Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

10 Ogos 2012

Nak Bercuti Seketika...

Maaf ye tuan rumah sekeluarga nak pergi bercuti.
Kelakarkan puasa-puasa pun nak pergi bercuti.
Tak pelah, demi insan tersayang ikut jelah.....
Kebelakangan ni ayah amat-amat sibuk dengan urusan luar.

Minggu ni saja ayah hadiri  beberapa majlis berbuka di luar.
Awal minggu dengan PM dan kelmarin dengan TPM.
Ayah kesian tengok kami asyik ditinggalkan.
Ni pun ayah ada seminar so dia angkut kami sekali......
Saja nak rehatkan minda Naurah dan Angah yang tak lama lagi nak exam UPSR dan SPM.
Moga mereka mampu jalani peperiksaan dengan tenang.
Jumpa hari Isnin nanti........

Sila Pilih Jejaka Terhangat + TAHNIAH!!!!......

Sila pilih mana jejaka yang berkenan dihati..
Semua tu bakal bergelar doktor tau....
Hihihi....jangan marah ye adik yu a.k.a Muhammad Khairul Anuar Abdullah....

Si kakak ni sibuk la nak tepek keratan akhbar yang ada muka adik tersayang tu.
Keratan ni dalam akhbar hari Ahad.
Kalau tak silap dalam Mingguan Malaysia kot.
Ibu pun tak terperasan sehingga kawan sekolah Angah yang bagi keratan ni.....
Hamboi2, mentang2lah si kakaknya keluar paper, adik pun tak nak kalah ye...

Ce teka mana satu adik ibu......??????????
Adik ibu berdiri 2 dari kiri tuuuuu.......
Ada iras-iras tak dengan kakaknya nie?????
Hehehe.....Perasan lak si kakaknya.
Tak tertanding kulit adik ibu yang putih mulus tu dengan si kakaknya nie.....
Depa semua ni dah selamat tiba kat Malaysia pun untuk cuti akhir semester
selama 3 bulan.
InsyaAllah tahun depan dah masuk tahun 5.
Umur adik yu 24 tahun dah bergelar doktor..InsyaAllah.....
Doktor ke 2 dalam family ibu........

Tak sabar nak balik kampung.
Menghitung hari untuk terbang ke sana..........
Tunggu akak ye dik.........

p/s: Update terkini:
Baca status Adik Yu di FB pagi nie,
pagi ni dpt check result online,kak tie yg tolong masukkan nomber pin tangan ketar2 berdebar...ALHAMDULILAH lulus naik ke tahun 5 perubatan!!!!!!!!!!!!!
segala kesusahan,kepayahan,keperitan,doa mama,abah,keluarga family....lepas dpt tahu,terus peluk mama dan abah...

*TAHNIAH dan syukur Alhamdulillah, kami amat bangga dengan Adik Yu......ameen.

8 Ogos 2012

TQSM My Dear Sis.....

Pagi semalam ibu ke sekolah dalam keadaan lemah longlai.
Sejak pukul 1 pagi semalam ibu ulang alik ke tandas.
Pagi ni pun masih berulang alik ke tandas.
Entah berpuluh kali..
Rasa dah lemah badan nie......
Rakan-rakan nasihatkan ibu bercuti....
Takpelah, selagi kudrat masih mampu melangkah, ibu tetap teruskan rutin harian.....

Dalam keadaan lesu pagi semalam ibu ke sekolah.
Ibu dikejutkan dengan sampul surat pos laju dari seseorang di atas meja guru.

Di dalamnya ada sekeping nota berwarna pink.
Tersenyum ibu sorang-sorang.
Hilang seketika kesakitan yang memulas-mulas dibahagian perut.....
Rakan-rakan mengusik.
"Hai akak ni, asyik dapat suprise je...agaknya akak ada secret admire kot...."
"Saya tengok setiap bulan ada je akak terima souviner....bestnya"
Ada-ada je depa nie.....Jeles la tu...


Senyuman ibu makin melebar bila melihat isi kandungannya.
Baju untuk buku RHP ibu yang siap bersulan dengan nama ibu dikelilingi  bunga-bunga chenta.
Nampak gayanya, buku RPH terlebih dahulu berhari raya dengan baju baru.
Edisi tayang menayang bermula.
Masing-masing jeles melihat buku rekod RHP ibu berbaju cantik......
Hahaha.......

TQSM My dear sis Mamaijat .
Muah100X.
Tak terduga dapat suprise yang sebegini cantik + jelita di bulan mulia ini.

Tak terucap dengan kata-kata.
Dan sesungguhnya diri ini cuma mampu mendoakan agar kandaku
sentiasa dilindungi Allah,
dikurniakan kebahagiaan di sisi insan-insan tersayang,
terus diberi kekuatan untuk lalui ujian yang maha hebat.
diberi ketabahan dan kekuatan dalam menjalani kehidupan sehari-hari.
Ketahuilah, semakin hari diri dinda semakin dekat dengan kanda......
Ameen........

p/s:
Rasa nak je duduk dalam toilet tu.
Tak larat dah nak ulang alik...
Huhuhu.....

About me