Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan disneyland. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan
Menunjukkan catatan yang diisih mengikut tarikh pertanyaan disneyland. Isih mengikut kaitan Tunjukkan semua catatan

8 April 2019

TRIP KOREA-EVERLAND THEME PARK

Day 2-Everland Theme Park 26.3.2019 ( Selasa )

Destinasi seterusnya.
Everland ala-ala Disneyland (Klik SINI dan SINI) dan USS (Klik SINI dan SINI).
Kawasan agak luas cuma kedudukan tidak begitu tersusun berbanding Disney dan USS.
Emmmm....tengok peta pun jadi blurrr so kami redah jelah.
Banyak tempat kami skip.
Masa yang diberi pun agak singkat.
Masa ibu ke Disneyland dan USS dulu, kami habiskan seharian di sana.
Memang puaslah main in-door dan out-door.
Maklumlah tempat macam ni ramai orang.
Setiap station kena beratur panjang.
Lagi satu kena banyak bersabar.
Kadang-kadang memakan masa sampai 1 jam menunggu giliran.
Itu belum lagi menyaksi adengan X18th percuma depan mata....
Mokcik yang malu sendiri.....huhuhu.

Acara wajib...bergambar dulu dengan geng kami....
Lepas tu masing-masing bawa haluan.

Masa ibu ke sini sedang berlangsung festival tulip....
Terubat la rasa terkilan bila melihat bunga-bunga tulip kembang mekar..

Pintu masuk.

Masuk je....pokok unik ni menyambut kami.

Mokcik bunga posing dulu ye....ha3x

Posing dulu sebelum menjelajah lebih jauh.....

Emmmmm..nak masuk sini dah tak sempat...huhuhu...

So bergambar jelah depan stationnya...
Mesti best kalau dapat masuk sebab masa pergi USS dulu 
station transfomers sangat-sangat best.

Kami naik cable car. Bila naik CC banyak tempat yang kami skip...
Kami terus dibawa ke kawasan tengah yang dipenuhi bunga tulippp....

Taraaaa.....Bunga-bunga tulip sedang berkembang mekar.
Kawasan bunga tulip ni betul-betul berada ditengah-tengah Everland.
Ya Allah terpegun seketika. Hilang kata-kata.
Indahnya ciptaan Allah...Bunga tulip pelbagai warna....

Rasa nak je guling-guling atas bunga-bunga tu...
Risau pulak nanti kena tangkap kat abam pulis.
Tak pasal-pasal masuk lokap dan jadi orang Korea...ha3x...

Nampak tak kat belakang ibu.
Si adik manis Iqa teringin nak naik benda alah tu tapi akibat kesuntukkan masa so dia pendamkan jelah niat hatinya.
Kesian pulak tengok sebab matanya asyik melirik je ke situ.....

Dan lagi...memang tak boleh nak move on laaaaa.......

Tak tahu nak posing kat mana.
Cantik sangat sampai jadi blurrr.......huhuhu.....
Kami sebenarnya banyak habis masa kat sini.
Leka dengan keindahan bunga-bunga tulip pelbagai warna.

Kami sempat masuk ke 3 station in-doors je...huhuhu...

Lalu sini tapi kawasan ni ditutup.....emmmmmm

Selepas melalui kawasan atas tu kami terus ke safari.
Adalah pelbagai jenis binatang.
Safari ni jalan menuju untuk ke luar.

Kat dalam Everland ni ada Zoo.
Pelbagai jenis haiwan ada kat sini.
Memang terjaga rapi dan bersih sangat...

Kat dalam Everland ni ada Safari....
Memang bersihlah. 
Bau pun tak de.
Sempat posing kat sini tapi tak nampak pulak si Panda ni.
Masa ibu pergi ke Ghuangzou China ( Klik SINI)
dulu si panda ni biasanya tidur kalau musim sejuk....

Harimau ni diletakkan dalam kandang kaca.
Kalau tak silap ibu ada 3 ekor.
Memang besar la.
Lebih besar dari manusia.

Kami dah rushing dah masa ni....bergambar pun main tangkap muat jerrr....

Dan sini. Ibu sempat masuk 3 buah station in door je...
Alahai rasa macam terkilan pun ada....

Kat area sana banyak restaurant disediakan.
Kami memang tak beranilah singgah....huhuhu....

Rasanya 3-4 jam je kat dalam ni.
Memang tak sempatlah nak rasai semua station.
Kat dalam ni ada disediakan surau.
Kecik comel je tapi oklah.
Peka jugak orang Korea ni bab-bab agama.
Jalan..jalan jugak....tugas kita sebagai hambaNya wajib kena tunaikan.

Ok...nanti kita jelajah lagi ke tempat lain......

Klik Sini :
Part 1-Ku Datang
Part 2-Pulau Nami

Jom terbang bersama TURSINA TRAVEL.....

13 Oktober 2014

Happy Birthday Baby Boy

Hari ini genaplah 11tahun usia Baby Boy ibu yang merupakan satu-satunya putera 
tunggal dalam family ibu.
Cepat sungguh masa berlalu.

Kelahiran yang dinantikan oleh semua orang terutama kakak-kakaknya.
Berkongsi bulan kelahiran dengan Beby a.k.a Kak Nana

Alhamdulillah Farouk membesar dengan sihat walaupun
diawal usia 8 bulan Farouk mewarisi penyakit asthma daripada 
sebelah ibu dah ayah.
Redha dengan takdir.
Banyak juga ujian dan dugaan yang kami lalui dalam membesarkan Farouk.
Ibu dah tak ingin mengenang semua kisah tragis dan sedih itu.

Sekarang ibu dan ayah terus merancang untuk masa depan yang
lebih cemerlang untuk farouk.
InsyaAllah jika diizinkan Allah,
Ibu dan Ayah bercita-cita  menghantar Farouk ke sebuah sekolah
agama dan menjadi seorang tahfiz...InsyaAllah.

Ya Allah...
Kurniakan Farouk kesihatan yang baik..panjang umur..murah rezeki..
menjadi seorang anak yang punya akhlak yang baik dan cemerlang dalam pelajaran....
menjadi seorang anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Semoga impian kami untuk melihat Farouk menjadi
seorang ahli agama termakbul.....Amiin....


Alhamdulillah kelahiran Farouk membawa rezeki yang melimpah ruah buat kami sekeluarga.
Juga bersyukur kerana kami dapat realisasi impian Farouk yang sememangnya minat melancong...
Jom tengok.....
 Percutian Farouk ke Disneyland
Disneyland idaman kalbu.....Impian Farouk tercapai untuk jejak kaki ke sana...Alhamdulillah.
Farouk : Ibu, tahun depan kita pergi disneyland kat Paris pulak ye.....
Hamboi anak....naik berpinar biji mata ibu kumpul duit dalam tabung ayam nak
datang ke sini tau.
Ibu : Farouk kena belajar rajin-rajin...bila dapat gaji besar Farouk bawak la ibu pergi sana ye.
Farouk : Ok ibu....

 Percutian ke Guangzhou China.
Teringin nak tengok penguin katanya....
Farouk : nanti Farouk nak peluk erat-erat penguin comel..(dengan wajah teruja)..
Hampeh.....bila sampai ke situ terus tarik tangan ibu nak keluar.....
Sekadar tengok saja sebab katanya bau penguin tu busuk...muahaha....

 Percutian Farouk ke Macau.
Tidak ada apa yang menarik di Macau katanya.
Emmmmm....katanya lain kali Farouk dah tak nak jejak kaki ke sini lagi...
Orang Islam dosa tau datang sini sebab tempat orang berjudi......hish3x....

 Percutian Farouk ke Hong Kong.
Entah tapak tangan artis mana entah.
Ramai orang bergambar so ibu pun paksa la Farouk bergambar kat situ jugak...Muhahaha....

 Percutian Farouk ke makam salah seorang sahabat nabi.

Percutian Farouk ke Shenzuen ,China.
Farouk : Lain kali Farouk tak nak dah naik ferri ni...
Sejuk la ibu...rasa nak beku...
Maunya tak beku...dah la suhu 5 darjah celcius.....malam pulak
dan diikuti angin yang kencang.......emmmmmm sejuk sampai ke tulang sum-sum...
Ibu pun sama anak oooiiiiii......

 Dan yang paling sadis...
Farouk sentiasa jadi tukang tolak troli barang-barang ibu bershopping...
Sapa lagi nak ibu harapkan selain daripada bujang terhangat ibu...kan..kan..kan....

Inilah penawar Farouk melepaskan penat lelah kalau pergi melancong bersama family....

Eh..ni cerita pasal birthday ke pasal kisah perlancongan Farouk...
He3x....apa-apa jelah asalkan kisah tentang bujang terhangat ibu yang
sangat manja dan penyayang.....
Kalau boleh ibu nak Farouk jadi baby boy ibu sampai bila-bila......

9 Mac 2014

Tunai Janji.

5F yang amat berbeza personaliti namun 4Farah
 dah buktikan kecemerlangan mereka dalam UPSR dan PMR.
Along dan Angah dah buktikan dalam SPM hingga berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
Sekarang ni masa untuk Farouk pulak.

Farouk tidak secemerlang kakak-kakaknya.
Sejak tadika kakak2nya ulang alik turun naik pentas
menerima hadiah kecemerlangan akademik dan ko-kuriklum....
Mereka sentiasa berada dalam TOP3 dan TOP5 tapi
Farouk tidak begitu....

Barulah ibu dapat rasai perasaan seorang ibu yang amat-amat
mengharapkan kecemerlangan anak mereka kerana selama
ini ibu sentiasa berada dalam ZON SELESA.

Akhir tahun lepas, sebelum berangkat ke China dan semasa
ibu memenuhi impian Farouk ke Disneyland dia telah berjanji.
"Ibu, Farouk nak pandai macam Along, Angah, Kak Nana dan Kakak".
Farouk pun nak naik pentas terima hadiah macam kakak-kakak tu semua..... 
Hati ibu tercuit  dan tersentuh.
Mungkin selama ini Farouk rasa dia ketinggalan berbanding kakak-kakaknya.

Alhamdulillah di awal tahun Farouk dah mula naik pentas
menerima "batch" penghargaan NILAM.
Farouk tergolong antara 10 orang murid sekolah yang layak menerima NILAM
Ini bermakna Farouk dah membaca melebihi 360 buah buku......

Alhamdulillah, dia juga dah mula berani tampil ke depan.
Farouk masuk pertandingan deklamasi sajak.
Alhamdulillah walaupun sekadar dapat hadiah saguhati
tapi dia satu-satunya peserta Tahun 5 yang menang kategori
peserta Tahun 5/6.
Farouk juga dapat menjawab soalan kuiz spontan dengan penuh yakin..

1. Hadiah kemenangan deklamasi sajak.
2.Malu-malu kucing kena paksa bergambar oleh ibu...hehehe....
3. Bersama pemenang pelbagai kategori yang dipertandingkan.
4. Hadiah kemenangan kuiz.

Hari Jumaat Farouk terpilih untuk ikut serta dalam Bengkel Teknik Menjawab Soalan UPSR.
8 orang murid tahun 5 dipilih untuk ikut serta.
Alhamdulillah, ibu lihat dia tekun mendengar, mencatat dan menjawab soalan2 
yang dikemukan oleh penceramah.
Farouk juga menerima cenderahati dari penceramah kerana menjawab soalan dengan tepat.
1. Cenderahati yang farouk dapat berupa alat tulis.
2 dan 3. Tekun mendengar dan membuat catatan.
4. Makan bersama abang senior....

Yang pastinya Farouk ada perkembangan positif walaupun
kadang-kadang ibu perlu bertukar jadi mak tarzan kerana
dia masih skip dalam menyiapkan home work dan kurang tumpuan dalam kelas....
Namun ibu tidak putus-putus mengamalkan amalan ini
untuk anak-anak ibu....
InsyaAllah, doa seorang ibu paling mujarab dan sentiasa diperkenankan 
olehNya....

18 Februari 2014

Restaurant HALAL di Macau, Hong Kong, Shenzhen dan Guangzhou.

N3 penutup siri jelajah ibu ke Negara China.
Sila jangan muntah ye....hehehe....
Terjumpa satu lagi tajuk yang belum publish....abar jelah.

Kalau pergi ke luar negara,
perkara pertama yang kita fikirkan tentang mencari makanan halal
dan boleh diterima tekak.
Kalau boleh kita nak bawa stok makanan yang banyak.
Maklumlah makan untuk hidup dan hidup untuk makannnn.....

Makanan Halal dan tandas jadi isu utama kalau ke luar negara.
Kalau nak berjalan pastikan sentiasa bawa botol kosong dalam handbag.
Bab-bab makanan susah sikit.
Kalau pergi dengan travel macam ibu tak ada masalah tapi kalau pergi sendiri tentu
mendatangkan masalah.

Di sini ibu buat n3 beberapa tempat makanan halal di 4 buah daerah yang
ibu lawati.

A. Shenzen-Restaurant Muslim Hotel
Semasa di Shenzhen kami menginap di hotel berhampiran.
Ibu pun tak pasti kenapa kami tidak menginap di sini....
Kami dibawa makan di sini semasa berada di Shenzen.
Biasalah menu orang Cina yang meriah dengan sayur-sayuran segar.
Bagi ibu tidak ada masalah untuk meratah sayur-sayuran itu kerana ibu suka sayurrr.......

Sijil apa ke benda entah.
Ibu snap semasa menaiki tangga ke tingkat atas.....
Semua dalam tulisan Cina....

Di aras 1.
Ibu tertarik dengan gambar di belakang Naurah Farouk tu.

Beginilah hidangan yang kami makan.
Setiap meja untuk 10 orang.
Memang makanan itu semua tidak pernah habis kerana terlalu banyak.....
Lagipun Farouk dan Iman memang anti nasi.
Makan kena paksa......
Ibu and the geng memang tak larat nak habiskan semua hidangan tu.
Terfikir pulak,....mereka ni makan banyak ke apa???
Tengok saiz orang-orang di China semua slim je.
Susah nak jumpa berbadan besar macam geng kami.....hahaha.............

Ini untuk sarapan.
Dah macam makan tengahari.
Cuma yang tak bestnya kami dihidangkan dengan bubur nasi.
Masing-masing merungut sebab bubur nasinya macam nasi + air.....huhuhu...
Makan jugak sebab nak alas perut.
Maklumlah sepanjang hari kami habiskan di atas bas....

Ni untuk makan malam kalau tak silap ibu.
Maklumlah kami di Shenzen selama 2 hari .......

Daging kambing digoreng bersama cili.
Boleh tahan pedas dan rasanya oklah...
Dagingnya lembut dan manis....

Ni telur hancur bersama lada banggala.
Menu yang sentiasa ada dimana-mana restaurant yang kami singgah.

Nasi ibu ambil sedikit je sebab lauk terlalu banyak.
kenyang meratah sayur dan lauk.
Kat dalam pinggan ibu tu ada satey kambing.
Satey dicucuk dengan batang besi.
Satey tu pedas sangat dan rempahnya amat kuat hingga hilang rasa keenakan daging kambing....

Sayuran hijau tu selamat ibu ratah.......

 B. Macau- Restaurant Indian
Masa di macau kami dibawa dinner kat restaurant ni.
Masa tengok hidangan buffet nampak macam menyelerakan.
Tapi bila dah rasa masing-masing berubah muka..
Walah, tak tahu nak cakap apa......
Yang tak bestnya di pintu masuk ibu perlu melalui tempat makan
yang tidak halal dan botol-botol arak tersusun depan mata....huhuhuhu...
Terus hilang selera....

Ni je yang ibu ambil.
Itu pun tak habis dimakan walaupun perut lapar.

               
Begedil dan ala-ala samaso.
Begedil tu rupanya diperbuat daripada isi ikan tenggiri.
Oklah rasanya tapi kuih 3 segi tu tak boleh nak telan...huhuhu.....

Desert buah-buahan.
Mula-mula ibu tersenyum riang sebab feveret ibu ni.
Bila masuk ke mulut terus tersekat kat kerongkong...
Aduyai.....tak tahu nak cakap rasa macam mana.
kalau kita guna susu cair tapi depa letak yougart yang masam tu...

                                                Muka Naurah yang tak dapat nak habiskan nasi tu......

             
Farouk termenung panjang setelah makan sesuap nasi....
Topi nilah yang tercicir entah kat mana.
Sayang pulak sebab ayah beli jauh nun di Australia.......

C. Disneyland Hong Kong

Dekorasi di pintu masuk ke restaurant halal....
Terasa seperti berada di sebuah perkampungan orang-orang asli...
Diiringi muzik dan bunyi-bunyian yang agak menyeramkan.......
Restaurant ni besar dan penuh dengan pelanggan.....

Ada sebuah restauran halal di disney.
Jangan risau ye sebab kalau lapar pergi je terjah kat sini.
Ada macam-macam menu berharga antara RM35-50 1 set untuk seorang.
Rasanya oklah.

D. Guangzhou-Abdullah Qinghai Moslem Restaurant
Antara restauran yang terkenal di Guanzhou.
Restaurant ni pernah dikunjungi mantan PM dan PM kita serta orang-orang kenamaan.
Gambar-gambar VVIP ni di framekan di kaunter masuk.

Boleh tahan besar juga dan sentiasa dipenuhi pelanggan.
Ada pelbagai menu di sini.
Kat restauran ni disediakan bilik solat untuk lelaki dan wanita.
Bilik solat tu ala kadar jelah.
Bolehlah kita guna untuk bersolat.....

Ibu pun tak pasti ikan apa.
Tengok rupa macam ikan siakap.
Ikan ni dibela sendiri oleh pihak restaurant dan diberi makan sayur-sayuran sahaja.
Isinya tidak hanyir cuma tidak begitu manis seperti siakap.
Tapi yang tak tahan setiap kali makan mesti ada menu yang sama.
Ikan masak ala-ala sweet sour.
Bila dah 2-3 kali makan memang tekak dah tak boleh nak terima...terasa muak.

                       
Ini pun di restaurant yang sama.

E. Guangzhou-Xinyug Muslem Restaurant 
di Bostan Hotel
Kami juga dibawa makan ke sini semasa di Guangzhou.
Sebuah Hotel 5 bintang yang serba mewah...
Bergambar di pintu masuk.

Ada lif disediakan tapi ibu mendaki tangga ke aras 3.
Terpandang dekorasi ni.

Ni kat atas.
Model kena paksa bergambar di sini....

Dekorasi kat restaurant ni memang cantik dan nampak mewah.

Sedang menunggu hidangan disediakan.
Maklumlah stail mereka berbeza dengan kita.
Hidangan mereka secara berperingkat....
Sama lah kalau kita makan makanan Cina kat Malaysia.
Hidangan akan datang berperingkat-peringkat.....

Budak berdua ni memang tak suka makan nasi.
Kalau paksa makan nasi Farouk dan Iman main kais-kais je.....

Ni nasi ibu.
Ibu makan nasi sedikit je sebab kena habiskan pelbagai sayur-sayuran tu.
Ibu peminat sayur-sayuran dan ulam....

     Di hotel ni disediakan bilik solat lelaki dan perempuan,
cuma kami terpaksa berkongsi tandas.....

Semasa di Hong Kong, kami singgah di Masjid ni.
Sebuah bangunan yang dijadikan masjid, restaurant halal, pusat perjumpaan
muslim di Hong Kong.
Masa ibu di sana, ada kelas mengaji dan usrah sedang berjalan....
Leka ibu lihat pelbagai bangsa dibawah satu Agama bersatu.......
Lupa pulak nak snap gambar kami makan di sini.
Kami sebenarnya kejar masa untuk makan dan solat kerana banyak lagi tempat yang hendak dituju...

Ada sekeping ni je gambar Farouk sedang makan.


Ibu sempat beli wantan yang sangat sedap.
Berintikan udang...ikan dan sayur-sayuran.
Seketul tu RM12.Mahalkan....
Melopong seketika bila ibu bayar.....
Beli jugak sebab nak rasa.....Ibu beli 4 ketul = RM 48..
Kalau kat Malaysia dah dapat sedulang pizza bersaiz sederhana....

Gambar selingan.
Ibu tak tahu apa nama kekacang ni.
Buahnya macam kelongsong buah getah yang  sangat-sangat sedapppppppp..
Ibu beli semasa di Guangzhou.
Kekacang ni dijual di hadapan masjid S'Habi.
Muka penjual tu macam orang Arab..Berjanggut panjang, berjubah dan berkopiah....
Setengah kilo = RM25.

Gambar yang ibu ambil dari en google.
Campuran kekacang seperti kuaci, walnut, badan, kacang dan macam-macam.
Sangat-sangat sedap cuma agak manis.
1kg=RM50.
Ianya dijual dengan motosikal oleh muslim.......
Saiznya memang besar , sebesar separuh meja makan bersaiz sederhana
dan bila kita nak beli mereka memotongnya.



About me