Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Jun 2009

Happy Father's Day 2009

Ni gambar semasa ayah di Jakarta, Indonesia.

Happy Father's Day kami ucapkan untuk ayah. Terima kasih kami ucapkan di atas pengorbanan ayah terutama bagi kami duittt.....masa dapat result cemerlang masa exam. Terima kasih ayah. Kami doakan moga ayah panjang umur, murah rezeki dan berbahagia selalu. Kami sayaaangggg ayah..muahh.....

Window Shopping

Cuti hujung minggu dihabiskan dengan shopping.
Biasanya ayah beli stok lauk untuk 1 minggu.

Eee.. beratnya Farouk ni. Tak laratlah kakak nak tolak troli ni...

Kakak dan Farouk sempat pergi window shopping ikut ibu dan ayah.
Singgah kat kedai mainan. Emm.. geram kakak tengok mainan kat sini.
Ayah janji kalau dapat nombor 1, ayah akan belikan mainan yang kakak suka.
Hari Jumaat nanti nak balik kampung kat Kelantan....
Tak sabar nak jumpa atuk mama dan atuk ayah.



1 Jun 2009

Farouk, Naurah dan Taekwando

Sabtu 30.5.09 ....
Hari tu Farouk and the geng baru balik dari latihan Taekwando kt SMKBG. ..
Kecoh si kakak 4 orang ni dok bercerita.... 
Hemmm.. tak sangka pulak masa greding hari tu Farouk dapat "double belt" 
(untuk tali pinggang kuning). 
Hai, ... 'sir' yang ajar takwando tiap-tiap minggu pun tabik dengan si kecil ni. 
Maklum le setiap sesi latihan ada jerrr kerenah dia ni...
manja mengalahkan pompuan. 
Tahniah juga untuk kakak Naurah dapat "single belt" ( hijau calit biru).

About me