Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

2 Januari 2012

Belajar...belajar......

Sesekali masa cuti ni Naurah rajin juga bagi si adiknya soalan Matematik....
Bukan banyak pun...dalam  5 soalan je untuk 1 malam....
Nak harapkan si ibu nie....alahai....

 Yang ibu peliknya Farouk ni kalau bagi kerja kat rumah cepat pula dia siapkan.
Bagi soalan darab ke, bahagi ke, dia congak je.....
Sifir pun dia dah hafal sampai sifir 7 sejak Tahun 1.
Sekarang ni dia sedang gigih menghafal sifir 8 dan 9.
Gigih la sangat....he.he.he.....

Tetapi kat sekolah banyak pula aktiviti bersembang
kalau cikgu bagi kerja dalam kelas..
Laporan tu ibu terima dari cikgu-cikgu farouk.
Bila ibu dapat laporan dari cikgu2 farouk,
mulalah ibu akan berceramah
sepanjang perjalanan pulang.
Yang paling bestnya, dia diam je dan sedap je berdengkur...zzzzzzzzz.
Memang rasa nak cepuk je hero sorang ni...............

Bila Kakak Naurah merangkap cikgu tak bertauliah ugut nak tambah soalan lagi,
mulalah datang mengada2 dia.....
Buat-buat sedih..
Genyeh-genyeh mata....
Konon-konon nangis......

Penatlah, letihlah, tangan nak patah la, lapar la.....
Hish!!! Nasib baik kakak yang jadi cikgu,
kalau dengan ibu sah-sah dah kena cepuk bertubi-tubi.....

 Alasan yang memang ibu akan terima "Farouk lapar la bu..."
Ibu ni bila anak sebut lapar terus cair.
Lagi pun farouk ni agak susah nak makan nasi..
Auta punya pasal, dia sanggup habiskan nasi tu walaupun berlaukkan telur goreng + kicap...
Elok je makan...tak nampak penat pun....
Elok je jari yang katanya dah nak patah tadi......

Dan cikgu pun dah malas nak layan...baik layan nasi lagi best!!!!!..
Kelakar tengok cara Naurah duduk..
Macam mak nenek je gayanya..
ha.ha.ha......

Meh tengok farouk baca sifir...
Bertapa "RAJIN"nya si Farouk ni.
Baca sifir sambil baca majalah Turbo feveret dia....

video

p/s:
Semoga Farouk menjadi murid yang rajin di tahun 2012 ni ye.....
Alahai anak-anak...macam-macam perangai.
Yang rajin terlebih rajin, yang m*l*s terlebih m*l*s.....hu.hu.hu...


*Geramnya hari ni..Ada ke patut mesyuarat ditangguhkan
tiba-tiba setelah 1/2 jam menunggu kat dalam bilik mesyuarat....

Setelah 11 Hari Berlalu.....

11 hari berlalu result PMR diumumkan.
Ibu belum berkesempatan untuk buat n3 untuk Beby a.k.a Farah Najdah.
Semasa result PMR diumunkan pada 22.12.2011 kami masih bercuti.
Memandangkan tiket flight untuk 22.12.2011 hingga 24.12.2011 habis
so kami terpaksa menempah tiket penerbangan pada 25.12.2011.

Walau bagaimana pun, kami dapat result PMR melalui sms.
Itupun tak sepenuhnya.
Dan pada 28.12.2011 baru Beby ke sekolah untuk ambil result dia.
Alahai anak sorang ni memang jenis tak kisah.....hu.hu.hu..
Angah yang gementar, Beby releks aje.

Masa hari result keluar pun dia masih berselera bersarapan.
Masih mampu ketawa, masih mampu tengok cerita kartun.
Ibu n family, atok mama, atok ayah dan su tie dah tak tentu arah...
(masa tu kami masih di Kelantan)


Apapun ibu ucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan Beby.
Ibu tahu dan akui Beby anak yang pintar cuma kemalasan yang merisaukan ibu 
sepanjang Beby menduduki Tingkatan 3.
Puas ibu membebel, puas ibu suruh baca buku tetapi Beby dengan selamber menjawab : 
"Beby dah baca buku la ibu..".
Aduh......bertapa risaunya hati seorang ibu.....

Dan di atas permintaan Beby,
ibu tidak akan menyatakan result sepenuhnya di sini.
Beby kurang 1 mata dari result Angah.
Kalau nak tahu klik sini.....

Walau apa pun ibu tetap berdoa agar Beby berubah menjadi
anak yang lebih tekun belajar....
Semua orang disekeliling akui Beby seorang yang punya kelebihan dan pintar.
Dalam "Kemalasan" dan penuh dengan "Penyakit M",
Beby masih mampu meraih kecemerlangan....
Jangan sia2kan anugerah Allah yang sangat berharga pada Beby..
Selamat melangkah ke 4 Sains 1 dan semoga Beby terus cemerlang
dan dapat membanggakan keluarga....

Kami tetap bangga dengan kejayaan Beby.....
TAHNIAH ANAKKU......

p/s:
Hari ni ke sekolah kerana ada meeting lagi.......

1 Januari 2012

Kawan Yang Hebat-Disember 2011

Selamat Tahun Baru.
Semoga Tahun 2012 menjanjikan sesuatu yang lebih indah.
Bagi ibu, setiap hari yang berlalu ibu doakan
yang terbaik buat kami sekeluarga......

Jutaan terima kasih kepada rakan-rakan blog ibu yang 
tidak jemu-jemu bertandan dan membaca dairy kami.
Syukur kerana kita dipertemuakan di alam maya dan kalianlah rakan yang paling best.
Setiap waktu dan ketika sentiasa disisi ibu.....

Bagi rakan-rakan yang tidak tersenarai,
kalian juga adalah kawan yang terbaik.
Terima kasih semua.......

About me