Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

3 Jun 2011

Souvenir dr Medan, Bandung, Vietnam dan Thailand.

Best..best...best....
Bila dapat souvenir dari jauh.
Masa ikut ayah berseminar hari tu sempat singgah kampung.
Sekali balik, berlonggok2 souvenir menanti ibu.
Dan yang paling bestnya FM koleksi ibu tu.
Sekarang ni setiap kali dapat souvenir dari adik, ayah or rakan2 mesti ada FM.
Bertambahlah kegilaan ibu wat koleksi..

Semua souvenir ni ibu dapat dari suami atiey (adik ibu) a.k.a BIL.
Maklumlah dia staf Al-Quds Travel so
every month dia terbang sana sini.
Dan xpernah  lupa belikan si kakaknya souvenir2 ni.

ni masa adik p Medan, Indon....
Tengok tu dia xlupa belikan FM, keychain, purse, dompet dan beg sandang....

 ni lak masa dia p Bandung, Indon....
Dia belikan ibu keychain, FM, selendang, n tasbih.
Kain pasang yg bling2 tu ibu kirim suruh belikan.....
Sempat 1 pasang je dia simpan utk ibu cz yg lain awal2 dh disambar
si isteri kesayangannya Atiey ,SIL dan kawan2nya...

 ni masa dia pergi Vietnam...
ibu dapat beg sandang, FM dan berbagai2 jenis keychain....

 ni masa mereka bercuti di Hadyai Thailand.....FM lagi...best....

Thanks Dik, kerana sentiasa ada je buah tangan utk si kakak kesayangannya nie.
Xlama lagi dngar cerita nk p Paris n nak wat Umrah.
Jangan lupa beli souvenir utk akak ye...he.he.he....

2 Jun 2011

Konvokesyen SDKA Beby.

Ni cerita Sabtu lepas.
Majlis Konvokesyen untuk pelajar 
Sijil Darjah Khas Agama Negeri Johor 2010.
Beby salah seorang penerima Sijil SDKA.
Beby a.k.a Farah Najdah penerima Sijil Cemerlang 
(TOP 3 dari 270 pelajar).
Klik sini.
Yang sedihnya ibu n ayah xdapat hadir kerana 
pagi tu kami dh bertolak ke Terengganu.

Kasihan Beby terpaksa menumpang Makciknya.
Dan yang paling sedih bila Beby bagitahu ibu yang dia terpaksa bergambar sorang2
tanpa ibu dan ayah sedangkan masa sesi bergambar semua kawan2 dia
bergambar dengan ibu dan ayah..
Hu.hu.hu......kasihan Beby.
Ibu dengar pun sedih.....
Xpelh, nnti bila Beby dh masuk "U" yg "ori" n terima ijazah yg "ori"
ibu dan ayah akan berada disisi....
InsyaAllah.....


 Kehadiran VIP...YAB Ir Hamim B Samuri (Ahli Parlimen Ledang)

 diikuti  oleh penerima anugerah.

 diiringi dengan paluan kompang...


 bergambar beramai2 dengan VIP.

 Beby ( bertudung hitam) dengan kawannya...
Semua gambar2 kat atas tu pun ibu ambil dr FB cikgu Beby.
Gambar dipentas semasa menerima piala + sijil pn xde......

 piala

sijil....

1 Jun 2011

Seronoknya Mereka!!!!

Semasa ikut Ayah berseminar 4 hari,
yang paling bestnya Ayah cadangkan singgah ke kg ibu.
Rancangan utk stay di Terengganu diubah.
Yahoo!!!!
Xdapat digambarkan betapa seronoknya ibu.
Ayah terpaksa berulang alik antara 
Kuala Terengganu ke Pasir Mas,Kelantan
yg memakan masa 3jam setengah.

Walaupun xlama di kampung ttp masa yg
singkat terisi dgn mcm2 aktiviti.
Seronok tgk Naurah n Farouk enjoy.
Yang tragisnya, rupanya mereka berdua xpernah tgk kerbau secara life.
Kesian anak2 ibu....
Dah macam budak jakun lak.

Anak2 yg baru merasa main api...
Seronok bukan main.
Macam tengok salji turun lak lagaknya,
padahal yg jatuh berguguran tu abu dr pembakaran daun2....
Ni operasi membersihkan kawasan belakang rumah Atok Ayah.
Su Tie (adik ibu) sdang merancang membina rumah di situ...
Ayah pn join sekaki menjadi pemantau jerrr....

melakukan aksi stunt la konon...
Aktiviti panjat memanjat......
Mana nk merasa lakukan semua ni di hutan batu...
hu.hu.hu....

p/s:
Esok kami akan bercuti di P.Langkawi pula kerana
2nd seminar ayah utk this week brlangsung di sana.
Kali ni ayah nk angkut semua anak2 trmasuk 3 farah tu ....
Agaknya sepi lagi la blog ibu utk 3-4 hari.......

About me