Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 September 2012

Untuk DIA..Untuk DIA...Untuk DIAAAAAAA......

Minggu ni blog ibu bersawang akibat kesibukan melanda.
Maklumlah semakin hampir UPSR, kesibukan makin berganda.
Beginilah melayan anak-anak sekolah rendah.
Semua harapan tergalas dibahu cikgu.
Maklum la mereka masih kecil dan tidak mampu berfikir secara matang....
Para guru berdebar-debar, mereka masih bersuka ria dan tetap ceria...
Terpaksalah cikgu-cikgu bekerja lebih keras untuk mereka..... 

Majlis penyerahan ilmu.
Merangkap cikgu dan ibu kepada calon UPSR.....
Seketika berada disebelah Naurah dan seketika perlu berucap di depan ibu bapa.

Ayah tidak dapat hadir kerana sibuk dengan urusan luar.
Syukur anak-anak dah dapat menerima kesibukan ayah.
Alhamdulillah malam tadi ayah bergegas balik seketika dari KL
untuk memberi motivasi kepada anaknda kesayangannya nie....
Pagi-pagi ayah dah berkejar semula ke KL sehingga esok baru balik......

Pelukan sayang  dan kata-kata semangat dari seorang guru kepada 
anak-anak didik yang dibela sejak darjah 1.....
Di dalam hati tidak putus-putus berdoa agar mereka tenang dan 
mampu menjawab soalan peperiksaan yang bermula 11.9.12....

 Ibu bapa yang hadir.
Sedih, sebak, terharu dan macam-macam perasaan mendatang.
Hadir mereka bersama harapan..
mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada kami.
InsyaAllah..itulah tugas seorang guru.
Mahu melihat setiap anak-anak didiknya berjaya dengan cemerlang....

Sebahagian dari guru-guru yang sempat posing di kain rentang selepas Majlis Penyerahan Ilmu.
Selepas majlis tu kami berkonvoi ke rumah terbuka salah seorang rakan kami.....
*p/s: Ummiross, Nampak tak nza pakai baju daripada batik Sarawak berwarna
coklat + kuning tu.......hehehe.....

p/s:
Terima kasih kepada adik-beradik ibu, 
saudara mara, rakan-rakan ibu, 
rakan-rakan blog dan 
FB yang tidak putus-putus berdoa
untuk kecemerlangan anak-anak ibu.
Hanya Allah yang mampu membalas jasa2 kalian.

Al-Fatihah ibu sedekahkan buat Farah Naurah dan calon-calon UPSR semua.
Semoga mereka semua diberi kelapangan dan ketenangan
dalam menjawab soalan.........amin.

*Aduyai lepas Isyak si tuan badan Farah Naurah dh zzzzzzzzzzzzzz...
Tak kisahlah, biarlah dia beradu dan rehatkan minda sebab esok
kali pertama dia berjuang dalam peperiksaan awam....

8 September 2012

Doa Untuk Farah Naurah...

Tinggal tak  beberapa hari lagi Farah Naurah
akan menduduki UPSR.
Macam biasa hati si ibu akan gundah gulana + berdebar-debar
mengalahkan calon yang akan mendudukinya.
Begitulah hati seorang ibu.......

Di sini ibu selitkan aktiviti Naurah sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal 
(ini akibat kesibukan + kemalasan 
mula melanda si ibu untuk mencatat dairy aktiviti anak-anak di sini)
Ini pun gambar yang terperam dalam draf.
Gambar ni semasa Naurah buat persembahan di perhimpunan mingguan.
Kalau tak silap ibu semasa bulan Ramadhan....

Naurah ambil bahagian dalam melukis poster
sempena Program Kemerdekaan minggu lepas..
Sekurang-kurangkan dia dapat release tension seketika....
Naurah juga minat melukis.....

Poster yang telah siap Naurah hasilkan.....
Menunggu keputusan yang akan diumumkan selepas UPSR.....

Pada malam Jumaat Ayah bergegas balik ke rumah dari kursus yang dihadiri selama 3 hari semata-mata
untuk hadirkan diri di solat hajat perdana yang diadakan di surau sekolah.
Kebetulan Solat Hajat Perdana diadakan serentak dengan sekolah angah yang diadakan di masjid jamek..
Kami mengambil keputusan untuk lakukan solat hajat perdana di sekolah ibu....

Bawa Naurah makan Green Curry di KFC sebelum menduduki UPSR.
Baru 2 hari lepas Pn Guru Besar telah belanja Naurah  dan kawannya yang dapat 5A dalam trial UPSR
di sini.....

Dan sebenarnya si ibu malas nak masak so kami lunch di sini saja....

Khas untuk Farah Naurah:
Ibu, ayah, Kakak2, Farouk dan Family tidak putus-putus mendoakan
yang terbaik untuk Naurah.
Kami amat bangga kerana memiliki Naurah kerana Naurah juga
adalah antara permata berharga yang Allah hadiahkan buat ibu dan ayah.
Naurah begitu berharga seperti anak-anak ibu yang lain.
Ibu halalkan segala2nya terutama ilmu yang telah ibu curahkan pada Naurah.
Tidak pernah sedetik dihati ibu merasa terluka  kerana
Naurah adalah anak yang baik dan mendengar kata.

Ibu doakan agar Allah makbulkan doa2 kita semua.
Doa dan harapan ibu, ayah, keluarga, guru-guru, pihak sekolah yang ingin melihat
dan meletakkan harapan yang tinggi pada
Farah Naurah untuk mencipta suatu kecemerlangan yang membanggakan semua.
InsyaAllah.


Good luck Farah Naurah..
Juga selamat maju jaya untuk semua anak2 didik ibu,
anak2 rakan  ibu,
anak2 rakan blog ibu,
anak2 rakan FB ibu,
dan seluruh calon yang akan menduduki UPSR
pada 11,12 dan 13hb September ini........
Semoga Kecemerlangan menjadi milik kalian semua.
Amin........



6 September 2012

Aktiviti Farouk Sepanjang Ramadhan dan Syawal

Akibat mood berblog dah semakin hari semakin pudar maka banyak la draf n3 terperap.
Lama juga tak buat n3 tentang si bongsu ibu sorang nie.

Ni semasa akhir Bulan Ramadhan.
Farouk menyertai pertandingan azan anjuran Panitia Agama Islam..
Keputusan pertandingan masih belum diumumkan akibat kesibukan 
cikgu cikgi kebelakangan nie.
Maklum la UPSR dah tinggal beberapa hari lagi.
Tak cukup sekolah di siang hari, kami kena ke sekolah di malam hari.....

Ni semasa Farouk (t-shirt hijau) mengambil bahagian dalam Pertandingan Koir
semasa Program Kemerderkaan minggu lepas.
Yang kelakarnya mereka berempat langsung tidak berlatih.
Maklumlah program pun dibuat tergesa-gesa.
Biasalah "orang2 di kayangan" sana kalau mengarah apa-apa sebegitu.......
Maka kami kena pegang pada cogan :"Kami Yang Menurut Perintah".

Ini pula pertandingan mewarna poster sempena Sambutan Kemerdekaan.
Farouk main tibai jerrr warnanya......Alahai.....

Ini kanak-kanak iklan colgate......hehehe...
Ni sebenarnya program menjaga kesihatan gigi.

Minggu ni Farouk dan ayah sibuk bermarhaban setiap malam.
Setiap malam mereka berkunjung dalam 6-8 buah rumah.
Yang dasyatnya berat badan ibu yang naik gara-gara budak farouk ni selalu
bawa balik makanan kegemaran ibu, satey...
Bila dia bawa balik, yang pastinya farouk akan tunggu hingga ibu habiskan
satey2 tu semua...Akta paksaan tu.......tension...tension......
Untuk 3 malam ni farouk kena off dulu kerana ayah berkursus selama 3 hari.......

About me