Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

24 Disember 2012

Ayah Berseminar di Bali, Kami Bercuti di Pangkor

Minggu ke 3 Ayah terbang untuk berseminar ACT di Bali selama 1 minggu.
Ibu , Angah , Naurah dan Farouk ke Perak.
Along di Matrik, Beby di Muar...
Percutian yang tidak lengkap buat ibu.
Tapi apakan daya, keadaan tidak mengizinkan kami berkumpul seperti selalu...huhuhu...
Percutian tetap diterusan sebagai rutin bulan December......

Posing dulu di Jeti Marina...


Destinasi kami ke Pulau Pangkor.
Rasanya ini kali ke 4 ibu ke sini dan kali pertama ibu ikut melalui Jeti Marina.
Perjalanan lebih dekat.
Lebih kurang 10 minit kami dah sampai berbanding jeti lama yang memakan masa lebih kurang 40minit.
Tapi kalau nak beli tiket kat sini mesti kena ada kad ahli....

Menaiki feri ke Pulau Pangkor.
Angah dan Naurah dah tak sabar-sabar...

Ibu pergi ke Pulau Pangkor bersama Kak Long sekeluarga.
Abang Long sewa sebuah kereta untuk pusing-pusing sekitar pulau.

Destinasi pertama kami singgah di Galeri Pangkor.

 Di dalam galeri.
Gambar kanan bawah tulah Kak Long ibu yang anak-anak panggil Ummi...

Destinasi ke 2, Abang Long bawa kami ke Kota Belanda dan Batu Bersurat di Teluk Gedung.
Masa ni cuaca panas sangat.
Nak snap pic pun ibu tak ada mood....
Anak-anak pun tak nak bergambar....

Kami meneruskan destinasi ke Pantai Pasir Bongak.
Kami singgah makan tengahari kat sini, boleh tahan sedap...
Ibu pun lupa nak snap gambar sebab syok bersembang dengan kak long....
Farouk, Naurah dan Yaya (anak tunggal kak long) tak makan sebab dah syok layan ombak.
Malangnya kami tak bawa baju basahan...
Budak-budak ni sekadar rendam kaki je walaupun farouk berkali2 pujuk Baba (abang long) nak mandi.....

Singgah solat jamak di sebuah surau dan sempat bershopping kat sini.
ibu pun tak ingat apa nama pantai tu....

Dah petang kami singgah untuk habiskan stok duit di pekan Pangkor....
Bila tengok Naurah dan Angah tahulah ibu mereka mewarisi perangai ibu yang
giler bershopping...huhuhu.....
Naurah dan Angah bergambar bersama Ummi kesayangan mereka(Kak Long ibu)..
Dulu berat kak long mencecah 120 kg tetapi sejak mengamalkan pengambilan Herbalife berat kak long sekarang 73 kg....Jeles pula ibu lihat kesungguhan kak long untuk kurus....
sedangkan si adik bersungguh-sungguh menambah berat badan..

Masa untuk pulangggggg.............

 
Selamat tiba di Jeti Marina...

 Sempat melambung hasil belian di pekan tadi...

Sebelum  makan malam kami sempat singgah di playground Lumut....


23 Disember 2012

Kisah @Kelantan

Salam rindu semua.
Ibu dah selamat landing kat rumah pagi semalam.
Tiba di rumah ibu  dah penat sangat2 dan terpaksa menghadiri jemputan kawin hingga ke hari ni.....
Internet pun buat hal.
Nak upload gambar pun bermasalah.....huhuhu..

3 minggu bercuti tanpa blog dan FB.
Perjalanan dari Muar-->Kuantan--->Terengganu--->Kelantan--->Perak--->Muar
dalam masa 3 minggu...

Ibu betul-betul habiskan masa berkualiti bersama keluarga...
Kerja kami anak beranak makan, jalan, makan, jalan...sambil habiskan duit..
Sampai nak snap pic pun dah lupa.
Tersadai kamera dalam hbag.

 Masa di kampung kat Kelantan, ibu diraikan dengan BBQ oleh Kak Long dan Atie..
Ada kambing, ayam, ikan dan macam-macam lagi.
Ibu tibai makan kambing sampai nak pitam......ngee...

   Ibu banyak habiskan masa dengan mama.
Rasa seronok sangat melihat kesihatan mama yang agak baik dengan kehadiran kami.

 Masa di Kelantan, sempatlah ibu dan anak-anak bershopping sakan.
Itulah aktiviti feveret ibu dan anak-anak......

 Sempat ke bazar Tok Guru.

Terjumpa kuih belimbing kegemaran ibu sejak di kolej.
Dah lama sangat2 teringin nak makan.
Mula-mula beli RM2 ( 8 biji ).
Makan tak hinggat.
Kak Long ibu belikan lagi RM3 untuk ibu.
Aduyai dasyat sungguh ibu ni makan..
Macam dynasor......huhuhu.......
Tengok penimbang pun ibu dah risau......

21 Disember 2012

Esok Ibu Akan Kembali...

Salam rindu semua.
3 minggu ibu menyepi dari dunia blog dan FB..
Sesekali ibu mencuri sedikit waktu menjengah di sini....
Rindu kalian sangat2.
InsyaAllah, malam ini ibu akan bertolak balik dari bercuti.
Rumahku Syurgaku.....
Miss you so much.....

About me