Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

8 Julai 2012

Terima Kasih JS.

Jumaat lepas ibu terima sekeping surat chenta berwarna pink.
Sweet sangat-sangat.
Menurut rakan sebelah ibu di bilik guru, 
surat tu dah 2-3 hari sampai dan diletak kat atas meja dibilik guru.
SEjak kebelakangan ni ibu amat-amat sibuk.
Nak ke bilik guru pun dah tak sempat.
Bertapa sendirian di PSS...

Ibu kidnap gambar ni dari blog JS.....maaf ye JS sebab tak minta izin dulu....

Ibu terima kad birthday dan bookmark yang sweet dari JS.
Kebetulan masa tu ibu meeting.
Siap tayang-tayang dekat bilik mesyuarat.
Hahaha..depa  jeles.
Siap tanya siapakah gerangan JS itu.
Adakah pengirimnya Dato' Jins Samsudin, Jamil Sulung,....
Siapakah gerangan skandal ibu itu
Tak tahan ibu nak gelak......

TQSM my dear JS di atas tanda ingatan.
Terharu dan gembira kerana diingati.
JS memang seorang pemurah.
Ibu pernah dapat cenderahati yang comel dari JS.
Klik di sini......
TQSM JS, sayang JS ketat2......Muah..Muah...Muah.....

7 Julai 2012

Fort CornWallis, Penang

Kisah lawtan lagi ni.Sila jangan jemu ye...he.he.he..
Selepas ke Bukit Bendera dan Rumah P.Ramlee kami singgah solat
jamak kat Masjid Kapitan Keling.
Besar dan selesa solat kat situ.
Sempatlah ibu rehatkan diri seketika di situ.....

Masjid Kapitan Keling.

Selesai solat rombongan kami bergerak ke Fort CornWallis.
Rasanya lebih kurang pukul 5.00 petang kami tiba di sini....
Posing dulu sebelum masuk...

Barisan ratu cantik...oppssss!!!! guru-guru pengiring.
Terselit la pulak kumbang seekor kat hujung sana...he.he.he....
Si kumbang tu suami bos kami....

Ibu dan beberapa orang guru tak masuk ke dalam Kota Lama tu kerana rasanya
dah beberapa kali  ibu masuk ke dalam tu.
 Setiap kali datang ke Penang mesti kami sekeluarga singgah di sini.....
Tak banyak perubahan....

Alahai Farouk dan Udin..macam mamat Bangla pula dok pegang-pegang tangan......

Naurah dan best friend dia Aqila...

Farouk join abang-abang senior...
Maklum la dia antara peserta muda dalam rombongan ni...

Naurah lagi....

dan lagi....
Maklum la kamera kat tangan Naurah.......

Murid perempuan diiringi oleh Cikgu Zainab, ketua rombongan kami....

Murid-murid lelaki bersama Cikgu Khudhairi, GPK kami.....

Ibu and the geng menyelinap ke sebuah gerai di kawasan ini.
Ibu terliur bila tengok blog  Dinas  dok tayang ice kacang dan coconut shake yang yummeh...
So tanpa berlengah ibu ke sana mencari apa yang diidamkan.
Ibu order coconut shake dan 3 orang rakan ibu makan ice kacang....Memang sedap...
Tidak sia-sia siri jelajah ibu ke Penang.
Cuma terkilan tidak berpeluang bersua dengan Dinas
InsyaAllah kalau diizinkan kita akan ketemu juga nanti ye Dinas.....

5 Julai 2012

Toys Museum @ Penang

Destinasi ke 2 selepas ke Bukit Bendera kami ke Toys Museum.
Budak-budak memang suka la tempat ni.
Maklumlah ada macam-macam watak toys kegemaran mereka.
Cikgu-cikgu sekadar lepak-lepak memerhati gelagat mereka.
Lagi pun keadaan kat dalam ni agak sempit dan kurang selesa.
Baunya pun kurang menyenangkan.
Toilet lak.......???????..hu.hu.hu......

Pintu masuk....

Toys yang dipamerkan...

Farouk dan Udin...BFF.....

Dari sekecil-kecil toys kepada yang paling besar....


 Ada sesuatu yang mula menarik minat farouk.

Mula mencangkung.....

 Dah tidak bergerak-gerak....
Begitu kusyuk dia di situ...
Apa la agaknya yang begitu menarik perhatian Farouk.....??????

 Apa lagi kalau bukan kereta-kereta tu.
Lama Farouk di situ.
Tak bergerak-gerak....
Usikan cikgu-cikgu dah tidak diendahkan lagi....

 "Farouk : Bestkan ibu kalau kereta-kereta tu semua farouk yang punya...."
Kalau Farouk kaya, Farouk nak beli semua kereta tu..
Ibu : Yelah Farouk, beli sekali muzium ni bawak balik.......

 Matanya terus fokus pada kereta...dan kereta....
Toys lain dah tak diendahkan....

Terus dikeluarkan waletnya tu.....
Farouk : kereta tu dijual tak ibu???????
Alahai farouk!!!!!

p/s:
Jap lagi nak p meeting....JOM!!!!!


About me