Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RESEPI FAMILY. Papar semua catatan

21 Julai 2014

Pelbagai Menu dan Resepi Ramadan Kami

Mintak ampun ye ibu/mama/mummy dan mak2 sebab hari ni ibu nak tepek
gambar makanan.
Ni pun dah pengakhir Ramadan.

Rasanya sejak berpuasa ibu belum lagi tepek menu berbuka ibu.
Sebenarnya setiap kali nak berbuat demikian hati jadi sedih mengenangkan
'saudara Islam' yang sedang menderita di sana...Ya Allah.
Ibu tepek ni pun bukan ada niat lain sekadar sebagai
catatan kenangan kami sekeluarga.

Menu iftar ibu tidak ada bezanya dengan hari-hari biasa.
Cuma bezanya kalau hari biasa anak-anak ibu makan nasi
1x sahaja tapi bulan puasa mereka akan makan nasi 2x iaitu
sewaktu berbuka dan bersahur......

Sejak kawin dengan ayah, ibu dilatih agar tidak membazir
dan memasak menu ala kadar saja.
Dan kami boleh dikatakan tidak pernah membeli
lauk pauk dibazar ramadan kecuali kuih muih.
Itupun biasanya ayah akan beli murtabak atau roti canai sahaja.

Ibu pun dah lupa hari ke berapa menu-menu ni tapi sekadar jadi kenangan kelak.
Ayam panggang versi ibu
 , sayur goreng, 
sambal hijau, 
ikan masak sambal.

A.Resepi Ayam Panggang versi ibu:
Seekor ayam
Belah 2 atau potong macam biasa.

Bahan A
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
3 batang serai
2 inci halia
1 sudu ketumbar
2 senduk kecil kicap,
2 sudu besar sos tiram,
1 senduk kecil minyak masak,
 madu ( kalau ada, kalau tak ada boleh ganti dengan gula)
garam secukup rasa.
Blend semua bahan A dan perapkan ayam.
Makin lama perap makin sedap.
*ibu panggang dalam pemanggang ajaib.

B. Resepi Sambal Hijau/ ijau
ikan bilis hitam-goreng.

Bahan A
3 ulas bawang merah,
2 ulas bawang putih,
4 biji lada besar-hijau
cili padi hijau-kalau nak pedas boleh banyakkan
belacan (ibu tak masukkan sebab kalah dengan belacan)
minyak untuk mengoreng

Panaskan minyak,
goreng semua bahan A sehingga naik bau dan toskan.
Tumbuk jangan lumat.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
perahkan sedikit asam limau kasturi/nipis.
Boleh dihidangkan bersama bilis hitam goreng.


Ini saja hidang kami...sawi goreng, ayam masak merah dan gulai lemak telur masin.

sambal ikan, sotong goreng tepung, taugeh goreng dan tempe goreng.
Pencuci mulut puding ceremal.

sotong sumbat, bayam masak bening, begedil dan ikan patin masak sambal.

Ikan siakap masak stim, bergedil sardin, ikan perkasam goreng dan bayam.

Nasi ayam special + ayam panggang + bergedil.

Ikan siakap masak 3 rasa, udang butter dan jantung pisang masak lemak cekur.

Ni pulak nasi ambeng versi Kelantan.
Ibu dibantu oleh 3 farahs gigih bersilat di dapur memasak untuk majlis khatam al-quran di surau.
Maklumlah orang Kelantan masak menu tradisional orang jawa.
Mesti kena buat yang terbaikkan.

Resepi Serunding nasi ambeng versi Ibu:
4 biji Bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2 batang serai, 1 inci halia, sedikit lengkuas,
kunyit dikisar bersama ketumbar, jintan manis/putih.
Tumis semua bahan tersebut sampai naik bau.
Masukkan air asam jawa.
Masukkan kelapa dan pastikan dimasak sehingga kering.
Masukkan garam dan gula.

*serunding ni tahan lama kalau dimasak benar2 kering.
Aksesorinya ialah ikan kering.


Ikan siakap masak lemak versi Cheratin.
Menu ni ibu makan masa ikut ayah pergi dinner kat Cheratin.
Tergoda dengan kepekatan dan keenakannya so ibu "paksa" ayah pergi tanya menu pada chef kat sini.
Akhirnya dapat juga menu tu .
Meh ibu share resepinya kat sini:

Resepi Siapkap Lemak berkrim:
1 ekor ikan siakap (2kg) digoreng dengan cara bersalut tepung gandung + jagung.

Bahan A:
3 batang serai
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
*dikisar.

Bahan B:
Lada besar dipotong nipis.
Kalau nak pedas boleh tambah cili padi.
1 biji bawang besar dipotong nipis.
4 helai daun limau purut.
asam keping/asam jawa.
1 tin susu cair.
garam dan gula secukup rasa.

Cara:
Panaskan minyak.
Tumis Bahan A hingga naik bau.
Masukkan Bahan B.
Masukkan susu cair dan semua bahan2 lain.
Kacau hingga pekat.
Dah siap, curahkan sos tadi ke atas ikan siakap yang telah siap digoreng.

Sambal tumis kupang.
Ibu seorang je yang mengadap ni sebab anak-anak tak begitu suka kupang..

Pecal yang ayah request.
macam orang mengidam gayanya.

Sambal Pecal :
Segengam kacang tanah di sangai (goreng tanpa minyak).
Goreng  dalam minyak: 3 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, 
10 biji cili padi, sedikit cekur.
Tumbuk semua bahan hingga sebati.
masukkan garam dan gula secukup rasa.
Akhir sekali masaukkan air asam jawa.

Makan bersama sayur2 yang dicelur:
kacang panjang,
tougeh
jantung pisang.
Tempe goreng dan tauuhu goreng.

Ni sup tulang.
Sejak puasa dah 2-3 kali jugak ibu masak sup tulang nie.
Anak-anak suka......

Hidang pencuci mulut biasanya disediakan oleh Along, Angah dan Naurah.
Petang-petang memang meriah dapur ibu kerana ramai kakitangan
yang volunteer......

Itulah yang sempat ibu snap menu kami.
Ada lagi yang tidak sempat ibu abadikan kat sini........

23 Mei 2014

Resepi Kerabu Bilis

Alahai, kerabu bilis pun kecoh ibu nie...he3x..
Terkadang  bila dah disuatu peringkat umur macam ibu ni selera mula berubah.
Anak-anak yang sedang membesar lebih suka memilih ayam dan lauk-lauk tertentu
yang tidak bersesuaian  dengan tekak ibu.
Terpaksa la ibu cari altenatif lain untuk membuka selera.......

Hari ini dengan gigihnya ibu menyelongkar dapur.
Makan timbul idea nak buat kerabu ni.
Meh intai resepi.

Bahan-bahan:
3 biji tomato
1 biji bawang besar
3 biji cili besar/cili padi kalau nak pedas.
*semua bahan kat atas tu dipotong kecik2.
Gaul sebati, tambahkan 2 sudu sunquik perisa oren/mangga, cuka/perahan limau nipis, gula dan garam secukup rasa.
Goreng bilis sampai garing dan masukkan ke dalam bahan-bahan yang telah digaul sebati...
Siap untuk dihidangkan.

Selamat mencuba.

5 Mei 2014

Resepi SeaWeed dan Beby

Sejak Beby bercuti panjang ni ibu rasa badan ibu makin mengembang + gebuzzz...
Ada saja resepi-resepi baru yang dijadikan bahan eksperiment di dapur ibu.
Ibu, Kakak dan Adik2 jadi pengkritik setiap resepi yang dimasaknya.
Adeh...terkadang dalam seronok ada juga perasaan tension sebab
setiap apa yang dimasak sedap je ditekak ibu.

Sekarang ni ibu dah tak perlu bersilat kat dapur diawal pagi sebab
Beby dah ambil alih tugas memasak lauk pauk untuk lunch dan dinner.
Tugas memasak nasi tetap ibu teruskan kerana ibu perlu meneruskan
bacaan tasbih dan zikir untuk keluarga dalam masakan ibu...
Ibu tepek gambar jelah...silalah layan ye......

Resepi SeaWeed yang mudah.
 Kerepek seaweed yang sedap dan rangup.
Sekejap je habis.....muhaha...
Resepi ibu share dari FB (*kredit utk Najah Nayli Nurhani)
 Beby yang buatkan semasa ibu keluar outing.

.Bahan:
1paket kulit popia (guna dlm 24keping je)
1 paket seaweed (ada 10sheet)
2 biji telur
garam,serbuk perasa ajishio(lada hitam dan lada putih) secukupnya..
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
Pukul telur bersama garam dan serbuk perasa ajishio.
Asingkn sehelai kulit popia,sapu telur pada keseluruhan permukaan kulit popia.
Seaweed tu potong panjang-pnjang.
Susun seaweed dan sapu telur di atas seaweed tersebut,
kemudian letak sehelai kulit popia kt atas seaweed itu.
Buat sampai habis...berselang seli.
  Kemudian gunting kecil2 ikut suka anda dan goreng dalam minyak yg 
betul2 panas dengan api yg perlahan
Sentiasa balik sebab ia cepat hangus.
Tidak perlu tunggu kekuningan sebab bila ditoskan,ia akan garing dgn minyak pns yg masih melekat.
6.Setelah sejuk,simpan dalam botol bertutup.

Ni ibu tak pasti resepi apa.
Rasa ala-ala lasagna.
Keju melimpah ruah dan ada sosej berkeju + mix vegitable + kulit popiah + mayonis....
memang rasanya sangat marvelous.

Puding triffle..Bangun pagi ibu tengok penuh petiais.....

Pizza....

Kek karot + toping cheeze dengan whipping cream.

Telur gulung bersayur..Katanya resepi orang Korea...
Apa jelah beby, yang penting airtangan Beby memang sedap dan marvelous...
Entah dia menurun dari sapalah minat memasak sebab ibu langsung tak minat masak...hik.hik.hik...

19 April 2014

Petua Sotong Goreng Bersalut Tepung

Sejak semalam Farouk request nak makan sotong goreng celup tepung.
Pagi ni sibuk lagi tanya ibu bila nak masakkan untuk dia.
Hish3x....macam mengidam pulak budak sorang nie....

So awal-awal pagi ibu bersilat kat dapur bagi memenuhi selera anak-anak.
Itulah tanda kasih sayang ibu pada anak-anak........
Agaknya kalau ibu dah tua nanti sanggupkah anak-anak ibu berkorban untuk ibu???
InsyaAllah.......

Ibu biasa dengan kalau nak goreng sotong celup tepong ni ada macam-macam
masalah.
Yang paling utama tepung dan sotong tidak bersatu..
Tepung ke utara dan sotong ke selatan....hik.hik.hik....

PETUAnya
1. Bersihkan sotong.
2. Toskan.
3. Lepas tu panaskan kuali TANPA minyak.
4. Masukkan sotong yang ditoskan dalam kuali yang telah dipanaskan.
5. Tujuannya untuk keringkan air yang masih ada kat sotong.
6. Pastikan separuh masak je.
7. Lepas tu toskan lagi.
8. Masukkan ke dalam bekas.
9. Taburkan tepung kering ke atas sotong dan gaul sebati.
Tak kisahlah tepung segera KFC ke, tepung jagung ke, tepung gandumkan..
10. Kalau nak kuning boleh taburkan serbuk kunyit dan gaulkan sebati.
Panaskan minyak dan siap untuk digoreng......


18 April 2014

Resepi Ketam Telur Masin versi Ibu

Sejak kena denggi lebih 4 bulan yang lepas ibu dah muak dengan ketam.
Sejak kebelakangan ni keinginan nak makan ketam kembali membara......
.macam orang mengidam pulak.
Sebelum ayah terbang untuk berseminar selama 4 hari ibu pesan
agar ayah belikan ketam sebab si isteri ni dah kempunan tahap gaban.
Bukan tak pandai nak pergi beli sendiri tapi dasar mengada-gada...
Ibu paling tak suka pergi ke pasar atau ke area jual lauk pauk ni....
mengadakan!!!!!

Ni saja bahan-bahannya....:

6 ekor ketam digoreng bersama tepung jagung dalam minyak yang panas.
3 biji telur masin ( ibu pecah-pecahkan dulu telur kuningnya dalam mangkuk)
2/3 tin susu cair
daun kari.
cili padi (kalau nak pedas bolehlah banyakkan)
cili besar
2 ulas bawang putih
1 labu bawang besar.
kuib bilis.

Cara-cara:
Tumiskan bayang besar, bawang putih, daun kari dan cili.
Masukkan ketam dan tuangkan telur masin...kacau sebati.
Masukkan susu cair dan kacau hingga pekat.
masukkan perasa.......

Inilah hasilnya.
Maaf ye gambar tidak memuaskan sebab tangan makcik ni penuh dengan tepung.
Snap gambar lagi...nak masak lagi...berpeluh2 diawal pagi...adehhhh...sabo jelah.....

13 Mac 2014

Jemput-jemput 4 in1

Alahai, jempt-jemput pun nak tayang dalam blog.......he3x..
Dah tak ada modal ke ibu...???
Sebenarnya ibu sibuk sangat sekarang ni tapi nak jugak terbitkan n3.
Jadinya ambil jelah dalam draf.

Dulu ibu paling tak suka makan jemput-jemput.
Usah nak makan, jeling pun tak.
Sejak kawin dengan ayah ibu terpaksa terima selera dan feveret ayah.
Maka terciptalah pelbagai resepi jemput-jemput.
Lagi pun ayah tidak cerewet.
Apa yang ibu masak selera aja ditekaknya....

Ibu pulak jenis main belasah aje.
Apa saja yang ada dalam peti ais itulah jadi mangsa.
Kebetulan dalam peti ais banyak stok tempe.
Maka tempelah jadi mangsa ibu...

Capai blander:
Campakkan tempe, bilis, dan 2 sudu nasi.
Kisar separuh hancur.
Masukkan dalam tepung dan tuangkan air suam, garam dan kuib bilis.
Kacau rata-rata dan potong bawang besar dan cili....
Siap untuk digoreng........

Siap je mengadap dengananak-anak.
Lumba-lumba makan.
kejap dah licin.
Aduyai..nampak gaya makin kembanglah si ibu nie.....

*selain tempe ibu tukarkan dengan karot, terung, kentang, bilis,
dan pelbagai bahan yang sesuai...... 

p/s:
masih terheggeh2 singgah rumah kawan-kawan akibat kesibukan melanda.
nanti ibu cuba jalan-jalan ye....

Teruskan berdoa untuk MH370.

7 Mac 2014

Sotong Sumbat Bersayur.

Hari ni kita cerita pasal makan-makan pulak.
Sebenarnya ibu tengah lapar nie....

Sotong feveret ibu dan anak-anak tapi kat tempat ibu agak sukar nak
dapatkan sotong segar + besar.
Cara ibu nak gemukkan sotong dengan menyumbat sesuatu dalam isi perutnya.

Sotong-sotong yang tak berapa nak besar ni ibu isi sayur-sayuran kat dalam perutnya.....he3X.
Sayur tu ibu main belasah je yang ada kat dalam petiais ni.
Kebetulan yang ada karot, kacang panjang, kentang serta bebola ikan.
Masak dulu sayur-sayur tu kemudian ibu sumbat dalam sotong.
Kemudian tutup semula badan sotong tu dengan kepalanya...cocok dengan lidi......
Bila dah masak anak-anak sibuk tanya kenapa sotong ibu jadi gemuzzz dan gebu.....

Resepi sayur:
Langkah 1
Tumis bawang putih dan cili serta bawang besar.
Masukkan bebola ikan.
Tambah garam dan perasa.
Kemudian msukkan kentang, kacang panjang dan apa saja sayur kesukaan.
Goreng hingga masak tapi pastikan jangan lembek.

Selesai disumbat sayur ke dalam sotong tu:
Langkah ke 2
Tumis bawang besar + bawang putih + cili besar dalam minyak panas.
Masukkan sedikit serbuk kunyit dan perasa.
Sedikit air asam jawa atau asam keping....
Masukkan sotong yang telah siap disumbat tu.
Goreng sekejap je sebab sotong akan liat bila
lama-lama atas api.......

Siap untuk dimakan.
Jap lagi nak pergi pasar malam.
Nak cari sotong...he3x.....

16 Februari 2014

Pelbagai Resepi Jantung Pisang

Ayah paling suka beli jantung pisang.
Pantang jumpa mesti beli.
pelbagai resepi ibu dah cuba...
dari celur, masak lemak cekur, lemak putih, kerabu dan goreng.
JOm kita jengah resepi.....

A. Goreng Jantung Pisang
Goreng simple je.

Jantung tu rebus seketika dan toskan.
Pastu potong nipis-nipis.
Tumis bawang besar, bawang putih, cili.
Kalau ada fish cake ke...fish ball ke, campak jelah dalam tu.
Masukkan garam dan perasa.
Gaul sebati dan siap untuk dimakan bersama nasi panas.

B. Kerabu Jantung Pisang
Sedap juga dimakan dengan nasi atau
diratah begitu saja.


Bahan:
 Jantung pisang (rebus dan dipotong melintang nipis2)
1/2 biji kelapa parut (disangai hingga perang )
1biji bawang besar
1 ekor ikan kembung dibakar/panggang
cili padi dipotong nipis-nipis
1/2 sudu serbuk lada hitam
Asam limau
garam

Cara2
1. Tumbuk bawang + kelapa + isi ikan 
2. Masukkan ke dalam bekas yang berisi jantung.
3. Masukkan cili padi + serbuk lada hitam + perah asam limau + garam.
4. Gaul sebati dan siap untuk dimakan.

C. Masak Lemak Cekur Jantung Pisang
Resepi ni dari MIL ibu.
Ibu suka sangat terutama kalau MIL yang masak....hehehe....

Bahan:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
3 biji cekur
4 biji cili padi ( kalau suka pedah boleh lebihkan )
*ditumbuk/kisar bersama

Jantung pisang ( dicelur sebiji hingga empuk)
Minyak masak
Santan pekat
Garam dan gula secukup rasa.
Asam keping.

Cara:
Panaskan minyak.
TUmis bahan kisar hingga naik bau.
Masukan santan, asam keping dan perasa.
Masukan jantung pisang yang telah dibelah dua.
Sentiasa dikacau agar tak pecah minyak.
*kalau ada daun cekur bolehlah dihiris nipis-nipis dan masukan
ke dalam kuah nie.....bertambah sedap rasanya.

Ada beberapa lagi resepi yang biasa kita masak
jantung pisang.
Kalau ada resepi yang best, share dengan ibu ye.

p/s:
Kalau nak jantung pisang tu lembut masa merebus,pastikan masukkan secubit garam
dan masukkan air secukupnya.
Jantung pisang tu jangan dipotong dulu dan rebus sebiji.
Tutup periuk dan pastikan dimasak hingga lembut.
Bila masak barulah dipotong.

8 November 2013

Ikan Patin Masak Tempoyak

Terima Kasih ibu ucapkan kepada rakan-rakan yang
memberi ucapan sempena Ulang Tahun perkahwinan ibu ke 21.
Juga terima kasih di atas doa-doa kalian...

Hari ni nak tayang kisah masak memasak daripada chef yang tak begitu pandai memasak....he3x.
Kali pertama ibu mencuba memasak resepi daripada Pahang.
Ini pun setelah terliur tengok kat blog Lizz dan kebetulan Angah pulak request resepi ni.
Angah minta resepi daripada rakannya yang berasal dari Temerloh Pahang
yang terkenal dengan keenakan Ikan Fatin Masak Tempoyak.

Tanpa berlengah ibu suruh ayah beli ikan patin saiz XXL.
Besar gedabak ikan tu.
Si ayah pulak beli ikan kat EconSave ....terpaksalah ibu bersilat siang ikan tu..Aduyai tension betul.

Maka dengan gigihnya ibu memulakan misi memasak.

Resepi  dan bahan-bahan:
1 ekor Ikan patin.
2 senduk tempoyak ( suka suki je kan ibu cedok tempoyak banyak-banyak)
Daun kesom
Serbuk kunyit ( kunyi hidup lebih sedap kot)
Cili padi ( kalau yang suka pedas tu letakkan banyak-banyak ye)
2 batang serai dititik.
Asam keping ( kalau nak lebih masam)
garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Air.

Cara-cara ( ibu belasah je...hahaha....) :
Kisarkan tempoyak + cili + sedikit air.
Campakkan ikan patin ke dalam periuk.
Masukkan air + kunyit.
Agak-agak dah agak panas masukkan bahan-bahan kisar.
Masukkan daun kesom + serai + asam keping + bahan perasa.
Biarkan mendidih.......
Siap untuk dimakan....

Resepi ni memang sedap.
Ini belum orang Temerloh ori yang masak.....


5 November 2013

Resepi Chicken Bread Crumb Roll.

Selamat Tahun Baru buat semua.
Semoga tahun ini menjanjikan sesuatu yang
lebih indah sambil memperbaiki diri
kearah yang lebih baik.

Cuti 4 hari ibu tak bercuti kemana-mana , sekadar memenuhi undangan majlis perkhawinan.
Keluar makan-makan, shopping...
Lagipun 5F berkumpul sudah cukup buat hati ibu bahagia.

Bila anak-anak berkumpul ditambah musim hujan perut asyik minta diisi.
Bila kerajinan ibu datang maka ibu akan sediakan
minum petang.
Dan yang penting simple dan sedap
untuk 5F tapi kalau kemalasan melanda, pandai-pandailah 5F cari altenatif sendiri.
Lagi pun dalam peti ais ayah dah isi dengan bermacam-macam fast food.
Cuma masak nasi dan lauk tu ibu tak pernah miss lah....

Kelmarin ibu terpandang resepi dari seorang kakak, rakan lama ibu di FB.
Mengancam pulak.
So ibu tergedik-gedik minta resepi.....

Permulaan ibu sediakan inti.
Bahan-bahan yang ibu gunakan isi ayam, karot dan kacang panjang.
Ibu ubah mengikut bahan yang ada di rumah.
Tumis bawang besar,
Masukkan isi ayam, pastikan ayam masak.
Masukkan sayur, lada hitam dan perasa.

Lepas tu masakkan lempeng.
Dah siap, masukkan inti yang telah sejuk dan gulung.
Hambik, dahlah besar...panjang pulak tu...
Hahaha....

Dan siap celup dalam telur.
Golek-golek dalam serbuk roti.
Ibu tak ada serbuk roti so belasah cream creaker....ramas sampai hancur berkecai jadi serbuk...

Kemudian goreng dalam minyak panas.
Akibat ibu buat besar dan panjang,
ibu terpaksa potong sebelum masuk mulut.
Anak-anak suka. Sedap katanya...

3 November 2013

Kerabu Mangga

Sejak tak sihat hari tu sampai hari ni tekak ibu rasa nak makan buah-buah je.
Beberapa hari lepas ibu ada buat kerabu mangga.
Menambahkan lagi derita gastrik ibu....huhhu......

Kerabu mangga yang membuka selera....

Bahan-bahan :
Mangga
Bawang besar
Bunga kantan
Cili padi
Serai
Cuka ( kalau tak suka boleh ganti dengan air asam jawa  dan sewaktu dengannya)
Buah tomato
garam dan gula secukup rasa
*boleh tambah bahan-bahan lain yang sesuai dengan selera.

Mangga disagat dan bahan-bahan lain dihiris nipis-nipis.
Gaulkan semua dan siap untuk dimakan.....

1 Oktober 2013

Resepi Aiskrim Goreng dan Naurah

Lamanya tak bercerita tentang Farah Naurah
Puteri ke 4 ibu.
Dulu bila bersekolah di sekolah yang sama dapatlah ibu ikuti
setiap perkembangan Naurah.

Dah besar Najwa Latif...oppssss!!!!!!baby girl ibu nie...
Cepat sungguh masa berlalu...

Hari nak cerita projek Naurah buat aiskrim goreng.
Minggu lepas senyap-senyap je dia buat aiskrim goreng.
Alih-alih dah masak.
Bila ibu rasa memang sedap.
Ibu kan suka kecoh...
Tak putus-putus dok puji anak dara sorang tu......
Kes bodek sebenarnya.....he3x...

Petang semalam belum pun sempat Naurah nak parking montot
 ibu dah sibuk suruh dia buatkan aiskrim goreng...
Alahai kesian Naurah, baru balik dari sekolah dah jadi mangsa buli ibu.

Ok ibu tepek dulu resepi kat sini ye:
Ibu ajar cara untuk sediakan sekeping aiskrim goreng.
So nak buat berapa banyak terpulanglah:
Bahan berserta cara-cara: 
*Lembapkan dulu 2 keping roti dengan air(nak spray pun boleh)
*letakkan 2 sudu besar aiskrim di atas roti
*tutup aiskrim dengan sekeping roti lagi.
*Tekan dengan menggunakan cawan atau gelas
(pastikan kedua2 roti itu bercantum)
*Masukkan ke dalam plastik dan simpan dalam dalam frezeer selama 2-3 jam.
*Panaskan minyak dan goreng hingga garing.
*Pastikan minyak betul-betul panas.

Maka terpaksalah kami makan dulu "sisa2" roti lebihan projek mega tu.
Kesiankan......rasa insaf tiba-tiba bila cicah sisa roti dan menyuap ke mulut.......
Huwaaaaa...sayu hati...

Tak sampai 1 jam ibu dah kecoh suruh Naurah goreng aiskrim nie.....

Kesan gigitan ibu yang tak sabar....Emmmm memang nyummy..sedap sangat.
Ranggup diluar.....sejuk di dalam......

Satu-satunya model yang ada sebab model lain tidak menutup aurat....he3x......
Tak putus-putus KAGUM dengan kepandaian kakak kesayangannya membuat roti goreng.....
Ibu dah agak ni mesti kes membodek nak lebih tu......

7 Februari 2013

Kentang Goreng Berperisa Lada Hitam..

Lama ibu tak tayang makanan kat sini.
Tiba-tiba terigin pula nak tayang....hehehe.....
Maaf la ye, sebenarnya blog ibu bukan blog resepi sebab tuan rumah bukan jenis yang teror memasak.
Kalau masak pun cari resepi yang paling-paling simple dan senang di masak.

 Ini kentang goreng versi ibu.
Petang-petang mulut rasa nak mengunyah je.
Selongkar kat dapur, terpandang 1 guni kecil kentang.
Mak aiiii....Ayah ni kalau beli bahan mentah memang tak pandai nak beli sikit-sikit....
Maka bermulalah operasi ibu.

Jom tengok resepi ibu yang amat simple tapi sedap jugak.....

Cara-cara:
Potong kentang dan rendam dalam air garam.
Panaskan minyak dan goreng hingga masak.
Toskan.
Semasa tos, masukkan serbuk cili + serbuk lada hitam + sedikit garam.
Ratakan.
Sedia untuk dimakan........

P/s:
N3 pendek akibat kesibukan melanda....

28 November 2012

Home made Tart Telur dan Cup Cake.......

Maaf ye masih dalam mood rajin memasak.
Ni bukan blog resepi tetapi sesekali si tuan rumah datang kerajinan melampau....

Beberapa hari lepas ibu keluar dengan Along.
Masa tu along masih ada di rumah.
Masa balik dari pasaraya terpandang pula kedai menjual peralatan membuat kek.
Kami singgah kejap kat sana.
Bukan dah sekejap tetapi lama juga.
Macam-macam resepi bermain di kepala.
Ambil itu, capai ini.
Semangat berkobar-kobar nak masak tart telur,
 pavlova, crepe buahan, cup cake dan macam-macam.
Pengaruh dari rakan-rakan blog dan FB.....hehehe.....

Ibu tak risau melabur dan berhabis untuk beli bahan-bahan tu semua
sebab kat rumah ni ada master-chef dan master-eat....hehehe...
Malam kelmarin dengan gigihnya master chef a.k.a Beby membancuh adunan
untuk menghasilkan tart telur.
Percubaan pertama yang mendatangkan kegembiraan buat kami.......

nilah hasil tart telur kami yang lemak berkrim...

Meh kita share resepi tart telur yang ibu dah ubah suai sikit.......
Bahan-bahan ( 20 biji )

PASTRY:
1/2 kg tepung gandum
1/4 kg butter@majerin
1/2 cawan gula halus
1@2 biji telur
sedikit esen vanilla

FILLING:
1/2 tin susu cair
1/2 tin air
2 biji telur
1/2 cawan  gula
2 sudu besar tepung kastard
Sedikit garam,Sedikit esen vanilla & Sedikit pewarna kuning

Cara-cara
A.      Pastri:
1.       Pukul majerin dan  gula halus hingga kembang.
2.       Kemudian masukkan telur & esen vanilla. Pukul hingga sebati.
       3.    Masukkan gandum sedikit demi sedikit hingga jadi doh.
       4.    Doh yang telah siap dijadikan bulat dan kemudian tekapkan ke dalam acuan.
       5.     Kemudian masukkan filling dan bakar selama 180c , 20 –25 minit.
  
B.      FILLING:
1.       Campurkan semua bahan untuk filling.
2.       Kemudian panaskan di atas dapur sehingga sebati dan suam-suam kuku
3.       Curahkan filling ke dalam pastry dan bakar…

Hari seterusnya Naurah pula suggest nak masak cup cake.
Bahan masih banyak lagi dan tinggal sehari lagi kami nak bercuti panjang.
Inilah hasil cup cake Naurah.
Senget benget semacam je..
Ibu ni tak begitu suka makan kek.
Ibu cuma rasa 1 biji je...2 pun tak habis.....muak!!!!!..
Rasa seronok pula habiskan masa dengan anak-anak dara nie.
Macam-macam mereka suggest nak masak.....hehehe....
Kalau la macam ni hari-hari jawabnya naik sekolah habis la baju-baju ibu mengecil...

p/s:
Petang semalam terima khabar sedih.
Besan Mama ibu, Achik Mashitah telah kembali kerahmatullah di usia 54 tahun.
Kami sempat menziarahi jenazah beliau di Kluang malam tadi.......
Perjalanan hampir 4 jam pergi balik dari BG ke Kluang.
Al-Fatihah...

25 November 2012

Spaggethi Carbonara vs Sambal Tempoyak Goreng.......

Pagi semalam tiba-tiba mengidam nak makan Carbonara Spaggethi.
Kebetulan bahan ayah dah siap beli malamnya sebelum bertolak ke KL...
Awal pagi dengan gigihnya ibu masakkan sos.....

 Seperiuk sos carbonara.

 Sarapan dengan sepinggan carbonara spaggethi....

Kat sini ibu share la resepi yang ibu ubah suai sesuka hati.
Ibu guna apa yang ada di dapur ibu.....
Kalau masak penuh kasih sayang, inshaAllah iannya jadi sedap....hehehe...

Resepi Sos:
450ml (1 botol kecil) susu segar@susu cair
1 labu bawang besar-kisar
3 ulas bawang putih-kisar
3-4 sudu besar butter/majerin/minyak zaitun.
2 sudu besar serbuk lada hitam
3 sudu besar tepung jagung.
Isi ayam/sosej/bebola daging ( ibu guna daging ayam)
kuib ayam dan garam secukup rasa
daun pasli kering.

Cara-cara:
Panaskan butter.
Tumis bawang besar + bawang putih yang telah dikisar.
Masukkan 1 botol susu segar dan daging ayam.
Masukkan serbuk lada hitam, kuib ayam dan garam.
Masukkan tepung jagung yang siap dibancuh dengan air.
Kacau sehingga pekat.
Taburkan daun pasli kering.....

Sos carbonara yang selebihnya ibu gunakan untuk jadikan sos chicken chop pulak.
Dasar orang yang "terlebih rajin" la tu.
Masak terus untuk lunch dengan guna sos yang sama.
Cuma bezakan dalam sos carbonara tu ibu masukkan sos lada hitam...
Hehehe.....so tengahari ibu dah boleh goyang-goyang kaki bersantai depan lappy...

Tekak orang yang dah "tua @ lama" ni bukan boleh sangat layan makanan orang putih nie.
So dengan gigihnya ibu masak sambal tempoyak goreng.
Kalau nak resepi boleh klik SINI.....
Sedap layan dengan nasi panas-panas......

23 Oktober 2012

Resepi Kerepek Bayam dan Popia Pisang In The House

Salam rindu semua.
Kali ni ibu nak jadi master chef la pulak ye....Hehehe.....Perasan.

Ni pun kisah terperam dalam draf.
Maklum la sekarang ibu ni dah bekerja mengalahkan PM.
Perasan sibuk manjang........

Ce lihat daun yang gedabak sebesar pinggan tu.
Kembang mekar dalam pinggan.
Ini makanan tradisi masyarakat Jawa kat tempat ibu.
1st time ibu jejak kaki ke kampung ayah ibu confius juga bila tengok anak-anak murid dok 
makan spesis daun kayu nie.....ngee.....

Namanya kerepek bayam.
Sekarang dah agak sukar nak dapatkan makanan ni.
Kebetulan ayah beli bayam kelmarin.
Daunnya besarrrrrrrr sangat-sangat......
Ibu mencubalah buat kerepek....
Ni resepi home made ciptaan ibu yang entah apa-apa.
Resepinya:
daun bayam dibasuh dan ditoskan (pastikan daun2 bayam yang besar)
1 sudu teh jintan dan  ketumbar diblender sampai hancur.
2 ulas bawang merah.
tepung gandum + tepung jagung.
sedikit serbuk kunyit.
garam secukup rasa..
minyak untuk mengoreng.

Cara:
masukkan serbuk jintan + ketumbar + garam + tepung + tepung jagung + kunyit 
ke dalam bekas dan gaulkan.
panaskan 2 senduk kecil minyak dan tuangkan ke dalam bahan campuran tadi.
kacau rata sementara minyak masih panas.
bancuh dengan air secukupnya..adunan tu macam nak masak lempeng ye....
celup daun bayam sehelai demi sehelai dan goreng dalam minyak yang panas.
siap untuk dimakan.

* ni resepi ibu ye, bukan yang ori punya...hehehe...
dan harap maaf, sukatan tu nanti pandai-pandailah sendiri........

 Tukang rasa......"Wah, sedaplah ibu masak....."
Ayat yang biasa ibu dengar dari mulut budak nie....entah ikhlas ke tidak tak taulah...

Dan Beby pula volenteer nak masak popia pisang. untuk hari seterusnya
Ibu dengan senang hati menerima permohonan itu.
Senang je nak buatnya.
Pisang dibalut dengan kulit popia dan digoreng.
Sedap!!!!!!!

Dan angah yang tak berapa rajin ke dapur volenteer nak masak bakso.
Walaupun rupanya tak begitu menarik tetapi boleh tahan sedap.
Mau tak sedap, habis stok bebola daging ibu dalam petiais dibelasahnya.......
Si tukang masak pula memang tak suka makan sayur...

Lepas ni nak suruh Naurah pula masak ye..........???????

About me