Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

28 November 2012

Home made Tart Telur dan Cup Cake.......

Maaf ye masih dalam mood rajin memasak.
Ni bukan blog resepi tetapi sesekali si tuan rumah datang kerajinan melampau....

Beberapa hari lepas ibu keluar dengan Along.
Masa tu along masih ada di rumah.
Masa balik dari pasaraya terpandang pula kedai menjual peralatan membuat kek.
Kami singgah kejap kat sana.
Bukan dah sekejap tetapi lama juga.
Macam-macam resepi bermain di kepala.
Ambil itu, capai ini.
Semangat berkobar-kobar nak masak tart telur,
 pavlova, crepe buahan, cup cake dan macam-macam.
Pengaruh dari rakan-rakan blog dan FB.....hehehe.....

Ibu tak risau melabur dan berhabis untuk beli bahan-bahan tu semua
sebab kat rumah ni ada master-chef dan master-eat....hehehe...
Malam kelmarin dengan gigihnya master chef a.k.a Beby membancuh adunan
untuk menghasilkan tart telur.
Percubaan pertama yang mendatangkan kegembiraan buat kami.......

nilah hasil tart telur kami yang lemak berkrim...

Meh kita share resepi tart telur yang ibu dah ubah suai sikit.......
Bahan-bahan ( 20 biji )

PASTRY:
1/2 kg tepung gandum
1/4 kg butter@majerin
1/2 cawan gula halus
1@2 biji telur
sedikit esen vanilla

FILLING:
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji telur
1/2 cawan  gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
A.      Pastri:
1.       Pukul majerin dan  gula halus hingga kembang.
2.       Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
       3.    Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
       4.    Doh yang telah siap dijadikan bulat dan kemudian tekapkan ke dalam acuan.
       5.     Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  
B.      FILLING:
1.       Campurkan semua bahan untuk filling.
2.       Kemudian panaskan di atas dapur sehingga sebati dan suam-suam kuku
3.       Curahkan filling ke dalam pastry dan bakar…

Hari seterusnya Naurah pula suggest nak masak cup cake.
Bahan masih banyak lagi dan tinggal sehari lagi kami nak bercuti panjang.
Inilah hasil cup cake Naurah.
Senget benget semacam je..
Ibu ni tak begitu suka makan kek.
Ibu cuma rasa 1 biji je...2 pun tak habis.....muak!!!!!..
Rasa seronok pula habiskan masa dengan anak-anak dara nie.
Macam-macam mereka suggest nak masak.....hehehe....
Kalau la macam ni hari-hari jawabnya naik sekolah habis la baju-baju ibu mengecil...

p/s:
Petang semalam terima khabar sedih.
Besan Mama ibu, Achik Mashitah telah kembali kerahmatullah di usia 54 tahun.
Kami sempat menziarahi jenazah beliau di Kluang malam tadi.......
Perjalanan hampir 4 jam pergi balik dari BG ke Kluang.
Al-Fatihah...

27 November 2012

Si Putih, sedia berkhidmat....

Operasi menyiapkan uniform Naurah dan Beby bermula.
Alhamdulillah tahun ni kerja ibu lebih ringan sebab 
dah tinggal 2 orang je anak dara yang bersekolah tahun depan.
Ringan sikit kerja ibu untuk menyiapkan 2 pasang baju untuk Naurah dan 2 pasang untuk Beby.
Ibu rasa cukuplah 2 pasang sebab kat sekolah tu nanti mereka banyak pakai t-shirt sekolah.
Sekarang ni pemakaian kat sekolah dah agak longgar.
Hari Rabu dah confirm mereka pakai baju Unit Beruniform.
Dan ada hari-hari tertentu mereka memakai baju t-shirt.
Tak macam zaman ibu dulu....
Setiap hari wajib berpakaian uniform.
Baju farouk beli yang dah siap kat kedai.....

Ibu beli apa yang perlu je.
Baju baru penting untuk naikkan semangat anak melangkah ke tahun baru.
Tapi peralatan lain mereka guna mana yang ada.
Itullah cara ibu dan ayah melatih anak-anak agar tahu berjimat cermat.
Mereka dah dapat memahami cara kami......

Ibu nak settlekan semua kelengkapan sekolah sebelum bercuti selama 3 minggu.
Biar kepala lapang masa bercuti tanpa memikirkan masalah negara....hehehe....

Ni sebahagian uniform asas Farouk.

Ibu beli mana yang perlu aja.
Itu pun jejak ratusan ringgit.
Itu belanja seorang anak yang belum termasuk peralatan alat tulis dan buku-buku.
Ibu bukan memilih yang berjenama tetapi sekarang semua harga barang melambung.
Beg sekolah Farouk masih baru lagi so Farouk guna beg yang lama tu.
Kasut pun baru beli sepasang.

Ibu beli 3 pasang baju Melayu dan 2 helai baju kemeja.

Tahun 4 , Farouk dilantik jadi pengawas pustakawaan so dia berbaju kemeja hijau....
Ayah lebih suka cikgu lantik anak-anak jadi pengawas pustakawaan.
Pengawas disiplin agak memenatkan...
Sekurang-kurang mereka sentiasa berada di perpustakaan pada waktu rehat.
3 tahun lepas pun, ibu terpaksa buat rayuan
untuk tukarkan jawatan Naurah daripada pengawas displin kepada pengawas perpustakaan
di atas permintaan Naurah..........(suka suki jekan.......hahaha....)
Kisah Naurah...Klik SINI
Yelah Ayah.............maklumlah anak ayah kan, ibu ikut je mana yang terbaik......

Nilah cik putih ibu.
Lengkap pakcage untuk jahitan tepi sekali.
Tak payahlah ibu nak susah-susah keluarkan mesin jahit lain semata-mata untuk jahit tepi...
Alhamdulillah semalam  ibu dah siapkan 2 pasang baju Naurah dan 2 pasang baju Beby.
Tudung pun ibu dah beli.
Tinggal beberapa barangan sampingan je yang belum dibeli.
InsyaAllah, akan ibu settlekan sebelum naik sekolah.

Ayah pun tengah sibuk sekarang...Tak beberapa hari lagi ayah kena terbang
ke seberang lautan @oversea untuk hadiri seminar pendidikan peringkat Asia.
Rutin seminar ayah setiap hujung tahun. Cuma tempatnya je berbeza.....

Baju ibu???????
Kena jahit juga untuk melangkah ke tahun baru nanti.....hehehe.....
Malam tadi dengan gigihnya ibu siapkan sepasang baju kurung untuk ibu......

Koleksi manik-manik dan labuci ibu ni pun dah lama tak terusik.
Sejak dua menjak ni dah tak menyempat nak melayan benda alah nie......
Entah sempat ke tidak nak jahit manik kat baju ibu.......

26 November 2012

Miss You So Much Along.....

Semalam memecut ke Kolej Matrikulasi Melaka.
Nak pulangkan semula Along yang bercuti semester selama 2 minggu di rumah.
Rasa sekejap je dia bercuti.
Kebetulan masa Along bercuti, si ibu sedang sibuk dengan pelbagai urusan..
Kesian anak ibu....huhuhu....

Sedih pulak tengok anak ibu tu.
Lepas peluk dan cium ibu tiba-tiba airmata along berjurai......

Gud luck Along.
Semoga semester ke 2 Along lebih cemerlang...
InshaAllah......

Masa OTW ke kolej jalan ok je tetapi dalam perjalanan balik highway sesak dengan kereta.
Maklumlah musim cuti sekolah dan area Ayer Keroh menjadi tumpuan ramai..

Ibu dan Along......

Blog Along, klik SINI....

About me