Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label KEJAYAAN ANAK-ANAK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KEJAYAAN ANAK-ANAK. Papar semua catatan

11 Mei 2012

Anugerah Cemerlang Naurah pula....

N3 tertunggak juga nie.
Akibat kesibukan melampau, ibu tak sempat nak buat n3.
Hari Jumaat lepas Naurah terima Hadiah Kecemelangan Akademik
Sekolah Agama BG untuk sesi 2011.
Majlis tu dibuat bersama dengan Mesyuarat Agung Badan Kebajikan.
Selesai NAurah menerima hadiah ibu bergegas balik
untuk packing barang untuk bertolak ke Terengganu...
Tak sempat nak tunggu mesyuarat berlangsung.....

 Tak sempat nak snap gambar semasa Naurah terima hadiah.

Naurah menerima sijil penghargaan, set alat tulis dan wang saguhati.
Jumlahnya tak perlu ibu hebahkan di sini ye...
Rezeki Naurah....
TAHNIAH Kakak.....

p/s:
Kakak Naurah terima anugerah cemerlang tetapi Farouk??????
Nak dapat macam mana kalau dapat no 10....Alahai Farouk!!!!

23 April 2012

Kerana Beby....

Syukur Alhamdulillah ibu mampu juga hadir dimajlis 
Anugerah Kecemerlangan sekolah Beby pada hari Sabtu lalu..
Biarpun dalam keadaan yang tergesa-gesa.

Hari Sabtu ada latihan Olahraga sebelah paginya...
Ibu sempat menjengah padang dengan berbaju kurung + berselendang + kasut bertumit + handbag...
Bayangkan!!!!!!!.
Memang tak sesuai ke padang dalam keadaan begitu.
Rakan-rakan guru hairan melihat ibu tidak berpakaian sukan hari tu.....
Mereka tidak tahu ibu ada misi n visi untuk ke sekolah Beby....
he.he.he......

Ibu berkejar ke sekolah Beby......
Ibu hadir pun tanpa pengetahuan Beby.
Datang pun dah lewat 1 jam tetapi syukur masih berkesempatan 
melihat Beby naik ke pentas untuk kali ni setelah 2 kali itu terlepas
2 majlis Anugerah Kecemerlangan Beby yang lepas......
.
Ibu baru tiba dan sempat posing dengan Angah di depan dewan sekolah mereka.......
Gambar ni jadi isu sebenarnya.
Beby jeles sebab Angah sempat posing dengan ibu sedangkan
Beby tak sedari kehadiran ibu ke sekolah...Walah!!!!!.

Hadir ke dewan lewat 1 jam.
VVIP dah tiba.
Majlis dah bermula...
Ibu mengambil tempat di bahagian belakang.
Motif: Senang nak blah cepat...ngee....


Saat yang ibu tunggu.
Menyaksikan Beby di atas pentas menerima Hadiah Kecemerlangan PMR 2011.
Tahniah Beby..Ibu bangga dengan anak-anak ibu.
Walaupun Beby penuh dengan vitamin M namun Beby masih cemerlang.....
Harap-harap vitamin M cepatlah pupus dalam badan Beby...hu.hu.hu....

Beby (kiri) bersama dengan sijil penghargaan, plak dan wang saguhati..
Tak perlulah ibu nyatakan berapa RM yang Beby dapat ye......
Rezeki Beby untuk kali ini.........
Sebaik aje Beby selesai terima hadiah ibu terus keluar dewan.
Majlis baru 1/3 berjalan ibu terpaksa kembali ke sekolah ibu.....
Ada 1 majlis lagi menanti ibu di sekolah....
Amboi-amboi sibuk sangat la tu konon.....he.......

 Plak....

dan sijil penghargaan......

 Sedari pagi ibu tak sempat bersarapan.
OTW nak balik ke sekolah ibu semula, ibu singgah MBrown...ngee.....
Nyampat je ibu...Lapar!!!!!

Ibu berkejar balik ke sekolah kerana ada Majlis Perjumpaan dengan ibu bapa Tahun 5.
Perbincangan dari hati ke hati antara guru dan ibu bapa.
Akan ibu ceritakan pada n3 akan datang!!!!!.

p/s:
petang ni meeting....xsmpt nk BW....hu.hu.hu.......

2 Januari 2012

Setelah 11 Hari Berlalu.....

11 hari berlalu result PMR diumumkan.
Ibu belum berkesempatan untuk buat n3 untuk Beby a.k.a Farah Najdah.
Semasa result PMR diumunkan pada 22.12.2011 kami masih bercuti.
Memandangkan tiket flight untuk 22.12.2011 hingga 24.12.2011 habis
so kami terpaksa menempah tiket penerbangan pada 25.12.2011.

Walau bagaimana pun, kami dapat result PMR melalui sms.
Itupun tak sepenuhnya.
Dan pada 28.12.2011 baru Beby ke sekolah untuk ambil result dia.
Alahai anak sorang ni memang jenis tak kisah.....hu.hu.hu..
Angah yang gementar, Beby releks aje.

Masa hari result keluar pun dia masih berselera bersarapan.
Masih mampu ketawa, masih mampu tengok cerita kartun.
Ibu n family, atok mama, atok ayah dan su tie dah tak tentu arah...
(masa tu kami masih di Kelantan)


Apapun ibu ucapkan TAHNIAH di atas kecemerlangan Beby.
Ibu tahu dan akui Beby anak yang pintar cuma kemalasan yang merisaukan ibu 
sepanjang Beby menduduki Tingkatan 3.
Puas ibu membebel, puas ibu suruh baca buku tetapi Beby dengan selamber menjawab : 
"Beby dah baca buku la ibu..".
Aduh......bertapa risaunya hati seorang ibu.....

Dan di atas permintaan Beby,
ibu tidak akan menyatakan result sepenuhnya di sini.
Beby kurang 1 mata dari result Angah.
Kalau nak tahu klik sini.....

Walau apa pun ibu tetap berdoa agar Beby berubah menjadi
anak yang lebih tekun belajar....
Semua orang disekeliling akui Beby seorang yang punya kelebihan dan pintar.
Dalam "Kemalasan" dan penuh dengan "Penyakit M",
Beby masih mampu meraih kecemerlangan....
Jangan sia2kan anugerah Allah yang sangat berharga pada Beby..
Selamat melangkah ke 4 Sains 1 dan semoga Beby terus cemerlang
dan dapat membanggakan keluarga....

Kami tetap bangga dengan kejayaan Beby.....
TAHNIAH ANAKKU......

p/s:
Hari ni ke sekolah kerana ada meeting lagi.......

18 November 2011

Hari Kecemerlangan.

Semalam ribut petir melanda.
Tiba-tiba modem tenet ibu disambar petir.
21 jam tanpa internet.
Syukur Alhamdulillah dah kembali bersiaran dalam 
kesibukan yang masih memuncak.
Terima kasih tmnet....

Hari ini 3 majlis berlangsung.
Khatam Al-Quran
Konvokesyen Pra Sekolah
Hari Anugerah Kecemerlangan.
Keputusan UPSR...

 Seawal 7.45 pagi, Majlis Khatam Al-Quran dijalankan....

Konvokesyen Pra Sekolah...
Anak-anak comel  bergaya dengan jubah.....

Lebih kurang pukul 10.00 pagi, Majlis Hari Kecemerlangan berlangsung..
Semalam Naurah dah menerima anugerah untuk
Pelajar Terbaik Agama Islam.

Hari kemuncak Naurah meraih 4 Anugerah Cemerlang.
Tersenyum panjang Naurah bila melihat kelibat Ayah yang mencuri sedikit waktu untuk hadir
sebagai memberi motivasi kepada anak tersayang.....
Ibu memang sibuk dengan hadiah-hadiah, piala2 dan sijil2....
Dah tak sempat nak tengok wajah anak menerima hadiah...
Ni semasa Naurah menerima Piala Kecemerlangan 
Tempat Pertama keseluruhan Tahun 5.

 Ini semasa menerima Hadiah/Piala Kecemerlangan  Subjek Sains
keseluruhan Tahun 5....

Ini Hadiah/Piala Kecemerlangan Matematik
keseluruhan Tahun 5.

 Ini pula Naurah menerima
Anugerah Pembaca Terbanyak i.NILAM Keseluruhan Tahap 2.
Setakat ini Naurah membaca sebanyak 1,500+ buah buku....

Naurah bersama Piala/Hadiah yang dirangkul hari ini.....

Tahun ini hadiah/piala oleh Naurah dah berkurangan 
kerana diraih oleh rakan-rakannya yang lain.
Tahun lepas Naurah meraih hampir keseluruhan subjek......
klik sini.

Dan Farouk tidak mendapat apa-apa hadiah terbaik/kecemerlangan...
Alahai bujang ibu sorang ni...
Kalau kakak Naurah dapat no 1,
Farouk pula kena tambah lagi 0 dibelakang no 1.....hu.hu.hu.....
Satu-satunya anak ibu yang memecah tradisi
kakak2nya mendapat no berganda.....
Apa pun Farouk selamba je........


p/s:
Belum selesai majlis ibu
berkejar ke SK Angah untuk hari terbuka
dan menerima wang RM100.
Bila ibu sampai, tinggal angah seorang bersama cikgunya.
Kasihan Anak ibu.....
Cikgu Angah : Tahniah kerana anak Puan terus cemerlang
dan merupakan murid yang baik.....
Puan tak perlu risau..Saya sangat bangga dengan
sikap dan pencapaian Nadiah.....
Syukur Alhamdulillah....
Kata-kata cikgu Angah buat ibu rasa amat terharu........
Tahniah Anak2 ibu.
Terima Kasih Cikgu!!!!!

24 Jun 2011

Result 4 Farah + 1 Farouk

 Hari ni selesai satu babak lagi tugasan seorang ibu dan ayah.
Hari terbuka 4 farah n farouk.
Anak ramai so ibu terpaksa agih tugas dgn ayah.
Ibu hadir sesi 1 dan ayah sesi ke 2.
Xboleh nk pergi together-gether thn ni cz kengkangan waktu.
So far result anak2 buat hati ibu berbunga2 cuma ibu xgitu puas hati dgn result along.

Result farouk SKAgama pn buat ibu hepi...
Tau2lh bujang ibu sorg nie xmcm kakak2nya yg lain.
Terlebih penyakit "M" + anak manja Ayah.
Kakak Naurah dapat no 2 n Farouk dapat no 3.
Farouk dapat No 3 dh buat ibu bangga ke...????
Tanya Naurah xpuas hati....
Nk wat camne, 1st time Farouk dpt no 3...wakaka....
Kakak mcm bengang cz bila dpt no 2 pn ibu dh bising2....he.he.he..
Mcm pilih kasih je bunyinya kan...
Kakak pn taukan adik kakak sorg tu.......

Ibu serahkan Farouk n Naurah  pada Ayah utk berbincang  dgn cikgunya...
Naurah xde masalah di kelas n resultnya maintain sejak tahun 1.
tetap jd kebanggaan cikgu2 dr segi sikap n ketekunannya......
Kat kelas pn dia tekun belajar..

TAPI.....
farouk buat ibu risau dgn sikap xberapa tekun belajar w.pn otaknya boleh tahan.
Autanya pn boleh tahan..
 Ada potensi jadi lawyer...lawyer buruk gitu...chit!!!!.

Beby lak turun menjunam dr no 1 ke no 9...
Rasa geram + hangin gak ibu cz this year dia nk PMR.
Menurut cikgunya skrg bukan main lagi dia brgosip2 kt kelas.
Amboi2 bukan main lagi dia....
Masa ibu p jumpa cikgu dia entah ke mana..
Bila dh siap bincang baru tersenggeh2 masuk kelas.....
GERAM!!!!!!

Angah tetap maintain n terus jadi murid kebanggaan cikgu2nya..Syukur..
Sejuk hati ibu yg tengah geramkan Beby bila cikgu2 puji2 sikap n ketekunan angah.
Xsia2 angah tekun belajar.....

Result Along mmg xmemuaskan hati ibu...
Harap2 Along lebih tekun krn along perlu tahu Subjek Sains xsemudah yg disangkakan...
Cuma Along perlu kurangkan tidur n berusaha lebih sikit....
ibu dh warning, kalau malas2 thn depan ibu kawinkan....
Ok tak???????
Nnti ibu boleh jadi nenek a.k.a nanny muda......

Dan Ayah, ttp cool..xde komen, xde bising2, mcm xde apa2 pn.
Rakan2 ibu  bercerita kt ibu..
"Walah, coolnya en M ,cik abe ko tu....xde pn nk jeling2 farouk bila dengar komen2 dr aku..."
"Kalau ayah lain akan ckp, cikgu rotanlh anak saya, pukullah anak saya.....
tapi Ayah cuma cakap 
" Cikgu berilah tunjuk ajar pada anak saya, cikgu jangan segan utk tegur dia....,
cikgu buatlah yg terbaik utk dia..."

Huwaaaaa.......ibu naik geram tgk muka farouk yg tersenyum mcm xde perasaan....
Sabo jelh....

Yang penting setiap kejayaan anak2,
ayah  akan ada habuan lumayan....
Nampak gayanya ibu je yg slalu moody.......

Doa ibu agar anak2 ibu terus cemerlang dunia n akhirat.
Ingatlah anak2 ibu,
espclly Along, Angah, beby, Naurah n farouk...
ibu xpernah mengharapkan apa2 dari anak2 ibu selain 
KEJAYAAN,
KECEMERLANGAN,
KETEKUNAN,
KEIMANAN.....
Ibu akan sedih sekiranya anak2 ibu kecundang.
Ingatlah, setiap pengorbanan + penat lelah + tangisan + bebelan ibu demi utk kalian semua....
Ketahuilah anak2 ibu, 
kalianlah permata hati ibu, kalianlah harta ibu dunia dan akhirat...

Tiada hadiah yg berharga di hari lahir ibu selain hadiah kejayaan anak2....Amin....

Syukur padaMu YA ALLAH.....

21 Jun 2011

English Contest 2 Farah

Cerita lapuk sebenarnya nie.
Lapuk pn lapuk lah janij diary catatan utk kenangan anak2
pd masa akn dtg tetap adakan.
Bukan niat nk menunjuk2 tapi mmg ibu dh kata blog ni mmg catatan utk
family semata2.
Mmg kalau brtandang ke blog ibu mmg xde kisah lain selain kisah anak2 ibu.
Dan ibu seboleh2 akan ttp dgn pendirian ibu xakan campur adukkan dgn hal2 lain.
Dan ibu pn xkisah ttg trafik blog ni nk naik ke, turun ke, menjunamk ke...
Yg penting xtrkeluar dr tujuan asal penubuhannya tu.....
Sesuailah dgn tajuknya tu kan..
Kalau ibu nk baca cerita lain, ibu p la ke blog kwn2...hi.....

Hish!!! membebel lak ibu pagi nie.....

Ni kisah 2 Farah,
Farah Najdah a.k.a Beby n Farah Nabilah a.k.a Along.
Depa join English Week masa Bulan Bahasa Inggeris 2 bln lepas.
Dan penyertaan kedua2 Farah ni xsia2....

 Beby sertai Spelling  Contest n dapat 1st Place keseluruhan.
Ni Piala dan Sijil Penghargaan Beby...
Mmg ibu akui BI Beby ok..
Slang BI dia pn kalah Minah Salleh...hi....
Trkdg Beby jadi rujukan ibu kalau bab2 spelling n sebutan
dlm Bahasa Inggeris.....


Along pula masuk 2 acara iaitu Scrabble dan Essay Writting.
Essay writting along dapat 3rd place n Scabble dpt Saguhati je..
 Maklumlah persaingan terutama dr pelajar berbangsa Cina....
Last year Along masuk Pidato dlm Bahasa Inggeris n dpt tmpat ke 3 jugak...
Tahun ni Along nk ubah selera lak....

Piala saguhati dalam acara Scrabble

 ni Piala utk Essay Writting yg Along dpt tempat ke 3.
Frust gak katanya cz cuma dpt tmpat ke 3 jerrr.....

 piala dan sijil penghargaan milik along.....

30 Mac 2011

Tahniah untuk Naurah lak!!!

Aduhai, mesti org bosan dok baca blog ibu.
Xabis2 dok wish kat anak2 je.
Anak lak ramai....
Apa nk buat, ni blog dairi 4Fn 1Mf-family kan...
4fn tu utk:
farah nabilah
farah nadiah
farah najdah
farah naurah
1mf tu utk Muhammad farouk......
So semua catatan kat sini mmg berkisar tentang kisah anak2 ibu jelh....
Ni cerita exam Semester 1 @ UPPM 1 hari tu.
Farah Naurah dapat tempat ke 3 keseluruhan.
Naurah masih kekalkan prestasi cemerlangnya.
Walaupun dah melangkah ke Tahun 5 ttp result Naurah masih kekal cam dulu.
Peratusan keseluruhan A+.
Cuma ada sedikit penurunan.
Kali ni Naurah dapat 6A 1B.

A untuk subjek:
Bahasa Melayu Penulisan
Bahasa Melayu Pemahaman
Bahasa Arab
Matematik
Sains
Agama.

B lak untuk Bahasa Inggeris.
Menurut cikgu BI nya xde sorg pn dapat A kali nie.
Mayb soalan agak mencabar n awal2 tahun cikgunya mmg bagi markah mahailh.
Masa Final exam last year Naurah yg higest dlm subjek BInggeris.
Rasanya markahnya 95% kot.

Apapn ibu ucapkan tahniah untuk Naurah.
Ibu tahu kakak BOLEH!!!!!!.
 * skrg ni Naurah sdg sibuk berlatih nasyid (penyanyi solo) dan Peserta Kuiz Bahasa Inggeris utk Karnival Akedemik Peringkat Zon bulan April nanti...Gud luck Kakak!!!

26 Mac 2011

Tahniah Beby!!!

Agak lambat ibu wish utk Beby.
Sebenarnya result Sijil Darjah Khas Agama Johor 2010 
keluar 2 minggu lepas.
Disebabkan keadaan ibu yg xgitu sihat n Beby pn baru mengambil resultnya
Alhamdulillah, syukur kerana Beby berjaya meraih 
11A 1C  
dlm peperiksaan tertinggi Sekolah Agama.

A utk subjek:
Al-Quran, Tauhid, Ibadat, Hadith, 
Muamalat, Munakahat, Jenayat, 
Bahasa Arab, Faraid, Tafsir dan Akhlak.

Dan C tentulah subjek Sirah....
(org yg trlebih "rajin" membaca camtulh)

W.pun Beby xmeraih best student ttp 
Beby berada di kedudukan ke 3 tertinggi diantara 250+ org calon.

Beby ni antara anak ibu yang paling banyak penyakit "M".
Setiap menjelang exam, dialh orang yg selalu jadi mangsa ibu.
Setiap kali nk menjelang exam, mulalah ibu berlatih vokal.
Tapi dgn slamber dia akan berkata :
"Beby dah study la Bu....Beby dh hafal semua tu...."
Mau ibu xpanas sdgkan dia sibuk dok mengadap TV n laptop.
Suka belajar last minute n sikapnya tu terkadang membuat hati ibu panazzzzz!!!!
Apa pun TAHNIAH dr ibu dan sesungguhnya ibu bangga dgn pencapaian anak2 ibu.
Semoga anak ibu seimbangan dlm menuntut ilmu Dunia n Akhirat....
AMIN......



12 Februari 2011

Tahniah yg basi untuk Naurah!!!!


N3 lapuk nie disebabkan masalah teknikal.
Ni gambar yg ibu snap guna kamera yg hilang selama 2 bln lepas.
Bila dh jumpa, trpandang lak gambar Naurah.
Gambar Naurah menerima hadiah Kecemerlangan
dr Sekolah Agama BG.
Hadiah Kecemerlangan masa final exam SKAgama.
Naurah dapat no 2.

Disebabkan Hari Anugerah Kecemerlangan
sekolah agama (SABG) bertembung dengan
Sekolah Kebangsaan (SKPK) soNaurah terpaksa memilih utk hadir di
Hari Kecemerlangan SKPK.

TAHNIAH KAKAK!!!!!!

muka comot cz baru balik ngaji.....

23 Disember 2010

Tahniah Angah!!

Debaran ibu n angah berakhir.
Seawal pkul 10 pagi ibu hantar angah ke sekolah.
Pukul 12.00 tgh masih angah masih xcall or sms ibu.
Risau hati ibu hnya Allah yg tahu.

Alhamdulillah,
Angah dpt result cemerlang dlm PMR yg br tadi diumumkan.
Tahniah angah krn berjaya meraih 8A.
Sesungguhnya ibu bangga dgn angah n anak2 ibu.
Semoga kejayaan angah menjadi perangsang kpd adik2....
Dan semoga angah terus melangkah tnpa menoleh ke belakang....
Setiap saat ibu berdoa yang terbaik utk anak2 ibu....
Syukur padaMu Ya Allah....
Amin.

termenung memikirkan masa dpn agaknya.....

15 November 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Naurah....

Sejak hari Jumaat lagi dh ada hari penyampaian hadiah.
Akibat kesibukan ibu xsmpt la nk wat n3 nie.
So hari ni ibu wat n3 2 in 1 utk Naurah.
Farouk???????
Em....xde satu pn Farouk dpt hadiah kecemerlangan.

Dan Naurah aka kakak hampir keseluruhan hadiah m.pelajaran bolot hadiah.
Dan hari nie jugak ada Hari Anugerah Kecemerlangan SK Agama.
So Naurah terpaksa memilih salah satunya.
Katanya sedih gak cz kt SK Agama yg smpaikan hadiah org2 VVIP.
Xpelh kakak, nk wat camnekan, masa bertembung...

Jumaat 12.11.2010
Hadiah nie Naurah terima pada Hari Jumaat
dari kiri : Cemerlang matapelajaran Agama Islam
dari kanan : Cemerlang Bahasa Melayu Penulisan

Isnin 15.11.2010
Cemerlang Bahasa Inggeris

Cemerlang Matematik

Cemerlang kajian Tempatan

Tempat ke 3 Keseluruhan.
Exam akhir tahun no Naurah turun dr 1 ke 3.
Camne xturun cz asyik dok brsantai je w.pn tgh exam.....

Farouk hanya menempel posing dgn kakak.
Ha, Farouk, bila lagi nk lawan kakak naik pentas ambik hadiah nie?????

2 Julai 2010

Hari Terbuka SK Ibu n 3 Farah

Smlm "Hari Terbuka" kt SK ibu n SK 3 Farah.
Kebetulan serentak lak thn nie.
Ayah lak ada program so xleh la nk ikut ibu ke SK anak2....
So thn nie ibu kena control ayu sesorg mendaki tangga ke kelas2 3 Farah
Fuh!!!!habis basah lencun ibu rasa.
hu.hu.hu...

Farouk dgn kwn2 sementara tunggu ibu brbincang dgn guru kelas....
Slamber je dia....

Naurah aka Kakak (tengah) yg sntiasa mantain dlm exam...
No 1 sntiasa dlm tngan.....

Hari Terbuka ibu tukar profesion jd peniaga lak.
Nk tmbah tabung Kebajikan Bilik Guru gitu.
Jual burger n roti john
Laris mmg laris smpai xmenang tngan.
Air tngan cikgu gitu.
Ttp penat xpyh crita.
Guru2 yg xde kelas kenalh brniaga.....
pelanggan xputus smpai ibu n the geng xmenang tangan.
Adui abis lenguh tngan2 dok wat burger n roti john.
Bila tgk duit masuk n masuk n masuk tetiba rasa nk letak jwtan.
Best gak brniaga nie..
Asyik masuk jerrrrr......
Slalu ibu trsasul "SAYA BELI...OPS!!! SAYA JUAL YE"
Maklum la slama ni asyik beli n beli n beli...

Naurah (tengah) digerai jualan majalah....

Alhamdulillah result anak2 membanggakan ibu.
Cuma Farouk jerr yg kira agak teruk brbnding adik bradik yg lain.
His, geram betul.
Bila ibu bising2 mula la dia cari prlindungan dr ayah.
Anak manja ayah.
Bila ibu ckp xpuas hati dgn result Farouk, dgn slamber jerr ayah jwb:
" Xpelh, Farouk tu kecik lagi...anak bongsu lak....blm matang"
"Dah besar nnti matang la dia"
"Mesti akn pndai mcm kakak2 dia gak"
Ada jerrr org defend dia.....
muka budak tnpa rasa brsalah...siap tayang buku rekod angah lg...
Aduhai, geramnya.....

Patutnya thn 1 nie mesti la markah dpt 100% or plg kurg 98%
Yelh dr pngalaman kakak2 dia dulu...
Farouk...Farouk.....

Naurah (Thn 4) -no 1
Angah(Ting 3-Ranc. Khas Agama) -no 2
Beby (Ting 2-Ranc. Khas Agama)-no 4
Along (Ting 4 Science)- 6 A

Doa dan harapan ibu agar anak2 ibu terus tingkat usaha demi kecemerlangan.
Ibu ingin melihat anak2 ibu brjaya dunia n akhirat....
Amin.

18 November 2009

Alamak, dh xmuat la!!!!!

Malam td kekononnya nk simpan la piala
Naurah n Farouk kt dlm almari hiasan kt ruang tamu.
Buka jerr almari tu dh penuh ala2 sarat dh dgn piala ank2.
Aduzzz!!!...
rupanya byk gak koleksi piala kejayaan along, angah, beby n Naurah ni..
Mmg ibu dh agih2kn tingkat almari tu...
tingkat paling atas kepunyaan along,
tingkat ke 2 piala kepunyaan angah,
tingkat ke 3 kepunyaan Beby,
bawah skali Naurah...
Farouk msh PRA so piala milik Farouk br 3 + 2 medal...
1 dh patah la....
Mula la ibu brangan2 kalu le ibu ni org kaya or kawin dgn
org kaya@ ank2 raja boleh le ibu bina sebuah galeri ala2 muzium
wat simpan kazanah ank2 ibu ni.
Apa nk wat, kawin dgn org biasa n xmmpu nk bina sume tu....
Aduzzz....tragis sungguh...
Begitu tinggi angan2 ibu yg perasan ni....
Wah kalu piala ni brnilai mcm emas or berlian boleh le ibu jual...
kaya gak ibu nih nnti...hi.hi.hi.brangan xsudah!..
Ibu mmg simpan piala tu baik2 cz nk wat kenangan n
sebagai dorongan serta semangat ank2 untuk terus maju n brjaya.
Mmg mrk adik bradik dok brlumba kumpul piala2 ni cz
setiap piala/sijil yg mrk dpt akn dpt ganjaran wang dr ayah....hi.hi.hi...
Tu yg brsemangat sgt cz nk collect duit da!!!!....

Gobok ni le tmpt ibu simpan piala2 budk2 ni.

nilh piala anugerah akademik n prtandingan akademik
peringkat Zon n Daerah yg ank2 ibu terima...

ni yg dh xmuat nk sumbat....yg tepi tu kepunyaan angah masa hari anugerah hr tu..
Angah dpt
anugerah pelajar trbaik keseluruhan tingkatan satu
( 1/260 org)...

Anugerah tu angah terima dr
YB Hamim Samuri..ADUN Ledang.

Mmg ibu lupa nk wat n3...soli angah!!!.

medal ni lak dlm acara sukan..
Along, angah n beby sekepala.
Ketiga2 Farah ni juz masuk
bola baling n bola jaring
jerrr
nbrjaya gak ke peringkat Zon n Daerah.

Along pernah gak dpt tmpt ke 3
peringkat Negeri Johor dlm
acara taekwando

Ank2 ibu xbegitu aktif sgt dlm olahraga.
Sume lembek2....
myb mcm ibu yg lembek n lari ala2 cat walk jerr...

Camne nk menang!!!!

16 November 2009

Hari Anugerah Kecemerlangan!!!

Hari Isnin dan Selasa Hari Kecemerlangan Akademik sekolah.
Hari Selasa gak adalah hari Konvo PRA SK. Mmg sibuk gilerr le this week.
Tinggal 3 hr lg sekolah dh nk tutup ttp byk lg keje2 belum abis nk buat.

Oklh jom kita layanzzz pic Naurah n Farouk ni....

First Day
(16.11.09 - Isnin)
Penyampaian Hadiah
Naurah trpilih menerima
Anugerah Kedatangan Penuh
Naurah menerima hadiah dr Pn Guru Besar
Cemerlang Bahasa Melayu
(Penulisan)
Cemerlang Bahasa Inggeris
Cemerlang Agama Islam Cemerlang Bahasa Arab
Hari pertama Naurah dapat 5 hadiah....
Nilh yg Naurah dapat hari Isnin...Esok..tungguuuuu!!!!!
Ada lg tau!!!!

Second Day
17.11.09(Selasa)

Naurah (4 dr kiri) masuk persembahan murid Tahap 1
Bahasa Arab

Kalam Jama'i dan Lagu2 Jawi

Ha yg pakai spek mata itam tu Farouk.
Farouk pn ambil bahagian dlm prsembahan .

Farouk jd ikan...eh, ikan ke dugong????


Farouk terima piala Kecemerlangan PRA SK...
dr guru besar.

Ni lak Farouk terima
Anugerah Kedatangan Penuh
dr YDP

Hari ke 2
Naurah terima Hadiah
Kecemerlangan Keseluruhan Matematik Tahun 3.


Ni pulak Naurah terima hadiah Tempat ke 2.. kali ni Naurah jatuh no 2
(beza markah dgn no 1 cuma 0.5% ).

Muka sedih tu cz kedudukan trgugat..
Ha..exam kali ni asyik dok ukur jln jerr....main basikal kt depan umah...

Jawab kakak, jawab!!!!!!!!...
Keseluruhan exam Naurah dpt 7A1 dr 7 subjek.
Tahun ni Naurah msh dpt kekalkan prestasi cemerlangnya sperti tahun2 lepas....
alhamdulillah!!!!
Hari ke 2
Naurah dpt 2 piala
Farouk pn dpt dua piala..

Nnti Farouk nk blajar rajin2 n nk pndai mcm kakak tau!!!!!

TAHNIAH !!!!!!!
NAURAH N FAROUK
IBU DOAKN AGAR ANAK2 IBU MENJADI ANK2
YG CEMERLANG
DUNIA & AKHIRAT..

Insyaallah...Amin!!!!!


About me