Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

7 Februari 2012

Sambutan Birthday Naurah + Update Tentang Qaisara.


Tiada sambutan dibuat.
Sekadar keluar makan-makan bersama family.
Besday girl.....Makan chix a licious combo chicken mushroom sauce....

 Kelaparan tahap maksimum.
Balik sekolah terus lunch di sini.
Petangnya Naurah, ibu dan Farouk ke sekolah untuk
Kem Ibadah dan Program Motivasi UPSR selama 2 hari.

 Makan dan makan...Farouk makan chicken mushroom....

 Kami order ini dan.....

2 set fish n chips untuk Angah dan Beby.....

 2 set chicken blackpepper untuk ibu dan along........

Sempat main guling-guling kat Marryland....

Dan sebelum ayah bertolak ke KL,
ayah hulurkan duit untuk belikan kek kegemaran Naurah.
 Kek blueberry kegemaran Naurah.
Ibu beli selepas pulang dari  program Kem Ibadah.

 Muka budak yang dah penat.
Kakak2nya kejut untuk potong kek.
Masih blur dan mamai.......

Mini kek kegemaran Naurah dan Farouk.

p/s :
Keadaan Baby Qaisara masih membimbangkan.
Bantuan pernafasan terpaksa diberi.
Alami jangkitan kuman dalam paru-paru.
Keadaannya masih kritikal.


Ya Allah Ya Tuhanku,
Engkaulah yang Maha penyayang dan maha mengetahuai.
Ya Allah, Aku mohon padaMu....Kau  sembuhkanlah Baby Qaisara Qalqis.
Kurangkan penderitaan yang dialami oleh Qaisara.
Berikan peluang untuk Baby Qaisara untuk terus sihat disisi insan yang tersayang.
Berikan ketabahan kepada mama, papa dan kaum keluarga Qaisara
dalam hadapi ujian dariMu.
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim.....
perkenankan doa-doa kedua ibu bapa Qaisara,
doa-doa kami,
doa-doa rakan-rakan kami.
Hanya padaMu tempat kami memohon...
Ya Allah.......
Amin.......


Kisah Qaisara:
klik sini , dan sini .

6 Februari 2012

Tok Aman Bali Beach Resort, Pasir Putih, Kelantan.

Masih dalam mood sedih.
Mendapat perkhabaran tentang Qaisara Balqis pagi ini.
Terdapat jangkitan kuman dalam paru-paru.
Keadaan masih tidak banyak berubah.
Doktor cuba sedaya upaya merawatnya.
Mohon kawan-kawan terus berdoa untuk Qaisara.
Terima kasih pada yang telah sudi mendoakan baby Qaisara.
Hanya Allah yang mampu membalas kebaikkan kalian.....

N3 ini adalah percutian Farah Naurah bersama mama, papa, abang Qaisara di  
Resort yang tersergam indah di tepi pantai.
gambar ihsan dr en.google.

Percutian dipenghujung Disember dimana Qaisara masih di dalam perut mamanya.
 Keluarga bahagia Baby Qaisara...Mama, papa, abang Iman Amsyar dan Naurah.
Saat ini mama Qaisara sedang sarat mengandungkan Qaisara.

 Iman Amsyar....Seorang abang yang tidak sabar menanti kehadiran Baby Qaisara.....
Dan Iman yang memcadangkan nama Qaisara bermaksud puteri....

Iman bersama Naurah....

 Naurah (berbaju oren) dan Iman (berbaju putih) dalam acara rebut kerusi.


Iman dan Kak Naurah terus gigih berusaha..Iman jadi bahan ketawa kerana kepintarannya...

Dan akhirnya Naurah bergelar juara........Iman dapat tempat ke 4.
Naurah mendapat hadiah set alat tulis.

Naurah bersama Uncle Kie.
Inilah papa Qaisara yang sering terbang ke luar negara dan 
sentiasa belikan ibu dan anak-anak souvineer serata dunia.

Acara ke 2 yang Naurah masuk.
Tetapi Naurah tak menang hadiah kerana belon tak pecah dan terus membesar.....

Ya Allah, selamatkan Qaisara Balqis.
Berikan perlindungan dan rahmatMu untuk anak kecil itu.
Semoga Qaisara segera sembuh dan kembali ke sisi keluarganya
dalam keadaan sihat.........amin......

Mohon Doa Kalian Untuk Baby Qaisara

Mohon doa rakan-rakan maya ibu.
Berdoa untuk Baby Qaisara Balqis Bt Marzuki.
Baru 2 minggu lepas ibu menceritakan tentang kebahagiaan ibu menyambut orang baru.
Klik sini dan sini .
Hari ini kebahgiaan ibu diragut dengan berita sedih tentang Baby Qaisara.
Sekarang Baby Qaisara bertarung dengan kesakitan di ICU HRPZ Kota Bharu 
akibat jangkitan kuman di bahagian dalam mulut.
Doktor pun hairan Baby sekecil Qaisara boleh terkena jangkitan ini.

Luruh hati ini mendapat khabar.
Sedih + pedih + perit.
Walaupun Baby Qaisara bukan dari rahim ibu tetapi
sayang ibu padanya seperti anak sendiri.

Tangan ibulah yang pertama menyambut dan mengucup 
Baby Qaisara dari bilik bersalin.
Tangan ibu jugalah yang membasuh najis pertama Baby Qaisara.

"Ya Allah, aku mohon padaMu....selamatkan dan lindungilah
Baby Qaisara dari kesakitan dan penderitaan..."
"Aku sanggup mempertaruhkan nyawa ini demi Qaisara.
Ibu terlalu menyayangimu sayang.....amin.."

SEDIH!!!!!
 Saat indah 2 minggu yang lepas......
Baby Qaisara sewaktu berusia 10 minit.

5 Februari 2012

Ibu, Naurah dan Farouk Bercuti di Hotel Tiada "Bintang"...

Sejak semalam Ayah ada meeting di Putra Jaya.
Ibu pun ada program Kem Ibadah dan Motivasi UPSR di sekolah.

Jika Ayah menginap di hotel 5 bintang.
Ibu sekadar menginap di "hotel budget" yang langsung tak berbintang.

Semalam sekolah ibu anjurkan 
Kem Ibadah dan Motivasi selama 2 hari.
Orang lain berseronok mengira cuti,
Ibu berseronok dan menyeronokkan diri bersama anak-anak murid di sekolah.

Aktiviti pertama adalah amali berwuduk secara betul.
Selepas bersolat Asar, ada amali mandi wajid.
Kelakar tengokkan terutama murid-murid perempuan.
Dah jadi macam cerita panggilan pulau lak bila mereka
berkain batik.
Riuh sendah budak-budak lelaki main simbah-simbah air.
Ibu ada snap pic untuk kenangan peribadi sahaja..
Seksi you...he.he.he.....

Inilah dunia ibu dan rakan-rakan.
Jauh dari glamour, jauh dari kemewahan.
Menghabiskan cuti kami di sekolah.
Berkorban demi anak bangsa.
Jika anak-anak murid ibu tahu bertapa cikgu-cikgu mereka
sanggup berkorban demi mereka.
Maka sanggupkah mereka berkorban demi hadiahkan
cikgu sebuah kecemerlangan???????

candid yang tidak berjaya.
Ibu sempat menutup wajah yang comot selepas memasak dengan buah pulasan...he.he.he... 

Menu kami sekadar 
nasi goreng kampung + sambal petai yang memijarkan lidah + keropok + rendang ayam 
(yang ibu bawa dari rumah) + teh O.
Walaupun simple tetapi tetap sedap pada kami.
Dimasak penuh keikhlasan dan kasih sayang......
Bergotong royong memasak dan penuh dengan gelak ketawa
dan gurau senda..
Kami umpama  1 keluarga....Indahnya....

Malamnya ibu bersama rakan-rakan berkumpul bersama anak-anak didik
di surau puncak alam sekolah (tingkat 4).
Kami bukan setakat mengajar mereka akademik.
Kami juga turut menjadi seolah2 "ustazah" + ibu/bapa.
Membetulkan bacaan "Surah Al-Fatihah" anak-anak.
Memberi nasihat dan belaian......

Terkadang sedih bila mengadap mereka seorang demi seorang.
Dimanakah silapnya bila diusia 12 tahun bacaan dan sebutan 
mereka masih ada yang mengelirukan.
Bila dihayati, sebanyak 27-30  kesilapan yang mereka lakukan tanpa disedari.
Semoga kita sama-sama membetulkan bacaan anak-anak kita.
Jangan kita sekadar serahkan tugas mengaji 100% kepada guru agama/mengaji.
Kerana itu adalah tanggungjawab ibu bapa..
Kita yang akan dipersoalkan diakhirat kelak...
Peringatan untuk diri sendiri dan juga untuk rakan-rakan..........

 Wajah-wajah yang penuh kesedihan.
Naurah menangis semahu-mahunya.
Dan hari program ini berjalan juga adalah hari jadinya.

Selesai solat Isyak, satu lagi program diadakan.
Motivasi ibu bapa, guru dan murid.
Saat yang meruntun jiwa ibu/bapa, guru dan anak-anak.
Mereka menangis semahu-mahunya.
Ibu, ayah dan guru juga menitis airmata.

lebih sedih bilaa menyaksikan anak-anak yang sendirian tanpa kehadiran ibu bapa.
Mereka jadikan ibu sebagai "ibu" mereka.
Memeluk ibu, meletakkan kepala dibahu ibu, mengenggam tangan ibu sekuat mungkin.
Mungkin terlalu sedih.....

Dan Naurah berada disebelah kiri ibu,
menangis semahu2nya sambil memeluk ibu.
Memohon ampun dan maaf.....
Terharu hati ibu.....
 Sampai bengkak2 mata dan merah hidungnya....

Dah  selesai sesi menangis, sebelum masuk tidur sesi makan-makan pulak..
Anak-anak makan bersama ibu bapa.
Selera je budak-budak makan....
Maklum la airtangan cikgu-cikgu.
Tak sedap pun jadi sedap...he.he.he.....

 Farouk pun ikut bersama tidur di sekolah.
Sejak kecil dia sentiasa bersama ibu mengikuti setiap program sekolah.
Dunianya sejak kecil adalah sekolah......

Malamnya bukan main lagi budak-budak.
Pukul 1 pagi masih bergelak ketawa.
Terpaksa la cikgu mendaki tangga memaksa mereka tidur.
Rasa macam baby sitter pulak.......
Bila budak lelaki diam di bilik bawah,
murid perempuan pula bergelak ketawa....
Sampai ada yang termuntah-muntah.
Alahai, berkejar lagi cikgu-cikgu ke tingkat tiga merangkap menjadi tukang
jururawat dan tukang cuci pula.....

Seawal 4.30 pagi bermula program Qiamulai.
Saat ni ada yang tertidur.
Ada yang terlentok.

 Paginya program riadah.
Lepas sarapan ada pula sesi amali bertayyamun.
Naurah dan Farouk berada dibarisan hadapan.
Minat betul.....

 Naurah melakukan praktikal dengan jayanya.
Semua cikgu-cikgu turut menjadi fasi dan menunjuk cara....

 Untuk yang terakhirnya diadakan solat Duha di padang sekolah.
Beralaskan rumput dan berbumbungkan langit....
Solat Duha diselitkan dengan solat secara darurat...
Menerapkan pada anak-anak, walau bagaimana sekali pun kita,
solat tetap WAJIB dilakukan tidak kira dimana dan ketika......

p/s:
Masih dalam mood penat.
Rasa mcm nak demam la pulak.
Tak cukup tidur agaknya.
Malam tadi sempat lena dalam 2 jam je.....

3 Februari 2012

Sepetang di Tasik Puteri,Terengganu.

Cerita semasa cuti CNY.
Sempat singgah kat Tasik Puteri, Terengganu.
Sekarang ibu suka sangat menyaksikan keindahan alam ciptaan Allah.
Jiwa jadi tenang dan damai.
Hilang seketika kekusutan dan keserabutan dalam minda ni......
Subhanallah!!!!!!

Keindahan alam semulajadi.

Farouk pun suka dengan tasik dan pantai....

Naurah makan-makan sambil menikmati keindahan tasik.

Farouk berangan + posing maut......

Pondok tempat berehat sambil menikmati makanan.

Air yang tenang....

Di kelilingi kehijauan pokok2 hutan.....

Berehat seketika sambil menikmati keindahan alam.....

Terkadang terfikir, alangkan indahnya jika
ibu mampu membina sebuah rumah di atas sebuah bukit berhampiran sebuah tasik yang indah.
Alahai, macam Mat Jenin pulak ibu nie...

p/s :
Petang ni sehingga esok ibu habiskan masa di sekolah.
Jika orang lain bercuti, kami tetap ke sekolah.
Dan malam ni ibu akan tidur di sekolah bersama
murid-murid Tahun 6.....

Selamat Ulang Tahun Naurah.

Hari ni genaplah 12 tahun usia puteri ke 4 ibu ,FARAH NAURAH.
Seorang puteri dilahirkan dalam Tahun Naga Emas dalam kalendar Cina
dan Bulan Syawal dalam kalendar Islam.

Seorang anak yang tidak banyak kerenah
dan cepat berdikari seawal usia 2 tahun telah
pandai membancuh susu sendiri.
Lancar membaca seawal usia 5 tahun.
Mampu mencipta formula sifir sendiri seawal usia 7 tahun
dan formulanya dijadikan bahan rujukan cikgu Matematiknya.

Naurah dalam penerbangan menuju ke destinasi percutiaan.......

Ibu dan keluarga sentiasa mendoakan agar Naurah a.k.a Kakak
menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Terus cemerlang dalam pelajaran dan Berjaya dalam hidup
Sesungguhnya kami berbangga kerana memiliki
sebutir permata yang begitu berharga.

2 Februari 2012

Jahitan Manik Sekebun Bunga.

Sekebun bunga la sangat.
Percubaan pertama ibu untuk jahitan manik "sekebun bunga".
Sekadar untuk menambah aksesori pada jahitan ibu yang
mengecewakan bulan lepas....klik sini.

Alhamdulillah setelah gigih menjahit manik pada baju,
kecacatan pada baju ibu dapat mengaburi mata orang sekeliling
dan masing-masing sibuk membelek bunga-bunga manik tu.....
Siap interview + belek2.....
Tiba-tiba pulak rasa macam patung bernyawa.....
Dan hidung si tuan baju kembang kempis kegembiraan
kerana cubaan untuk mengaburi mata rakan-rakan berjaya.




Percubaan pertama yang tidak begitu memuaskan hati...Redah jelah....
Sekurang-kurangnya dapat menutupi kekurangan yang tidak disengajakan.....

p/s:
Sekejap lagi ada program solat hajat UPSR di masjid berhampiran sekolah.....

Aku Sebuah Rumah

Tajuk macam karangan Bibliografi pula kali ni.
N3 kali ni ibu sekadar ingin meluahkan perasaan yang terpendam hampir 12 tahun.

Semasa CNY ibu sempat berkunjung ke rumah pertama ibu.
Sedih bila menyaksikan rumah  ibu.
Rumah yang ibu bina di usia muda.
Baru 3-4 tahun bergelar cikgu.
Kini terbiar sepi.

Rumah yang terbina dari hasil titik peluh ibu.
Disaat ibu masih setahun jagung.
Namun kerana nekad ibu sahut cabaran mama dan abah.
Sanggup mengeluarkan seluruh simpanan sendiri
yang ibu kumpul sejak kecil.
Dengan nilai yang tidak seberapa sebanyak RM45K dan
ditambah dengan loan kerajaan yang ibu layak saat ibu cuma RM80K.
Terpaksa melupakan seketika untuk bermewah-mewah seperti orang lain.
Nasib baik ayah menghadiahkan sebuah kereta semasa hari perkahwinan kami.
Dengan kereta itulah ibu berulang alik ke sekolah selama 5 tahun.
Sekurang-kurangnya ibu tidak terkilan kerana
tidak mampu untuk memiliki kereta sendiri
kerana 1/3 gaji bulanan yang ciput disalurkan
untuk bayaran rumah ini.

Namun, impian tinggal impian untuk menduduki rumah ini.
Dalam hati hanya Allah yang tahu.
Ibu terpaksa berkorban demi suami dan anak-anak.
Membina kehidupan jauh dari keluarga.

Dan tiba-tiba hati bagai tersentak bila abah bersuara
walaupun dalam nada bergurau :
"Kak, nanti balik Johor, akak isi borang tukar ye..
Abah teringin nak tengok akak tinggal di situ..."
Ya Allah, tanpa sedar menitis airmata ini.
Begitu pengharapan seorang ayah.
Yang setiap detik merindui anak kesayangan dan cucu2nya.....
Apakan daya, ibu sudah punya penghidupan disini......

"Maafkan kakak ye abah..Doakan suatu hari nanti kakak akan kembali ke
kampung halaman dan berada disisi abah dan mama...."

Rumah yang perlu diselengarakan.
Banyak kerosakan yang memerlukan kos yang tinggi.
Farouk dan kakak2nya merayu-rayu ibu untuk tinggal di sini...
Tapi bagaimana dengan ayah?????
Mana mungkin ayah meninggalkan jawatannya di Johor...


.Halaman yang luas mampu memuatkan beberapa buah kereta...
Sedangkan rumah kedua kami cuma sebuah rumah teres.
Tiada ruang untuk bermain apatah lagi setelah di renovite..
Ramai orang berminat untuk memiliki rumah ini namun ibu tetap pertahankan.....
Bukti titik peluh ibu sejak diusia muda.....

Bahagian dalam rumah.
Ruang yang lapang dan selesa untuk keluarga kami....
Ruang tamu pertama dan ke dua.......
Sepi...sunyi tanpa penghuni.....
Hati risau bila jiran-jiran meluahkan kerisauan dengan
kehadiran "binatang2" yang mungkin akan menghuni di sini..
Namun apakan daya ibu......

Mood: SEDIH!!!!!!!!!

p/s:
Sabar menanti rumah ke 3 yang sedang dirancang oleh ayah.
Moga Allah permudahkan segala urusan setelah
banyak halangan yang mendatang.....

1 Februari 2012

Kemenangan Mengundang Masalah.

2 hari lepas ibu terima panggilan telefon dari Pegawai PKG.
PTP: "Pertamanya saya ingin ucapkan Tahniah pada Cikgu
dan pihal sekolah, 
Calon Tokoh NILAM sekolah cikgu terpilih untuk 
mewakili Zon ke peringkat Daerah..."

Tiba-tiba timbul satu perasaan yang bercelaru.
Nak kata bangga , bangga la jugak..nak kata sedih memang sedih....

Bukan tidak bangga dengan pencapaian Calon Tokoh NILAM
yang mampu mengalahkan calon-calon sekolah lain 
semasa sesi pemilihan dan interview diadakan tempohari.
Dan yang
terpilih pula adalah anak sendiri Farah Naurah...
Dan secara automatik Naurah sekarang adalah
TOKOH NILAM peringkat Sekolah dan Zon..
Kena bersaing untuk ke peringkat Daerah.

Tapi yang ibu tidak gemar, banyak kerja menanti di depan.
Perlu menyiapkan berbagai-bagai dokuman.
Setiap dokuman itu perlu dihantar dengan berbagai deko yang menarik.
Dan Calon perlu diberi persediaan dalam berbagai pengetahuan
terutama dalam bidang PSS.

Dan yang paling sedih dan terkilan 
cikgu NILAMnya Cikgu Anis  tidak sempat menyaksi dan mengiringinya untuk
keperingkat yang lebih tinggi kerana telah bertukar ke sekolah lain...........


Apa pun Tahniah Naurah.
Ibu bangga dengan pencapaian kakak.
Juga tahniah kerana meraih 7A 1B dalam
peperiksaan UPKK (Ujian Penilaian Kelas KAFA) tempohari.


31 Januari 2012

Sibuk Teramat

Hari teramat sibuk.

6.40 pagi hingga 1.15 ptg = berada di sekolah untuk rutin sesi mengajar.
2.30 ptg hingga 5.30 ptg = berada di sekolah untuk bermesyuarat.
7.45 malam hingga 10.00 malam = berada di sekolah untuk kelas tambahan.
11.00 malam = tidur.
Bila masa nak bersama anak-anak dan suami....??????
Redha demi mencari rezeki yang halal.
Kerja itukan ibadah.
Peringatan untuk diri sendiri agar sentiasa bersyukur dan tidak merungut......

30 Januari 2012

Selamat Terbang ke Europe....

Ibu nak ucapkan  selamat berangkat ke 
France (Paris,Nice), 
Monaco,
 Italy( Rome, Venice, Pisa, Florence )
dan 
Spain (Madrid) 
kepada adik tersayang Muhd Khairul Anuar. 
Jaga diri baik-baik dibumi asing. 
Jangan lupa beli souvineer untuk kami ye....
Semoga di Aidil Fitri nanti Yu dapat menyambut Hari Raya
bersama kami di Malaysia.

Kami sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Yu....
Take care....



Petikan dr FB Yu :  i cant wait this tuesday to fly to Paris first...mcm tak percaya jer...4 buah negara europe....
France(Paris,Nice), Monaco (negara kedua terkecil di dunia), Italy (rome,venice,pisa,florence) & Spain(madrid)..

About me