Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Februari 2012

Jahitan Manik Sekebun Bunga.

Sekebun bunga la sangat.
Percubaan pertama ibu untuk jahitan manik "sekebun bunga".
Sekadar untuk menambah aksesori pada jahitan ibu yang
mengecewakan bulan lepas....klik sini.

Alhamdulillah setelah gigih menjahit manik pada baju,
kecacatan pada baju ibu dapat mengaburi mata orang sekeliling
dan masing-masing sibuk membelek bunga-bunga manik tu.....
Siap interview + belek2.....
Tiba-tiba pulak rasa macam patung bernyawa.....
Dan hidung si tuan baju kembang kempis kegembiraan
kerana cubaan untuk mengaburi mata rakan-rakan berjaya.




Percubaan pertama yang tidak begitu memuaskan hati...Redah jelah....
Sekurang-kurangnya dapat menutupi kekurangan yang tidak disengajakan.....

p/s:
Sekejap lagi ada program solat hajat UPSR di masjid berhampiran sekolah.....

Aku Sebuah Rumah

Tajuk macam karangan Bibliografi pula kali ni.
N3 kali ni ibu sekadar ingin meluahkan perasaan yang terpendam hampir 12 tahun.

Semasa CNY ibu sempat berkunjung ke rumah pertama ibu.
Sedih bila menyaksikan rumah  ibu.
Rumah yang ibu bina di usia muda.
Baru 3-4 tahun bergelar cikgu.
Kini terbiar sepi.

Rumah yang terbina dari hasil titik peluh ibu.
Disaat ibu masih setahun jagung.
Namun kerana nekad ibu sahut cabaran mama dan abah.
Sanggup mengeluarkan seluruh simpanan sendiri
yang ibu kumpul sejak kecil.
Dengan nilai yang tidak seberapa sebanyak RM45K dan
ditambah dengan loan kerajaan yang ibu layak saat ibu cuma RM80K.
Terpaksa melupakan seketika untuk bermewah-mewah seperti orang lain.
Nasib baik ayah menghadiahkan sebuah kereta semasa hari perkahwinan kami.
Dengan kereta itulah ibu berulang alik ke sekolah selama 5 tahun.
Sekurang-kurangnya ibu tidak terkilan kerana
tidak mampu untuk memiliki kereta sendiri
kerana 1/3 gaji bulanan yang ciput disalurkan
untuk bayaran rumah ini.

Namun, impian tinggal impian untuk menduduki rumah ini.
Dalam hati hanya Allah yang tahu.
Ibu terpaksa berkorban demi suami dan anak-anak.
Membina kehidupan jauh dari keluarga.

Dan tiba-tiba hati bagai tersentak bila abah bersuara
walaupun dalam nada bergurau :
"Kak, nanti balik Johor, akak isi borang tukar ye..
Abah teringin nak tengok akak tinggal di situ..."
Ya Allah, tanpa sedar menitis airmata ini.
Begitu pengharapan seorang ayah.
Yang setiap detik merindui anak kesayangan dan cucu2nya.....
Apakan daya, ibu sudah punya penghidupan disini......

"Maafkan kakak ye abah..Doakan suatu hari nanti kakak akan kembali ke
kampung halaman dan berada disisi abah dan mama...."

Rumah yang perlu diselengarakan.
Banyak kerosakan yang memerlukan kos yang tinggi.
Farouk dan kakak2nya merayu-rayu ibu untuk tinggal di sini...
Tapi bagaimana dengan ayah?????
Mana mungkin ayah meninggalkan jawatannya di Johor...


.Halaman yang luas mampu memuatkan beberapa buah kereta...
Sedangkan rumah kedua kami cuma sebuah rumah teres.
Tiada ruang untuk bermain apatah lagi setelah di renovite..
Ramai orang berminat untuk memiliki rumah ini namun ibu tetap pertahankan.....
Bukti titik peluh ibu sejak diusia muda.....

Bahagian dalam rumah.
Ruang yang lapang dan selesa untuk keluarga kami....
Ruang tamu pertama dan ke dua.......
Sepi...sunyi tanpa penghuni.....
Hati risau bila jiran-jiran meluahkan kerisauan dengan
kehadiran "binatang2" yang mungkin akan menghuni di sini..
Namun apakan daya ibu......

Mood: SEDIH!!!!!!!!!

p/s:
Sabar menanti rumah ke 3 yang sedang dirancang oleh ayah.
Moga Allah permudahkan segala urusan setelah
banyak halangan yang mendatang.....

1 Februari 2012

Kemenangan Mengundang Masalah.

2 hari lepas ibu terima panggilan telefon dari Pegawai PKG.
PTP: "Pertamanya saya ingin ucapkan Tahniah pada Cikgu
dan pihal sekolah, 
Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu terpilih untuk 
mewakili Zon ke peringkat Daerah..."

Tiba-tiba timbul satu perasaan yang bercelaru.
Nak kata bangga , bangga la jugak..nak kata sedih memang sedih....

Bukan tidak bangga dengan pencapaian Calon Tokoh NILAM
yang mampu mengalahkan calon-calon sekolah lain 
semasa sesi pemilihan dan interview diadakan tempohari.
Dan yang
terpilih pula adalah anak sendiri Farah Naurah...
Dan secara automatik Naurah sekarang adalah
TOKOH NILAM peringkat Sekolah dan Zon..
Kena bersaing untuk ke peringkat Daerah.

Tapi yang ibu tidak gemar, banyak kerja menanti di depan.
Perlu menyiapkan berbagai-bagai dokuman.
Setiap dokuman itu perlu dihantar dengan berbagai deko yang menarik.
Dan Calon perlu diberi persediaan dalam berbagai pengetahuan
terutama dalam bidang PSS.

Dan yang paling sedih dan terkilan 
cikgu NILAMnya Cikgu Anis  tidak sempat menyaksi dan mengiringinya untuk
keperingkat yang lebih tinggi kerana telah bertukar ke sekolah lain...........


Apa pun Tahniah Naurah.
Ibu bangga dengan pencapaian kakak.
Juga tahniah kerana meraih 7A 1B dalam
peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tempohari.


About me