Klik2

‎"Kadang2 Allah Sembunyikan Matahari..Dia turunkan Hujan,ribut & petir..Kita menangis dan bersedih. Kita tertanya-tanya kemana hilangnya Matahari?? rupa rupanya ALLAH ingin menghadiahkan pelangi yang amat INDAH utk KIta"

Memaparkan catatan dengan label A-VIETNAM. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label A-VIETNAM. Papar semua catatan

14 Januari 2013

Shopping Terkenal di Ho Chi Minh Vietnam

Motif ibu ke Vietnam semata-mata nak bershopping.
Dasar kaki shopping.
Itulah cara ibu dapat release tension.
Ayah pun dah faham sangat perangai ibu ni...so "Jangan Kata Apa2"....
Jom layan aktiviti ibu di sana yang tak puas-puas bershopping.

Ibu menginap kat Huang Gia Huy Hotel.
Sesiapa nak ke Vietnam, ibu syorkan menginap di sini.
Restauran halal dekat, bazar tempat membeli belah dekat, kedai runcit banyak.
Tak payah pening kepala nak naik pengangkutan lain sebab beberapa langkah pun dah sampai.
Lagi pun bayaran pengangkutan sangat mahal.
Kalau pergi dengan agensi travel macam ibu tak ada masalah sebab
semua dah diuruskan....

 Posing depan hotel sebelum ke Restaurant Kg Melayu yang terletak selang beberapa buah kedai je....
Makanan kat situ pun sedap-sedap cuma agak mahal....

 Lobi hotel....
Kat sini tak payah susah payah nak angkut beg bagai.
Semua pekerja hotel angkut sampai ke bilik.
Tips pun tak mahal....
Sekadar bagi sedikit saguhati dalam RM10+++ dh ok.

 Tandas......

BIlik untuk 2 orang...Selesa.....

Masa sampai ibu tukar duit sebanyak RM1500 dahulu  bersamaan 10.2 juta.
Kayo makcik.
Tiba-tiba rasa macam jutawaan la pulak.
Terpaksa usung kalkulator ke hulu ke hilir.
Kononnya cukup la pertukaran sebanyak itu tapi hampeh.
Bila ditambah + congak + tolak + bahagi, ibu habiskan untuk
bershopping semata-mata lebih kurang RM3500.....

Dah la mereka ni tak pandai speaking.
Cakap Melayu sekadar perkataan "kakak"...."murah"....."sini-sini".
Cakap org putih pun sekadar "less" ...."how much"....
Aduyai.....jadilah kami berinteraksi macam ayam dan itik.....

A. An Dong Plaza
Destinasi pertama kami di bawa ke An Dong Plaza.
Kat sinilah ibu melabur dah hampir RM1 000.
Dan di sini juga ibu tertipu kerana membeli kain dengan harga yang mahal......huhuhu...
Maklumlah tengah pening-pening lalat tengok ribuan motosikal kat jalan raya.
Dengan duit ditangan berjuta-juta dong....Walah.....
An Dong Plaza......

Muka orang yang dah tak sabar nak melabur di sini...


Pintu masuk ke plaza....

 Makcik Bangla yang dah lupa diri.
Tetiba je ambil alih kedai kain............hehehe....
Kalau ikutkan hati dengan kedai sekali ibu nak beli......

 Angah yang juga mewarisi minat ibu.....

 Setelah menghabiskan 1K di sini, muka ibu tersenyum puas....
Iman dan Qaisara dah stress menanti si ibu tak abis-abis bershopping....hehehe....

B. Saigon Square
Selesai bershopping kami di bawa pula ke sebuah pusat membeli belah.
Kalau tak silap ibu tempat tu ialah Saigon Square.
Kat sini semua dijual barangan import yang 
berjenama terkenal seperti polo, manggo, guess dan macam-macam.
Memang murah sangat.
Rambang mata dibuatnya.

Angahlah yang paling gembira kat sini.
Sempatlah dia sambar baju jenama polo dan adidas.....

C. Ben Thanh Market
Hari ke 2 barulah ibu pergi ke Ben Thanh Market.
Bazar ni beberapa meter je dari hotel penginapan ibu.
Dekat sangat-sangat..
Lagipun cuaca kat sana sekarang ni nyaman dan langsung tidak berpeluh.

Macam-macam ada dijual di sini.
Kat sinilah kainnya murah-murah.
Banyak beza daripada kain yang ibu beli di An Dong Plaza....huhuhu...
Kat sini ibu sempat beli lagi 6 pasang kain blink-blink......
Kalau nak tempah jubah pun boleh mereka siapkan dalam masa 1 hari je....
Kain + kos upah dalam RM120-RM180 sepasang.




 Kat kedai ni ibu beli baju kurung blink-blink untuk anak-anak.
Terlanjur ke Vietnam, ibu terus beli baju raya untuk kami sekeluarga.
Banyak juga ibu melabur kat kedai nie.
Lebih 1K jugak....
Ibu beli 4 pasang baju kurung blink2, 2 pasang jubah blink2, 
beberapa helai T-shirt dan souvineer untuk rakan-rakan..
Sempat bergambar dengan tuan kedai yang peramah.
Kami berinteraksi macam ayam dan itik.......
Kedai ni betul-betul di depan hotel penginapan ibu.....

D. Wy & Rine Butik

Butik ini kepunyaan keluarga Melayu Champa.
Kat sini lebih selesa ibu membeli belah sebab mereka sekeluarga fasih berbahasa Melayu.
Kat sini juga ibu beli lagi baju kurung blink-blink sebanyak 4 pasang untuk anak-anak dara ibu.
Telekong pun ibu beli di sini.
Banyak pilihan dan selesa......

Kesimpulannya ibu bukan sekadar shopping sampai lebam tapi shopping sampai muflis.....huhuhu....

p/s: Nanti ibu buat n3 tentang restauran halal yang terdapat di bandar nie.....
Ibu tahu rakan-rakan ibu di blog ni ramai yang ingin pergi ke Vietnam .....


13 Januari 2013

Trip ke Ho Chi Minh City, Vietnam.

Salam semua.
Terima kasih semua kerana mendoakan ibu.
Alhamdulillah ibu dah kembali.....
Cuma sekarang ni ibu demam dan selsema.....

Ibu pergi membawa diri ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam.
Ibu pergi bersama Angah dan family adik.
Beby, Naurah dan Farouk ibu tinggalkan  kerana ibu pergi hari bersekolah.
Ayah pula terbang untuk berseminar....
InsyaAllah kalau ada rezeki Naurah dan Farouk akan ibu bawa ke Disneyland Hong Kong,
Along nak ke Beijing dan Beby nak ke Korea bersama unclenya.....

Untuk kaki shopping macam ibu, Vietnam adalah tempat yang paling sesuai.
Tapi untuk yang nak pergi makan angin memang tidak sesuai ke sini.

Yang penting bawa stok duit banyak-banyak .....
Kalau yang kaki shopping, kat sinilah boleh kita release tension..
Ibu ke sana pun sekadar untuk bershopping sampai lebam.

 Penerbangan ibu pada jam 12 tengahari dari LCCT.
Kami tiba pada pukul 1.35 petang waktu Malaysia ( 12.35 petang waktu Vietnam).
Penerbangan mengambil masa 1jam 55 minit tetapi penerbangan kami mengambil masa
cuma1 jam 35 minit... 

 Lapangan terbang Ho Chi Minh....

Airport Ho Chi Minh City......

Ibu, Angah, Iman dan Baby Balqis.....

Bas mini dah siap menanti kami.
Ibu pergi group family 12 orang termasuk 2 orang Baby dan 1 orang kanak-kanak montel....
Dengan bas mini inilah kami dibawa ke setiap destinasi.
Sangat-sangat selesa.....

Pemandu pelancong kami yang dipanggil Ellan.
Sangat fasih berbahasa Melayu walaupun antara sebutnya mengundang gelak ketawa kami.
Dia sangat friendly...Dia jadi mangsa kutukan kami semua....tapi dia tak kisah pun dikutuk....hehehe......
Ellan peminat fanatik Siti Norhaliza....

 Bandaraya  motosikal.
Kat sini tak banyak kereta tapi dipenuhi ribuan motosikal.
Mungkin kos minyak yang tinggi menyebabkan rakyatnya memilih motosikal sebagai pengangkutan.
Sesak sangat-sangat.
Ngeri je tengok depa bawa motorsikal.
Jangan sesekali nak melintas jalan kalau tak ada pengalaman.
Mereka tidak heran dan tidak teragak-agak melanggar kita nanti......
Kat bandar ni jarang kita jumpa trafik light tapi sentiasa telinga binggit dengan bunyi hon.......
Mereka amat cekap membawa motosikal....


 Sebahagian yang sempat ibu snap.
Bandar Ho Chi Minth yang bersih dah tersusun.
Walaupun sesak dengan motosikal tetapi kebersihan terjaga......
Hari pertama di Vietnam kami habiskan dengan aktiviti shopping..........
Memang best sangat-sangat......hehehe...

About me