Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Mei 2012

Bila Cikgu Merajuk!!!!


Tugas seorang guru banyak mengajar ibu tentang 
sabar, kasih sayang, keikhlasan, tegas, jujur dan telus.
Terkadang ganas pun ada....he.he.he....

2 minggu lepas ibu hampir menitis airmata di dalam kelas malam
akibat sikap anak-anak didik.
Bila diingatkan balik, kenapa ibu boleh terasa hati
dengan anak-anak hingusan itu....

Entah kenapa malam itu anak-anak ini mencabar kesabaran ibu.
Bayangkan tempoh masa setengah jam ibu peruntukkan mereka
untuk membuat latihan disia-siakan.
Bukan seorang dua tetapi hampir 1 kelas.
2-3 kali ibu bagi mereka peluang tetapi mereka tetap sama..

MasyaAllah, tiba-tiba ibu boleh mengamuk + merajuk.
"Oklah, kalau awak dah bosan belajar dengan cikgu, awak boleh balik sekarang!!!,
cikgu cakap balik sekarang 3X!!!..cikgu dah tak ada mood nak mengajar awak malam ni".
1 kelas tersentak...Diam seribu bahasa.
Senyap + sunyi macam ditelan garuda.
1 jam ibu berdiam diri.
Membiarkan mereka....

Mata anak-anak itu mencuri memandang cikgunya yang merajuk.....
Masing-masing menyalahkan rakan disebelah.
Masing-masing tidak berani mengangkat muka.
Ha, tau pun mereka cikgu merajuk!!!!

Setelah 1 jam berlalu, waktu pulang tiba.
3 orang datang mengulur salam dan memohon maaf.
Namun tidak ibu pedulikan.

Sekadar ingin menguji hati2 kecil itu......
Tidak pernah sekumit pun menyimpan rasa benci.
Sekadar ingin menduga dan menyedarkan mereka,
bahawa cikgu pun manusia biasa.
Ada kalanya cikgu pun mampu menangis kerana mereka.....

Dan minggu lepas seorang demi seorang anak-anak ini berjumpa ibu.
Memujuk dan merayu2 cikgunya.
Memohon maaf di atas kesilapan dan ketelanjuran mereka.
Berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu....
Terharu dan sedih melihatkan anak-anak ini.
Kenapalah ibu boleh merajuk sebegitu........

p/s:
Malam ni ada kelas malam...
Moga mereka tidak mengulangi sikap itu lagi.....

Dah Kembali..

Sejak tamat sekolah Along banyak habiskan masa di Kelantan.
Seronok sangat di sana sampai dah tak ingat nak balik Johor..
Dah balik Johor sibuk cakap rindukan atok.....
Sedih ibu tau.....hu.hu.hu......
Maklumlah di sana Along dimanja dan dilayan bagai puteri 
oleh Atok Mama, Atok Ayah, Sutie , Uncle Kie ,Ayah Mie dan Cik Ta.
Cakap apa saja yang dia nak akan dipenuhi.
Wang saku tak payah cakap.
Terbeliak biji mata ibu tengokkan....
Hampir jejak 1K...

Kalau kat sini Along sebagai anak sulung banyak tanggungjawab pada adik-adik.
Terpaksa menguruskan adik-adik..
Memantau solat adik-adik....
mengemas rumah, 
memasak,
jadi "driver", 
jadi "maid", 
jadi "cikgu tuisyen Farouk"...
garangnya mengalahkan cikgu displin...
Yang hairannya patuh pula si Farouk nie.......

Sekarang Along dah teror membebel......
Kalah ibu dibuatnya.
Dah jadi macam mak nenek.
Bila azan berkumandang terdengar la jeritan:
Farouk, Naurah , Beby.....solat!!!!!...cepat!!!!!
Dan Along bertindak sebagai imam......

 Di Kelantan Along ada seorang best friend bernama Hanim....
Mereka kenal semasa Along tumpang tuisyen masa cuti akhir tahun 2010.
Perhubungan mereka terus akrab hingga sekarang.
Sentiasa berhubung di FB dan terkadang bila FB deactivate  mereka mengutus surat.
Kelakar juga mereka berdua ni.
Macam orang dulu-dulu......
Kebetulan Hanim pun anak seorang cikgu.
Result SPM Hanim pun sama macam Along.
Hanim pun dapat tawaran ke Matrikulasi macam Along.
Cuma Along di Melaka dan Hanim di Kedah....

Ni semasa Along di Kelantan.
Hanim bawa Along ronda-ronda sekitar Kota Bharu.....
Gambar-gambar ni ibu kidnap dari FB Hanim.....he.he.he...

3 minggu lagi Along akan meninggalkan ibu bagi mengapai cita2nya.

Mood: Sedih!!!!!

1 Mei 2012

Ibu Perlu Kuat.....

 Ni sebenarnya n3 basi.
Dah lama dalam draf.
Rasanya dah 2-3 minggu kot tetapi catatan dairy tetap ada....
Apa kaitan dengan tajuk ibu??????

Kisah puteri ke 3 yang dah lama mengidam nak beli hp.
Bila tengok kak Nana a.k.a Beby beli dia pun menyatakan hasratnya ibu.

Naurah : "Ibu, dah lama Kakak kumpul duit..."
Ibu : Kenapa????
Naurah : Kakak nak beli hp boleh????

Ibu cuma diam....terfikir juga, anak-anak sekarang ni.
Kecik-kecik dah nak hp.
Zaman sudah berubah.
Ibu dan Ayah kena akur....

Tapi ibu ada syarat pada anak-anak.
Nak sesuatu bukan mudah.
Mungkin ayah dan ibu mampu beli untuk
anak-anak tapi kami ingin mendidik anak-anak berdikari.
Anak-anak ibu tidak semudah anak orang lain untuk dapatkan sesuatu.
Mereka perlu berusaha.
Mereka perlu berfikir untuk dapatkan sesuatu......
Mereka perlu sabar........
Ibu mahu mereka menghargai setiap titik peluh.
Tidak bermewah-mewah.
Menjadi seorang yang penyabar.....
Dan mereka tidak boleh leka.
Paling penting adalah pelajaran.....

Akhirnya impian tercapai dari hasil titik peluh yang dikumpul berdikit2.
Kalau tak silap ibu, hampir 1 tahun....
Sekadar hp yang murah.
Harganya tidak lebih RM250.
Itu pun  ibu bagi kebenaran setelah Naurah mampu meraih 5A+ dalam Ujian 1.

Hati ibu perlu kuat untuk mendidik anak-anak.
Walaupun terkadang dalam hati sedih kerana melihat 
kesabaran dan kesukaran anak-anak ibu untuk mendapatkan sesuatu.
Tetapi mereka rasai suatu kepuasan.
Tetapi itulah cara ibu mendidik mereka agar mereka tahu menghargai.....

About me