Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

21 Jun 2012

Princess Arora.......

Hari ini sekolah ibu "cuti peristiwa" sehari sempena kejohanan olahraga semalam.
Seronok bersantai sampai tak ada masa nak update blog...he.he.he...
Hari ini ibu membuta sepanjang hari.

Pada pagi Rabu kami sibuk dengan raptai di padang
dan sebelah petang adalah acara kemuncak kejohanan.
Acara dimulai dengan perbarisan......

Kalau orang lain berpakaian sukan tetapi Naurah pula melaram sebagai princess.
Itulah tugas Naurah setiap tahun, gadis "pengusung papan tanda"........
Dan kebetulan Naurah menyandang jawatan Naib Pengerusi Rumah Biru @ Samudera..
Ibu pun tak tahu macam mana Naurah dipilih oleh rakan-rakan
jadi Naib Pengerusi sedangkan
dia tidak aktif dalam sukan...confius jap!!!!!

Nak buat macam mana anak-anak ibu bukan tergolong dalam katagori athelit.
Mungkin mewarisi keayuan itu dari ibu.....he.he.he....ayulah sangat..perasan!!!!!
Ayah pun tidak aktif dalam sukan tapi ayah pernah menjadi jurulatih perahu layar
peringkat negeri dan pernah melatih peserta SUKMA.....

Princess Naurah diapit oleh zoro dan sang gajah.......

Sang Gajah yang kelakar sedang mengusik princess......


Acara perbarisan yang diwakili oleh 4 buah pasukan yang bertanding.
Cikgu-cikgu yang beria-ria menghias budak-budak ni.
Maklum la budak sekolah rendah, dari A-Z cikgu yang kena uruskan.
Penat memang penat tetapi seronok tengok ibu bapa enjoy melihat anak-anak mereka...

Di bawah panas terik matahari.....

Seperti yang telah diduga, pasukan Samudera a.k.a Princess Naurah
telah menyandang Johan dalam perbarisan itu.........



19 Jun 2012

Berpanas di padang...

Hari ni pra kejohanan olah raga sekolah ibu.
Seharian kami berpanas di padang.
Di bawah terik matahari.......

 Di pagi yang hening kami mula berkumpul di dataran sekolah.....
Ibu sempat snap gambar matahari yang baru terbit....

 Acara padang bermula pada 8 pagi.....

 Hari ni Naurah masuk acara lompat tinggi bawah 12.
Kalau tengok cara berlari tu pun dah nampak anak ibu bukanlah seorang athlit....
Penuh keayuan je Naurah berlari...he.he.he.....

 Tapi ibu pun tak sangka Naurah mampu melompat dengan jayanya.
Lompatan maut dari Naurah.....

Akhirnya percubaan Naurah tak sia-sia walaupun Naurah
hanya mampu meraih Naib Johan daripada 16 peserta bertanding........

 medal yang Naurah dapat.
Ibu tepek kat sini sebagai kenangan untuk Naurah.
Maklum la anak ibu bukannya athlit.
Hanya 1 acara ni je pun Naurah layak masuk......
Kenangan terakhir Naurah di sekolah rendah....

 dan si ibu bertugas sebagai hakim di tengah padang.....

Akhirnya puteri lilin terpaksa mencari payung setelah panas semakin mengigit kulit.....hu.hu.hu...
Pukul 12.45 baru selesai semua acara.
Dan esok akan bermulalah hari kemuncak.
Esok ibu tidak perlu berpanas lagi kerana esok macam biasa
ibu akan mengusung dulang-dulang hadiah........

p/s:
Kesibukkan melanda.
Tak sempat nak BW..
Malam ni ada kelas malam....hu.hu.hu.....

18 Jun 2012

Good Luck Beby.

Semalam Beby a.k.a Farah Najdah hadiri  "pre Black Belt test taekwando" di Muar. 
8 Julai ni pula  sekali lagi beby akan hadiri the real Black Belt test di tempat yang sama.


 sempat ibu kejar Beby untuk snap gambar sebelum dia bertolak ke Muar.
Gud luck BB....
Maaf ye ibu tak dapat hadir kali ni kerana terpaksa hantar along.
Semoga impian Beby untuk memiliki tali pinggang hitam tercapai.
InsyaAllah kalau berjaya dapat black belt,
 Beby  dah boleh jadi jurulatih untuk pelajar-pelajar sekolah .
Tetapi pemegang black belt pun ada banyak level.......

Ayahlah orang yang paling bangga dan gembira kerana impiannya hampir
 tercapai untuk melihat anak-anaknya memiliki "black belt"...
Ayah sanggup berbelanja lebih demi melihat 5F memiliki "black belt" dalam taekwando.
Sebenarnya ayah tidak sempat menamatkan impiannya untuk dapatkan
black belt semasa di UKM dulu......
Cuma ayah agak kecewa kerana along tidak sempat untuk sampai
ke tahap Beby sekarang.......
Moga 3F pun akan ikut jejak beby nanti.......




p/s : Jangan main-main dengan 5F ye....mereka semua ada sijil takwando tau....
Silap-silap hari bulan ada jugak yang jadi mangsa mereka.....
Ada berani!!!!!!...he.he.he....

About me