Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Februari 2012

Bila 5F Membawa Diri.

Kesian 5 F (Along, Angah, Beby, Naurah dan Farouk).
Kebelakangan ini ibu dan Ayah amat-amat sibuk.
Seorang ke hulu dan seorang ke hilir.
Tinggallah anak-anak di rumah.
Memang kebelakangan ini tumpuan ibu pada mereka
agak kurang.
Nasib baik Along ada dan dapat menguruskan kerja-kerja
di rumah  dan menguruskan adik-adik.
Homework farouk pun along yang pantau.
Walaupun ibu rasa seolah-olah tidak adil kerana
meletakkan tanggungjawab pada Along.
Alhamdulillah, Along tidak pernah merungut dan melakukan semua itu
dengan penuh keikhlasan......

Semalam ibu sampai rumah dah Maghrib.
Anak-anak bersiap-siap termasuk si bujang kecil.

Along : " Ibu, lepas solat Maghrib kami nak keluar ye....???"
Ibu : Nak kemana????
Along : Kami nak ke KINI. Saja-saja nak bawa adik2 keluar...
Along guna kereta Ayah ye...."
Ibu : hati2 ye bawa kereta..jaga adik-adik...
Farouk : xpe ibu, farouk ada..farouk kan lelaki.....
Wah-wah, dia pula nak jaga kakak2......

Mereka solat berjemaah berlima sebab ibu masih belum mandi.
Dah jadi rutin mereka solat berjemaah waktu Maghrib dan Isyak.
Kesian pulak bila ibu tengok anak-anak
yang kekurangan perhatian ni...hu.hu.hu......

Mama ibu pun dah mula komen:
"Abah dulu cikgu jugak, mengajar sekolah tinggi lagi,
takdelah sibuk macam akak...Mama dengar akak ni sibuk sokmo.....
Ibu : Cikgu dulu tak sama dengan cikgu sekarang la mama......
Hu.hu.hu..tiba-tiba ibu tersentak!!!!!.

Dan hari weekend pun ibu dan Ayah masih ada hal.
Seawal pagi Ayah dah bertolak ke Kluang dan ibu
perlu ke sekolah untuk kelas tambahan.
Moga anak-anak ibu memahami.
Kami lakukan semua ini demi sesuap nasi dan mencari rezeki yang
halal buat mereka...........

5F, buah hati ibu dan Ayah semasa percutian kami.....
Mereka memang rapat dan sentiasa bersama......

Walau ke mana, mereka tidak pernah lupakan ibu.
Cool Blog untuk ibu......

Ibu Sibuk + Tahniah Beby.

Hari ini ibu teramat-amat sibuk.
Sedari awal 6.40 pagi pagi ibu keluar rumah untuk ke sekolah dan hadiri meeting yang
memakan masa 1 jam setengah perjalanan.
Masa ibu muncul di pintu rumah hari dah Maghrib.

Yang sedih, ibu sampai terlupa hari ini Beby a.k.a Farah Najdah terima 
Anugerah Pelajar Cemerlang PMR.
Masa OTW jemput dia dari sekolah tadi pun ibu tak sempat nak tengok apa yang Beby dapat.
Beria-ia dia tunjukkan cenderahati yang dia terima
di majlis hari ini tapi ibu tak sempat nak kata apa-apa....
Kesian Beby.....
Ibu terpaksa berkejar ke tempat mesyuarat yang jauh tu.....


 Beby : "Ibu Beby dapat ni....., ibu bangga tak?????."
Tetapi ibu tak endahkan...hu.hu.hu....
Maafkan ibu.
Sesungguhnya ibu bangga dengan kejayaan Beby dan anak-anak ibu yang lain......

 Beby bersama rakan-rakan @ best friend yang dapat result cemerlang dalam PMR 2011

Beby bersama sebahagian rakan-rakan pelajar Cemerlang PMR 2011.
InsyaAllah, kalau berkesempatan, ibu akan hadir di Majlis Anugerah Kecemerlangan
yang disampaikan oleh VIP nanti ye...hu.hu.hu......

p/s:
Terima kasih di atas komen2 dan cadangan rakan-rakan
di n3 bawah tu...
Ibu masih tak sempat lagi nk balas semua komen-komen tu.
Penat sangat ni cz baru balik dr meeting....
TQSM semua......

17 Februari 2012

Kemanakah Wahai

Masa masuk blog malam tadi tiba-tiba ibu tengok header bolg hilang.
Kosong tanpa gambar family.
Ibu suruh Along, Angah dan beby buka blog ibu serentak.
Mereka kata pun tak de...
Ke manakah menghilangnya wahai gerangan headerku...
Sedih la.......hu.hu.hu....
Ada sapa2 boleh tolong ibu?????????


p/s :
Petang nanti ada mesyuarat ke Muar.....

About me