Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label GIFT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label GIFT. Papar semua catatan

4 November 2011

Dapat Souvenir Lagi

Souvenir ni dah lama juga ibu dapat.
Cuma malas nak snap pic.
Sebab tu n3 jadi tertangguh...
Tapi setiap pemberian amat-amat ibu hargai...

 Brooch dan keychain Sabah dari anak  murid ibu, 
Aqilah yang bercuti di sana semasa cuti Deepavali...

 Pensel pemberian dari adik ibu di Egypt.
Banyak dia bagi dan ibu dah agih-agihkan pada 4 Farah dan Farouk.
Ibu dapat 2 batang.........

ni dari rakan yang bercuti di Bangkok...

Terima kasih semua di atas ingatan.....
Ada sapa-sapa lagi nak bagi ibu souvenir tak???
He.he.he.......

31 Oktober 2011

Gift dari Jauh...

2 minggu lepas adik ibu ke Eropah selama 10 hari.
Klik sini.
Yang bestnya, ibu dapat lagi FM untuk tambah
koleksi peribadi ibu....
Thanks dik...

dari Amsterdam

dari Paris

ni souvineer dari ayah semasa pergi seminar sebelum cuti Deepavali.

4 Julai 2011

Aktiviti Bungkus Membungkus!!!!

Minggu ni kesibukan ibu reda sikit ,
cuma hari Khamis ni kena bawa murid 'garlus" ke program Sains kt SKS3.

Dan baru ni la ada  masa utk mengunjungi rakan2 di bilik guru.
Cewah!!!!...jauh bunyinya..
Mmg jauh pn bilik pertapaan ibu dgn bilik guru tu....
Boleh cair lemak2 kt badan nie.....
Dah panjat sana kecoh lak suruh Cikgu Zainab buatkan
air coffemix....
Sesuka hati jeeerrrr order air...he....

Dah puas jengah2 kwn kt bilik guru ,
Ibu turun semula ke tmpt pertapaan ibu.
So hari ni ibu beroperasi bungkus membungkus 'gift' utk 
'Kawan Yg Peramah' tu.
Ibu masukkan dlm sampul surat jerr...
Manalah tau kot2 pejabat pos ramai org,
so ibu xpyh brsesak masuk ke dlm sana..
Juz tampal setem n masukkan 
ke dlm peti surat kt dpn pejabat pos OTW nk ke sekolah....hi.hi.hi..

Cari alternatif yg plg senang n selamat dr kesesakan....
Lambat sampai pn lambatlah......
Sabar ye adik2ku Iman Shah, Areef, Bee,Lily n kakakku UmmiRoss.....
Seorg 'ibu' yg xsuka menunggu lama2 di pejabat pos....he
InsyaAllah dlm minggu ni akan sampai juga.....

Niat hati nk pos hari ni ttp tunggu alamat dr Kak Yong xkunjung tiba.
Xpelh, ibu akan pos dulu utk rakan2 lain.
InsyaAllah, kalau brkesempatan mayb esok la ibu poskan..
Tungguuuuuuuuuuu ye.....

p/s:
pagi2 dh xleh nk On9 cz line tenet kt SK nyawa2 ikan..
Cuma kt rumah je puas hati....laju mcm roket.....

Thanks Wahida...

Hari Khamis ibu terima 1 bungkusan.
Suspen gak kerana xde nama pengirimnya....


Bila buka bungkusan comel tu hati ibu berbunga riang.
1st ibu tengok ada key chain..
2nd ada FM idaman kalbu...seronok xtrkira cz 
makin brtambah la koleksi FM ibu....
3rd ada white choc feveret ibu.
Sedap sgt2 choc tu.....
Macam tau2 je Wahida ni yg ibu 
suka white choc cz ibu xsuka makan black choc...

Ibu terima gift tu kerana suka mengomen kt blog Wahida.
Gift tu Wahida beli semasa dia pergi bercuti ke Langkawi brsama family.

Ibu suka singgah blog Wahida cz bahasanya yg sepoi n santai2...
Kelakar pn ye....
Thanks a lot Wahida....

2 Julai 2011

Sila Semak Senarai TOP 5!!!!

Terima kasih semua kerana tak jemu2 bertandang ke blog ibu yg xseberapa  ini.
Rajin membaca bebelan ibu.
Banyak kisah tentang anak2 n kehidupan seharian kami sekeluarga.
Ibu sangat menghargai persahabatan ini.

Seperti yang telah ibu janjikan,
sempena besday ibu yg jatuh pd Bulan Jun ibu ingin
memberi sedikit cenderahati yg xseberapa
kepada pengomen tegar blog ibu.
Di bawah ni tersenarai TOP 10
"Kawan Yg Peramah" 
di blog ibu.
Dan janji ibu untuk memberi sedikit 'gift'
yg xseberapa kpd TOP 5 dan 1 'gift misteri".
So yg paling atas sekali tu xdikira ye cz dh terlebih komen sudah!!!!
He.he.he...saja masukkan nama sndiri cz nk tgk bertapa kuatnya ibu membebel....
So ibu kira no 2 - 6 ye.....
Untuk hadiah "misteri " tu ibu nk beri
pada Kak Yong cz kak yong satu2nya
menulis kata2 ucapan ala2 luahan hati gitu pd n3 berkaitan....

Kepada:
Iman Shah
Areef
Lily@mummy Qis
Puan Bee (rasanya akak dh ada alamat Bee)
Ummiross ( pn sy dh ada alamat ummi)
dan
Kak Yong 
Sila tinggalkan alamat kt:
norzakiahabdullah@yahoo.com

Juga ucapan ribuan terima kasih kepada semua rakan2 yg lain.
InsyaAllah, jika ada rezeki akan ibu berikan 'gift' kepada
rakan2 lain  dlm bentuk yg sama cz ibu
mmg  xsempat nk anjurkan sebrg GA....

25 Jun 2011

Thanks Bee, Thanks Hanie n Thanks Semua!!!!

Birthday yang paling indah dalam hidup bila mengenali insan2 yg baik hati di alam maya.
Sehari seblm birthday, ibu dh terima ucapan2 di FB.
Hari birthday ibu sibuk hingga xbrkesempatan nk buka blog n FB.
Bila buka FB, beratus2 ucapan yg masuk.
Begitu di blog.
Bahagianya bila diri sentiasa diingati.
Terima kasih semua di atas ucapan dan doa2 kalian.
Hanya Allah yg mampu membalasnya....

Bukan setakat ucapan dr family, rakan2, anak2 murid dan bekas anak2 murid..
Tapi yg paling best bila ibu terima offer dr Pn Bee utk renovate blog ibu
10 hari sebelum menjelangnya besday ibu..
Klik sini.
 Rombakan dari A-Z hasil sentuhan kreatif Bee dan warna pilihan ibu
Kuning + Pink.
Hasilnya mendapat pujian dr rakan2 blog yg lain.
Hati ibu penuh dgn bunga kepuasan....

Hari ini seawal pagi ibu ke sekolah.
Menyiapkan sebuah lagi bilik khas APD.
Hilang segala kepenatan bila buka blog.
Terima 1 lagi kejutan dr rakan blog.
Ummi Hanie tinggalkan msg kt kotak komen suruh ibu check email.
Bila check rupanya Hanie hadiahkan sebuah Banner yg cantik.
"SILA JENGAH SEBELAH KIRI "
blog ibu...
Ada terpasang sebuah Banner baru hadiah besday dr hanie.
Thanks a lot.
Suka banget!!!!!
Love you all.....


Tak terbalas segala keikhlasan kalian.....
Cuma harapan ibu agar persahabatan kita kekal sampai bila2......Amin.

3 Jun 2011

Souvenir dr Medan, Bandung, Vietnam dan Thailand.

Best..best...best....
Bila dapat souvenir dari jauh.
Masa ikut ayah berseminar hari tu sempat singgah kampung.
Sekali balik, berlonggok2 souvenir menanti ibu.
Dan yang paling bestnya FM koleksi ibu tu.
Sekarang ni setiap kali dapat souvenir dari adik, ayah or rakan2 mesti ada FM.
Bertambahlah kegilaan ibu wat koleksi..

Semua souvenir ni ibu dapat dari suami atiey (adik ibu) a.k.a BIL.
Maklumlah dia staf Al-Quds Travel so
every month dia terbang sana sini.
Dan xpernah  lupa belikan si kakaknya souvenir2 ni.

ni masa adik p Medan, Indon....
Tengok tu dia xlupa belikan FM, keychain, purse, dompet dan beg sandang....

 ni lak masa dia p Bandung, Indon....
Dia belikan ibu keychain, FM, selendang, n tasbih.
Kain pasang yg bling2 tu ibu kirim suruh belikan.....
Sempat 1 pasang je dia simpan utk ibu cz yg lain awal2 dh disambar
si isteri kesayangannya Atiey ,SIL dan kawan2nya...

 ni masa dia pergi Vietnam...
ibu dapat beg sandang, FM dan berbagai2 jenis keychain....

 ni masa mereka bercuti di Hadyai Thailand.....FM lagi...best....

Thanks Dik, kerana sentiasa ada je buah tangan utk si kakak kesayangannya nie.
Xlama lagi dngar cerita nk p Paris n nak wat Umrah.
Jangan lupa beli souvenir utk akak ye...he.he.he....

21 Mei 2011

Thanks My Friends....

Semalam balik sekolah senggih sorg2 bila terima surat.
Hari ni senggih lagi bila terima lagi surat.
Angah siap usik "Ibu terima surat dari ex-boyfriend ke?????.."
Tiba2 je tersenggih2....
Hish!!!!!! jeles lak dia.

Mau xhappy cz terima gift yg xdisangka.
Macam pakat lak kedua rakan blogger ibu nie.
Sorg nun jauh di Timur Tengah dan sorg lagi dari Selangor.


 Nilah yang ibu dapat dari Dr Hanie. FM dari Bali.
Hari tu Hanie p cuti kt Bali.
Baiknya hati cz Hanie bagi pn xde ckp apa2..Suprise gitu...
Seronok cz koleksi ibu bertambah2 lagi minggu nie....
Thanks my dear...Muah!!!!

 Hanie tetap dihati.....

 Ni FM juga dari Aini. Tiba2 gift Aini muncul semalam.
Ibu pun xpasti Aini n Family berada di Mesir or masih di Malaysia 
cz blognya dh lama xupdate...
Sejak pergolakan di Mesir smpai hari nie...
Ibu doakan agar Aini sekeluarga selamat dan di bawah lindungan Allah...
Thanks my dear...syg Aini jugak....

 kad comel n ucapan dr Aini....

Seronok sgt2 cz dapat gift idaman kalbu..
Koleksi yang amat ibu minati sejak dua menjak nie....
Minggu ni je dh dpt 6 FM.
4 dari Ayah dan 2 dr rakan blogger.
THANKS A LOT!!!!!!
Ada sapa2 lagi tak nk bagi ibu FM nie????
Ngeh...ngeh..ngeh...muka xmalu!!!!


ps:
Jap lg nk p rewang rumah SIL lak,
jahitan langsir + skritting PSS SK
trtangguh lagi....
Hu.hu.hu....bila nk siap nie......

18 Mei 2011

Souvenir dari Sarawak + Sedih...

Sejak Jumaat Ayah terbang ke Sarawak n semalam baru balik.
Kesian ibu n anak2kan asyik kena tinggal je...
Semenjak dua menjak ni ayah teramat sibuk terbang sana sini.
Semalam ibu siap wat sesi meluahkan perasaan pada ayah.
"Over" la ibu nie.
Sedih tau asyik2 kena tinggal......


Walau apapun ibu kena terima juga.
Dah tugas ayah camtu.
Yang penting, walau ke mana ayah pergi dia xlupakan kami.
Walaupun terkdg souvenir yg ayah beli entah apa2...
he.he.he....

ni sebahagiannya. 
Untuk Farouk n Naurah ada jajan n mainan.
Alahai dh besar2 pn masih belikan anak mainan...

kek lapis Sarawak yg yummy...yummy....
Yang paling ibu suka perisa keladi..sedap sgt2...

feveret ibu, ikan terubuk masin...Banyak juga ayah beli.
Sebahagiannya nk bagi pd kwn2....
Gambar ni ibu ambil dr google cz malas nk snap pic...

dan ayah xpernah lupa belikan koleksi FM ibu....Thanks ayah.
Tgh suspen nk tau ayah nk tinggalkan kami ke mana pula...
hu.hu.hu......
"Jangan tinggalkan kami"......

9 Mei 2011

Bahagia Bila diHargai!!!!

Bahagia bila diri sentiasa disayangi n dihargai oleh org2 tersayang.
Tanpa mereka siapalah kita...
Terima kasih kerana sentiasa mengingati ibu.
Walaupun hadiahnya xseberapa n murah ttp tidak ternilai buat ibu.


 pemberian dari insan2 tersayang sempena Hari Ibu...

 Yang paling kelakar hadiah dari Farouk..
Dia xnk kalah..
Ada ke patut beli jajan je utk ibu...he...
Katanya: "Ibu, Farouk ada RM1 je...Farouk xcukup duit nk beli hadiah lain..."
Alahai kesiannya!!!!!!.
Jajan pn jajan la farouk....

Thanks a lot.

8 Januari 2011

Thanks!!!!!!

Hari ni ibu nk tayang gift dr rakan blogger.
Mmg mereka semua nie bermurah hati bagi souviner utk rakan2.
Thankz semua di atas tanda ingatan pada ibu.
Dan semoga ikatan persaudaraan kita kekal selama2nya.

ni dari Hanie.
Ibu dpt nie kerana menang GA yang hanie anjurkan hari tu.

Seronok krn dpt fridge magnet.
Ibu mmg peminat fridge magnet.
Bertambah la koleksi ibu...Thanks Hanie.
Sayang Hanie...
muah.


ni lak dr kak yong krn ibu nie pengomen tegar blog k.yong.
Ibu pn xingat bln brapa ttp last yearlh...
Kak yong bagi penanda buka yg dibuat sndiri. Penanda buku CT gitu.
Thanks kak yong.
Sayang kak yong jugak...muah!!!!

ni lak stiker dr jauh di negara Timur Tengah dr Aini.
Aini pos nie dh lama ttp kebetulan smpai masa ibu cuti2 Msia.
So br hari nie smpt ibu publish.
Thanks Aini.
Sayang aini gak...

p/s ;
PERHATIAN!!!!!!!
Nama yg tercatat di bawah tolong emailkan adress kt ibu ye di
norzakiahabdullah@yahoo.com
Mereka ni "TEMAN TTP MESRA" blog ibu pd bln December lepas.
Ibu mmg xsmpt nk wat n3 ttg tu ttp nama2 tu dh ada dlm simpanan ibu.
Nama2 nie ibu ambil pada 31.12.2010.

1. DINAS ALDI
2. DILLA ADY
3. NORMALIZA
4. UMMI HANIE
5. BINTANGKU
6. H4NI3

Dan kepada teman2 blogger yg rajin jengah blog ibu ,
berbanyak terima kasih ibu ucapkan.
Kalu ada rezeki,
Insyallah ibu akan beri souvenir w.pn xseberapa nilainya
tnda penghargaan n terima kasih.....

21 November 2010

Souvenir dr India lak...

Balik kg rezeki sdg menunggu kami.
Dapat souvenir dr India lak.
Adik ipar @ BIL ibu pergi sana last month.
Hari tu dia g Beijing n byk g souvenir yg kami dpt...
Bila g overseas dia xlupa belikan kami anak branak souvenir.
TQSM dik.
Moga brtmbah n murah rezeki n dpt terbang lagi ke oversea....

Yang plg best ibu dpt kain sari tenun.
Cantik sgt.
Boleh thn gak reganya.
Lbh RM 100+++ gak la kt sana
Bila ibu tnya kt sini dlm RM280 sepsg.
Lbh 1X ganda harganya....

Selain itu ada la souvenir smpingan yg lain.
Yg best tu dia xlupa belikan koleksi ibu magnet fridge tu.
Punya la sronok.
Anak2 ibu pn dpt mcm2.
Xsmpt nk snap pic.
Naurah siap dpt gelang n rantai dr sana....

ni souvenir yg ibu dpt...
Yg anak2 lupa nk snap.....


ni gmbar adik ipar masa kt India...

27 Oktober 2010

Dapat Nokia N95 Free weiiiiiiii.....

Camne ibu boleh dpt bnde alah nie free ye????
Menang contest ke?
Curi ke????
Jumpa tepi jalan ke?????
Sapa nk teka angkat tngan
(ciplak ayat lily@mamazara).

Hp nie ayah yg belikan.
Ttp yg kelakarnya ayah beli xde motif apa2 pn.
Ayah mmg gitu.
Beli apa yg trlintas n brkenan dihati.
Dan kalu dia nk belikan sesuatu bkn tau nk bagi masa birthday ke?
Masa anniversry ke?
Xtentu masa.....
Mmg xromantik langsungg!!!!!!!!!!

Pastu konon2nya nk bagi kt MIL.
Yelh, MIL br pindah rumah n belum ada telefon.
So kekononnya nk bagi la hp tu kt MIL.
Kelakarnya lepas balik rumah MIL ayah masih bw blk hp tu.
Ibu tau sgt mesti MIL xhingin hp tu.
Ada ke patut org tua nk diberi hp canggih manggih.
Mana la dia tau nk pakai.......

Kiranya 2 minggu gak la hp nie trsadai kt rumah.
Ayah pelawa anak2 dara tu ttp awal2 ibu dh warning jgn nk ngada2 ambik.
masing2 dh ada hp sndiri n boleh thn gak la brbnding hp ibu...
Motifnya : ibu sbnarnya berkenan gak kt hp tu ttp jual mahai...he..
Dan ibu nie sentimental value...
Syg sesgt kt hp ibu yg lama tu..
Kiranya apek jual sayur pn xhinggin nk pakai lagi hp cam ibu..
ha.ha.ha.......

So 3-4 hari lepas ibu try la guna.
Kesiannnnnnnnnnnnn kt N95 tu
..tersadai xde org perduli
(ye ke...ttp mata anak2 dara tu asyik dok jeling semacam je setiap lalu kt hp tu...hi...)
Kiranya nk jadikan harta ibu la tu....

Oklh ayah, ibu dh ambik hp yg ayah beli tu.
Xpayah nk kecik2 hati lg okeyyyyyy!!!...ha.ha.ha..
Ayah kecik hati ke cz xde org hinggin hp tu.....?????
Wakakaaaaaaaaaaaaaaa.........
ha, ni la benda alah tuuuuuuuu..........

26 Oktober 2010

Ayah bawa balik ...Patung Besi?????

Saja je tajuk n3 tu...
Xde apa pn..hi.hi.hi...
Biasalah kalu ayah g outstation ada je ole-ole ayah bw balik.
Kali nie ayah bawa blk 1 kotak besar.
Suspen gak..
Mana la tau xpasal2 ayah wat balik "Mek Siam" ke....
Hish!!!!!selisih!!!!!

Sbnarnya ayah bawa blk smash ice device ni.
Alah, mesin utk buat ABC.
Sebenarnya mesin ABC manual dh ada kt rumah.
Ayah baru beli last year.
Masa mula2 beli mmg la anak2 brsemangat dok wat ABC,
pastu terus trsimpan kt dlm kabenet.....

Kali nie ayah beli yg lebih canggih ckit..
Farouk pn pndai gunakan.
Xpasal2 2dy tekak ibu perit cz dok tibai ABC hasil kerja anak2.
Tiap kali depa nk wat ABC, sudah semestinya 1 mangkuk utk ibu.
Aduhai...hari2 mkn ABC......
Opppsss!!!bkn hari2 ttp 3-5 kali sehari.
Mau xsakit tekak.....

Ibu tau sgt prangai ayah tu.
kalu boleh semua mknan yg ada kt
kedai @ restaurant boleh disediakan di rumah.
Ayah mmg xsuka mkn kt luar.
So apa yg anak suka mkn, yg tulh ayah cuba sediakan.
Yg pasti, dh xpayah cari kt gerai or kt luar.......
Apa2 jelh.....


nilh bnde alahnya.....hrgnya lbh kurg 3000 bath..kira2 RM300.
Murah jekn..ttp hasilnya mmg memberangsangkan.....

tara............................ABC dh siap..
hi.hi.hi....tu gmbar kt kotak jerrr...
Ha sapa2 nk mkn ABC, mai sini......

8 Ogos 2010

Souvenir...souvenir..souvenir...

Smbungan kisah smlm nie.
Biasalah kalu org dok jauh mesti bawa buah tngankn.
Ibu nie jenis malas nk tulis pjg2.
Sbb tu blog ibu meriah dgn pic.
Jom layan gambar jelh.........

Ni buah tangan dr abah ibu utk family ibu.
Abah ibu byk kebun n mcm2 ada kt kebun abah.
Ni abah kirim 1 kotak besar buah dukong klate..
Mmg manis sungguh.....
TQSM abah......

ni Ayah Su yg sdg bersarapan pagi.....

Ayah Yu......

Naurah n Ayah Yu...

Ayah Yu sedang mengagihkan souvenir kt anak2 buah....

comel tak camel yg Ayah Yu bagi nie......
Camel ni pndai nyanyi dlm bhs Arab tau....

Naurah lak dpt rantai kristal asli..cantik sgt.....
1 utk naurah n 1 utk along.....


Nie la souvenir2 yg Ayah Yu bawa balik.
Ayah Yu smpt pergi melancong ke bbrapa tmpt sebelum balik Msia....

keychain, duit2 dr sana (naurah n along wat koleksi),
pelekat magnet(koleksi ibu)


penanda buku dr pelepah tamar.....

lokek kristal.....

ayah su
makanan..

Adik ipar ibu lak baru balik dr Beijing, China last week.
Ada la sedikit buah tngan utk kami.

ni la souvenir dr Beijing.....

ibu dapat gelang jet asli......
along n angah lak dpt teddy bear yg kecik n comel ni.....

p/s:
sdg tunggu souvenir sr ayah lak.
Pepagi td bila ibu buka mata dh ada org trgolek kt sebelah ibu.
Tah pukul brapa ayah smpai......
So kena tunggu ayah bngun tidur nnti....hi...

About me