Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

18 Oktober 2011

Itulah Hakikat.....

Isu cikgu-cikgi naik gaji jadi perbualan hangat.
Debat yang sensasi masa kini.
Lebih hangat isu umur persaraan 60 tahun.
Jadi bahan cercaan dan lawak jenaka.
Ibu hanya meneliti satu persatu.
Membisu seribu bahasa.
Kadang-kadang tersenyum sendiri.
Macam-macam ragam manusia.
Ada saja yang tidak memuaskan hati.....

Yang baik ibu jadikan panduan dan 
yang buruk ibu buang jauh-jauh dari kamus hidup.
Setiap manusia ada baik buruknya.
ibu pun tidak terkecuali.......

Dan disebalik semua itu, ibu juga terpaksa berkorban.
Berkorban masa ditinggalkan Ayah saban masa.
Mungkin orang tertanya-tanya apakah tugasan sebenarnya Ayah
yang mana ibu sering ditinggalkan.

Ya, Ayah antara Ahli Majlis Tertinggi Cuepecs Kebangsaan.
Bertahun-tahun menyandang gelaran tanpa mengejar wang ringgit.
Berjuang tanpa mengira penat lelah, dan paling utama
terpaksa berkorban waktu dan masa untuk bersama kami.

Ya, ibu dan anak sering ditinggalkan.
Hujung minggu kami jarang bersama Ayah.
Apatah lagi sewaktu cuti persekolahan.
Disaat Along akan hadapi SPM tidak berapa lama lagi,
Ayah perlu terbang lagi ,ke Beijing pula.
Meninggalkan kami untuk kesekian kalinya.
Along pasrah, ibu redha....

Suatu ketika dulu Farouk akan menangis dan menangis..
setiap jam akan menelefon Ayah...
Bill telefon usah dikira...
Begitulah bila dia merindui Ayah tetapi sekarang tidak lagi.
Farouk dan kakak2nya sudah mampu terima hakikat
berkongsi Ayah dengan masyarakat.
Ibu tanamkan dalam diri anak-anak kekuatan.
Ibu ingin anak-anak jadikan ayah idola dalam perjuangan.
Walaupun mereka berjuang dalam bidang yang berbeza.
Dan ibu sudah mampu menerima semua itu.
Walaupun jauh disudut hati kecil pernah merintih.
Ibu juga manusia biasa.......

Bila mendapat sesuatu yang baik, "mereka" dilupakan.
Orang lain yang disanjung dan dipuja serta diberi 
ucapan tahniah mengunung tinggi.
Tapi bila mereka berjuang untuk sesuatu 
yang tidak disenangi,
mereka dikencam hebat.
Antaranya umur persaraan 60 tahun 
adalah idea Ayah dan orang kuat Cuepecs.
Dan semasa isu itu dibawa ibu turut sama berada di dalam dewan.
Seingat ibu ,ayah sebagai pengerusi sewaktu berseminar di Sabah.
Ibu sempat meneliti satu persatu alasan-alasan kukuh
yang mereka kemukakan setelah bertahun-tahun
membuat kajian demi kajian.....

Mereka berjuang untuk kenaikan gaji kakitangan awam
 terutama kaum guru.
mereka berjuang untuk semua penjawat awam.
Saban tahun menuntut bonus dan kenaikkan gaji.
Menuntut kurangkan beban kerja guru-guru.
Sanggup ke luar negara dengan pembiayaan sendiri
demi membuat kajian dan penyelidikan.
Menebalkan muka, 
mendaki tangga demi tangga, berjuang terus berjuang,
tanpa mengira penat lelah,
membetulkan apa yang perlu.

Penuh dengan ranjau.
memakan masa bertahun-tahun lamanya berjuang.
Terkadang mereka dijanjikan dengan janji2 palsu.
Terkadan pulang dengan kehampaan....

Bila berjaya, nama orang lain dijulang.
Tetapi ibu tahu Ayah dan rakan2nya ikhlas.
mereka tidak pernah mengeluh.
Mereka tidak pernah meminta untuk disanjung.
Apatah lagi dijulang nama.
Mereka sudah lali dengan cercaan.
Dan mereka tidak pernah minta balasan.
Cuma mereka inginkan yang terbaik untuk kakitangan awam.
Agar nasib kita semua terbela.....
Tidak ditindas dan terus ditindas...

ramai rakan2 tag ibu gambar ni kat FB...
Ibu tersenyum dengan gurauan2 mereka.
Siap tag dengan kata2 "Cik Abe mu la ni punya pasal"..
He.he.he...apa-apa jelah.....

Disini juga ibu "copy paste" dari FB....
Ini hanyalah sebagai koleksi ibu dan bukan ibu tujukan pada sesiapa.
Hanya sekadar peringatan pada anak-anak ibu juga.
Kerana mereka juga dilahirkan sebagai pelajar oleh guru-guru.
Agar suatu hari nanti mereka tahu menghargai guru-guru mereka.
Walaupun ibu seorang guru, anak-anak ibu cemerlang
ditangan guru-guru mereka.
Bukan kerana ibunya seorang guru..........






p/s : 
sebenarnya ibu pun tidak setuju dengan umur persaraan 60 tahun tuuuuu .... ibu pernah usik ayah nanti ayah lupa jalan balik rumah bila dh berusia senja sebab dah ny*ny*k...he.he.he..

Dan ibu amat respect pada Guru Besar ibu sekarang yang berusia hampir menjejak 58 thn yang begitu didikasi dan kerajinannya mengalahkan guru-guru yang baru posting.
Ibu jadikan dia idola kerana semangat dia yang memang layak bergelar guru.
Tahniah Cikgu Nik Fauziah Bt Nik Yusoh....
Ibu sangat bangga dengan beliau.....

17 Oktober 2011

Jejaki Sejarah @Muzium Samudera (1)

Tempat yang paling digemari oleh Farouk ialah
Muzium Samudera.
Ibu pun pelik dan hairan kenapa dia suka sangat dengan Muzium ni.
Kalau pergi ke Melaka sanggup dia suruh ayah pusing berkali-kali
kawasan ini.
Dengan mulut tak henti-henti menjerit...
Kapal Lanun..Kapal Lanun....Kapal Lanun


 Mata dia tak putus-putus menatap "Kapal Lanun"....

 Muka stress dan sedih bila ibu tak nak masuk 
ke dalam "Kapal Lanun" idaman kalbu Farouk tu.

 Tak sampai hati pula nak tolak permintaan Farouk.
Dah tak sabar-sabar nak masuk.
Sabar jelah si ibu mendaki anak-anak tangga masuk ke dalam kapal tu.
Dalam tu ada 3 aras dan di luar ada 1 aras untuk ke atas kapal....
Tiket nak masuk ke sini cuma
RM3.00 untuk dewasa dan RM1.00 untuk kanak-kanak.
Murahkan!!!!!

 Bukan main seronok Farouk.
Semua replika kapal di baca satu persatu.
Mulutnya tak henti-henti bertanya...
Terkadang malas ibu nak layan.

Anak katak merah sedang bertenggek di atas meriam besi.....

 Sanggup panjat sampai ke atas puncak kapal.
Ibu hanya memantau dari bawah.
Dah tak larat....

Dah..dah..jom, kita pergi ke Muzium Samudera yang ke 2........

16 Oktober 2011

Outing...

Weekend ni kami tak ke mana-mana sebab ayah ada meeting di KL.
Fuh!!!! lega sangat-sangat sebab ibu boleh berehat dan tidur puas-puas...
Dah 2-3  kali hujung minggu ibu dihabiskan dengan 
program perkhemahan dan cuti-cuti Malaysia.

Tiba-tiba dekat Maghrib Ayah dah terpacak depan pintu.
Ingatkan dia stay kat sana tetapi rupanya balik...
Ayah memang macam tu.
Tak selesa bermalam di hotel selagi dia mampu balik walaupun jauh.
Bukannya dekat Muar-KL tu.
Hari ini Ayah pergi lagi untuk sambung meeting...
Apa-apa ajelah Ayah, asalkan Ayah sentiasa rindu masakan ibu ni....
he.he.he......

Selepas solat Maghrib berjemaah, tanpa sempat mandi manda
ayah ajak anak-anak ke pameran PC Fair PIKOM di Muar.
ibu pun hairan dengan Ayah ni yang tak tahu penat.

lepak-lepak kat luar dewan ekspo sambil tunggu 2 hero kami
selepas selesai aktiviti shopping...

Yang kelakarnya, ayah dan Farouk je yang masuk ke dalam
expo tu tetapi ibu and the geng senyap-senyap menghilangkan
diri pergi bershopping kat Wetex Parade yang berhampiran.
Dan penat shopping kami tunggu Ayah kat luar...
hi.hi.hi......itulah kerja kaum wanita!!!!!

About me