dah 99.99% kot.......

Persiapan persekolahan anak-anak  ibu siapkan seawal cuti.
Sebelum bertolak untuk bercuti, ibu pastikan semuanya siap.
Lagipun awal-awal lagi ayah dah siap beri duit persiapan uniform + yuran/alat tulis pada ibu.
Tanggungan 100% daripada ayah setiap tahun....
Ibu risau jika tertangguh duit-duit tu akan hangus ditangan ibu.
*Yang pastinya duit-duit yuran tu ibu dah "terguna" masa bercuti...huhuhu....

Ibu pun nak sesuatu yang mampu menaikkan mood ke sekolah.
Maklumlah dah lama cuti.
Dah hampir sebulan bertukar profesion kepada suri rumah.
Rasa syok sangat-sangat..Bangun pagi santai-santai depan lappy sambil siapkan apa yang patut.
Tak payah sibuk dan pening kepala nak pakai baju apa..nak match dengan tudung dan handbag......
Mood lemau + malas bermaharaja lela.
Sayang pula suara ibu yang dah mula ayu akan kembali jadi tarzan.......


Ini bukan iklan kedai baju ye tuan puan tapi si tuan rumah yang terover dos.
Maaf ye bukan niat nak menunjuk-nunjuk
 tapi  macam biasa secebis catatan dairy untuk kenangan kami sekeluarga....

10 pasang baju baru dan sepasang ni baru siap semalam untuk menyambut tahun baru.....

Baju-baju  baru ibu yang siap sedia untuk melangkah ke sekolah.
6 pasang batik sutera + 4 pasang baju pelbagai jenis kain lain..

Anak dapat 2-3 pasang uniform seorang tetapi ibu dapat 10 pasang baju baru......
walah..ibu terover la pulak.
Baju-baju tu ada yang disponser oleh insan tersayang dan ada yang ibu beli sendiri.
(*TQSM Kak Long)
Ada yang memang dah ready-made dan ada yang ibu jahit sendiri.....
Budget semua tu????????...huhuhu....$$@#%**&^$$.
Tak perlulah ibu tulis di sini.
Cukuplah hanya ibu yang tahu.....
Moga ibu bersemangat untuk kembali bertugas........
Tema : Semua ada manik + batu blink2.....ngee!!!!


Dalam pada dok sibuk nak melaram ke sekolah,
yang pastinya semua perancangan program dan RHP dah settle.
I minggu kami bermesyuarat, berbincang, berbahas, memberi/menerima pendapat.
Bertukus lumus untuk pastikan esok semuanya berjalan lancar....
Esok dah mula kembali bertugas sebagai seorang buruh sekolah......
Dan kembalilah semula rutin ibu yang ligat berputar.........

p/s Mamaijat : Tengok tu, baju utk Buku Rekod Mengajar masih cantik bergaya.
TQSM kanda.....

Dinner...Lunch..Dinner...

Selamat Tahun Baru 2013 untuk semua rakan blog ibu.
Tiada istimewanya tahun baru buat ibu kerana rutinnya tetap sama.
Cuma ibu bersyukur kerana banyak kenangan indah yang ibu kecapi di tahun 2012.
Kebahagiaan seorang ibu melihat kecemerlangan anak-anak dalam pelajaran dan kenaikan pangkat ayah...
Moga di tahun 2013 ibu mampu mengecapi kebahagiaan berganda..InsyaAllahh...

Maaf ye, saja nak buat n3 tentang makanan hari ni.
Sehari dua ni ibu begitu minat makan...makan dan makan.
Harap-harap baju-baju 2012 masih muat dipakai....huhuhu....

Akibat kesibukan melanda, mood memasak pun dah ke laut.
Rasa dah tak selera nak makan makanan Malaysia.
Cit!!!!!frasan....

Anak-anak ibu agak cerewet kalau bawa makan ke restauran masakan Melayu.
Tapi kalau bawa ke restauran fast food tiada terdengar sebarang komen..."no komen".....
Dan untuk menyelamatkan keperitan telinga ibu terpaksa mengalah mengikut selera anak-anak.
Makan malam di pizza hut.
Pekena set pizza crunchy tempura king praws.... 

Semalam seawal pagi ibu perlu hadir ke sekolah untuk sesi meeting..meeting...meeting.
Tak sempat nak bersarapan.
Meeting berjam-jam bermula 8.30 pagi sampai jejak pukul 1.00 petang tanpa rehat.
Perut dah berbunyi  dengan bermacam irama.
Bukan ibu seorang tetapi rakan-rakan kiri kanan dah merunggut....

Lepas meeting, ibu call anak-anak suruh bersiap.
Mereka suggest ke MarryBrown pulak.
Aduyai, ikutkan aja selera anak-anak salasilah keturuanan campuran yang langsung
tiada darah keturunan "mat salleh" tapi berselera macam "mat salleh"..

Muka kanak-kanak riang ria makan di restaurant fast-food....
Muka ibu yang tak riang kerana dah hampir pokai.....

Malam mereka suggest nak ke KFC pulak untuk dinner.
Anak oooiiii....rakyat jelata kita ramai.
Sekali makan dah RM100+.
Kalau 3X makan cekira peruntukan yang perlu ibu keluarkan untuk sehari...
Kalau ibu tokeh balak tak kisah, tapi ibu ni sekadar buruh yang memerah keringat di sekolah...
Dah-dah..malam ni kita pekena ikan bakar ibu yang sedap tu......

Ikan bakar dari restauran ibu.......

About me