Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

6 Februari 2011

Driver baru ibu

Best sgt2 cuti 1 minggu ni cz ibu dh ada driver baru.
1 minggu ibu boleh bermalas2 kat rumah.
Saat yang paling best.
Nk apa2 suruh driver pergi beli.
Anak2 ada hal suruh driver hantar/jemput......
SERONOK + BEST!!!!!

Sementara dh ada driver baru
mmg ibu betul2 ambil kesempatan la.
Perintah berkurung dlm rumah gitu.
Bermalas-malasan kt rumah...
Bila Along, Angah n Beby nk kemana2 driver ibu
siap sedia berkhidmat dgn erti kata lain
"Saya Yang Menurut Perintah"....
Best..best....

Tapi smlm driver ibu dh berhenti...
Sedih sgt tau.
Dh xleh nk bermalas2 lagi.
Esok dh mula sekolah.
Tugas2 rutin sedang menanti.
Bestkan kalu jadi orang kaya.
Nk p mana2 ada driver.
Nk makan ada org masakkan.
Kerja rumah semua terurus..
Sudah2lh ibu!!!!!
Xabis2 berangan!!!!

nilh driver ibu...
Wakaka...adik bongsu ibu a.k.a Ayah Su.
Smlm dh bertolak balik semula ke
Universiti Tun Hussin Onn Msia(UTHM)


Ayah Su jadi mangsa buli kakak n anak2 saudara...
Melayan kerenah anak2 saudara...pergi ke KINI...
Window shopping......



suruh driver pergi ke MarryBrown lak......


p/s:
smlm adik Khairul Anuar masih di Malaysia Hall Absiah di Cairo.
Sedang menunggu giliran penerbangan ke Jeddah.

Bekalan makanan masih xsampai2 hingga kami hubungi dia.

Dlm kelaparan.

Duit masih berbaki sedikit n dptlh beli biskut kering
n makan berkongsi
dgn kwn2 yg dh kehabisan wang.
Doakan mereka selamat sampai ke Malaysia...


* line tenet down..mcm siput sehari dua nie.
So xleh nk BW mcm biasa.
Insyallah moga after CNY n keadaan banjir pulih kt Johor ni
moga line tenet pn pulih gak.....
Tambah VideoKeluarkan Pemformatan daripada pemilihan

5 Februari 2011

Program PKS Along n Angah selesai.....

Program PKS (Pelancongan Koperasi Sekolah)
yang Along , Angah, n pihak sekolah
rancangkan hari tu berjalan lancar.
Lambat ckit ibu wat n3 cz dok sibuk dgn khabar dr Mesir tu....

Program tu bermula 1st day cuti smpai hari Isnin.
(29-31.1.2011)
3 hari 2 mlm.
Sunyi rasanya rumah nie dgn ketiadaan along n angah.
maklumlh ibu jrg brpisah dgn anak2 ni
kecuali pergi brkursus.

Katanya semua peserta seronok cz xtvt yg mrk rancang tu best2.
Walaupun penat ttp nampak mrk happy.
Xtaulh happy cz dpt ngenakan peserta ke apa......

Program tu ala2 camping n advture.
Antara xtvt yg diadakan:
LDK (latihan dlm kumpulan),
Night walk,
Lawatan ke makam Sultan Alauddin RiayatShah,
Lawatan ke Tmn Herba Nasuha- jungle tracking n berkayak.
dan Malam Kebudayaan...

Semua pengurusan dijalankan oleh
Jawatankuasa Induk pelajar.
Cikgu hanya memantau n sbg fasilitator je.
Bagus camtu cz pelajar2 diberi tanggungjawab sepenuhnya
merancang program tu dr A-Z.
Org yg paling sibuk Along n Angahlh....
Ibu pn turut seronok tgk Along n Angah,
org kuat program bekerja.
Terserlah bakat kepimpinan n sikap didikasi dlm menjalankan tugas
yang diamanahkan....
Ala2 workholic gitu.
Mayb mewarisi bakat kepimpinan ayah kot.
Mayb ibu gak...hi.hi.hi....angkat bakul lak.
along merangkap Setiausaha kehormat sedang
memberi taklimat kepada peserta program.
Seramai 30 org Hos dan 42 org Tamu.

.
Angah lak merangkap Jawatankuasa Pengangkutan n Keselamatan.....
ni semasa program Jungle Tracking n berkayak
di Taman Herba Nasuha di Pagoh
pada keesokkan harinya.

Jawatankuasa Induk bergambar bersama fasilitator mrk (cikgu2).

Jom Rehatkan Otak n Minda Jap!!!!

Sejak bbrapa hari ni blog ibu dipenuhi n3 agak emosi.
Maaf ye jika ada yg xsenang atau bosan membacanya
n terima kasih byk2 utk yg memahami n mengambil berat.
Mungkin ada yg xsenang cz xbrada dlm situasi itu.
Apa pn ibu akan tetap update Khabar dr Mesir
sehingga Khairul selamat berada di depan pintu rumah kami di kg.
INSYALLAH......

Alhamdulillah kt Ledang ni hujan dh 2-3 hari reda ttp air
Sungai Muar pula melimpah.
Byk juga penempatan ditenggelami air.
Alhamdulillah rumah ibu berada dalam zon selamat
dan kawasan nie jadi tempat penempatan sementara mangsa banjir...
Skrg nie bekalan air alami masalah sikit.
Ada kawasan2 trtentu dh trputus bekalan air sejak 2-3 hr lepas.
Tempat ibu ni pn ada gak alami ganguan bekalan air.
Tapi xberapa serius sgt......

Hujan2 nie perut sntiasa lapar je ttp
selera ibu dh kurang sejak kebelakangan nie.
Kelmarin SIL ada bawakan ubi kayu ke rumah ibu.
Banyak gaklh.
So dr terbiar busuk ibu cuba2lah buat kuih yg pernah
ibu makan kat kelantan masa cuti hr tu.
Kalu xsilap namanya ubi gerodok...

pembantu ibu.
Sedang gigih parut ubi.
Habis bersepah 1 dapur...
Xpelh, janji nk tolong...tolong sepah!!!!!!!

ubi kayu yg dh siap diparut oleh Farouk n Naurah....

ni ubi yg dh siap ibu kukus.

dah siap kukus ibu cedok n masukkan dalam kelapa
yg ibu gaul bersama garam n sedikit gula...

Mmg sedap......

goreng tempe celup tepung n makan dgn sambal kicap.
Ibu terpaksa habiskan stok2 tempe kt dlm peti ais tu.
Tempe2 ni ibu beli masa nk blk kg hari tu.
Bila rancangan tergendala terpaksa la abiskan sebelum membazir...
Tiba2 teringatkan Khairul..
Dia peminat tempe espclly yg ibu goreng camne.
Maklum la ibu kakak kesayangan Khairul..
masak apa pn sedapkan Yu......


p/s:
Al-fatihah buat Biras ibu Hafizah yg kembali ke rahmatullah semlm.
Arwah lbh kurg sebaya ibu n meninggal krn breastcancer.
Arwah selamat dikebumikan selepas Asar smlm.
Arwah meninggalkan 3 org anak brusia 13 thn, 10 thn n 3 thn..
Sedih ibu menyaksikan tangisan kak long (anak sulung arwah).
Sabar ye kak long...
Semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg solehah di sana...
Amin!!!...



4 Februari 2011

Berita Terkini Khairul dr MESIR

Terima msg dr adik ibu Ahmad Zaki di KL:
msg 1
Kie br call wisma putra kul 7pagi. Bekalan mknan masih xde. Kt wisma putra MAS xblh turun katanya dan mrk xtau bila dpt mendarat...........

msg 2
yu dh slamat smpai d Msia Hall Abasiah Cairo pd 12 mlm waktu Cairo. Smpai skrg xtrima bekalan mknan. Mrk menaiki bas. Teruk betul layanan"......". Bila tiba di jeddah utk blk msia ikut kapal kena tunggu 2-3 minggu lagi n jika ikut flight, kos tanggung sndiri......

msg 3
mknan xde..dlm kelaparan..kena beli sndiri..ttp kebykan rakan dh xde duit..trpaksa thn lapar sejak smlm..........

SILA KLIK SINI

CUKUPLAH!!!!!!

Terima kasih teman krn xjemu2 bertandang n memberi kata2 semangat.
Disaat getir ini baru kita akn dpt menilai mana teman yg ikhlas
n mana teman yg hadir hanya utk brkongsi kegembiraan semata2.

Dan saat ini hati ibu dh membeku.
mendengar berita2 yang tersiar.
Banyak kenyataan bercanggah dgn realiti.
Cukuplah kami dipergula-gulakan.
mungkin utk org lain ttp bukan kami......
Diberi harapan palsu semata2.
Bercakap xserupa bikin.

Mungkin org lain boleh menerima semua berita2 itu.
Tapi kami yg alami saat ini.
Terlalu byk alasan2 yg xmunasabah.
Alasan2 yg boleh buat kami mampu ketawa disaat duka.....
Perlu dibentak setiap masa.
Baru nk bertindak.

Dan yang paling best perkataan yang kami terima bila menghubungi Wisma Putra ditalian:
"tanggungjawab "KITA" utk keluarkan pelajar
dari Mesir SAHAJA,
bukan utk bawa pulang ke Malayisa.
Yang lain urusan keluarga menyediakan tambang"

Sedapkan telinga mendengar kata2 manis tu...
Tahniahlah utk MEREKA SEMUA dari waris2 yg teranaiya!!!!!!.

Dan pihak lain yg brtukus lumut berusaha membawa mrk.
Bukan dr org yg bertanggung jawab.
Org2 itu hanya bercakap dan bercakap....

Dan bukan kami xmampu.
Kami akan pastikan adik kami selamat kembali ke Malaysia.
Tapi bagaimana bagi keluarga yang xmampu.
Xpelh, biar rakyat Malaysia ini umpama PATI di sana.
Baguskan!!!!!!
Dan tunggulah tindakan yang akan menyusul nnti.
Adakah ini yg mereka mahu????????
Mahu didesak dan didesak baru bertindak.....
TAHNIAH utk org2 sebegini......

p/s:
ribuan terima kasih kpd Pemimpin pelajar, Air Asia, Mas n tabung Haji yg lebih perihatin n cpt bertindak.

3 Februari 2011

Chatting Terkini ibu dgn Muhd Khairul Anuar di MESIR


Kak : salam yu...lega rasa hati kak..
7:49pm
Khairul: still di zagazig sampai ke saat2 ini cuba bayangkan..........nantilah,kalau u berjaya sampai ke malaysia banyak u nak citer.hihihihih
7:49pm
Kak: cuma saat nie kak n family xputus2 brdoa utk yu....byk kali kak call ttp diblok...
bila masanya yu akn brtolak ke cairo??? n camne dgn mknan..masih ok??
7:50pm
Khairul: itulah....aminnn2.......hr ni br dapat online kat CC..sejam lg berkumpul nak ke Cairo......hrp2 berjaya semua perjalanan ke malaysia...hrp2 sampai di malaysia/////amiin2.
bas yg dihantar kedutaan agaknya satu ke dua jer kot.....lepas hantar budak tahun satu ke cairo,datang balik amik....ikot turn....
tak leh imagine.......
7:52pm
Kak: Insyallah yu, semua waris brusha n menekan krajaan msia bw blk kg msia..yu jgn risau..yg pnting yu selamat..mmg ikut turn ttp mrk jamin semua selamat..tiap masa kak ikuti prkmbngan..
7:52pm
Khairul: insyaAllah...u yakin ngan doa2 family semua
7:53pm
Kak: ye yu....siang mlm kami xputus2 brdoa..bagaimana keadaan yu disana gitulh kami kt sini...
7:53pm
Khairul:itulah...u sgt2 tahu,semua sgt2 risau
doa2...
7:54pm
Kak: ye yu..jenuh kak call ttp pak arab yg jwb..kak risau sgt masa tu...xputus2 bristifar..nk mkn pn xlalu...
7:55pm
Khairul: memang.....line makan line agaknya
7:55pm
Kak: xpelh yg pnting yu selamat n msh boleh mkn....
7:55pm
Khairul: semua dah bercelaru......topup yg rm 10 jd rm 15..itu pun setiap org kene beli dua..itu pun kedai2 tuu jerrrr ada......
makan ok....still boleh
jgn risau\
insyaAllah ok
cuma u kene bersiap lah...apa2 kemungkinan
7:56pm
Kak: Alhamdulillah....ni pn kak tgh ok dngar berita...mlm ni penerbangan prtama tiba d jeddah....
7:57pm
Khairul: sekarang kat sini dah kul 2 ptg..perintah berkurung kul 4ptg...semalam 24jam
darurat....br dapat rasa
itupun kerajaan nak berlengah2
nanti balik..banyak la nak citer....hihi
7:59pm
Kak: xpelh sekurg2nya jd pnglman brharga..jap lg kak nk call beritahu mama n semua....ma risau sgt.....yelh kami pn dh xsabar nk tunggu yu blk...ada rahmat sebalik semua nie...
7:59pm
Khairul: ok....doa2lah perjalanan
8:00pm
Khairul: Insyallah.....yu pn kena byk brselawat n bristifar.....insyallah yu selamat..
faizzudin ghazali: TERKINI : Maklumat daripada Bilik Gerakan Kedutaan

1. Kos perjalanan Kaherah - Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan
2. Sara hidup sepanjang di Jeddah ditanggung oleh pihak kerajaan.
3. Kos untuk pulang ke Malaysia dengan kapal TLDM yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Kapasiti muatan seramai 500-600 orang sahaja.
4. Perjalanan Jeddah - KL dengan tanggungan sendiri
5. Perjalanan Jeddah - Cairo juga dengan tanggungan sendiri
*pengumuman kerajaan dgn maklumat yg diperolehi bercanggah??????sedang tunggu dan lihat penguman terkini.......
Maklumat diperolehi daripada Encik Wan Ahmad Tarmizi Wan Idris Sekretariat Evakuasi, melalui panggilan telefon pada jam 12.48pm waktu Mesir
Last message received on 03/02 at 02:15 مBookmark
8:14pm
Kak: xpolh yu yg pnting yu slmat kluar..ttp hok trkini semua krjaan yg tnggung...yu jgn risau ttg tu...
8:14pm
Khairul: dah nak berkumpul.....wasalm
8:14pm
ok..take care.....

lebih kurang setengah jam lagi Muhammad Khairul Anuar dan pelajar University Zagaziq akan diangkut keluar secara berperingkat ke Cairo...Doakan keselamatan dan kesejahteraan mereka....

2dy is Naurah Besday!!!!

Selamat Ulang Tahun ke 11 utk Farah Naurah.
Doa ibu serta keluarga agar Naurah membesar dengan sihat..
Menjadi anak yang pintar, solehah dan dapat menyenangkan
hati orang2 disekelilingnya.

Dan sepanjang 11 tahun Naurah wujud di dunia ini...
Ibulah orang yg paling bertuah kerana dikurniakan seorang anak
yang pintar, baik, xbanyak kerenah dan lemah lembut.
Xpernah membantah dan sangat mendengar kata.
Dan sesungguhnya ibu amat bangga kerana memiliki
permata yg begitu berharga....
Syukur ibu kepada ALLAH di atas pemberian ini.
Ibu berdoa agar Naurah berjaya dunia dan akhirat...
Amin.....


kek yg ayah sponser...beli sejak kelmarin cz risau 2dy kedai tutup.....

Farouk yg suka menempel.....

hanya acara potong kek jerrr.....
Juga slamat ulang thn juga utk cousin Naurah, nabhan yg pertama..
Mrk brkongsi hari yg sama...kalu xsilap ibu la......


perkembangan Muhammad Khairul Anuar di Mesir:
Adik ibu (Ahmad Zakimi ) hubungi adik yu supaya bersiap sedia w.pn dia belum dpt sebarang maklumat dr pihak kedutaan.
Masih tiada apa2 arahan yg dia terima.

Skrg kami terpaksa sntiasa berhubung dgn wisma putra utk dptkan maklumat.
Semoga semuanya selamat.....

2 Februari 2011

Setelah didesak n keadaan terdesak, baru bertindak...


3 Pesawat TLDM Berlepas ke Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. – Tiga pesawat C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijadual berlepas ke Mesir tengah hari ini bagi membawa pulang rakyat Malaysia yang berada di negara itu. Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN), Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata, pesawat tersebut akan turut membawa bekalan makanan bersama mereka.
"Pukul 12 (tengah hari) ini tiga pesawat milik TUDM akan berlepas dari Kuala Lumpur. “Macam-macam makanan mereka akan bawa sekali dalam pesawat tersebut seperti beras, sardin, minyak masak, rempah kari, tepung dan lain-lain lagi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini. Katanya, kerajaan juga berusaha mendapatkan visa sementara khas daripada kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan pelajar yang berada di Mesir dipindahkan ke Jeddah sebelum dibawa pulang.
”...Sebab kita nak keluarkan pelajar kita ramai sangat. Jadi kita nak bawa mereka ini ke Jeddah dulu,” katanya. Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di negara itu dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar. – Bernama

Bayangkan baru hari ini MALAYSIA baru memulakan misi mereka.
Setelah rakyat negara lain dh terselamat kembali ke tanah air.
MALAYSIA baru nk mula.
Atas ihsan TLDM n TUDM.
Penerbangannya bukannya sampai
sejam dua....
Tetapi memakan masa.
Dan setiap saat nyawa mrk dihujung tanduk....

Alasan yg xmunasabah.
PELAJAR MALAYSIA RAMAI SANGAT???????
Perlukan kata2 itu diucapkan.
Setelah keadaan makin kritikal dan terdesak.
Baru nk memunggah....
SALAH SIAPA???????

Sudah kering airmata kami,
Sudah jenuh kami mengemis...
Merayu2......
Meminta2......
Menagih simpati....
Memohon agar membuka sedikit rasa belas ihsan..
Rasa simpati di dalam hati..

Kalu kami mampu membawa mrk pulang.
pasti kami tidak akan menagih simpati.
kami akan usahakan..
Walau dgn cara apa sekalipn.....
Tapi..............

W.pn mungkin tiada anak "mereka" di sana.
tapi nyawa anak2 rakyat MALAYSIA...
Yg umpama dihujung tanduk.
Dan mungkin mrk bangga kalu dapat membawa pulang sekujur jasad
yang dh xbrnyawa.
Mungkin itu yg mereka inginkan!!!!!!

Perkembangan terkini
MUHAMMAD KHAIRUL ANUAR...
Sudah kehabisan bekalan makanan.
Namun tidak ada seorang pn yg memantau.
Apatah lg brtanya khabar.
Berdua dibilik penginapan.
Dalam kebingungan....
Dan seorg sepupu ibu
terputus hubungan 1 minggu sudah dgn keluarga...

Dan bila seorg adik ibu ,Ahmad Zaki terpaksa bertindak...
Menapak ke Wisma Putra..
Ingin bertanya khabar n perkembangan dari sana....
Katanya Khairul Anuar perlu menunggu giliran.
MUNGKIN 5.2.2011 baru diberi bantuan.
Ya Allah...bagaimana dia boleh meneruskan hidup di sana.
Terkurung tanpa bekalan makanan.
Hidup dlm ketakutan n tekanan.

Dan sesungguhnya ibu terlalu KECEWA dgn sikap org2
seperti ini....
Skrg lihatlah!!!!!
SIAPA KITA SEBENARNYA DI HATI MEREKA!!!!!
.

N3 dlm mood sedih!!!!!!

Sedih + kecewa + terkilan + benggang +.......
Bertambah sedih bila mendengar ucapan VIP dlm TV3 mlm tadi.
Xtahu kemana perginya slogan
"RAKYAT DIDDAHULUKAN...."
yang dilaungkan2...
yang diagung2kan.....
Duit lebih berharga dr nyawa???????......

Bukan ibu xtahu bersabar...bukan waris2 xmengerti.
Tapi kenapa negara lain boleh bertindak pantas.
Kita masih terkial2.
Menanti dan terus menanti.
Bersikap acuh xacuh.
Terus tunggu dan lihat.
Berapa ribu rakyat Malaysia..
Dah kehabisan stok makanan.
Pelajar2 dalam ketakutan.
Rumah dipecah masuk n ada yg dirogol.
Ada berita siarkan semua tu...???????

Cuma saat ini kami waris2 mampu berdoa n terus berdoa.
Sedangkan org2 yg bertanggung jawab lepas tangan.
Seolah2 melepaskan batuk ditangga.

Semua nombor2 yg disiarkan dikaca TV xberfungsi.
Walaupn sampai beratus kali kami mendail.
Hampa....

Xperlulh lagi menyakiti hati kami...
Kami yg menanggung keperitan.
Mrk semua aset negara.
Bukan calang2 orang.
Cerdik pandai dr Malaysia.
Semua pelajar2 cemerlang.
Ditaja oleh JPA
(sbnarnya JPA skrg hanya mampu menaja yuran semata2.
Kos hidup terpaksa ditanggung ibu bapa..itulh realitinya....).
Tapi kami xmelatah.
Tetap berdiam diri....

Dan mungkin skrg kami xboleh lagi berdiam diri.
Terpaksa berusaha sendiri.
Dalam keadaan yg sukar.
Panggilan telefon pn disekat.
Terputus hubungan...
Namun kami xputus asa.
Selagi ada kudhrat.
Ibu dan family terus berusaha.
Dan berusaha, demi adik tersayang..

Ya Allah......
Selamatkan nyawa mereka di sana.


Bila ibu ingin menyuapkan makanan....
Semuanya seolah2 tersekat dikerongkong.
Mengenang adik yg dh terputus bekalan dr semalam.
Bagaimanakah nasib Muhammad Khairul Anuar???
Pasti adik yu dalam kelaparan,
terpaksa menahan lapar.......
dalam ketakutan..
dalam kesedihan...
dalam kekusutan....

Tapi percayalah adik yu...
kami xberdaya...
Kami xpunya kuasa...
Kami xmampu lakukan apa2.....
Sudah puas kami berusaha...
Merayu sana sini...
Menagih simpati....
Menuntut hak kami sebagai rakyat Malaysia...
Meratap pd mereka2 yg bertanggung jawab...
Mereka cuma berkata.....
HARAP BERSABAR DAN BERTENANG....



1 Februari 2011

Kerajaan Malaysia...tolonglh bertindak


"TIADA KEPERLUAN untuk membawa mereka balik ke Malaysia....
"PELAJAR MALAYSIA DI MESIR masih OK....."
"Kita xboleh bawa pelajar Malaysia pulang krn kos yg tinggi"....
Petikan kata2 dari org2 yg atasan........

Petikan dari FB adikku Dr Ahmad Zakimi di Malaysia:

My bro Anuar Muhammad is one of medical student who trapped in Zagazig, Egypt...No some helping them over there...My bro maybe soon running out of food and money. No longer can survive...where is Malaysian government? do something laa...I'll not forgive them if something happen to my brother...SELAMATKAN ADIKKU...
TRACING BANTUAN KEPADA ADIKKU DI MESIR DARI AKU DI MALAYSIA...aku dh buat panggilan hampir 200 kali this morning...harapanku utk meminta bantuan dari wisma putrajaya berkecai...talian phone tidak dijawab...hampeh betoi...aku try call adik aku kt egypt a few time...so dpt...sumber dr FB Dr Ahmad Zakimi Abdullah
Rintihan dari Muhammad Khairul Anuar di Zagaziq Mesir:
"kitorg tak dapat apa2 berita skg...pihak kedutaan... tak dpt dihubungi...kita org dh kehabisan top up...mknan pun bertahan utk sehari jer...skg ni dah dapat perintah berkurung 24 hours...gate rmh kami dikunci...abg mie kene tolong dptkn berbantuan dari pihak kedutaan skg..."sumber dr FB Ahmad Zakimi Abdullah

P/S: kepada student kt Zagazig, plz contact En Luqman (ketua pelajar incharge di Zagazig) ditalian +20111235115...
Xtau camne lagi ibu mampu menaip kata2.
Terlalu sebak + sedih + kecewa + hampa.

Segala berita yg tersiar diakhbar n TV yg
kita dengar xseperti yg mrk alami.

Mereka terumbang ambing di sana.
Tanpa apa2 berita.
Tanpa apa2 bantuan.
Tanpa apa2 tindakan....
Tanpa2 apa2 maklumat dr pejabat kedutaan.

TOLONGLAH...
Cepatlah bertindak.
Kenapa masih bersikap "TUNGGU DAN LIHAT"..
Sedangkan negara lain dh bertindak pantas
membawa rakyat mereka keluar.
Dengan berbagai2 cara.....

Dan kita masih terkial2.
Mengurung pelajar2 di dalam bilik.
Tanpa apa2 tindakan.
Dan sekadar ingin memindahkan mereka ke negara jiran.
Yang belum tentu selamat.

Bukan ibu emosi ttp belasan ribu nyawa rakyat kita di sana.
Adik2, saudara mara rakan2 blogger pn alami nasib yg sama.
Dan adik ibu salah seorg yg menerima nasib yg sama.
Please!!!!!!! jgn hanya tahu bercakap dan bercakap..
Mesyuarat demi mesyuarat tanpa ada apa2 keputusan.....
Sedangkan rakyat negara lain dh berpusu2 keluar.

Mungkin mereka ingin menyaksikan ada nyawa melayang dahulu.
Baru mereka tersedar dr mimpi.....

YA ALLAH....
HANYA PADAMU TEMPAT AKU BERMOHON DISAAT INI......
BERILAN MEREKA KEKUATAN N LINDUNGILAH MEREKA YA ALLAH....

Akibat banjir kami ke sini......

Masa OTW balik kg semalam,
Farouk tgh lena tidur di tmpt duduk plg belakang skali.
Siap berselimut n dikelilingi bantal peluk n teddybear.
Lena jerr tidur cz sejuk.

Masa sampai ke tempat banjir pn farouk masih lena.
Sampailah kali berpatah balik n melalui semula jalan pesisir
Gunung Ledang.

Tiba2 farouk trjaga n bertanya skrg kt mana.
Ayat2 yg biasa dia tanya bila balik kg.
Ibu ckp la kami berpatah balik semula.
Apa lg terus berjurai2 airmata farouk.
Farouk ni kalu nangis mmg xpernah kluar suara pn.
Sedari kecik kalu nangis dia mcm org sebak gitu.
Hanya airmata yg mengalir laju.
Siap tutup muka lagi.....
Kesian ibu tengokkan.

Kakak2nya ambil kesempatan dok usik2 dia.
Habis basah baju dok kesat airmata....
Sebenarnya ibu pn frust + strees sgt.

So kami terus ke Bandar Tangkak.
Saja nk pujuk farouk n Naurah yg sedih sgt2 tu.....
Saja la cz perut pn lapar sebenarnya.
Hujan2 mmg la lapar je....

bandar Tangkak pn dilanda hujan.........
Kami menuju ke Pizza Hut....


bukan main selera budak yg tgh sedih nie makan...
hirup sup cendawan sampai licin, mkn airkrim lagi......
.

pastu tu tibai makan pizza...abis 2 slice pizza...
ha nk ilangkan stress la tu....
sorang lagi budak yg sedih......

along, angah n ayah su pn sebenarnya sedih....
hu.hu.hu....

ni yg kami order Ring of Fortune 2..mmg besar sungguh.
Kiranya saiz dulang yg sederhana tu...
Tapi rasanya xbbrapa sedap la bagi tekak ibu nie....
Cheesy Lava Pizza tu rasanya lg sedap..

Farouk n Naurah lak order kiddie Fun cz ada air coklat + aiskrim.....
Byk sgt smpai xabis makan so kami tapau la yg lebih tu bw balik.....

sempat singgah kedai sebelah Pizza Hut....
sempat rembat 3 helai tudung.....
Kt Tangkak nie mmg pusat kain baju..
Mcm2 pilihan n murah.
Nasib baik hujan so xdelh keinginan ibu utk g ronda2.....
Selamat duit ibu.....

Balik rumah terpaksa punggah semula brg2 dlm kereta..
Byk gak brg2 yg ibu beli utk bw blk kg.
2 kotak limau mandarin, 10 kilo belimbing madu,
50 keping tempe ( mama yg rindu nk makan tempe...hu.hu.hu..),
3 botol myk (5 liter) masak cz kt Klantan dh abis stok myk weh.....
hadiah khawin utk cousin, brg2 sampingan lain utk si kecik Iman Amsyar.
Fuh!!!!!jenuh punggah.
2 belum trmasuk baggasi kami yg menimbun2.....

Akibat banjir kami terpaksa akur.......

After Zohor Along n Angah selamat pulang ke rumah setelah 3 hari 2 mlm
menghadiri program PKS di SK n Taman herba Nasuha.
Terus kami bertolak utk pulang ke kg.
Ibu mmg rasa xsedap dr smlm.

Kesian tengokkan farouk n Naurah yg beria2 nk blk kg,
ibu trpaksa mengalah.
Kami meneruskan juga perjalanan dlm hujan.
Sepanjang perjalanan parit2 dilimpahi air.
Hujan turun xhenti-henti.....

Kami melintasi Gunung Ledang menuju ke Jementah
dalam hujan yang agak lebat..
Lebik kurang 1 jam perjalanan,

Setibanya kami di Lubuk Badan.....
Kami lihat byk kereta yg mula terperangkap ditengah2 jalan raya.
Semua kereta2 tu terpaksa berhenti ditengah jalan
akibat air mula melimpah dgn cepatnya.
Banyak diantaranya berpatah balik ke jementah.

Xsatu pn kereta yang berani meredah air
kerana arusnya yg deras n dalam.
Boleh tahan juga ke dalaman air tu,
memandangkan sebuah lori dh tersangkut di dalam air.
Redha dgn keadaan, kami terpaksa akur n berpatah balik.

Xpelh, mungkin ada rahmat disebalik kesukaran ini.

pic yg sempat ibu snap dlm kereta.
Kereta2 tersadai akibat air melimpah di atas jalan raya.
Lebih kurg 13 km menghala ke Segamat.

seorang budak yg frust.....
Berjurai2 airmata Farouk
bila hajat nk jumpa atuk mama n atuk ayah xtrcapai....



kakak pn sedih ttp sempat control ayu...
Kesian anak2 ibu.
Xpelh nak, Insyallah jika diberi kesempatan
kita akan pulang ke kampung.
Apa nk buatkan ,
keadaaan tidak mengizinkan kita meneruskan perjalanan.


Dan akhirnya kami melencong ke suatu tempat utk redakan kekecewaan hati......
n3 bersambung...tunggu!!!!!!!!

p/s:
Buat 2 org cousin ibu yg akan berkahwin esok n lusa di
Pasir Mas dan Kota Bharu, Kelantan.
Maafkan akak kerana xsempat meraikan hari bahagia Muni n Jaja.
Akak doakan moga kalian bahagia selamanya.

Update Muhd Khairul di Mesir:
Ptg smlm Khairul smpt menghubungi abah dlm talian yg trputus2..
Katanya dia selamat dan hanya brkurung di dlm bilik.
Bekalan makanan dh melambung berganda2..

31 Januari 2011

Dalam Dilema.....

Sampai saat ibu menaip n3 nie hujan turun xhenti2.
Seingat ibu dh 3-4 hari hujan berterusan.
Rasanya seluruh Johor dilanda hujan.
Ada beberapa kawasan telah dilanda banjir.
Yang paling ibu risau area Segamat.

Niat hari after Zohor nk berangkat pulang ke kg.
Dah siap packing semua brg.
Dah beli brg2 yg mama n adik pesan.
Hati berbelah bagi.
Antara ingin teruskan niat hati atau
batalkan rancangan disaat akhir.

Hati terlalu ingin pulang.
Ingin menjenguk mama yg xsihat.
Tapi hati rasa xsedap jerrr.
Mcm2 yg ibu fikirkan.
Tentang adik nun jauh di Mesir
dan ttg kesihatan mama.
Sekurang2nya kalu ibu pulang ,
Ibu boleh legakan ckit hati mama n abah.

Perjalanan bukan dekat.
Paling cepat 10 jam baru sampai.
Perlu lalui daerah Segamat.

Entahlah...tinggal bbrapa jam lagi.
Ibu hanya berserah n pasrah.
Terpaksa mengikut gerak hati..
Ya Allah...berilah aku petunjuk.......


keadaan banjir di Labis-Segamat

p/s:
Adik ibu Muhammad Khairul Anuar smpat call abah bbrapa saat dr Mesir.
Terpaksa memanjat meja utk mendapat line tel.
Katanya nk beli mknan pn dh susah.
Situasi mkn kucar kacir.
Seorg cousin ibu ( pompuan) dh kehabisan stok duit utk membeli makanan.
Bank dh xberoperasi..
Moga mereka dilindungi Allah.....

Dah nasib 3 Minah......

Jumaat last day sekolah n pastu tu cuti selama 9 hari.
Hurrayyyyy!!!!
Jangan jeles dgn ibu ye...
Bukan ibu yg mintak cuti lama2 ttp org dh nk bagi nk wat camne..
(Opppssss!!!!! 2 hari cuti ganti tau...2 minggu hari Sabtu pi SK)
Cewah, ayat2 yg boleh buat org meluat
espclly adik beradik lelaki ibu.
Wakaka...

Mrk jeles betul dgn 3 Minah ni
(ibu, kak long n adik pompuan ibu)
cz kami bertiga ni cikgu2....
Atas permintaan mama kami jd cikgu.
Kak long n atie ambik course lain kt 'U' ttp alih2 buat KPLI...

Depa bengang dgn kami cz asyik2 cuti..asyik2 cuti.
Lama lak tu......
Bila dh cuti kami calling2 la pakat blk kg.
Sorg nun di Johor,
sorg nun di Perak
n sorg mmg dok Kelantan.
Bila dh berlonggok kt kampung xde kerja lain.
Abis kedai kami jelajah.
Hampir2 muflis dibuatnya....

Pastu santai2...
Gosip2, lepak2, sronok2, enjoy2...
Ha, sapa xjeles.....
kan..kan..kan..
Dh rezeki n takdir kami begitu......

p/s utk Abdul2 tu (adik2 lelaki ibu)
Ha, sapa suruh jd doktor, jadi pengurus..
Kan dh kena kerja.
Jangan mare!!!!!!!!

p/s:
tengahari kalu xde aral kami nk blk kg.....
Doakan perjalanan kami selamat n doakan moga Daerah Segamat xbanjir....

About me