Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

29 Jun 2012

3 Hari Bercuti...

Mulai hari ni hingga Ahad tuan rumah bercuti seketika.
Demi melaksanakan 1 lagi program wajib sekolah.
Ibu akan ke Pulau Pinang dan Perak bagi membawa 
rombongan cik Kiah...opppsss!!! rombongan kanak-kanak rebina.
Tugas rutin ibu setiap tahun.
Rasanya dah habis seluruh pelusuk tanah air  ibu terjah.
Maklum la ni tahun ke 10 ibu terajui AJK lawatan...hu.hu.hu....
Dulu 3F (along, angah dan Beby) jadi pengiring dan sekarang diganti dengan 2F(Naurah dan Farouk)
 pula sebagai pengiring ibu...
Kalau ada rakan-rakan alam maya nak jumpa ibu boleh la calling2 ye....
Kita jumpa disanaaaaaaaaaaaaaaa.........

28 Jun 2012

Bila "Kegedikan" Melanda.

Minggu yang sibuk tetapi masih "gedik" nak pakai baju baru.
Itulah ibu, buat sesuatu mengikut gerak hati.
Bila nak sesuatu ibu nekad asalkan keinginan tercapai......

Minggu ini ibu amat-amat sibuk.
Malam tadi pun ibu ada xtra class.
Kelas tamat pukul 10 malam.
Sampai rumah dah pukul 10.15 malam.

Tiba-tiba teringin nak pakai baju baru.
Alahai, kenapa la keinginan tu tidak datang siang tadi.

Tanpa berlengah ibu mengadap mesin jahit.
Kain tu adalah batik Sarawak yang ibu order dari 
kekanda alam maya ibu  Ummiross.
Dah lama juga kain tu ibu peram.
Sebenarnya ada 4 pasang kain yang ibu dah siap gunting tetapi
mood menjahit masih ke laut.

Dengan gigihnya ibu mengadap mesin jahit.
Ayah pula dah terbang ke sebuah pulau selama 4 hari untuk berseminar..
Tinggal la ibu bersama 4F.
Dah nasib ibukan, asyik kena tinggal.....hu.hu.hu.....

Operasi bermula 10.20 malam dan siap pada pukul 12.10 malam.
Gara-gara berjaga malam, pagi ini ibu terlewat bangun.
Mak aiiii..kelam kabut ibu masak pagi nie.....
Akhirnya menu hari ini adalah.........ikan sardin...he.he.he....

Akhirnya misi dan visi ibu berjaya walaupun pagi ni ibu terlewat bangun.

Handbag tu adalah hadiah daripada adik ibu, atie.
Memang setiap tahun atie hadiahkan handbag untuk kakak kesayangannya nie.
Beg tu ori tau.......TQSM dik..sayang atie ketat2.....

Dan dalam kelam kabut hati berbunga riang bila rakan-rakan
memuji kecantikan baju daripada kain batik Sarawak tu..(bukan puji ibu yang cantik tau...hu.hu.hu...).

Zoom sikit...alahai makin hari badan ibu makin gemuk la...hu.hu.hu......
Baju tu ibu pakai dengan kain berwarna coklat gelap.
Kain coklat gelap tu pun hadiah daripada kak long tersayang ibu.
Lembut sangat kainnya..........

Ada sapa-sapa lagi nak bagi ibu hadiah?????he.he.he.....



27 Jun 2012

Linus ke Hingus?????

Kalau sebut LINUS, cikgu-cikgu Tahun 1 akan senggeh sampai ke telinga....
Tak gitu mamaijat....he.he.he......
Ibu, mama, mummy, ummi, mak tahu tak apa itu LINUS????
Meh ibu cerita sikit kat sini :
LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening – Saringan). 
Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.
Literasi tu dalam subjek BM
dan Numerasi tu Matematik....
Ada faham?????
Kalau faham bagus sangat dan kalau tak faham mesti kena ambil tahu ye.

Kalau tahun 1 semua murid wajib menduduki Ujian LINUS.
Cikgu-cikgu subjek BM dan Matematik kena mengadap anak-anak murid ini
dengan penuh kesabaran dan kasih sayang.....
Maklumlah, ada murid yang cemerlang, ada yang sederhana, ada yang lemah dan
yang paling dasyat tidak tahu apa-apa.......
bak kata orang macam berinteraksi dengan tunggul kayu..

Tapi kalau masuk Tahun 2 dan 3, anak-anak kita masih kena
duduki ujian LINUS, kita kena beri perhatian sikit.
Mesti ada sesuatu yang tidak kena dalam penguasaan P&P mereka.....

 Macam-macam bahan sokongan yang cikgu kena guna..
-manik, pembilang, duit syilling/kertas, alat tulis, botol2 air dan macam-macam.
Mujur tak perlu guna kambing, lembu, gajah dan sewaktu dengannya..kan..kan..kan..

Sampai terjuih mulut membilang dan cikgu setia menadah tangan.
Sesekali cikgu yang penuh kesabaran dan kasih sayang ini mengunyah kerepek.....he.he.he.
Maklumlah ujian lisan ni dibuat semasa waktu "free" cikgu.
Bayangkan nak habiskan bilangan insan kecil dalam 1 kelas dengan 
12 X 2=24 konstruk/aktiviti berserta soalan.
Maksudnya 24 jenis aktiviti yang berlainan dengan menggunakan bahan yang berlainan
untuk setiap murid...
Kalau sekolah besar, bayangkan cikgu kena mengadap lebih 100 orang murid
secara individu 100X24=....ce kira .......

Dan tiba-tiba si Afiq ni pun berkata-kata:
  "Cikgu nanti saya nak kerepek jugak tau...terliur la"
Cikgu : Ok2....dah siap nanti cikgu bagi awak kerepek ye...
Tersentap dan hampir tercekek si cikgu yang tengah syok mengunyah....
Alahai...anak sebesar ini penuh dengan kejujuran dan ketulusan walaupun terkadang kalian
sering mencabar kesabaran cikgu nie......

p/s:
Malam ni ada xtra class
Malam esok ada solat hajat UPSR di masjid
Malam lusa bertolak ke Penang....
Malam tulat:?????????
Sabar ye anak-anak ibu.
 TQSM krn memahami kesibukan ibu dan ayah.

About me